Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Konsep lembangan saliran Lembangan sungai merujuk kepada kawasan tadahan bagi satu sistem sungai di mana terdapatnya

satu sungai induk dan cawangan-cawangannya yang dipisahkan oleh legeh-legeh serta mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri. Kata kunci kawasan tadahan bagi satu sistem sungai terdapatnya satu sungai cawangan-cawangannya dipisahkan oleh legeh-legeh mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri

PROSES DAN PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI LEMBANGAN SALIRAN HAKISAN PERMUKAAN Konsep hakisan permukaan Proses pengukiran atau penghausan permukaan cerun serta pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier. Kata Kunci pengukiran. atau penghausan permukaan cerun serta pengangkutan bahan agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier

Jenis-jenis hakisan permukaan Hakisan percikan titisan air hujan yang turun akan mengcungkil butiran tanah lalu membentuk lekukan-lekukan. - Saiz lekukan bergantung kepada saiz hujan, kelebatan dan faktor perlindungan permukaan bumi. Hakisan kepingan Butiran tanah yang telah terlerai akibat percikan air hujan akan di hakis dan diangkut oleh larian air permukaan. Kesannya kepingan-kepingan kecil tanih di permukaan cerun terhakis. Hakisan galir ( rills )
Hakisan Galir & Galur

- Bahan bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi alur-alur kecil. Alur-alur kecil ini bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh yang singkat. Hakisan galur ( gullies ) - Bahan bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi alur-laur yang luas. Alur-alur ini bersifat kekal dan menjadi asas kepada pembentukan sungai.

Konsep hakisan alur sungai Proses pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai sama ada pada bahagian tebing atau dasar serta pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan alur sungai seperti air mengalir, dan glasier. Kata Kunci pengukiran. atau penghausan alur-alur sungi pada bahagian tebing atau dasar serta pengangkutan bahan agen-agen hakisan seperti air mengalir, dan glasier

JENIS HAKISAN SUNGAI Mendalam / menegak / dasar merujuk kepada hakisan bahagian dasar sungai. berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai di mana pada peringkat ini aliran air sungai deras. alur sungai lama kelamaan akan menjadi dalam , sempit dan berbentuk V . Melebar / tebing merujuk kepada hakisan secara mendatar ke atas kedua-dua arah tebing sungai. lebih aktif di kawasan tengah sungai di mana aliran air sungai sudah mula perlahan. Alur sungai menjadi semakin luas dan berbentuk U. Mengundur / kebelakang merujuk kepada hakisan sungai ke arah belakang atau mengundur ( semakin ke hulu ) aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai air terjun atau jeram. hakisan air sungai yang semakin giat ke atas air terjun menyebabkan lama kelamaan batuan yang membentuk air terjun tersebut runtuh. akibatnya air terjun tersebut semakin mengundur ke belakang.

CARA HAKISAN SUNGAI Hidraul - hempasan air aliran sungai terhadap lubang-lubang, rekahan, dan retakan batuan di lurah-lurah sungai. Lebih berkesan di bahagian alur sungai yang terdapat pusaran air seperti di sekitar lurah sungai yang terdapatnya air terjun, jeram dan lubuk. Tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil bahan batuan yang berstruktur longgar dan memecahkan batuan pada tebing atau dasar sungai tersebut. Geseran/lelasan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, pasir, kelikir dan sebagainya menghakis atau bergesel dengan dasar dan tebing sungai.

Lagaan - merujuk kepada perlanggaran antara bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai sama ada sesama sendiri, ataupun perlanggaran bahan dengan dasar atau tebing sungai. bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain menyebabkannya pecahan, lalu mengalami perubahan saiz dan bentuk bahan.

- perlanggaran bahan berlaku disebabkan sifat pergerakan bahan itu sendiri di mana serpihan batuan yang kasar dan berat bergerak secara perlahan manakala serpihan batuan yang kecil, lebih ringan bergerak dengan kadar yang lebih cepat. Kesannya bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain. Larutan merujuk kepada hakisan secara kimia di mana air sungai bertindak melarutkan batuan yang terdapat pada dasar dan tebing sungai tersebut. melibatkan batuan yang mudah larut seperti batu kapur, dan dolomit. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI Isi padu dan halaju air halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan isipadu air sungai. - hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir. Kecerunan halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan kecerunan dasar sungai. halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah. sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini. sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai. di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya. Bentuk alur Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan menegak. Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

Jenis batuan - tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat. - manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih giat. Bahan muatan - bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan. - bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.

Pembentukan Air Terjun

Bentuk muka bumi hakisan sungai ( Peringkat Hulu / Muda ) Air terjun terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar dan berselang- seli antara batuan keras dan batuan lembut. lapisan batuan lembut akan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras. lapisan batuan keras yang tahan hakisan akan tertnggal lalu menghalang aliran air sungai lalu membentuk air terjun.

Jeram

Jeram Bertingkat

terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai susunan batuan lembut dan batuan keras yang tersusun berselang seli secara tegak atau hampir tegak. hakisan sungai yang giat ke atas batuan lembut menyebabkan batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas.

akibatnya aliran air sungai akan tersekat lalu mengalir secara melompat-lompat menuruni bonjolan yang keras.

Lubuk lubuk merujuk kepada lekukan yang terbentuk di bahagian dasar sungai.

tindakan aliran air sungai yang berpusar akan mengorek dan melelaskan dasar lurah sungai terutama di bahagian dasar air terjun menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian dasar sungai tersebut. lubang yang dalam ini dikenali sebagai lubuk. contoh lubuk ialah Telaga Tujuh di Langkawi, Kedah. Gaung dan Lurah merupakan bentuk muka bumi hakisan sungai di peringkat hulu sungai.

hakisan yang giat terhadap dasar alur sungai menyebabkan alur sungai menjadi bertambah dalam dan sempit, dan bertebing curam. lurah sungai yang bertebing curam ini dikenali sebagai gaung. contoh gaung yang terkenal ialah Grand Canyon di sungai Colorado, Amerika Syarikat. Anda mungkin juga meminati:

You might also like