Kertas Kerja Bacathon

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PROGRAM BACATHON 2008 SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL

PENDAHULUAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal (SKBJ) sentiasa prihatin akan kemajuan dan perkembangan sekolah. Sehubungan dengan itu, PIBG SKBJ akan berusaha sedaya upaya melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan pendidikan yang terbaik dapat diberikan kepada murid-murid sekolah ini. Menyedari bahawa keperluan dan kemajuan di sesebuah sekolah menjadi pemangkin kepada pendidikan dan sekolah berkualiti, PIBG sekolah ini mencadangkan PROGRAM BACATHON dijalankan bagi mendapat sejumlah wang yang disasarkan untuk menjalankan projek dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah. Semoga dengan adanya kemudahan-kemudahan itu serta terlaksananya projek yang dirancang, SKBJ akan muncul sebagai sebuah sekolah terunggul di Pulau Pinang. Program Bacathon yang akan dilaksanakan ini diharap dapat melahirkan insan yang berilmu, prihatin, penyayang dan muhibbah serta mewujudkan semangat kekitaan di kalangan guru-guru, waris serta murid-murid dan masyarakat setempat.

TUJUAN Program Bacathon SKBJ ini diadakan bertujuan untuk menambah dana PIBG di samping menanam minat suka membaca di kalangan murid-murid. Justeru itu, dapat menambahkan kadar celik huruf di kalangan murid-murid SKBJ dan mewujudkan suasana kekeluargaan bagi warga SKBJ dengan ibu bapa serta waris. OBJEKTIF Program Bacathon 2008 ini dijalankan adalah untuk mendapatkan sumbangan bagi pihak PIBG membiayai projek-projek seperti berikut : 1. Menyediakan dana tabung PIBG untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. 2. Menambah dana murid bagi menjalankan kegiatan kurikulum dan kokurikulum. 3. Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh PIBG. 4. Memupuk minat suka membaca di kalangan murid. 5. Mengadakan projek kecemerlangan akademik.

SASARAN Berdasarkan objektif di atas, pihak PIBG telah membuat satu sasaran pungutan minima sebanyak RM 20, 000.00 melalui : (i) Edaran kad kepada ibu bapa (RM 10,000) (ii) Edaran kad kepada korporat (RM 7,000) (iii) Iklan buku program ( RM 3,000 ) PEMBAHAGIAN Hasil daripada program ini akan dibahagikan mengikut cadangan keperluan peruntukan kewangan seperti berikut : 1. Dana Pelajar ( Bahan Bacaan dan Pembelajaran ) sebanyak 40% iaitu RM 8,000. Untuk kegiatan termasuk : Kelas Tambahan PDCA Tahun 4,5 dan 6 ( RM 1000 ) Kecemerlangan UPSR Teknik menjawab soalan UPSR ( RM 1000 ) Program Motivasi Motivasi Tahun 4, 5 dan 6. ( RM 4000 ) Perbelanjaan untuk Sukan / Persatuan / Permainan & Unit Beruniform ( RM 2000 ) 2. Dana Fizikal dan Prasarana Sekolah sebanyak 30% iaitu RM 6,000. Membantu pihak sekolah menyediakan prasarana yang kondusif bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran baik dari pihak guru mahupun murid. ( i ) Penambahbaikan dewan ( RM 2000 ) (ii) Penambahbaikan bilik darjah ( RM 2000 ) (iii) Penambahbaikan pusat sumber ( RM 2000 ) 3. Dana Kebajikan Murid sebanyak 20% iaitu RM 4,000. ( i ) Bantuan kecemasan disebabkan oleh bencana alam dan kemalangan. 4. Dana Keceriaan dan Lanskap Sekolah sebanyak 10% iaitu RM 2,000.

SYARAT-SYARAT 1. Kutipan sumbangan hendaklah dilakukan oleh ibu bapa, guru dan AJK PIBG bagi pihak anak-anak. 2. Kutipan bermula dari 4 September 2008 sehingga 4 Oktober 2008. 3. Kutipan dipungut di Negeri Pulau Pinang dan daerah yang bersempadan dengannya. 4. Kadkad kutipan berserta wang tunai / cek / wang pos hendaklah ditulis atas nama Bendahari PIBG SKBJ. 5. Wang hendaklah diserahkan kepada Bendahari PIBG selewat-lewatnya pada atau sebelum 6 Oktober 2008. 6. Kad-kad kutipan tambahan boleh didapati daripada Bendahari PIBG. 7. Pengambilan dan penyerahan kad hendaklah direkodkan oleh guru kelas / Bendahari PIBG dan ditandatangani oleh pemungut atau murid. 8. Pemungut hendaklah mendapatkan resit PIBG semasa penyerahan wang / kad. 9. Minima kutipan adalah sebanyak RM 20.00. 10. Sebagai langkah keselamatan, penyerahan wang kutipan kepada guru kelas oleh murid-murid Tahun 1 hendaklah dilakukan oleh ibu bapa / waris / penjaga sendiri.

HADIAH Sebagai galakan / insentif, hadiah-hadiah dan cenderamata akan disediakan oleh pihak PIBG kepada pemungut : 10 hadiah kutipan tertinggi yang mana kutipan minima RM 200.00.

Kutipan minima RM 50.00 layak untuk cabutan bertuah.

PENUTUP PIBG sekolah ini menaruh harapan tinggi terhadap semua ahlinya untuk berkongsi visi dan matlamat program ini. Dengan ini, diharapkan semua ibu bapa dan guru-guru akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan Program Bacathon 2008 dan mencapai sasaran sebanyak RM 20,000.00.

You might also like