Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ramai guru berpenyakit akibat stres

KUALA LUMPUR 28 Mac - Ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, sakit jantung malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin stres akibat bebanan tugas yang meningkat. Guru wanita lebih ramai dihidapi penyakit berbanding dengan guru lelaki malah guru muda juga tidak terkecuali dalam mendapatkan penyakit-penyakit tersebut. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng berkata, andaian ini adalah berdasarkan tuntutan insurans yang telah dibuat oleh guru-guru sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Katanya, setiap tahun sebanyak RM2 juta tuntutan insurans telah dibuat oleh hampir 50 guru dengan nilai dari RM44,000 hingga RM120,000. ``Punca penyakit yang dihadapi oleh guru-guru ini dipercayai disebabkan oleh bebanan kerja yang membawa kepada stres sehingga menjejaskan kesihatan guru dan ini diakui oleh guru-guru melalui pertemuan dengan kesatuan. ``Sebagai kesatuan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan guru, perkara ini perlu ditangani kerana jika guru tidak sihat dan produktiviti menurun, bagaimana untuk meneruskan tugas mengajar anak bangsa,'' katanya kepada pemberita pada Persidangan Pendidikan Malaysia ke-10 di sini hari ini. Menurut Loke Pheng, guru-guru yang mengajar di bandar-bandar besar seperti terutama Kuala Lumpur dan di kawasan pedalaman adalah bilangan yang banyak diserang stres sehingga ada yang perlu mendapatkan rawatan psikiatri. ``Sebagai contoh, ada seorang guru akan keluar kelas setiap kali hujan semata-mata untuk melihat hujan sehingga ia berhenti dan satu lagi kes ialah ada guru yang tidak suka pergi ke sekolah,'' jelasnya. Tambah beliau, bagaimanapun, kedua-dua kes itu telah pun dirujukkan ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan kaunseling. ``Satu kajian telah dibuat oleh NUTP pada tahun lalu mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan. Menurut beliau lagi, faktor tertinggi yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Tambah beliau, faktor lain ialah bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320,000 guru, hanya 40,000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat. ``Oleh kerana peluang kenaikan pangkat terlalu sedikit, maka ramai guru yang kecewa sehingga ada yang menjadi guru kelas biasa sehingga bersara. ``Begitu juga dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang.

Seksa jadi cikgu


2010/04/01 - 02:40:19 AM Oleh Khairul Azran HussinCetakEmel Kawan

Tweet
180

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Bernama

Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar. Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

bu bapa punca guru tertekan Tarikh: Monday, August 06 @ 06:43:41 MYT Tajuk: Berita Itu Ini Sikap ibu bapa yang terlalu mengharapkan guru mengajar anak mereka sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang dalam akademik menjadi punca utama mereka menghadapi tekanan di tempat kerja sehingga menjejaskan prestasi perkhidmatan masing-masing. Kajian Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bagi mengenal pasti masalah guru di seluruh negara tahun lalu mendapati, 83 peratus guru berasa tertekan dengan harapan tinggi ibu bapa itu. Selain itu, faktor beban tugas yang terlalu banyak khususnya bagi kerja pentadbiran, juga disifatkan sebagai antara punca utama guru menghadapi tekanan di tempat kerja selain peluang kenaikan pangkat serta membina kerjaya yang terhad. Kajian yang dilakukan hasil kerjasama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), membabitkan 9,328 guru di seluruh negara itu juga mendapati, faktor lain menyumbang kepada tekanan terhadap guru ialah sistem penilaian prestasi yang tidak adil. Selain itu, kurang minat warga pendidik dalam profesyen perguruan juga menjadi penyebab masalah tekanan terutama apabila ia membabitkan pihak pengurusan sekolah dan pelajar, selain ibu bapa pelajar. Penanda aras yang ditentukan pengurusan sekolah kepada guru bagi memastikan warga pendidik memberi perkhidmatan cemerlang dalam membantu pelajar memperoleh keputusan cemerlang juga menambah tekanan mereka di sekolah. Selain itu, penyelidikan enam bulan itu juga mendapati, kemudahan infrastruktur di sekolah yang serba kekurangan sehingga menyukarkan guru memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar sama ada di dalam dan luar kelas. Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, berkata ramai guru mengadu kepadanya mengalami tekanan sehingga ada yang terpaksa mengambil ubat penenang bagi mengatasi kebuntuan masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai guru yang gagal mengatasi tekanan sehingga terpaksa direhatkan dan dimasukkan ke pusat rawatan mental, tetapi tidak menafikan ramai yang terpaksa mendapatkan bantuan kaunseling. Saya selalu nasihatkan guru supaya jangan berundur daripada profesyen ini kerana mereka (guru) adalah arkitek bangsa yang akan mencorakkan masa depan negara, katanya kepada Berita Minggu.

Sumber : Berita Harian, 05 Ogos 2007"

You might also like