Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 0

27

BAB 3




METODOLOGI



3.1 PENGENALAN


Terdapat banyak ujikaji dan ujian yang perlu dijalankan bagi menentukan
kesesuian sesuatu jenis subgred sebelum digunakan bagi tujuan projek pembinaan. Di
antara tujuan utama ujian serta ujikaji yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah
untuk menentukan keupayaan galas subgred di tapak, untuk mendapatkan kandungan
lembapan bagi sesuatu jenis subgred, menentukan ketumpatan tanah atau subgred
tersebut dan banyak lagi.

Bab ini akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang kaedah-kaedah
atau prosedur-prosedur yang perlu dijalankan terhadap pemilihan sesuatu jenis
subgred bagi tujuan projek pembinaan.








28
3.2 PENENTUAN TABURAN SAIZ ZARAH
- CARA AYAKAN KERING


Pengenalan


Tujuan ujian ini adalah untuk menentukan secara kuantiti taburan saiz zarah,
kerikil dan pasir. Untuk tanah yang berzarah lebih halus (kurang daripada 0.063mm)
seperti tanah liat dan kelodak, hanaya pecahan peratusnya sahaja boleh dikira dengan
ujian ini. Saiz ayakan yang paling kecil yang digunakan ialah ayakan No. 200 iaitu
saiz yang paling kecil bagi set ayakan piawai British ( 0.063mm atau 0.075mm ).
Taburan untuk tanah yang lebih halus dari saiz ini ( kelodak dan tanah liat ) boleh
didapati dengan cara pemendekan samada dengan kaedah pipet atau kaedah
hidrometer.


Peralatan


1. Satu set ayakan menurut Piawaian British ( BS ). ( Foto 3.1 )
2. Neraca dengan kejituan antara 0.5g dan 0.01g.
3. Berus untuk ayakan.


Prosedur


1. Ambil lebih kurang 500g tanah yang telah dikeringkan. Hnacurkan ketul-
ketul tanah supaya tanah tersebut menjadi bijian halus.
2. Susun ayakan menurut susunan yang telah ditetapkan iaitu ayakan yang
saiz terbesar sekali di atas dan yang paling kecil di bawah. Pasangkan
penakung di sebelah bawah set ayakan yang telah sempurna disusun.
29
3. Getarkan set ayakan tadi selama lebih kurang 10 minit jika mesin
penggetar digunakan.
4. Timbang dan rekodkan tanah yang tertahan pada tiap-tiap ayakan dan
juga dalam penakung. Semak jumlah berat dengan jumlah asal. Rekodkan
dalam satu jadual.
5. Kirakan peratusan berat tanah yang tertahan dan masukkan ke dalam
jadual yang telah dibuat.


Pengiraan dan Plotan


1. Peratus berat yang tertahan di setiap ayakan berikut :-
% tertahan =( berat tanah yang tertahan / jumlah berat tanah ) * 100

2. Kirakan peratus tertahan peratus telus kumulatif.

3. Plot peratus telus kumulatif lawan saiz ayak menggunakan graf separuh
logaritma yang disediakan.

4. Dapatkan saiz berkesan D
10
dari graf tersebut.

5. Kirakan pekali kesegayaan ( C
u
)
C
u
=D
60
/ D
10

6. Kirakan pekali pemeringkatan ( C
g
)
C
g
=( D
30
)
2
/ ( D
10
* D
60
)

Di mana : D
10
=ukuran zarah pada 10% telus
D
30
=ukuran zarah pada 30% telus
D
60
=ukuran zarah pada 60% telus

7. Kirakan peratus tanah yang telus ayak 0.063mm.

30




Foto 3.1 : Set ayakan menurut piawaian British




3.3 PENENTUAN HAD-HAD ATTERBERG
- KECUTAN LINEAR


Pengenalan


Ujian ini adalah untuk menentukan kecutan lelurus tanah. Untuk beberapa
tanah, terutamanya tanah-tanah yang mengandungi peratusan galian tanah liat yang
agak rendah, had-had plastik dan cecair tanah-tanah tersebut mungkin sukar untuk
ditentukan. Untuk tanah-tanah sedemikian anggaran indeks keplastikan boleh dibuat
dengan menggunakan persamaan seperti berikut :-

Indeks Keplastikan =2.13 * kecutan lelurus

di mana kedua-dua indeks keplastikan ( PI ) dan kecutan lelurus ( Ls ) dinyatakan
dalam peratusan.

31
Peralatan


1. Dua pisau palet.
2. Plat kaca / perspeks.
3. Acuan tembaga.
4. Ketuhar dengan suhu terkawal 105
o
C ke 110
o
C.
5. Alat pengukur panjang.
6. Gris.


Prosedur


1. Sebanyak 150g tanah yang telus ayak 0.420mm dicampurkan dengan air
suling untuk membentuk adunan homogen. Kandungan lembapan adunan
tanah tersebut hendaklah lebih kurang sama dengan had cecair tanah.

2. Adunan tanah tersebut kemudiannya diletakkan ke dalam sebuah acuan
tembaga yang berbentuk separuh bulat dalam keratan rentas, 140mm
panjang x 12.5mm jejari. Acuan itu hendaklah dibersihkan dahulu dan
disapu dengan gris. ( Foto 3.2 )

3. Sampel tanah tersebut kemudiannya dikeringkan di udara ( suhu bilik )
sehingga ianya mengecut bebas daripada acuan. Kemudian dikeringkan
dalam ketuhar dengan suhu 60 65
o
C. Apabila proses pengecutan telah
tamat, suhu ketuhar dinaikkan ke suhu 105
o
C dan sampel dibiarkan dalam
ketuhar selama 24 jam.

4. Setelah disejukkan, panjang sampel diukur.



32
Pengiraan


Peratus kecutan lelurus diberi oleh persamaan :-
Ls =1- [( Panjang seduah pengeringan ) / ( Panjang sebelum pengeringan )] *100%






Foto 3.2 : Prosedur Penentuan Had-had Atterberg






33
3.4 PENENTUAN HAD CECAIR
PENUSUKAN KON


Pengenalan


Menurut BS 1377, kaedah ini adalah digemari di dalam menentukan had
cecair tanah.


Peralatan


1. Plat perspeks / kaca.
2. Dua mata pisau palet.
3. Meter tusuk ( BS 4591, kon 30
o
, panjang 35mm, berat 80g ). ( Rajah 3.0 )
4. Alat-alat untuk menentukan kandungan lembapan.
5. Sebotol air suling.
6. Mangkuk logam ( garispusat 55mm, kedalaman 40mm ).
7. Pembaris keluli.


Prosedur


1. Sampel seberat lebih kurang 2000g diambil tanah yang sudah diayak
dengan ayak BS No. 36 ( 0.420mm ). Sampel tersebut kemudiannya
diletakkan di atas plat kaca dan dicampur air suling sehingga sebati
dengan menggunakan pisau palet. Banyaknya air dicampur hendaklah
supaya bacaan penusukan pertama kon kebih kurang 15mm.

2. Tanah yang sudah digaul tadi dimasukkan ke dalam mangkuk. Pastikan
tiada udara terperangkap dan diratakan. Turunkan pembaris keluli untuk
34
memberi permukaan yang rata. Turunkan kon sehingga ianya hanya
mencecah permukaan tanah. Lepaskan kon untuk jangka masa 5 1 saat.
Penusukan tersebut diukur dengan tolok dail.

3. Angkat kon dan bersihkan. Tambahkan sedikit lagi tanah ke dalam
mangkuk dan ulangi ujian ( 2 ) di atas. Perbezaan di antara penusukan
pertama dan kedua hendaklah kurang daripada 0.5mm. Purata penusukan
dikira. Sekiranya bacaan penusukan kedua lebih daripada 0.5mm tetapi
kurang daripada perbezaannya dengan penusukan pertama, ujian ketiga
dijalankan.

4. Ambil sedikit sampel tanah dari mangkuk untuk ujian penentuan
kandungan lembapan.

5. Ulangi tatacara ( 2 ) hingga ( 4 ) sebanyak 4 kali menggunakan sampel
yang sama tetapi ditambah lebih air setiap kali ujian. Kandungan
lembapan yang dihajati supaya nilai penusukan berada dalam lingkungan
15mm. Ujian hendaklah dijalankan daripada keadaan tanah yang yang
kering sehingga kepada yang lebih besar.




Rajah 3.0 : Peralatan Penusukan Kon

35
3.5 UJIAN TIGA PAKSI TAK TERKUKUH TAK BERSALIR


Pengenalan


Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan kekuatan ricih tanah jelekit.


Peralatan


1. Acuan belah
2. Pisau palet
3. Gergaji dawai
4. Pembaris keluli
5. Selaput getah
6. Perenggang selaput getah
7. Alat-alat untuk menentukan kandungan lembapan
8. Neraca dengan kejituan 0.5g
9. Sel tiga peksi dan sistem-sistem tambahan


Prosedur


1. Sediakan tiga set sampel yang berukuran 63.5mm panjang x 38mm
garispusat. Sukat ukuran dan timbang.

2. Letakkan tukup tak telus perspek di atas kekai bawah sel tiga paksi.
Letakkan sampel di atas tukup dan dudukkan tukup perspek yang satu lagi
di atas sampel. Tutup sampel dengan selaput getah dan tukup diikat
dengan gelang getah. Pastikan tidak ada udara yang terperangkap.

36
3. Letakkan sel perspek di atas sampel dan pasangkan skru dengan kemas.
Isi air dan kenakan tekanan yang diperlukan ( 140, 280, 420 kN/m )

4. Catitkan bacaan awal tolok-tolok dail beban dan terikan, kemudian
mulakan mampatan, kadar terikan kebiasaannya ialah 2% per minit
sehingga mencapai terikan 20%. Ulangi ujian, sekurang-kurangnya tiga
penentuan dibuat pada sampel yang sama tetapi dikenakan tekanan
berlainan untuk membolehkan bulatan Mohr diplot.


Pengiraan


1. Luas dalam mm
2
, A = A
o
/ ( 1 - & )

di mana : A
o
=Luas keratan rentas awal sampel ( mm )
& =terikan ( L
o
L ) / L
o
L
o
=panjang awal sampel
L =panjang sampel pada peringkat ujian

2. Beban sisih, P =bacaan gelang tunjuk x malar

3. Tegasan sisih =(
1
-
3
) =P / A

4. Plot tegasan sisih dan terikan semasa gagal untuk setiap sampel yang diuji

5. Daripada data ujian, plotkan bulatan Mohr untuk tegasan jumlah dan tentukan
parameter-parameter kekeuatan ricih tegasan yang diuji.






37
3.6 UJIAN PEMADATAN TANAH ( di tapak )


Pengenalan


Ujian ini bertujuan untuk mengetahui kandungan kelembapan tanah subgred yang
telah ditambak, kekerasan sesuatu tanah serta jenis subgred yang digunakan.


Radas


a. Zink plate for sand cone 100mm ( size 300 x 300mm ).
b. Set Speedy Moisture Reagent Content.
c. Sand cone 100mm.
d. Alat-alat mengorek tanah : pahat, tukul, senduk, bekas isi tanah.
e. Pasir.
f. Alat penimbang 20kg.


Prosedur


1. Lubang sedalam 6 inci perlu dikorek bagi mengambil contoh tanah yang
digunakan untuk tujuan tambakan. Kawasan yang dipilih mestilah rata dan
tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak dikehendaki seperti ranting kayu
dan sebagainya. ( Foto 3.3 dan 3.4 )

2. Timbang pasir yang hendak digunakan beserta kon sebanyak 7000g. Ini tidak
termasuk dengan penutup kon tersebut. Tutup dengan penutup kon setelah
ditimbang untuk mengelakkan dari dimasuki angin.

38
3. Timbang berat tanah yang telah dikorek tadi beserta bekasnya. Ambil sedikit
contoh tanah untuk Ujian Kelembapan ( Speedy Moisture Content ) untuk
ditimbang dan masukkan ke dalam bekas set Speedy Moisture Content.

4. Campurkan sedikit Speedy Moisture Reagent ( kabait ) dengan contoh tanah.
Tutup bekas dan goncangkan selama 30 saat.

5. Masukkan kesemua jumlah berat bahan-bahan yang telah ditimbang ke dalam
borang yang disediakan termasuk bacaan kelembapan yang telah diperoleh
untuk kerja-kerja pengiraan.

6. Keputusan yang diperolehi mestilah melebihi 95%. J ika keputusan
menunjukkan kurang daripada 95%, tanah tersebut mungkin kurang sesuai
untuk digunakan ataupun kurang penggelekkan oleh jentera penggelek.




Foto 3.3 : Ujian Pemadatan di tapak



39


Foto 3.4 : Ujian Pemadatan di tapak




3.7 UJIAN PROBA MACKINTOSH


Pengenalan


Proba MacKintosh merupakan satu alat yang mudah dikendalikan. Alat ini
biasanya digunakan semasa penyelidikan peringkat awal. Dengan alat ini, dapat
diketahui secara kasar keadaan tanah, iaitu samada ianya keras atau lembut. Di
samping itu, Proba MacKintosh merupakan alat untuk mengumpulkan data serta
maklumat untuk digunakan dalam penyiasatan tanah yang lebih mendalam.


Radas


1. Batang keluli bergarispusat 12mm dengan pengganding ( coupling ).
2. Besi pepejal berbentuk kun bergarispusat 25mm
3. Penukul seberat 5 kg

40
Prosedur


1. Tentukan lokasi lubang-lubang proba di tapak.

2. Tandakan pada rod keluli dengan kapur pada setiap jarak 0.3m.

3. Tekan kun yang bergaris pusat 25mm ke dalam tanah.

4. Dengan menggunakan tukul seberat 5kg, jatuhkan pada ketinggian yang
ditetapkan iaitu 0.28m. Penukul akan menggelungsur pada satu andas yang
terlekap di dalamnya yang diskrukan pada bahagian atas batang besi tersebut.
Ini akan menghalang penukul tersebut daripada tercabut dari ros serta
memaksa penukul untuk menggelungsur pada satu paras yang tetap.Pada
setiap kali hentakan, kun akan terbenam masuk ke dalam tanah. Rintangan ke
atas tanah hendaklah dicatat dengan mengira bilangan pukulan bagi setiap
kemasukan 0.3m dalam. ( Foto 3.5 dan 3.6 )





Foto 3.5 : Ujian Proba Mackintosh sedang dijalankan.


41





Foto 3.6 : Ujian Proba Mackintosh sedang dijalankan.




3.8 NISBAH GALAS CALIFORNIA


Pengenalan


Ujian Nisbah Galas California ( California Bearing Ratio, CBR ) adalah ujian
penusukan yang direka untuk menentukan nilai kekuatan sesuatu bahan lapisan
jalan. Ujian CBR adalah ujian empirikal, walaubagaimanapun ujian ini dapat
menunjukkan secara kasar kekuatan sesuatu bahan. Dalam ujian ini, beban yang
diperlukan untuk menolak pelocok piawai menembusi bahan pada kadar tertentu
disukat. Pada sebarang nilai penusukan, nisbah beban yang diperlukan
berbanding beban piawai dinyatakan dalam sebutan peratus ( % ) didefinasikan
sebagai Nisbah Galas California. ( Rajah 3.1 )


42
Radas


1. Ayak 20mm
2. Alat penimbang berkeupayaan menimbang beban maksimum 25kg
3. Acuan CBR
4. Tukul kayu
5. Tukul logam berjisim 4.5 kg
6. Spatula
7. Peralatan untuk penentuan kandungan lembapan
8. Oven dengan suhu 105C 110C


Prosedur


1. Hancurkan sampel bahan kering dengan tukul kayu sehingga
halus. Ayak sampel dengan ayak 20mm. Buang sebarang
bendasing dan bahan yang tertahan pada ayak tersebut.

2. Timbang sampel yang telah siap tadi sebanyak 5.5kg dan
campurkan air mengikut nisbah yang diberikan.

3. Gaulkan sampel hingga sekata, seterusnya bahagikan kepada 5
bahagian yang sama.
4. Tentukan jisim acuan ( berat, isipadu ) dan sapukan sekeliling
bahagian dalamnya dengan minyak pelincir.

5. Masukkan satu bahagian sampel ke dalam acuan untuk lapisan
pertama, padatkan sampel tersebut sebanyak 62 hentaman dengan
jarak 300 atau 450mm ketinggian dari sampel menggunakan tukul
4.5kg.

43
6. Ulang langkah di atas untuk lapisan-lapisan lain. Pastikan ia
dilakukan sebanyak 5 lapisan. Sebelum memasukkan lapisan
terakhir pasangkan penyambung leher acuan tersebut.

7. Setelah siap lapisan ke 5, tanggalkan leher acuan dan potong
lebihan sampel sehingga rata menggunakan spatula. Ambil sedikit
lebihan sampel untuk menentukan kandungan lembapan sebenar
sampel.

8. Masukkan sampel untuk kandungan lembapan ke dalam oven pada
suhu 105C 110C sehingga kering.

9. Timbang sampel bersama acuan tersebut.

10. Bawa sampel ke mesin penguji CBR dan kenakan beban tambahan
4.5kg ke atas permukaan sampel dan setkan bacaan tolok kepada
sifar.

11. Pasangkan tolok dial penusukan dan setkan bacaan kepada sifar.

12. Gerakkan pelocok pada kadar 1.25mm/minit dan ambil bacaan
beban pada tiap kenaikan nilai ketelusan 0.25mm hingga mencapai
ketelusan tidak melebihi 7.50mm.

13. Ulang langkah 10 12 untuk permukaan bawah sampel.

Untuk ujian sampel yang direndam :

1. Ulang langkah 1 hingga 9.

2. Sebelum direndam letakkan kertas di atas sampel, tutupkan dengan
plat dan pasangkan dial tolok.


44
3. Setelah siap dipasang, sampel direndam selama 24 jam.

4. Setelah 24 jam sampel ditimbang dan lakukan mengikut langkah 10
hingga 12.

5. Ambil sedikit sampel untuk menentukan kandungan lembapan.





Rajah 3.1 : Peralatan bagi Ujian Nisbah Galas California





45
3.9 KETUMPATAN TANAH KAEDAH PENGGANTIAN PASIR


Pengenalan


Ujian ini adalah untuk menentukan ketumpatan gembur tanah di tapak


Peralatan


1. Alat penggantian pasir ( Rajah 3.2 )
2. Pasir kering yang telus ayak No. 30 ( 0.50mm ) tetapi tidak telus ayak No. 50
( 0.30mm )


Prosedur


a) Menentukan ketumpatan kering pasir

1. Timbang 10kg pasir kering seperti yang disebut di atas ( B1 )

2. Masukkan pasir ke dalam silinder penuang pada alat penggantian
pasir. Elakkan alat dari getaran

3. Letakkan 2 keping kayu ( berukuran 3x3x12 ) di atas silinder
penyukat. Ini adalah bertujuan untuk melihat pengisian pasir ke dalam
silinder penyukat tersebut.

4. Letakkan silinder penuang di atas silinder penyukat.

46
5. Buka pengatup pada silinder penuang bagi mengisi pasir ke dalam
silinder penyukat

6. Pengatup ditutup setelah sinlinder penyukat dimasukkan kembali ke
dalam penuang

7. Ratakan paras pasir dengan pisau palet searas dengan bahagian atas
silinder penyukat

8. Lebihan pasir dari silinder penyukat dimasukkan kembali ke dalam
silinder penuang

9. Silinder penuang kemudiannya diangkat dan diletakkan di atas
permukaan yang rata

10. Pengatup dibuka. Perhatikan gerakan pasir di dalam silinder penuang
sehingga ia berhenti. Ini menunjukkan bahawa kon telah dipenuhi
dengan pasir.

11. Pengatup ditutup

12. Pasir yang memenuhi kon tadi ditimbang bagi mendapatkan B2

13. Masukkan semula pasir B2 ke dalam silinder penuang

14. Ulang lagkah 10 12 sekurang-kurangnya tiga kali untuk
mendapatkan nilai purata B2

15. Isikan semula 10kg pasir ke dalam silinder penuang dan letakkan alat
ini sepaksi dengan silinder penyukat ( tidak perlu diletakkan lapisan
kayu )

47
16. Pengatup dibuka bagi pengisian pasir memenuhi ruang di dalam
silinder penyukat dan kon. Perhatikan gerakan pasir di dalam silinder
penuang dari atas sehingga ia berhenti

17. Tutup pengatup

18. Angkat silinder penuang dengan cermat

19. Timbang pasir yang memenuhi silinder penyukat dan kon bagi
mendapatkan B3

20. Untuk mendapatkan isipadu silinder penyukat, masukkan sedikit pasir
ke dalam takungan penimbang dan letakkan silinder penyukat di
atasnya. Ini adalah untuk menstabilkan kedudukan silinder penyukat
di dalam takungan penimbang

21. Catitkan bacaan timbangan ( B4 )

22. Isikan air ke dalam silinder penyukat tersebut sehingga penuh sambil
menyelaraskan kedudukannya. Catit bacaan ( B5 )


Pengiraan


Berat pasir dalam silinder penyukat, B6 =B3 B2

Isipadu silinder penyukat, V =B5 B4
Pw

Ketumpatan pasir kering, Pd =B6 / V



48
b) Menentukan ketumpatan gembur ( Pb ) tanah di tapak

1. Letakkan plat yang berlubang bulat di atas permukaan tanah.

2. Gali lubang melalui plat tersebut sedalam silinder penyukat. Pastikan
tidak terdapat tanah-tanah longgar di dalam lubang itu.

3. Timbang tanah yang dikorek ( B7 )

4. Letakkan alat penggantian pasir ( bersama 10kg pasir di dalam
silinder penuang ) di atas lubang tersebut

5. Buka pengatup

6. Perhatikan gerakan pasir dalam silinder penuang. Tutup pengatup
apabila gerakan pasir telah berhenti.

7. Timbang baki pasir di dalam silinder penuang ( B8 )


Pengiraan dan Laporan


Berat pasir di dalam lubang ( B9 ) =B1 ( B8 +B2 )

Ketumpatan gembur tanah, Pb tanah =B7 * Pd pasir
B9

Nota : Ketumpatan kering pasir telah ditentukan nilainya seperti di dalam
aturcara ( a )




49




Rajah 3.2 : Peralatan bagi Ujian Kaedah Penggantian Pasir

You might also like