Masyarakat Uyghur

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Negara - Xinjiang

Xinjiang adalah sebahagian daripada China sejak dari zaman dahulu lagi. Kaum Uyghur bersama - sama dengan kaum yang lainnya, telah membuka satu kawasan ( penempatan ) mempunyai hubungan dan

ekonomi dan budaya yang rapat dengan kaum/masyarakat yang lain yang

berpenempatan di tengah tengah china. Xinjiang juga dikenali sebagai Penempatan Barat pada suatu ketika dahulu. Yangqi Mansion - "A Thousand Houses," Baicheng (Bay) Kizil Thousand Buddha Grottoes, Bozklik Grottoes di Turpan, Kumtula Grottoes di Kuqa dan Astana Tombs di Turpan, semua ini merupakan kekayaan besar yang ditinggalkan dari Barat dan juga Timur Dinasti Han (206 BC-AD 220). Mereka menjadi saksi usaha Uygurs dan kumpulan etnik yang lain di Xinjiang dalam mengembangkan China dan budayanya. "Xinjiang" atau "Ice Jecen" dalam bahasa Manchu, secara harfiahnya bermaksud "Sempadan Baru". Nama Xinjiang diberi sewaktu Dinasti Qing pimpinan orang Manchu di China. Xinjiang menempatkan sebilangan kelompok etnik Turkik, termasuk orang Uyghur yang membentuk kelompok terbesar. Kawasan ini sering digelar Turkestan China atau Turkestan Timur. Xinjiang, China telah mendapat kemerdekaan dari Negara China antara tahun 1944 hingga 1949. Wilayah autonomi Xinjiang dibentuk pada 1 Oktober 1955 oleh Parti Komunis China. Sekarang, Xinjiang ialah sebuah kawasan autonomi (Kawasan Autonomi Uyghur Xinjiang) Republik Rakyat China. Xinjiang merupakan kawasan yang besar dan tidak padat penduduknya dan merangkumi satu per enam daripada seluruh wilayah negara. Xinjiang bersempadan dengan Kawasan Autonomi Tibet di selatan, wilayah Qinghai dan Gansu di tenggara, negara Mongolia di timur, negara Rusia di utara, serta negara-negara Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, dan bahagian-bahagian Kashmir yang dikawal Pakistan dan India di barat. Xinjiang mentadbir kebanyakan kawasan Aksai Chin, sebuah rantau yang dituntut oleh India sebagai sebahagian daripada Jammu dan Kashmir.

Rajah 1: peta wilayah Xinjiang

1|Page

1.2

Latar Belakang Bangsa Uyghur

Bangsa Uyghur atau Uygur, Uigur, Uyghur, merupakan sebuah suku minoriti rasmi di Republik Rakyat China. Suku ini merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang berasal dari ras-ras Turki yang beragama Islam yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uyghur dan memeluk agama Islam. Bangsa Uyghur bersama suku Hui menjadi suku utama pemeluk Islam di China, namun ada perbezaan budaya dan gaya hidup yang ketara di antaranya, Bangsa Uyghur lebih bernafaskan Asia Tengah sedangkan suku Hui lebih condong bergaya Konfusianis oriental. Populasi Xinjiang adalah sekitar 18.5 juta (data tahun 2000). Uyghur adalah pribumi asal sebanyak 46.5% populasi manakala Han adalah sebanyak 38.7%. manakala kaum minoriti lain adalah seperti Kazakh, Rusia, Hui (China islam), Mangolia, Uzbek, Tatar, Manchu, Daur dan Xibe. Sebelum tahun 1949, populasi Uyghur adalah sebanyak 75% dan bilangan ini semakin berkurangan akibat polisi China untuk membawa etnik Han menduduki wilayah itu serta mencetuskan kejutan budaya, pertembungan norma sekaligus menghilangkan tradisi Islam di wilayah muslim tersebut.

Rajah 2: Wajah bangsa Uyghur

2|Page

2. PERBINCANGAN

2.1

Latar Belakang Konflik

Di Xinjiang, pada asalnya etnik Uyghur merupakan etnik paling ramai dan beragama islam. Akibat migrasi dari etnik-etnik lain di China, terutamanya Han, dominasi mereka sudah berkurangan. Di samping mojoriti mereka telah merosot, mereka juga menghadapi ancaman asimilasi dengan etnik yang berpindah ke Xinjiang yang tidak beragama Islam dan akhirnya etnik Uyghur ini diasak oleh kaum pendatang Han serta dilayan pula seperti penceroboh ditempat sendiri. Malah, etnik Uyghur juga turut ditindas oleh dasar-dasar kerajaan, demi memberikan tempat kepada penghijrahan etnik terbesar China, kaum Han ke wilayah Xinjiang dan secara tidak lansung menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan. Konflik yang wujud di Xinjiang adalah merupakan konflik yang terjadi antara Etnik Uyghur dan Etnik Han dan secara langsung menjadi konflik yang membawa kepada pencetusan pelbagai pergolakan kerana konflik ini terjadi di dalam satu negara dan konflik ini juga berlaku di sebabkan oleh, ketidakadilan institusi pemerintah (Pemerintahan Komunis Cina) dalam memperlakukan suatu entik dengan etnik lainnya (Uyghur dan Han). Kewujudan diskriminasi terhadap etnik minoriti serta pemerintahan yang autoriti (Pemerintahan Komunis Cina) menyebabkan etnik yang minoriti sukar untuk menyalurkan hak dan pendapat mereka sehingga menyebabkan konflik berlaku.

3|Page

2.2

Faktor-Faktor Konflik

Konflik yang berlaku di Xinjiang terjadi berpunca dari pelbagai faktor, antaranya ialah faktor perbezaan status ekonomi, budaya dan agama yang timbul sejak berdekad lalu. Wilayah Xinjiang sebenarnya tidak memperoleh pembangunan yang sekata dari pihak pemerintah, manakala sektor ekonomi pula dipegang oleh etnik Han yang turut sama menindas apabila memilih mereka yang boleh berbahasa Mandarin sahaja untuk memegang jawatan-jawatan dalam sektor tersebut. Ini menyebabkan penduduk Uyghur berasa tidak puas hati kerana berlaku persaingan ekonomi di mana etnik han berpusu-pusu merebut peluang pekerjaan di Xinjiang setelah kerajaan China membuka pusat-pusat perindustrian berasaskan pertrochemical. 60% sumber pendapatan Xinjiang adalah datang dari sektor petroleum yang di bangunkan oleh kerajaan China. Ketua kerajaan di Xinjang adalah orang Uyghur (Islam) sendiri tetapi dikawal selia oleh seorang wakil parti komunis. Masyarakat Uyghur sukar mendapat kerja berbanding orang Han kerana kebanyakan mereka tidak dapat berbahasa mandarin dengan fasih padahal Xinjiang adalah wilayah autonomi dan sebelum ini bahasa Uyghur digunakan untuk urusan harian, tetapi setelah Kerajaan China cuba memajukan Xinjiang dengan membuat pelaburan di sana dan mahukan pekerja yang boleh berbahasa mandarin sahaja untuk bekerja. Dari aspek budaya pula, terdapat dua bahasa utama di wilayah autonomi Uyghur iaitu bahasa Uyghur serta Mandarin sebagai bahasa utama. Namun begitu, bahasa Uyghur tidak menerima nasib yang baik, malah diancam kepupusan melalui pelbagai tekanan sosial dan politik sepanjang zaman. Menurut tesis Master of Arts in Law and Diplomacyyang disediakan oleh Nancy Eranosian pada 21 Julai 2005, penjajahan sosial berlaku apabila bahasa Mandarin diguna secara mutlak di semua

sekolah rakyat Uyghur serta dinafikan bahasa asal Uyghur. Dasar ini berasaskan satu matlamat komunis untuk menghapus sebarang warisan peradaban keagamaan. Buku literasi berbahasa Uygur yang membawa nilai kebangsaan Islam serta nilai agama dibakar besar-besaran pada tahun 2002. Atas tujuan maraih sokongan pelabur asing (normalisasi antarabangsa), kerajaan China ada menetapkan Artikel 37 daripada Undang-undang Republik Rakyat China pada Autonomi Negara Serantau (diputuskan pada Mei 1984 dan dipinda pada Februari 2001) yang menyatakan sekolah-sekolah (kelas-kelas dan gred-gred) serta institusi pendidikan yang terdiri kebanyakan daripada pelajar datang daripada bangsa-bangsa

minoriti akan menggunakan buku-buku teks dalam bahasa mereka sendiri, dan boleh menggunakan bahasa mereka sebagai media. Kerajaan China daripada pelbagai peringkat pula akan memberi bantuan kewangan untuk penyusunan, terjemahan, dan penerbitan bahan-bahan mengajar dan penerbitanpenerbitan dalam bahasa-bahasa bangsa-bangsa minoriti. Namun begitu, hakikatnya adalah berlainan apabila genosid bahasa dan budaya (agama) Uyghur menjadi trauma kepada masyarakat ini melalui penerapan sistem totalitarian. Malang kembali menimpa bahasa Uyghur di era milenium melalui dasar yang lebih tegas terhadap kaum Uyghur. Sebagai contoh pada Mac 2004, Xinjiang Daily mengumumkan

4|Page

kaum minoriti (antaranya Uyghur) dalam rantau itu harus menerima dan memberi arahan dalam bahasa Mandarin. Parti Komunis China dan kerajaan telah memutuskan bahawa sekolah-sekolah etnik minoriti mesti bergabung dengan sekolah-sekolah etnik China dan pelajar-pelajar etnik minoriti mesti bercampur dengan pelajar etnik Han. Pengajaran seharusnya dikendalikan dalam bahasa China semaksima mungkin. Pengajaran bahasa China untuk pelajar-pelajar etnik minoriti perlu dimulakan pada gred pertama dalam sekolah rendah. Masalah-masalah itulah yang membuat masyarakat Uyghur marah kerana bimbang akan kehilangan identitinya. Dari perspektif agama, masyarakat Uyghur hidup dalam keresahan dan ketakutan. Ini dapat dilihat semasa penguasaan Parti Komunis China dahulu, di mana masyarakat Uyghur sering ditekan dan dihalang dari mengamalkan ajaran Islam dan sehingga kini, masyarakat Uyghur masih lagi dikekang seperti yang terjadi pada 10 Julai 2009 di mana penduduk Islam di Urumqi (masyarakat Uyghur) tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut apabila pihak berkuasa China mengarahkan masjid - masjid di ibu kota Xinjiang ini ditutup. Manakala, imam-imam diwajibkan memperoleh lesen daripada kerajaan negeri. Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di masjid ketika cuti sakit. Lebih teruk lagi, tiada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam. Ini kerana, kerajaan takut masyarakat Uyghur akan menggunakan agama untuk menyokong tiga kuasa yang merujuk kepada fahaman pelampau, fahaman pemisah dan keganasan. Beijing mendakwa ketiga-tiga kuasa tersebut cuba memisahkan Xinjiang dari bahagian lain negara ini. Walau bagaimanapun, mereka masih berjaya bertahan dan melakukan amal ibadah secara tersembunyi. Tidak hairanlah, kesan penindasan tersebut telah mewujudkan sebilangan kecil golongan sufi dalam kalangan masyarakat Uyghur.

.
Rajah 3: Masjid di ibu kota Xinjiang ditutup Rajah 4: Menunjukkan askar berkumpul di depan masjid untuk menghalang masyarakat Uyghur menunaikan solat

5|Page

2.3

Kesan-Kesan Konflik

Ternyata masyarakat Uyghur di Xinjiang hidup di dalam tekanan dan penuh dengan cabaran apabila menerima layanan yang tidak sepatutnya dari pemerintah kerana mereka ditindas dari pelbagai aspek dan sukar untuk menyuarakan hak dan pendapat mereka berikutan pemerintah tidak berlaku adil dan saksama dalam membangunkan Xinjiang serta tidak mempunyai usaha untuk menyatupadukan etnik Uyghur dan etnik Han. Kini, kesannya tetap terasa dan masyarakat Uyghur terus terseksa di bawah pemerintahan yang kian menghapus etnik mereka dan faktor-faktor perbezaan jurang

ekonomi, budaya dan agama membuatkan pelbagai konflik timbul dan ini memberi kesan yang besar sama ada pada wilayah Xinjiang mahupun masyarakat Uyghur sendiri.
Di antara kesan yang dapat kita lihat yang berlaku di Xinjiang ialah berlakunya pergolakan apabila beribu-ribu penduduk Muslim Uyghur merusuh di Urumqi dalam ketegangan etnik paling buruk di China dalam masa beberapa dekad. Ia bermula dengan satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila penduduk Islam Uyghur menyerang penduduk daripada kumpulan etnik utama di China, iaitu etnik Han. Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uyghur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu dan seorang wanita etnik Uyghur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Han. Kota yang terletak di wilayah Xinjiang dengan populasi seramai dua juta orang itu sekali lagi menyaksikan tragedi pertumpahan darah ekoran ketegangan antara etnik. Sebelum ini, Urumqi sering menjadi contoh keharmonian antara etnik oleh masyarakat China, tetapi kini semua itu telah berubah kerana kemarahan masyarakat Uyghur sudah lama terpendam. Ramai yang sudah letih menderita dalam senyap. Mereka sudah lama mengadu mengalami penindasan agama, politik dan ekonomi di bawah pemerintahan China dan kemarahan yang sudah lama terpendam itu diluahkan dalam bentuk protes yang kemudian bertukar menjadi ganas sehingga mengorbankan ratusan nyawa dalam menegakkan kebenaran. Malangnya, insiden keganasan itu, secara tidak langsung menoktahkan keamanan yang dikecapi selama ini, dan semua itu musnah dalam sekelip mata sahaja. Lontaran batu berterbangan memecahkan tingkap-tingkap bangunan manakala mayat-mayat bergelimpangan di jalan raya, seramai 156 orang telah terkorban. Rata-ratanya terdiri daripada etnik Han manakala lebih 828 yang lain cedera. Angka kematian ini sekali gus melakar sejarah keganasan etnik terburuk di China sejak berakhirnya Revolusi Budaya 1966-1976.

6|Page

Walaubagai manapun, etnik Islam Uyghur hanya mahukan keadilan serta laungan mereka harus mendapat pembelaan daripada kerajaan China setelah sekian lama ditindas dan menderita.. Pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan etnik Islam Uyghur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku.

Rajah 5: liputan akhbar yang menunjukkan kekejaman pemerintah.

Rajah 6: menunjukkan askar China bersiap sedia dengan senjata masing-masing

7|Page

2.4

Pengajaran

Konflik yang terjadi pada masyarakat Uyghur di Xinjiang patut dijadikan pengajaran, kerana faktor hubungan etnik yang harmoni menjadi anak kunci bagi membentuk sistem sosial yang kukuh dan keseimbangan ekonomi. Tetapi, malangnya semua ini tidak berlaku pada masyarakat Uyghurs di Xinjiang, kerana etnik Han dan etnik Uyghur tidak mempunyai perpaduan yang utuh dalam memupuk masyarakat yang harmonis. Di Malaysia, kita telah banyak berusaha untuk memupuk perpaduan yang harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dan hasilnya kita telah membentuk sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh. Walau bagaimanapun, kita perlulah mengambil iktibar dari pengalaman dan konflik yang dialami oleh masyarakat luar supaya kita memperkukuhkan lagi tali persaudaraan walaupun kita berbeza budaya, bangsa dan agama.

Selain itu, keupayaan kuasa pemerintahan yang matang amat diperlukan dalam membentuk kestabilan politik, serta membina sebuah negara yang aman dan makmur. Di sini, kita dapat lihat etnik Han mendapat sokongan padu dari pemerintah terutamanya dari sektor ekonomi, sedangkan etnik Han adalah etnik minoriti berbanding etnik Uyghur yang merupakan etnik asal di Xinjiang. Ini menunjukkan pemerintah bersifat diskriminasi kerana hanya mengutamakan etnik Han di dalam semua segi dan tidak mengambil kira hak dan suara etnik Uyghur sebagai etnik peribumi. Ini juga dapat dibuktikan dengan amalan Asimilasi yang bertujuan menghapuskan budaya secara besar-besaran. Semenjak tahun 1949 lagi, rejim komunis telah mula merancang program penghapusan populasi etnik Uyghur dan telah memindahkan pendatang China/etnik Han ke kawasan tersebut dengan begitu sistematik sekali. Dengan itu telah mendedahkan dengan jelas proses pembersihan etnik yang sedang berlaku di wilayah tersebut. Etnik Uyghur telah ditempatkan di kawasan perkampungan, manakala orangorang China dipindahkan ke bandar. Oleh itu, wujud beberapa buah bandar yang memiliki kira-kira 80 peratus orang-orang China. Ia bertujuan untuk menjadikan bandar yang majoritinya adalah rakyat China. Polisi kerajaan China yang menggalakkan perkahwinan campur di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China juga menjadi sebahagian daripada polisi asimilasi tersebut. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bersyukur kerana kita mempunyai sistem pemerintahan (kerajaan) yang adil dan saksama kerana sentiasa memastikan keadilan sosioekonomi serta kerajaan juga memainkan peranan dengan berusaha merangka beberapa dasar yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Malahan, menjadikan negara kita ini contoh kepada negara lain kerana negara kita mempunyai bangsa Malaysia yang saling hormat-menghormati dan mempunyai sifat persefahaman yang tinggi.

8|Page

Akibat diskriminasi dan penghakisan kebudayaan Islam Uyghur, tahap pendidikan kanak-kanak Uyghur semakin merosot. Antara punca kemerosotan ini juga adalah disebabkan oleh, pendidikan paksa melalui bahasa mandarin yang menyempitkan ruang pelajar Uyghur mempelajari subjek-subjek dalam bahasa mereka sendiri. Rata-rata pelajar hanya belajar sekitar 5 tahun sahaja. Bagaimana pendidikan seringkas ini boleh menjamin kelangsungan perjuangan bahasa dan keilmuan bangsa Uyghur di China? Jika tiada bangsa Uyghur yang menetap di luar negara mengkaji dan menyebarkan ketamadunan mereka, nescaya bahasa tamadun ini juga boleh diancam kepupusan kelak. Selain itu, terdapat satu dilema bahasa utama bagi pihak kerajaan Beijing kerana bahasa rasmi adalah Mandarin; sebaliknya, dalam masa yang sama kerajaan China dan institusi-institusi yang sah sedar akan perlunya menghormati dan menggalakkan bahasa-bahasa minoriti kerana ia adalah hak mereka. Kes sebegini berlainan dengan pengamalan di Malaysia kerana negara kita menyatupadukan kaum dengan satu bahasa asal rantau ini iaitu Bahasa Melayu dalam masa yang sama mengekalkan bahasa orang asli serta vernakular yang lain dalam pelbagai cara, dasar dan polisi. Ini sebaliknya yang berlaku di Xinjiang,kerana masyarakat Uyghur di Xinjiang perlu belajar dan bertutur dalam bahasa Mandarin, sedangkan bahasa Mandarin bukan bahasa asal rantau Xinjiang kerana daerah Turki itu diserapkan secara paksa melalui beberapa dinasti dan revolusi rakyat. Walau bagaimanapun, demi meneruskan kelangsungan tamadun bangsa berteras Islam di Xinjiang, bahasa Uyghur dan tulisannya perlu dipertahankan. Perjuangan ini melibatkan pengaruh dan penglibatan para alim ulama dan cendiakawan yang terus menulis dan menyeludup buku-buku mereka ke luar negara untuk dicetak. Buku tersebut diseludup kembali untuk dibaca oleh anak muda secara rahsia. Bagi penduduk Xinjiang, tindakan Mao Tze Tung menghapuskan tulisan dan bahasa Uyghur yang berteraskan bahasa arab-turki yang telah digunakan selama 1000 tahun melalui pembakaran 350 000 buah buku bertulisan huruf arab serta memutuskan dunia Xinjiang dari dunia keintelektualan luar suatu ketika dahulu adalah trauma dan paranoid bagi mereka. Bagi rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur melalui dasar pemeliharaan bahasa vernakular di Malaysia bukan sahaja mengekalkan bahasa tersebut malah meletakkan ia pada tahap keilmuan yang diiktiraf, kerana bahasa adalah citra atma dan nurani sesuatu bangsa.

Menilai rusuhan antara kaum di wilayah Xinjiang yang berlaku, bukan sekadar melihat aspek pertembungan etnik dan kekejaman tangkapan yang dibuat, tetapi menilai satu bentuk penjajahan yang terancang pada tahun 1949 serta melihat secara terperinci agenda demi agenda yang dilakukan oleh pihak China untuk merosakkan struktur masyarakat di wilayah itu dari aspek sosiologi, antropologi dan geopolitik. Rusuhan antara kaum ini juga adalah disebabkan oleh perbezaan antara masyarakat China lain dengan masyarakat Uyghur adalah perbezaan dari segi agama. Penjajahan sosial berlaku lebih teruk apabila bahasa Mandarin diguna secara total di semua sekolah rakyat Uyghur serta dinafikan bahasa asal Uyghur. Dasar ini berasaskan satu matlamat iaitu menghakis nilai Islam dalam jiwa anak muda Uyghur. Buku literasi berbahasa Uyghur yang membawa nilai kebangsaan Islam serta nilai agama

9|Page

dibakar besar-besaran pada tahun 2002. Pihak kerajaan China sering menggunakan alasan pengganas dan penentang kerajaan bagi membenarkan penahanan serta penindasan yang dilakukan terhadap lebih seribu orang kaum etnik Uyghur sepanjang tahun. Manakala, media massa saban hari melabelkan bangsa Uyghur sebagai bangsa mundur, pemalas dan ganas. Hal inilah yang menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat Uyghur kerana tidak puas hati dilabelkan seperti itu. Justeru, apa yang terjadi di Xinjiang ini patut dijadikan sempadan kerana di Malaysia, kita juga mempunyai kepelbagaian agama di kalangan penduduk Malaysia yang perlu dihormati dan pada masa yang sama, terdapatnya nilai-nilai sejagat yang boleh dikongsi bersama. Nilai-nilai murni yang bersifat universal bermanfaat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, kerana semua agama mencintai keamanan dan setia kawan sesama manusia tanpa sebarang perbezaan.

Rajah 7: pergolakan dan demonstrasi bagi membebaskan Uyghur dari ditindas

10 | P a g e

3. KESIMPULAN

Konflik ini merupakan konflik antara etnik Uyghur dengan etnik Han yang dieksploitasi oleh Pemerintahan Komunis Cina untuk dijadikan satu konflik yang memberi kemudaratan kepada masyarakat Uyghur sendiri. Pemerintahan Komunis Cina yang ingin manghapuskan etnik Uyghur, menyebabkan etnik Uyghur didiskriminasikan dalam penegakan Hak Asasi Manusia, terutama jaminan untuk kebebasan berpendapat. Hal ini menyebabkan etnik Han mengambil alih dan memegang ekonomi di Xinjiang dan menjadikan hidup etnik Uyghur bertambah terseksa dan sentiasa ditindas.

Oleh itu, kepelbagaian bangsa, agama dan adat resam merupakan suatu hikmah besar kepada umat manusia. Kepelbagaian ini membolehkan manusia memperlajari dan mengenali antara satu sama lain keunikan serta manfaat yang wujud darinya. Firman Allah dalam surah al-Hujrat (49) ayat ke 13 secara khusus meletakkan asas pluraliti global dan kepelbagaian manusia yang merangsang serta menggalakkan berlakunya pertalian universal, kerjasama serta saling melengkapi, pertumbuhan tamadun dan bukannya kemelut. Bahkan kepelbagaian ini dijelaskan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Ruum (30) ayat ke 22 yang menerangkan kepelbagaian pertuturan/bahasa serta warna kulit sesuatu bangsa itu merupakan satu rahmat untuk manusia mengembangkan ilmu pengetahuan dan belajar dari kalangan mereka apa sahaja yang dapat memberikan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, pengajaran yang mesti kita ambil ialah peluang untuk belajar (menimba ilmu) dan semangat saling kenal-mengenali antara satu sama lain perlu dikayakan kerana dengan cara ini masyarakat akan dapat memperkaya ilmu pengetahuan dan mengaut sebanyak mungkin manfaat dari pengetahuan itu untuk memperbaiki kekuatan, kelemahan, bakat dan keistimewaan. Matlamat hidup bersama dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan tenteram hanya tercapai apabila ada keterbukaan dan kesediaan setiap anggota masyarakat untuk belajar dan mengenal di antara mereka. Apa yang penting dalam sesebuah Negara, ialah sikap dan sifat keterbukaan kita dalam memahami isu-isu semasa berkaitan agama dan perkauman mestilah ditunjangkan dengan rasa hormat hidup bermasyarakat agar perpaduan negara dapat dikekalkan. Masyarakat bukan Islam juga harus peka dan bertimbang rasa terhadap keperluan masyarakat Islam dan begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya banyak lagi perkara penting perlu dilaksanakan daripada dibantutkan oleh perbalahan berkaitan soal hak dan sebagainya yang berbau perkauman.

11 | P a g e

You might also like