Adaptasi Ranjau Sepanjang Jalan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Malang' Ranjau Sepanjang Jalan

Hits: 488 Oleh Latifah Arifin FILEM Ranjau Sepanjang Jalan yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Sasterawan Negara (SN) Ke-2, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad, gagal meletup di pasaran mahupun mengembalikan kegemilangan novel itu sebagai antara karya magnum opus, Prof Emeritus Shahnon.

Anehnya novel itu terus diingati, dibaca dan dirujuk bagi tujuan penyelidikan sehingga kini, manakala filemnya yang diterbitkan pada 1983 menggondol Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-4 pada tahun sama.

Persoalan juga timbul, mengapa Ranjau Sepanjang Jalan arahan pengarah filem terkenal, Datuk Jamil Sulong, tidak pernah ditayangkan di televisyen, walhal ia dibintangi primadona filem Melayu tanah air, Datuk Sarimah Ahmad dan Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud.

Ranjau Sepanjang Jalan berkisar kehidupan keluarga petani menerusi watak Lahuma, isterinya, Jeha dan anak-anaknya yang berhempas pulas bekerja di bendang milik mereka dan melawan segala serangan terhadap padi demi kelangsungan hidup bersama.

Malangnya, kematian Lahuma selepas ditimpa penyakit menambahkan lagi penderitaan Jeha yang terpaksa menjaga tujuh anaknya seorang diri sehingga akhirnya wanita malang itu menjadi gila akibat kegagalan menangani Filem tekanan hidup gagal yang terpaksa dilaluinya. keseluruhannya

Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Penyelidikan), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sohaimi Abdul Aziz, meletakkan filem Ranjau Sepanjang Jalan yang diadaptasi dari novel dengan judul sama, gagal secara keseluruhannya.

"Apabila sesebuah novel dipindahkan ke filem, ia bukan saja menjadi hasil seni baru dan perlu menepati ciri dalam medium baru. Ketika menonton filem ini, saya tertanya-tanya apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh penulis skrip dan pengarah?

"Persoalan ini timbul kerana kebanyakan dialog dan plot menarik yang ada dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan tidak dimasukkan dalam filem berkenaan, sekali gus ia tidak menepati ciri filem yang baik," katanya yang melihat watak utama novel, Lahuma, diketepikan apabila diadaptasi ke filem itu, sebaliknya, watak

isteri

Lahuma,

Jeha,

pula

yang

menonjol.

Prof Sohaimi turut membandingkan filem Ranjau Sepanjang Jalan dengan Laskar Pelangi yang diadaptasi dari novel pengarang Indonesia, Andrea Hirata yang mendapat sambutan hebat di negara jiran itu. "Mengapa filem Laskar Pelangi mendapat sambutan sehingga pembaca mencari kembali novel berkenaan? Saya bukanlah mencari kesetiaan sesebuah filem kepada karya asalnya, tetapi filem yang bagus mendorong penonton menonton hingga ke akhir cerita. Malangnya aspek ini tidak ada pada filem Ranjau Sepanjang Jalan," katanya yang mengakui lakonan mantap Datuk Ahmad Mahmud sebagai Lahuma dan Datuk Tafsiran Sarimah Ahmad (Jeha) banyak membantu menghidupkan filem berkenaan. tersendiri

Pengkritik filem, A Wahab Hamzah, mengendurkan ketegangan pada forum yang semakin panas itu dengan menyifatkan setiap penonton atau pembaca mempunyai tafsiran dan kayu ukur tersendiri terhadap sesebuah karya yang diadaptasi.

"Sebagai filem adaptasi, saya lihat filem ini tidak gagal sepenuhnya kerana hanya orang yang bekerja di belakang tabir saja tahu kesukaran untuk menghasilkan sesebuah filem. Saya sebenarnya kagum dengan keberanian Tan Sri Kamarul Arifin dan Sarimah menerbitkan filem ini," katanya Forum Shahnon Ahmad Dalam Media anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara.

Baginya adaptasi adalah proses kreatif baru, bukan sekadar menyalin semula naskhah dan penulis skrip adalah individu paling bertanggungjawab dalam menyumbang kepada kegagalan atau kejayaan filem yang berasaskan adaptasi.

"Ciri filem adaptasi yang baik bukanlah terletak kepada kesetiaannya pada karya berkenaan, tetapi penulis lakon layar perlu tahu apakah niat asal penulis novel itu semasa mengarang naskhah berkenaan. "Walaupun pelbagai kontroversi timbul, pada akhirnya kita dapat melihat filem ini ada kepentingannya sendiri, bukan saja sebagai sebuah karya filem, tetapi juga khazanah seni negara yang cukup bernilai. "Prof Emeritus Shahnon berjaya merakam keadaan sosial dan psikik bangsanya pada suatu zaman, seperti dilakukan SN Ke-4, Datuk (Dr) A Samad Said menerusi novelnya, Salina dan Sungai Mengalir Lesu," katanya. Industri adaptasi daif

Mengakhiri forum hampir dua jam itu, A Wahab meninggalkan khalayak dengan persoalan mengenai industri adaptasi yang daif apabila tidak sampai 20 naskhah direalisasikan dalam bentuk filem.

Sedangkan Malaysia ada lambakan karya bermutu daripada tokoh pengarang disegani yang menunggu masa untuk digubah semula, bukan saja dalam bentuk filem, drama, malahan dipentaskan ke teater. Sarimah ketika menjawab dakwaan Prof Sohaimi, mengaku mengubah watak Jeha yang sepatutnya sakit mental selepas kematian Lahuma, tetapi dalam versi filem digambarkan pulih dan bersemangat meneruskan hidup, di samping anakanaknya.

"Saya sememangnya mahu Jeha tampil bersemangat, bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan masalah. Malah, jika berpeluang menulis novel, pasti perjuangan wanita yang akan saya angkat, apatah lagi mereka lebih berjaya berbanding lelaki pada masa ini," katanya yang mengagumi Ranjau Sepanjang Jalan sentuhan pengarah filem Kampuchea, Rithy Panh dengan judul, Rice People, pada 1994 dan turut dipertandingkan pada Festival Filem Cannes 1994. (Berita Harian, 17 Oktober 2012, ms 38, Sastera) dan (samb)
FaLang translation system by Faboba

You might also like