Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

BAB 8: ESEI PENGHUJAHAN & ESEI PERBANDINGAN

Pada akhir bab ini, anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan ciri-ciri esei penghujahan Menulis esei penghujahan Menerangkan ciri-ciri esei perbandingan Menulis esei perbandingan

8.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, kita akan membincang dua jenis esei yang lazim ditulis oleh pelajar universiti, iaitu esei penghujahan dan esei perbandingan.
8.2 APAKAH ESEI PENGHUJAHAN?

Penulisan atau esei penghujahan (argumentative writing) membincangkan kebaikan dan keburukan sesuatu dan memberi kesimpulan terhadapnya. Jenis esei ini dianggap sebagai sukar kerana anda perlu mempunyai beberapa isi dan hujahan yang berkaitan dengan sesuatu dan berupaya membincangkannya daripada pelbagi sudut. Iaitu, anda dikehendaki membincangkan dan menilai sesuatu. Pernyataan tesis bagi sesuatu esei penghujahan merupakan pernyataan (premis) yang orang lain mungkin bersetuju atau mungkin tidak bersetuju. Pernyataan tersebut juga disebut sebagai hujahan (argument), cadangan (proposal) atau premis (premise). Penulisan penghujahan dibina berdasarkan pernyataan yang boleh debat dan merupakan cadangan yang

Esei Penghujahan

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan mungkin orang bersetuju atau mungkin tidak bersetuju. Tujuan menulis esei penghujahan ialah untuk memujuk (persuade) pembaca untuk bersetuju dengan fakta, pandangan, nilai dan hujah anda kemukakan. Berikut ini ialah contoh-contoh pernyataan yang boleh didebat dan tidak boleh didebat. Pernyataan yang tidak didebat merupakan fakta yang orang tidak boleh dipertikaikan. Berdasarkan statistik, kita mengetahui bahawa eksport utama ialah barangan pembuatan dan lebih banyak ladang kelapa sawit akan dibuka di Sumatera.

Pernyataan yang boleh didebat: Kedatangan pelancongan ke Malaysia membawa banyak kebaikan Penggunaan tenaga nukliar ialah cara baik untuk menampung permintaan elektrik Pernyataan yang tidak boleh didebat: Eskport utama ialah barangan pembuatan elektronik dan elektrik Lebih banyak ladang kelapa sawit akan dibuka di Sumatera

Tandakan dalam kotak, pernyataan-pernyataan yang boleh didebat dan tidak boleh didebat. a) Cukai pendapatan individu harus dikurangkan Boleh didebat Tidak boleh didebat b) Usaha harus dilakukan untuk menapis internet Boleh didebat Tidak boleh didebat c) Bilangan pekerja asing telah bertambah sejak tahun 2010. Boleh didebat Tidak boleh didebat d) Hutan khatulistiwa menjadi habit pelbagai spesies hidupan liar. Boleh didebat Tidak boleh didebat

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan


8.3 MEMUJUK DALAM ESEI PENGHUJAHAN

Apabila anda menulis esei penghujahan, tujuan anda ialah untuk memujuk pembaca supaya sependapat dengan cadangan anda. Anda berpegang kepada sesuatu pendapat berkenaan sesuatu isu menulis dengan tujuan pembaca bersetuju dengan anda. Untuk meyakinkan pembaca, anda perlu memastikan fakta adalah betul dan tepat serta bukti-bukti yang dikemukakan telah disemak dengan teliti. Berikut ini ialah beberapa perkaran yang anda perlu memberi perhatian apabila menulis esei penghujahan: Dapatkah saya menyokong cadangan saya dengan yakin? Apakah yang menentang hujah saya? Adakah pandangan yang menentang hujah saya munasabah? Adakah fakta yang dikemukakan cukup untuk menyokong hujah saya? Adalah saya meniliti segala bukti yang dapat menyokong cadangan saya? Adalah maklumat yang digunakan untuk menyokong hujah saya bolehdipercayai? Adakah kemungkinan maklumat itu berat sebelah?

Dengan sentiasa bertanya soalan-soalan ini, anda akan menjadi lebih objektif dan tidak mudah terpesong dengan emosi. Anda juga perlu memahami audiens yang ditujukan supaya anda dapat menghasilkan sesuatu esei yang berjaya memujuk pembaca dengan padangan anda.

8.4 GARIS PANDUAN

Pengenalan Pengenalan bagi esei penghujahan sangat penting. Pengenalan memberikan pembaca tanggapan pertama terhadap topik. Pengenalan bagi penulisan penghujahan mempunyai bahagian-bahagian berikut: Mengenal dan menyatakan hujah atau premis dengn jelas; iaitu Pernyataan Tesis Menyatakan sebab topik tersebut penting Menyatakan perbezaan pendapat tentang topik tersebut Berikan definisi untuk istilah-istilah penting Nyatakan andaian-andaian Menghuraikan cara esei itu disusun (iaitu peta jalan)

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan Badan atau Isi Bina beberapa hujah-hujah kecil (Ayat topik) yang berkaitan dengan Pernyataan Tesis Menyokong setiap hujah kecil dengan bukti empirikal fakta, data, statistik, contoh, pemerhatian dan sebagainya. Nyatakan kesahan dan kebolehpercayaan bukti yang dikemukakan Pastikan anda memberi penghargaan kepada setiap sumber yang digunakan sebagai bukti Teka pandangan yang mungkin bertentangan dengan hujah anda Terangkan dengan jelas pandangan yang bertentangan Kesimpulan Ulang secara ringkas hujah-hujah kecil untuk mengingati pembaca Rumusan kesemua idea atau isi yang diperkatakan Meyakinkan pembaca yang esei anda meliputi semua hujahan yang penting tentang isu yang dikemukakan dan menyatakan yang premis utama anda merupakan posisi terbaik dalam isu tersebut Gunakan kesimpulan supaya pembaca dan memberikan tanggapan akhir Elakkan mengemukakan hujahan baru

8.5 FORMAT PENYUSUNAN ESEI PENGHUJAHAN

Terdapat DUA format penulisan esei penghujahan seperti berikut: A) Pola Blok Pengenalan

Pernyataan tesis Penerangan tentang isu

Badan / Isi Blok 1 A) B) C) D)

Rumusan hujah pembangkang Bantahan kepada hujah pertama oleh pembangkang Bantahan kepada hujah kedua oleh pembangkang Bantahan kepada hujah ketiga oleh pembangkang

Blok 2 A) Hujah pertama anda B) Hujah kedua anda C) Hujah ketiga anda

Kesimpulan
4

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

B) Pola Poin-demi-Poin Pengenalan Badan / Isi A) Pernyataan hujah pertama pembangkang dan bantahan anda B) Pernyataan hujah kedua pembangkang dan bantahan anda C) Pernyataan hujah ketiga pembangkang dan bantahan anda D) Membantah hujah ketiga oleh pembangkang Kesimpulan Rumusan idea, hujah dan pandangan anda.

Pernyataan tesis Penerangan tentang isu Rumusan hujah-hujah pembangkang

8.6 BUKTI UNTUK MENYOKONG HUJAH ANDA

Esei penghujahan ialah sejenis penulisan yang mengemukakan maklumat berkenaan sesuatu isu dan membekalkan pembaca dengan hujah menyokong dan hujah yang menentang isu. Tujuan esei penghujahan ialah untuk memujuk pembaca untuk menerima hujah yang dibentangkan dan mempercayai kesahan dan kebolehpercayaan bukti yang dikemukakan. Berikut ialah beberapa jenis bukti:

FAKTA: Fakta ialah pernyataan berkenaan sesuatu. Fakta perlu diberi keutamaan dan bukan emosi. Sumber fakta hendaklah jelas kepada pembaca. Anda boleh memperolehi fakta daripada jurnal, buku, laporan, ensaiklopedia dan sebagainya.

MERUJUK KEPADA PIHAK BERKUASA: Pihak berkuasa ialah seorang pakar, iaitu individu yang memberi maklumat yang tidak bias atau berat sebelah. Contohnya, jika anda ingin menunjukkan bahawa penyakit diabetes tidak diambil berat oleh ramai orang; anda mungkin berbincang dengan pihak hospital seperti doktor, jururawat dan lain-lain. Anda juga boleh merujuk kepada penerbitan oleh Kementerian Kesihatan yang memberi pandangan yang bolehdipercayai.

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

CONTOH: Contoh adalah penting untuk menyokong hujah atau cadangan anda tetapi ia hendaklah berkait rapat dengan premis anda. Elak daripada contoh-contoh yang tidak menyokong hujah anda. Misalnya, kerana satu kejadian perompakan di kawasan perumahan anda tidaklah mencukupi untuk mencadangkan bahawa pihak polis tidak menjalankan tugas mereka.

MERAMALKAN KESAN: Satu cara untuk menyokong hujah atau cadangan anda ialah dengan membuat ramalan tentang apa mungkin terjadi atau apa mungkin tidak akan jadi. Contohnya, cadangan anda ialah semua pelajar harus diberi pendidikan universiti percuma. Anda mungkin menyokong hujah anda dengan mengatakan bahawa jika pelajar miskin tidak diberi peluang melanjutkan pelajaran, negara akan menghadapi kerugian bakat.

MENJAWAB PEMBANGKANG: Jangan menyerang individu tetapi isu yang dikemukakan.

Baca dengan teliti silogisme-silogisme berikut dan nyatakan ia logik atau tak logik. 1. Orang yang menipu adalah pandai Zak menipu Zak adalah pandai 2. Semua pemain bola kuat Zainal kuat Zainal seorang pemain bola

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

Baca dengan teliti silogisme-silogisme berikut dan nyatakan sama ada ia logik atau tak logik. 3. Sesetengah guru tinggi orangnya Swee Kim ialah seorang guru Swee Kim tinggi orangnya 4. Semua angkasawan terdiri daripada lelaki George ialah seorang lelaki George mungkin seorang angkasawan

8.7 ESEI PERBANDINGAN

Walau pun perbandingan merupakan suatu aktiviti yang mudah, ramai pelajar menghadapi kesukaran membuat perbandingan. Terdapat sesetengah pelajar yang akan bertanya sama ada perbandingan itu hanya melibatkan membincang tentang persamaan sahaja atau juga melibatkan membincang tentang perbezaan. Apakah jawapan anda? Apakah Esei Perbandingan? Esei perbandingan memerlukan anda membanding sekurang-kurangnya dua item yang mungkin merupakan:

Esei Perbandingan

Peristiwa Perang Dunia Pertama & Perang Dunia Kedua Objek Kereta Toyota, Kereta Honda dan Kereta Nisaan Data Jumlah Eksport Malaysia dengan Jumlah Eksport Indonesia Pendekatan Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif Orang Tengku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan PENTING: Walau pun soalan tugasan untuk mengatakan banding, anda dikendaki mengambil kira persamaan dan perbezaan. Contohnya, jika anda membanding kelazatan buah epal dengan kelazatan buah oren, anda dikehendaki menunjukkan ciri-ciri persamaan serta ciri-ciri perbezaan di antara kedua-dua jenis buah-buahan berkenaan.

8.8 LANGKAH-LANGKAH PENULISAN ESEI PERBANDINGAN

Langkah 1: Analisis Jalankan penyelidikan untuk memastikan yang memahami dengan mendalam perkaraperkara yang hendak dibandingkan.

Langkah 2: Pengenalan Kriteria ditakrifkan sebagai standard, prinsip atau ukuran yang membolehkan pengadilan atau menghakiman dibuat ke atas sesuatu objek, peristiwa, teori, pendekatan, pendapat, konsep dan sebagainya. Sekiranya soalan atau tugasan tidak mengatakan kriteria perbandingan, anda dikehendaki mewujudkan kriteria perbandingan. Contohnya, anda dikehendaki membanding Bandar X dengan Bandar Y. Anda mungkin meletakkan kemudahan pengangkutan atau kos kehidupan sebagai kriteria perbandingan. Nyatakan kriteria yang anda gunakan Juga nyatakan perkara-perkara yang anda membincangkan dan perkara-perkara yang anda tidak akan membicangan dalam esei. Sekiranya anda telah memilih tiga kriteria untuk membincang persamaan dan perbezaan di antara X dan Y, sila nyatakan dalam perenggan Pengenalan.

Langkah 3: Urutan Perenggan Badan / Isi Esei Anda dikehendaki membanding kereta Mazda dengan kereta Honda. Anda telah memilih tiga kriteria perbandingan seperti berikut dan membina matriks perbandingan seperti beriikut:

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

MAZDA

HONDA

Kriteria Rupa Kuasa engin Ciri keselamatan

Mazda

Honda

Anda boleh memilih di antara TIGA kaedah menyusuan perenggan-perenggan badan atau isi. i) Kaedah Blok Perenggan 1: Rupa kereta Mazda Perenggan 2: Kuasa engin kereta Mazda Perenggan 3: Ciri Keselematan kereta Mazda Perenggan 4: Rupa kereta Honda Perenggan 5: Kuasa engin kereta Honda Perenggan 6: Ciri Keselematan kereta Honda Perenggan-perengan awal ditumpukan kepada membincang satu jenis kereta daripada ketiga-tiga sudut atau kriteria. Perenggan-perenggan kemudian ditumpukan kepada membincang jenis kereta yang lagi satu, juga daripada ketiga-tiga sudut atau kriteria. Kelemahan: Ada bahayanya pebandingan anda mungkin berat sebelah atau sukar diikuti oleh pembaca. Pembaca anda mungkin tidak akan nampak perbezaan dengan jelas persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua kereta dan sukar bagi pembaca membuat keputusan. Cadangan: Adalah dicadangkan bahawa kaedah blok di gunakan untuk esei-esei pendek dan perbandingan yang tidak begitu kompleks.

ii) Kaedah Perenggan Selang-Seli Perenggan 1: Rupa kereta Mazda Perenggan 2: Rupa kereta Honda
9

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

Perenggan 3: Ciri Keselematan kereta Mazda Perenggan 4: Ciri Keselamatan kereta Honda Perenggan 5: Kuasa engin kereta Mazda Perenggan 6: Kuasa engin kereta Honda Perenggan pertama akan membincangkan satu kriteria kereta Mazda dan perenggan kedua membincangkan kriteria sama dengan merujuk kepada kereta Honda. Perenggan ketiga membincangkan kriteria keselamatan kereta Mazda dan perenggan keempat pula bertumpu kepada kriteria yang sama tetapi dengan merujuk kepada kereta Honda dan seterusnya. Pastikan anda merujuk kepada perkara yang dibincangkan dengan urutan yang sama. Kelebihan: Struktur ini membolehkan anda membincang poin-poin dengan lebih terperinci. Ia juga memudahkan pembaca memahami kerana anda bertumpukan perbincangan kepada satu kriteria sahaja setiap kali anda membuat perbandingan. Cadangan: Adalah dicadangkan kaedah perenggan selang-seli digunakan untu esei yang memerlukan anda membicang sesuatu dengan mendalam dan terperinci.

iii) Kaedah Perenggan Bercampur Perenggan 1: Kuasa engin kereta Mazda / Kuasa engin kereta Honda Perenggan 2: Rupa kereta Mazda / Rupa kereta Honda Perenggan 3: Ciri Keselematan kereta Mazda / Ciri Keselamatan kereta Honda Perenggan pertama akan membanding serentak kereta Mazda dan kereta Honda berdasarkan satu kriteria. Perenggan kedua juga akan membanding kedua-dua jenis kereta berdasarkan lagi satu kriteria dan seterusnya. Pastikan anda merujuk kepada perkara yang dibincangkan dengan urutan yang sama. Kelebihan: Struktur ini sentiasa menyedarkan pembaca dan penulis tentang perbandingan yang dilakukan. Cadangan: Adalah dicadangkan bahwas kaedah perenggan bercampuran digunakan untu esei yang panjang atau kompleks dimana pembaca dan penulis sentiasa diingatkan tentang apa yang dibandingkan.

10

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

Langkah 4: Kesimpulan Diakhir esei, pembaca hendakah merasai dia telah membelajar sesuatu Mula dengan mengulang poin-poin utama secara ringkas yang telah dibincangkan dalam badan atau isi Pastikan anda membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikemukakan dan bukan berasaskan perasaan atau kecenderungan anda. Kerap kali dalam esei perbandingan adalah sukar untuk membuat kesimpulan kerana orang mempunyai pandangan dan nilai yang berlainan. Kesimpulan anda mungking berbunyi seperti berikut: Walau pun rupa kereta Mazda lebih menarik and mempunyai kuasa engin yang lebih tinggi, kereta Honda memiliki ciri-ciri keselamatan berlebihan dan sesuai sebagai kenderaan untuk seisi keluarga.

PERHATIAN: Apabila menulis esei perbandingan, pastikan perbandangan itu adalah seimbang dan tidak berat sebelah. Tumpuan diberi kepada satu objek, peristiwa atau individu dan mengabaikan objek, peristiwa atau individu yang lain. Contohnya, anda menumpukan kepada membincangkan kebaikan kereta Mazda dan mengabaikan membincangkan tentang kebaikan kereta Honda.

PENANDA WACANA: Berikut ini ialah contoh penanda wacana yang lazim digunakan dalam esei perbandingan: Sebaliknya............... Berbandingan dengan ................... Walau pun ....................... Seperti juga .............................. Serupa dengan ................................ Sesuai dengan .................................... Sama juga dengan ................................. Berbeza dengan ..................................... Bertentangan dengan ...................................

11

Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

Penulisan atau esei penghujahan (argumentative writing) membincangkan kebaikan dan keburukan sesuatu dan memberi kesimpulan terhadapnya. Penulisan penghujahan dibina berdasarkan pernyataan yang boleh debat dan merupakan cadangan yang mungkin orang bersetuju atau mungkin tidak bersetuju. Apabila anda menulis esei penghujahan, tujuan anda ialah untuk memujuk pembaca supaya sependapat dengan cadangan anda. Apabila menulis esei perbandingan, pastikan perbandangan itu adalah seimbang dan tidak berat sebelah. Walau pun soalan tugasan untuk mengatakan banding, anda dikendaki mengambil kira persamaan dan perbezaan. Anda boleh memilih di antara TIGA kaedah menyusuan perenggan-perenggan badan atau isi.

Byleen, E., Reid, J. M. & Byrd, P. (1998). Looking ahead: Developing skills for academic 2. writing. Heinle & Heinle Publishers. Folse, K. S., Muchmore-Vokoun, A., & Solomon, E. V. (1999). Great essays: An 5. introduction to writing essays. Boston & New York: Houghton Mifflin. Hartmann, P. and Blass, L. (1999). Quest 1: Reading and writing in the academic world. 6. McGraw Hill. Hogue, A. and Oshima, A. (2006). Introduction to academic writing. Pearson Education.7. Hollowell, I.M., Levernier, J. A., & Parks, A. F. (1986). Structuring paragraphs: A guide 8. to effective writing. 2nd ed. New York: St. Martins .

12

You might also like