Kerja Khusus Geografi (PMR)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN
TUN HUSSIEN ONN
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
(PMR)

TAJUK : POTENSI BENTUK MUKA BUMI

NAMA PELAJAR : NUR ILIYA ATIKAH BT. IBRAHIM

TINGKATAN : 1 KREATIF

NO.KAD PENGENALAN : 961015-07-5092

GURU PENILAIAN : PUAN JAMILAH

TANDATANGAN : ………………………….

TANDATANGAN : ………………………….

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT

1. Muka hadapan 1
2. Isi kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pendahuluan 4
5. Objektif kajian 5
6. Kawasan kajian 6
7. Kaedah kajian 7
8. Hasil kajian 8
9. Rumusan 9
10.Rujukan 10
11. Lampiran 11
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah,
kerana limpah kurnia – Nya saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya .

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih


kepada guru subjek saya iaitu Puan Jamilah
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan
sumber rujukan yang amat diperlukan untuk
menyiapkan folio ini .

Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada rakan – rakan sekelas
kerana telah memberikan cadangan, idea dan
pengetahuan yang telah anda kongsikan bersama
saya .
PENDAHULUAN
Nama saya Nur Iliya Atikah Binti Ibrahim .Saya

menuntut dalam tingkatan 1 Kreatif di Sekolah

Menengah Tun Hussien Onn . Sebagai memenuhi

kehendak subjek geografi, saya perlu menyiapkan

satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk

“ Potensi Bentuk Muka Bumi ” saya telah memilih

kawasan perumahan Taman Sutera untuk

menjalankan kajian .
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi objektif – objektif
berikut:

• Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang


terdapat di kawasan Taman Sutera .
• Memerhati dan mengkaji potensi bentuk

muka bumi di kawasan Taman Sutera.


• Mengenalpasti masalah yang berkaitan
dengan bentuk muka bumi di kawasan
kajian saya .
• Mengkaji langkah-langkah mengatasi .
KAWASAN KAJIAN
5.1. Latar Belakang Kawasan Kajian

Saya telah memilih Taman Sutera sebagai


kawasan kajian . Taman Sutera merupakan
kawasan hutan dan berdekatan dengan Highway.
Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan
pada tahun 2003 . Taman Sutera merupakan
kawasan perumahan kos sederhana rendah dan
kos sederhana tinggi . Terdapat rumah pangsa,
kondominium, apartment, rumah teres dan
rumah banglo .

5.2. Lokasi Kawasan Kajian

Taman Sutera mempunyai keluasan seluas 100


km persegi . Lokasi kawasan ini adalah di
Seberang Perai Tengah . Taman Sutera terletak
berhampiran dengan kawasan yang lain seperti
Bandar Sunway , Bukit Mertajam (BM) , Taman
Kelisa Emas dan Desa Cemara . Untuk
pengetahuan semua , Taman Sutera berada 50
meter daripada sempadan Pulau Pinang .
5.3. Jarak Dari Bandar

Taman Sutera terletak lebih kurang 10 km


daripada Pusat Bandar . Penduduk di kawasan
ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan
segala kenderaan awam seperti teksi dan bas
Rapid .

5.4 . Jenis Petempatan

Taman Sutera adalah sebuah kawasan


perumahan yang didiami oleh penduduk yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu ,
China dan India . Majoriti masyarakat terdiri
daripada bangsa Melayu diikuti oleh India dan
China .
KAEDAH KAJIAN
6.1. Kaedah kajian yang telah saya gunakan
untuk menyiapkan folio ini ialah :

a) Pemerhatian
b) Bancian
c) Internet

1. PEMERHATIAN
Selama menjalankan kajian ini, saya telah
meluangkan banyak masa memerhati ciri-ciri
bentuk muka bumi di kawasan Taman Sutera
dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan .

2. BORANG SOAL SELIDIK


Saya juga telah memberi soalan kajian saya
kepada 20 orang penduduk di Taman Sutera
melibatkan 5 orang dari penempatan rumah
pangsa, 5 orang di kawasan apartment dan
kondominium, 5 orang di rumah teres dan
selebihnya yang tinggal di rumah banglo .
3. INTERNET
Saya juga telah melayari internet untuk
mendapatkan lebih banyak lagi maklumat
tentang kawasan kajian yang tidak boleh di
dapati melalui pemerhatian ataupun melalui
kaedah soal selidik . Antara maklumat yang
berguna saya perolehi adalah jumlah
penduduk dan keluasan kawasan kajian .
HASIL KAJIAN
1. CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI
Bentuk muka bumi di Taman Sutera
adalah hampir rata serta beralun . Oleh
sebab itu, Taman Sutera dibangunkan dan
dibina kawasan penempatan keluarga yang
luas . Selain itu, Taman Sutera juga
dibangunkan untuk kawasan pejabat dan
deretan kedai . Ini menyebabkan kawasan
Taman Sutera padat dengan penduduk .
Kepadatan penduduk ini kerajaan yabg
membina infastruktur-infastruktur seperti
lebuh raya yang dapat berhubung ke
kawasan-kawasan lain dengan mudah,
rumah kakitangan kerajaan ,deretan kedai,
kemudahan pengangkutan awam seperti
teksi, sekolah dan Hospital .

2. POTENSI BENTUK MUKA BUMI


Bentuk muka bumi yang hampir rata dan
beralun tadi menyebabkan penduduk di
Taman Sutera terlibat di dalam aktiviti
perniagaan dan perkhidmatan . Deretan
kedai yang banyak sekitar kawasan Taman
Sutera telah menggalakkan aktiviti-aktiviti
perniagaan . Terdapat ramai usahawan-
usahawan yang membuka perniagaan .
Antara perniagaan yang dijalankan ialah
kedai makan, butik, kedai runcit dan kedai
servis seperti kedai gunting rambut, dobi
pakaian dan bengkel . Oleh itu, ramai
penduduk disini menjalankan aktiviti
perniagaan . Selain itu, penduduk di
Taman Sutera terlibat di dalam bidang
perkhidmatan kerana di kawasan Taman
Sutera terdapat beberapa sekolah
menengah, sekolah rendah, tadika, kelas
Fardhu Ain dan IPTS iaitu Kolej Tunku
Abdul Rahman . Oleh itu, ramai penduduk
di sini terlibat dalam bidang pendidikan
dan menjadi tenaga pengajar di tempat-
tempat tersebut .
GRAF
JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI
TAMAN SUTERA
70
60
50 PELBAGAI
BARANGAN
40
30 PELBAGAI
20 PERKHIDMAT
10 AN
0 MAKANAN
BARANGAN

PERKHIDMATAN

MAKANAN

(JUMLAH KEDAI)
PELBAGAI

PELBAGAI

(JUMLAH
KEDAI)

3. Masalah
Semasa saya men jalankan kajian di sekitar
Taman Sutera dan mengedarkan borang kaji
selidik kepada 20 orang penduduk Taman
Sutera, saya dapati pelbagai masalah yang
dihadapi oleh penduduk-penduduk di sini .
Antara masalah-masalah tersebut ialah :-

3.1. Vandalisme
Masalah ini banyak berlaku di kawasan Taman
Permainan di sekitar kawasan Taman Sutera . Di
mana segala alat-alat permainan tadi yang rosak
boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-
kanak yang menggunakannya . Selain itu,
kemudahan-kemudahan awam yang lain seperti
pondok telefon yang didirikan untuk panggilan
kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat
digunakan lagi oleh para penduduk terutamanya
ketika berlaku sebarang kecemasan seperti
rompakan, kecurian dan kebakaran .

3.2. Pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi di kawasan Taman Sutera
berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembinaan
kawasan penempatan contohnya bunyi yang
dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi
ditanam di dalam tanah akibat pembinaan akibat
pembinaan bangunan-bangunan tinggi . Bunyi
bising ini boleh mengurangkan tumpuan para
pelajar terutamanya kawasan pembinaan yang
berhampiran dengan Sekolah Menengah Tun
Hussien Onn . Selain itu, kesan yang lain adalah
seperti pekak .

3.3. Sampah
Penduduk di kawasan Taman Sutera tidak
membuang sampah di tempat yang sepatutnya
disediakan .

LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA
Segala masalah pasti terdapat cara untuk
mengatasi . Disini, adalah beberapa cadangan
saya perolehi daripada boring kaji selidik yang
diedarkan untuk mengatasi masalah tersebut
adalah :-

1. Pihak yang berhak perlu menguatkuasakan


undang-undang bagi mengatasi masalah
vandalisme . Bagi mereka yang melakukan
jenayah ini, boleh dikenakan denda dan
membayar duit untuk menggantikan alat
yang rosak itu .
2. Masyarakat di Taman Sutera juga boleh

bergotong-royong di kawasan yang


bermasalah sampah .Aktiviti gotong-royong
boleh dijalankan sebulan sekali untuk
memastikan kebersihan kawasan
penempatan . Pihak berwajib juga boleh
memperbanyakkan tempat membuang
sampah dan bagi memudahkan masyarakat .
RUMUSAN
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui
dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri bentuk muka
bumi dan kegiatan ekonomi yang dijalankan di
kawasan Taman Sutera . Selain itu, kajian ini
membantu saya menyelidiki masalah-masalah
yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk
Taman Sutera serta mengumpul maklumat
daripada sebahagian penduduk di Taman Sutera
tentang cara-cara mengatasi masalah-masalah
tersebut . Hasil daripadakajian ini, menjadikan
saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di
kawasan yang serba lengkap dan maju dengan
kemudahan-kemudahan asas dan infastruktur
yang lengkap .
RUJUKAN
1. Buku teks Geografi Tingkatan 1, KBSM

Terbitan : Arus Intelek Sdn.Bhd.

Tahun : Cetakan 4, 2006 .

2. Laman web : www. Scribd .com

www. Tutor . com . my


LAMPIRAN

PETA PULAU PINANG

GAMBAR SAYA
NAMA SAYA : NUR ILIYA
ATIKAH BINTI IBRAHIM

You might also like