Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI KENDIRI Disediakan Oleh : Roland Kula Sebelum itu, saya bersyukur kerana berjaya menjalani perkhemahan Unit

Beruniform ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah terutama pensyarah dalam unit Pengakap yang terlibat dalam menjayakan perkemahan ini. Perkhemahan Unit Beruniform ini telah dijalankan selama empat hari tiga malam. Sepanjang menjalani perkhemahan ini, saya telah mempelajari pelbagai perkara mengenai unit beruniform Pengakap. Setiap hari, pengisian program memberi saya pengetahuan yang berguna untuk diri saya. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu-ilmu dalam unit Pengakap seperti cara ikatan, mendirikan khemah, berkawad, laung agung dan sebagainya. Bagi saya, perkhemahan ini telah mengukuhkan lagi pengetahuan saya dalam unit Pengakap. Setiap pagi, kami akan mengadakan laung agung bagi semua ahli pengakap yang diwakili oleh sekawan yang bertugas. Dengan

mengadakannya setiap pagi, kami semakin mahir bagaimana untuk melaksanakan upacara laung agung ini. Selain daripada laung agung, saya juga belajar bagaimana untuk membuat gadget. Antara gadget yang kami bina ialah rak kasut, tripod dan ampaian. Membuat gadget ini bukan satu perkara yang boleh dianggap ringgan. Penelitian dan kesabaran memainkan peranan dalam membina gedget ini. Cara ikatan juga perlulah sesuai dan tidak boleh ikat mengikut suka. Semasa perkhemahan ini, saya telah belajar bagaimana untuk berdikari. Saya telah belajar tentang bagaimana untuk hidup apabila berada di dalam hutan. Ilmu-ilmu sebegini amat penting untuk diri saya supaya menjadikan saya seorang manusia yang cekal. Di samping itu, mengikuti perkhemahan pengakap ini adalah menyeronokkan. Antara aktiviti pengakap adalah menyanyi. Dari sini, kami dapat melepaskan stres di samping belajar maksud yang tersirat di dalam lagu itu. Tambahan lagi, dalam pengakap, saya telah belajar bagaimana untuk hidup dalam satu sekawan. Saya yang berada dalam sekawan biru telah belajar untuk bersatu padu dan bekerjasama dalam perkara yang kami lakukan. Kami akan sentiasa

bergerak dalam sekawan kami dan melakukan setiap aktiviti bersama-sama. Ini telah memberikan saya kesedaran bahawa apabila kita bekerjasama, bebanan kerja akan menjadi ringan. Antara perkara yang saya dapat dalam perkhemahan ini ialah saya dapat belajar mendisiplinkan diri saya. Kawad kaki adalah antara langkah bagi mendisiplinkan diri kita. Pada slot petang hari kedua, kami telah diberikan kawad kaki oleh bekas tentera diraja. Selepas mengikuti slot yang diberikannya, saya sedar bahawa terdapat banyak ilmu tentang kawad kaki yang perlu dipelajari lagi. Kita boleh jadikan kawad kaki untuk mendisiplinkan diri kita dengan sentiasa mengikut arahan dan tidak memandang arah lain semasa kawad kaki sedang dijalankan. Antara kekuatan yang dapat dilihat ada pada diri saya sepanjang perkhemahan ini ialah saya mempunyai semangat untuk terus berusaha ke hadapan. Walaupun mengharungi pelbagai rintangan dan halangan, sebagai contoh, hujan sepanjang hari, ini tidak menjadi penghalang untuk menjayakan program ini. Selain itu, saya juga mempunyai semangat tidak mudah berputus asa. Antara kelemahan yang dapat dilihat sepanjang mengikuti perkhemahan ini ialah kurangnya persediaan dan pengalaman dalam perkhemahan. Ini kerana, sekawan kami tidak membeli serbuk belerang untuk menghalau binatang atau serangga semasa di dalam hutan. Kesannya, khemah kami telah dimasuki kerengga sehingga sukar untuk kami tidur pada malam terakhir itu. Kedua, hujan sepanjang hari. Hujan telah turun sepanjang hari kecuali pada hari terakhir. Ini telah menyebabkan sukar untuk kami mengeringkan pakaian. Untuk memperbaiki kelemahan ini, saya akan cuba untuk bersedia lebih awal atau membuat senarai barangan yang perlu dibawa. Yang kedua, saya akan mencari altenatif lain untuk mengeringkan pakaian seperti menyidainya di bawah kipas. Sebagai seorang guru, kita perlu meluaskan pengetahuan kita dalam semua aspek termasuk dalam unit beruniform. Seorang guru perlulah mempunyai ilmu yang cukup sebelum mengajar atau menurunkan ilmu kepada anak didiknya. Tanpa ilmu didada, kita tidak akan dipandang tinggi oleh mereka yang ingin menuntut ilmu kepada

kita terutama murid-murid kita nanti. Seorang guru perlulah sentiasa bersedia untuk menerima segala tugas yang diberikan oleh sekolah itu. Di samping itu juga, seorang guru perlu sentiasa menimba ilmu dan mengikut peredaran zaman. Kesimpulannya, perkhemahan unit beruniform ini amat berguna diri saya. Perkhemahan ini telah membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berdaya maju dan cekal.

You might also like