Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Diod Diod bentuk seakan-akan seperti perintang.

Tetapi diod adalah komponen aktif dan ianya berkutub positif dan negatif. Penyambungan kaki yang salah menyebabkan litar tidak berfungsi. Ini kerana diod berfungsi sebagai menerus voltan yang hanya membenarkan pengaliran arus pada satu arah sahaja. Terdapat dua jenis diod iaitu diod kuasa dan diod isyarat. Diod kuasa biasa digunakan bagi litar bekalan kuasa yang melibatkan penggunakan arus sederhana tinggi. Diod isyarat biasa digunakan untuk litar berfrekuensi dan arusnya penggunaan yang rendah dari diod kuasa. Tidak seperti diod zener, penyambungannya adalah terbalik pada kaki positif dan negatifnya. Fungsi diod adalah sebagai penerus voltan. Ia membenarkan arus terus melaluinya dan menghalang arus ulang alik. Diad mempunyai polariti positif (anod) dan negatif (katod). Diod adalah komponen aktif. Untuk pemasangan sila pastikan polariti dioa adalah betul dan berhati-hati dengan pemasangan menggunakan soldering iron kerana pemanasan yang terlampau boleh merosakkannya. Diod mempunyai dua jenis iaitu: 1. 2. Diod isyarat Diod penerus Diod isyarat Diod isyarat berguna untuk litar yang membawa isyarat (maklumat) kerana arus yang boleh melaluinya adalah tidak melebihi 100mA. Ia tidak sesuai sebagai diod penerus. Diod yang biasa digunakan adalah seperti 1N4148 pada manamana litar projek. Diod ini juga selalu digunakan bersama relay sebagai pelindung transistor atau IC. Jika tiada diod disertakan ia boleh menyebabkan transistor rosak kerana menerima voltan puncak tinggi dari gegelung relay semasa relay off. Dengan adanya diod ini, ia akan mengalirkan voltan yang tidak diperlukan itu serta menjaga transistor dari rosak. Kedudukan diod adalah terbalik untuk berada dalam keadaan terbuka supaya relay boleh on. Diod penerus Diod penerus berfungsi sebagai penerus menukarkan arus AC kepada arus DC. Diod yang biasa digunakan adalah 1N4001, 1N4002, 1N4007 dan yang seumpamanya. Arus yang boleh melaluinya adalah tinggi berbanding diod isyarat. Kesemua diod penerus adalah jenis silikon dan bukan jenis germanium. Ia berfungis penuh pada voltan 0.7V. Manakala voltan maksimun untuk voltan songsang adalah tidak melebihi 50V. Diod jenis ini biasanya digunakan sebagai penerus untuk litar bekalan kuasa yang mengandungi 1 atau 2 atau empat diod. Terdapat juga diod yang dibina dalam bentuk pakej yang mempunyai 4 diod sesuai untuk litar penerus. Ia dikenali sebagai penerus jejambat. Diod penerus dan diod isyarat menggunakan simbol yang sama. Diod Zener Diod zener merupakan diod istimewa yang berfungsi sebagai penstabil dan penghad voltan. Jika voltan 12 v melalui diod zener 9v, maka hanya voltan 9 v sahaja yang akan keluar melangkaui diod zener tersebut. Cara pemasangan diod ini adalah terbalik. Tanda garisan negatif perlu disambung punca positif bekalan kuasa dan kaki satu lagi perlu disambung pada punca negatif. Terdapat pelbagai voltan yang ditentukan pada setiap diod zener dan voltan minimun adalah 2.7V. Untuk mengenali diod zener adalah melalui kod seperti BZX atau BZY Anda boleh lihat terdapat label seperti 9V1 pada badan diod tersebut. Ia bermakna 9.1 Volt. Diod foto adalah sejenis diod yang istimewa. Ianya adalah sejenis sensor. Terdapat pelbagai bentuk diod foto dan pelbagai fungsi digunakan. Fungsi utama adalah sensor kepada isyarat infared atau cahaya. Bergantung kepada penggunaan. Selain itu terdapat diod yang mengeluarkan isyarat infrared. Isyarat tersebut tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan melalui alat tertentu atau alat pengesan. Bentuknya seperti LED dan saiznya juga sama. Bezanya ia tidak mengeluarkan cahaya. LED adalah sejenis diod. Keistimewaannya ia mengeluarkan cahaya. Ia juga terdapat dalam pelbagai warna seperti merah, kuning, jingga, biru, putih, hijau dan sebaginya. Selain itu LED terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang bentuk biasa, bentuk selinder, bentuk kotak dan sebagainya. Penggunaan LED sangat meluas dan sering digunakan dalam litar elektronik mahu pun litar projek. LED menggunakan voltan dan arus yang kecil untuk menghidupkannya. Tidak seperti mentol lampu, ia menngunakan arus yang tinggi dan menghasilkan haba. LED tidak menghasilkan haba. Kaki LED mempunyai polariti positif (anod) dan negatif (katod). Pemasangan kaki LED yang terbalik menyebabkan LED tidak menyala.

Voltan LED tidak boleh melebihi dari 3 Volt. Jika lebih kemungkinan LED akan terbakar. Oleh itu jika ingin menguji LED dengan menggunakan bateri 9 volt, anda perlu sambungkan dengan satu perintang 1K H. Jika anda pernah lihat LED mempunyai 3 kaki, ia adalah tri-color LED. LED tersebut boleh mengeluarkan 3 warna iaitu merah, hijau dan jingga. Terdapat 3 kaki, yang mana kaki tengah adalah anod, manakala dua kaki yang pendek adalah adalah anod dan setiap satu akan menghasilkan warna merah dan hijau. Jika digabungkan keduaduanya akan menghasilkan warna jingga. Cara Menguji Diod Untuk menguji diod adalah mudah. Anda perlu meterpelbagai jenis analog atau digital. Terdapat meter digital yang mempunyai julat untuk menguji diod. Untuk menguji diod, prob merah perlu berada di kaki katod dan prob hitam pada kaki anod. Ia adalah terbalik untuk memastikan meter akan menuntukkan bacaan atau jarum meter akan naik. Jika jarum meter atau terdapat bacaan bagi kedua-dua arah kaki diod yang diuji, bermakna diod dalam keadaan pintas dan rosak. Sama juga jika tiada apa-apa bacaan bagi kedua-dua arah kaki yang diuji, bermakna diod dalam keadaan terbuka dan rosak. Untuk menguji diod di atas litar, salah satu kaki diod perlu dibuka. Kemudian buat pengujian seperti biasa. IC (Litar Bersepadu) IC selalu digunakan untuk litar tertentu. Tidak semua IC yang digunakan boleh dimuatkan pada litar elektrik lain semua. Fungsi setiap IC perlu mengikut litar yang digunakan. IC adalah komponen aktif dan mempunyai banyak bilangan kaki. IC mudah rosak jika beberapa faktor tidak diendahkan seperti terkena suhu panas yang tinggi, penggunaan voltan tinggi tidak mengikut voltan IC yang ditetapkan. Litar persepadu atau intergated circuit (IC) merupaka komponen aktif dan ianya merupakan sejenis komponen yang mempunyai fungsi tertentu. Ia merupakan satu litar istimewa yang dimuatkan dalam satu tempat dan mengandungi berpuluh-puluh, beratus-ratus dan beribu-ribu perintang, diod, transistor dan kapasitor. Setiap IC mempunyai fungsi tertentu dan sesuai untuk litar-litar yang ditentukan. Anda boleh rujuk pada data sheet IC yang anda ingin guna. IC secara fizikalnya mempunyai banyak kaki yang mana setiap kaki mempunyai fungsi tertentu. Sebagai contoh IC 555 digunakan untuk litar pemasa, IC 4017 untuk litar projek LED, IC 741 untuk litar sensor, IC TDA2002 untuk litar penguat audio dan banyak lagi. IC tidak boleh diukur seperti komponen lain melainkan dengan mengukur nilai voltan pada kaki IC terbabit. Setiap IC mempunyai voltan maksimum tersendiri. Anda boleh rujuk data sheet IC terbabit. Sebagai contoh IC CA106A menggunakan voltan tidak melebihi 5 volt dan IC LM3914 boleh menerima voltan 12 volt dan banyak contoh lagi. Untuk kemudahan anda, sila ikut label voltan pada diagram litar projek kerana ia bersesuaian dengan dengan voltan IC.

You might also like