Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jika laporan polis telah dibuat tetapi keterangan saya tidak diambil ataupun tiada tindakan oleh pihak

polis, kepada siapa boleh saya kemukakan aduan berkenaan perkara tersebut?
Sekiranya laporan polis telah dibuat dan tiada tindakan ataupun keterangan pengadu tidak diambil oleh pihak polis, maka aduan bertulis boleh dikemukakan kepada Ketua Polis Daerah/Ketua Polis Balai (OCPD/OCS) di mana laporan polis tersebut dibuat dan aduan tersebut juga bolehlah dibuat salinan kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Aduan bertulis juga boleh dibuat secara terus kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (sama ada kepada Unit Pendakwaan Negeri ataupun kepada Ibu Pejabat di Putrajaya) di mana Bahagian Pendakwaan akan membuat tindakan susulan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak polis berkenaan laporan yang diadukan. Menurut subseksyen 107A(1) Kanun Tatacara Jenayah, seseorang pengadu yang telah membuat laporan polis boleh memohon daripada OCPD/OCS di mana laporan polis tersebut dibuat, untuk mendapatkan laporan status siasatan terhadap laporan yang telah dibuat olehnya. Di bawah subseksyen 107A(2) pula, OCPD/OCS di mana laporan polis tersebut dibuat hendaklah mengemukakan laporan status siasatan sebagaimana dipohon kepada pengadu dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh penerimaan permohonan tersebut. Namun begitu, peruntukan subseksyen 107A(2) di atas hanya terpakai sekiranya: 1. 2. 3. laporan yang dibuat adalah melibatkan kes yang boleh ditangkap tanpa waran; tempoh 4 minggu daripada tarikh laporan polis tersebut dibuat telah tamat; dan laporan status siasatan tersebut tidak mungkin melibatkan perkara-perkara yang boleh memberi kesan memudaratkan terhadap siasatan ataupun pendakwaan kes tersebut. Sekiranya kriteria-kriteria seperti di atas dipenuhi dan OCPD/OCS terbabit gagal mengemukakan laporan status siasatan sebagaimana dipohon mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh undang-undang, maka pengadu bolehlah membuat aduan kepada Pendakwa Raya (Jabatan Peguam Negara) akan kegagalan pihak polis itu.

Mengapakah setelah siasatan dijalankan, kes yang telah saya laporkan di NFA (no further action) ataupun saspek tidak dituduh di mahkamah? Bolehkah saya kemukakan rayuan atas keputusan Pendakwa Raya/Timbalan Pendakwa Raya itu? Jika boleh, kepada siapa rayuan tersebut boleh dikemukakan?
Keputusan terhadap kes-kes yang disiasat oleh pihak polis ataupun mana-mana agensi penguatkuasaan yang lain akan bergantung sepenuhnya kepada keterangan yang ada. Sekiranya terdapat keterangan yang kukuh dan menyokong laporan/aduan oleh pengadu, maka saspek yang terlibat mungkin akan didakwa di mahkamah. Namun begitu, sekiranya tiada keterangan yang kukuh dan menyokong laporan/aduan pengadu, maka saspek kes tersebut tidak akan didakwa di Mahkamah. Ini adalah prinsip asas pendakwaan di mana pendakwaan kes-kes jenayah hanya akan dilakukan sekiranya terdapat bukti dan keterangan yang mencukupi.

You might also like