Saidina Uthman Bin Affan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1. Biografi 2. Perjalanan ke Islam 3. Detik-Detik Pemilihan Menjadi Khalifah 4. Sifat Dermawan 5. Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran 6.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam 6.1 Bidang Ketenteraan 6.2 Pembukuan Al-Quran 6.3 Kerja-kerja Pembangunan 6.4 Menyebarkan Dakwah Islam 6.5 Pentadbiran Wilayah

7. Al-Fitnah al-Kubra (Zaman Fitnah) 8. Detik Kisah Pembunuhan Uthman

Biografi
Uthman bin Affan (Arab,

) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad

S.A.W. Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai (syura). Nama beliau sebenarnya ialah Uthman bin Affan bin Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah. Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran al-Ghani. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma. Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara. Tengah malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan dan

penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah, dan yang kedua ke Madinah.

Perjalanan ke Islam
Era sebelum Islam memerintah, orang Arab menyembah berhala dan hidup dalam keadaan jahiliyyah seperti menanam anak perempuan hidup-hidup dan menumpahkan darah yang jumlahnya bukan sedikit walaupun tanpa alasan. Semangat perkauman antara kabilah sangat kuat, dan menjadikan tuan menghina dan menzalimi hamba mereka. Perempuan diperlakukan dengan kejam, dianggap sebagai objek pemuas nafsu lelaki. Mereka semata-mata untuk melahirkan anak dan kegunaan peribadi. Sebagai pemuda yang penuh dengan kekuatan, `Uthman bin Affan menjelajah ke banyak tempat untuk berdagan. Kerana itu dia mendapat kesempatan untuk mengenali berbagai orang dari berbagai bangsa dan untuk belajar banyak tentang pelbagai kepercayaan lain, yang berbeza darinya. Pandangannya tentang berhala dan gaya hidup orang Arab berubah ketika dia mengetahui tentang Kristian dan Yahudi. Satu hari ketika `Uthman bin Affan kembali ke Mekah setelah selesai berdagang, dan ketika itu orang berbicara tentang Muhammad bin Abdullah. Seluruh kota nampaknya berada dalam kekacauan kerana Muhammad memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah kepada semua orang di seru untuk menyembah hanya satu tuhan yakni Allah yang layak disembah dan tidak harus dikaitkan dengan apapun. Muhammad meminta mereka untuk meninggalkan kebiasaan menyembah semua berhala dan beribadah kepada Allah saja. Meskipun Arab mengetahui Allah, dakwah Muhammad nampaknya aneh, kerana mereka telah sejak lama menyembah tuhan lain selain Allah. `Uthman bin Affan mengetahui tentang Muhammad dengan sangat baik. Muhammad adalah seorang yang luar biasa yang sangat baik kepribadiannya. Walaupun dia tidak segera menerima kepercayaan Islam, ia tidak menentang Muhammad atau Islam seperti yang di lakukan oleh pemimpin Quraisy. Dia ingat akan pengalaman yang di perolehi dalam perjalanannya berdagang, dia mendengar cendekiawan Kristian dan Yahudi berbicara tentang kedatangan Nabi akhir di tanah Arab. Apabila `Uthman bin Affan mendengar tentang nabi akhir dari Kristian dan orang-orang Yahudi, ia berharap bahwa nabi yang mereka cakapkan akan memimpin Arab ke dalam jalan terang dan lurus. Dia berfikir tentang apa yang Kristian dan Yahudi bicarakan dan akhirnya dia memutuskan untuk mengunjungi salah satu temannya, Abu Bakar, untuk mengetahui tentang kepercayaan baru ini. Dia tahu bahwa Abu Bakar telah menerima Islam dan dia sangat rapat dengan Muhammad. Abu Bakar menjelaskan banyak hal tentang Islam. Dia mengatakan bahawa orang Islam diminta untuk beribadah kepada Allah saja dan untuk melepaskan dari menyembah tuhan palsu atau berhala. Kemudian Abu Bakr mengundang dia untuk memeluk agama Islam. `Uthman bin Affan merasa bahwa Islam adalah agama yang benar dari Allah dan segera masuk

Islam atas undangan Abu Bakar. Setelah itu, `Uthman bin Affan bertemu Nabi dan menyatakan bahwa dia menerima Islam. Beliau digelarkan sebagai Zunnurain yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah SAW telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin sebanyak tujuh kali selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti Furaifisha.

Detik-Detik Pemilihan Menjadi Khalifah


Sesudah wafatnya Khalifah Umar maka kumpulan enam sahabat itu, yang terdiri daripada Uthman ibn Affan, Ali ibn Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, Zubeir bin al-Awam, dan Abdul Rahman bin Auf mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Talhah bin Ubaidillah, kerana beliau berada di luar Madinah.mesyurat diadakan dirumah al-Mansur bin Mukhramah atas nama sebuah Majlis yang dikenali sebagaiMajlis Syura, dan berlansung dalam tempoh waktu yang panjang tanpa keputusan yang muktamad. Untuk mengatasi kebuntuan ini maka Abdul Rahman bin Auf menarik diri dengan rela. Zubeir dan Saad bagaimanapun, masing-masing mencalonkan Uthman dan Ali, lalu keputusan belum tercapai sehingga malam yang ketiga sesudah wafat Saidina Umar. Abdul Rahman mengambil langkah terakhir dengan memilih Saidina Uthman, dan demikian, secara majoriti bersesuaian dengan wasiat Khalifah Umar, Saidina Uthman terpilih sebagai khalifah yang baru. Selepas itu, para sahabat tadi melahirkan ikrar kesetiaan melalui baiah , dengan meletakkan tangan setiap orang di atas tangan Uthman ibn Affan, dengan jemaah muslimin yamg lain memberi sokongan atas pemilihan itu. Manakala, Talhah adalah seorang anggota Majlis Syura dan juga salah seorang golongan al-Asyaratul Mubasyarah, akan tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian dalam pencalonan kerana berada di luar Madinah.

Sifat Dermawan
Dalam tahun kesembilan hijrah, Nabi mendapat berita bahwa Rom sedang merancang untuk memusnahkan Negara Islam yang baru muncul. Nabi seterusnya mengarahkan kaum kaum Muslimin untuk melengkapi diri mereka dengan persiapan perang. Tetapi persediaan menjadi sukar kerana pada tahun itu, kaum Muslimin nampaknya kekurangan sumber tanaman, dan mereka sedang menghadapi musim panas yang sangat panas. Mereka tidak memiliki kelengkapan yang cukup seperti tentera, kerana sebahagian besar Muslimin terdiri dari golongan yang miskin. Situasi ini tidak menghentikan Nabi SAW. Baginda mendesak para sahabat mempersiapkan diri untuk berperang. Setiap sahabat mencuba segala yang terbaik untuk memperkuatkan pasukan Muslimin. Perempuan menjual perhiasan emas dan permata yang mereke miliki untuk membantu persiapan perang

Walaupun ratusan sahabat yang siap untuk masuk ke medan perang, mereka kekurangan banyak perkara yang diperlukan untuk berperang, seperti kuda, unta, dan bahkan pedang. Nabi mengatakan kepada mereka bahawa ini adalah persoalan yang hidup atau mati untuk negara Islam yang baru. Nabi lantas membuat pengumuman yang jelas: Barangsiapa yang menyediakan kelengkapan untuk para prajurit, akan diampuni segala dosa oleh Allah. Uthman bin Affan saat mendengar ucapan Rasulullah SAW, dia menyiapkan dua ratus unta berpelana untuk melakukan perjalanan ke As-Sham, dan mereka semua disiapkan dengan 200 auns emas sebagai sumbangan. Dia menyumbangkan 1000 dinar dan meletakkannya ke atas riba Nabi. Lagi dan lagi `Uthman bin Affan sampai ia memberi sumbangan dengan menambah 900 unta dan 100 kuda, selain wang yang diberikan. Melihat kedermawanan `Uthman bin Affan, Nabi membuat pernyataan berikut: Dari pada hari ini, tidak akan ada apa yang akan membayakan `Uthman bin Affan walaupun apa yang dilakukannya.

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran


Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12 tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman Fitnatul-Kubra iaitu zaman fitnah.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam


Kegemilangan pemerintahan khalifah uthman bermula dengan pembukaan dan

penawanan wilayah-wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah yang lain berjaya di tawan oleh Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur Laut, sementara Libya, algeria, Tunisia dan Maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Dunia islam sewaktu pemerintahan Uthman, terbentang luas gagasannya, mencukupi bahagian Benua Asia dan Afrika, di antaranya wilayah-wilayah Uzbekistan, Parsi ,Iraq, Armenia, Azerbaijan, Turki, Syria, Palestin, Jordan, Mesir, Yaman termasuk kawsan-kawasan di teluk dan Semenanjung Arab. Perkembangan dakwah Islamiah seterusnya menyusur masuk secara aman, tenang dan tenteram, dan diterima baik oleh rakyat di bahagian Tengah dan Timur Afrika, sekalipun kawasan tersebut tidak pernah disentuh oleh pemerintah Islam. Kejayaan gemilang yang diperoleh pada peringkat pertama pemerintahannya, cukup hebat dan mengkagumkan dari pelbagai sudut namun kejayaan gemilang itu tidak dapat menjamin keutuhan dan kekukuhan pemerintahnya apabila kegawatan mula menggugat kedudukannya sebagai khalifah.

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar dan memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

1. Bidang Ketenteraan
Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.

2. Pembukuan Al-Quran
Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya. Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah dibakar. AlQuran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani atau Resm Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Kerja-kerja Pembangunan
Bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para pegawai yang bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Bagi kepentingan rakyat umum, jalan raya, jambatan dan telaga air dibina bagi keperluan para pengembara, dan begitu juga tebing-tebing sungai turut dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk Madinah. Manakala Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

4. Menyebarkan Dakwah Islam


Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak menggunakan Al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.

5. Pentadbiran Wilayah
Mereka yang di lantik sebagai pentedbir wilayah pada zaman pemerintahannya adalah Muawiyah bin Abi Sufian di Syria, Yaala bin Muhabbah di Yaman, Abdullah bin Hadrami di Makkah, Qasim bin Rabiah al-Thaqafi di Taif, Abdullah bin Amir, Abdullah bin saad di Mesir, Abu Musa al-asyari di Kufah, dan Habib Muslimah Fahmi di Asia kecil, termasuk Armenia dan Antalia.

Al-Fitnah al-Kubra (Zaman Fitnah)


Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah Saidina Uthman ra. hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rejab. Saidina Ali bin Abi Thalib ra. bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka, Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar sewaktu di Mekah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pimpinan dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala kemudahan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain. Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata, Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku. Saidina Ali ra menjawab, Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini dan adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun shalat yang tidak diqasar sewaktu di Mekah, adalah kerana dia berkeluarga di Mekah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternakan sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternakan unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat pimpinan dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga.

Setelah mendengar penjelasan Ali ra., umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu daripada sahabat termuka yang memburukkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh. Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan Al-Fitnah al-Kubra yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.

Detik Kisah Pembunuhan Uthman


Nilah binti Furaifisha adalah isteri terakhir Uthman bin Affan. Nailah lahir dalam

keluarga Kristian di kota Kufah sebelum memeluk Islam di atas pelawaan Aishah binti Abu Bakar. Nailah berkahwin dengan Uthman pada tahun 29 Hijrah. Apabila Uthman dilantik sebagai khalifah ketiga, banyak jawatan penting dipegang oleh keturunan Umaiyah. Di antaranya termasuklah Marwan bin al-Hakam sebagai setiausahanya. Beliau selalu mencampuri urusan pemerintahan negara. Ini mengakibatkan mula timbul rasa tidak puas hati pada masyarakat Islam. Pada suatu hari, Marwan memberitahu ada sekumpulan orang di sebalik pintu rumah Uthman. Uthman membenarkan Marwan berkata apa sahaja kepada kumpulan orang itu. Marwan mengeluarkan kata-kata kesat berbunyi, Kamu semua datang merebut kerajaan daripada tangan kami. Keluarlah kamu daripada pihak kami. Demi Allah, sekiranya kamu membangkang kami, pasti kamu semua akan menghadapi kesulitan dan tidak suka pada akibatnya. Perbuatan Marwan mengeluarkan ucapan kasar kepada kumpulan orang yang berkunjung ke rumah Uthman menimbulkan kemarahan Ali. Ali bergegas ke rumah Uthman dan berjumpa dengannya. Ali berkata kepada Uthman dengan nada marah, Kenapa kamu mengizinkan Marwan berkata apa sahaja kepada kumpulan orang yang datang tadi? Demi Allah, Marwan tidak layak diminta pandangan tentang agama atau dirinya sekalipun. Nailah yang terkejut mendengar kata-kata Ali terus berlari mendapatkan suaminya yang masih duduk membatu selepas Ali meninggalkan rumah itu. Saya dengar kata-kata Ali yang dia tidak akan berjumpa kamu lagi kerana kamu mengikut kata-kata Marwan. Berkata Khalifah Uthman kepada isterinya, Apa pendapat kamu tentang hal ini?.. Nailah memberikan pendapatnya, Takutlah kepada Allah kerana tidak sekutu baginya. Ikutlah sunnah kedua sahabat kamu iaitu Abu Bakar dan Umar. Sekiranya kamu mengikut kata Marwan, nescaya dia akan membunuh kamu. Marwan adalah orang yang tidak memiliki maruah di sisi Allah, apatah lagi rasa takut dan cinta. Hantarlah utusan berjumpa Ali bagi berdamai kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kamu. Dia tidak layak dimusuhi .

Khalifah

Uthman

segera

menghantar

seorang

utusan

kepada

Ali

tetapi

Ali

menolak

kedatangannya lalu berkata: Saya telah memberitahu Khalifah Uthman bahawa saya tidak akan kembali lagi. Dalam tahun 35 hijrah, satu rombongan penduduk Mesir sekitar 1,000 orang telah datang ke Madinah untuk berjumpa Khalifah Uthman. Tujuan mereka ialah meminta Khalifah Uthman menggantikan gabenor Mesir. Khalifah Uthman bersetuju dengan permintaan mereka lalu melantik Muhammad bin Abu Bakar. Mereka pulang dengan hati yang gembira. Namun demikian, ketika berada tiga hari perjalanan dari Madinah, mereka terserempak dengan hamba kulit hitam menaiki unta dengan tergesa-gesa melintas di hadapan mereka. Mereka menahan unta tersebut kerana mengesyaki ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Anda mahu ke mana dengan tergesa-gesa?, soal salah seorang ahli rombongan Mesir itu. Saya adalah pembantu Khalifah Uthman yang diutus bagi menemui Gabenor Mesir, jawab hamba itu dengan pantas. Kamu utusan siapa?, tanya ahli rombongan itu lagi untuk kepastian. Saya pembantu Khalifah Uthman. Jawab hamba itu dengan gagap dan ragu dan kadang kala dia menjawab: Saya pembantu Marwan. Mereka mengeluarkan surat dari beg bawaan hamba itu lalu diserahkan kepada Muhammad bin Abu Bakar untuk membacanya. Semua ahli rombongan terkejut apabila mendengar isi surat yang bercop mohor Khalifah Uthman meminta agar gabenor Mesir sebelum ini mesti terus menjadi gabenor. Kemudian dia mesti membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongan bersamanya dan membatalkan surat pelantikannya sebagai gabenor yang baru. Rombongan itu menjadi marah lalu berpatah ke Madinah untuk menunjukkan surat itu kepada Ali. Ali bersama beberapa sahabat bertemu dengan Khalifah Uthman untuk melihat kebenaran surat itu. Dia menafikan menulis surat itu dan bersumpah dengan nama Allah. Kemudian mereka menjalankan penyiasatan dan terbongkarlah rahsia, Marwan yang menulis surat itu. Mereka meminta Khalifah Uthman menyerahkan Marwan kepada mereka namun dia tidak bersedia melakukannya. Mereka mengepung rumah khalifah dan menghalang bekalan air ke rumahnya. Mereka mengepung rumahnya selama 30 hari dan mula kedengaran berita ada orang ingin membunuhnya. Ali meminta anaknya, Hasan dan Husain dan beberapa orang sahabat mengawal pintu rumah Khalifah Uthman daripada dicerobohi oleh pihak pemberontak Mesir. Cubaan menyerbu masuk ke rumah Khalifah Uthman digagalkan oleh Hasan dan Husain serta sahabat menyebabkan pihak pemberontak mencari jalan lain untuk masuk ke dalam rumah khalifah untuk membunuhnya. Akhirnya tiga orang pemberontak berjaya masuk ke dalam rumah

Khalifah Uthman melalui atap rumah. Ghafiqi terus memukul Khalifah Uthman dengan besi dan menyepak al-Quran yang dibaca olehnya. Khalifah Uthman tidak melepaskan al-Quran dari tangannya dan darah menitis dari mukanya lalu jatuh ke atas muka surat al-Quran yang terbuka itu. Kemudian Sudan pula menghampiri Khalifah Uthman, lalu dilibas pedangnya ke arah khalifah itu tetapi Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jarinya. Sudan yang hilang peri kemanusiaan terus menetak Khalifah Uthman beberapa kali sehingga dia gugur syahid. Najih, anak Khalifah Uthman terus menerkam ke arah Sudan lalu membunuhnya. Kemudian Qatirah, seorang lagi ahli pemberontak membunuh Najih. Para pemberontak cuba menganiaya mayat Khalifah Uthman, namun jeritan tangisan Nailah mengejutkan Hasan dan Husain yang mengawal di pintu hadapan. Mereka meluru masuk untuk melihat apa yang berlaku. Mereka sedih melihat Khalifah Uthman mati terbaring bersama anaknya dan mereka gagal menghalang pembunuhan itu. Beliau meninggal dunia pada 8 Zulhijah 35 Hijriah. Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.

SIFAT PERIBADI SAIYIDINA UTHMAN BIN AFFAN TAAT KEPADA ALLAH & RASUL TAKUT KEPADA ALLAH MALU & LEMAH LEMBUT DERMAWAN Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan, harta benda & sanak saudara demi menyahut seruan Allah & Rasul Beliau banyak beribadat seperti : Qiamullail. Berpuasa sunat & membaca al-Quran sebagai persediaan untuk menghadapi hari selepas mati. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walaupun dengan musuh Beliau telah membelanjakan hartanya pada jalan Allah. Antaranya : Membeli perigi Raumah dengan harga 35,000 dirham & disedekahkan kepada orang ramai Membeli sebidang tanah bagi membesarkan masjid an-Nabawi Memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat Menderma 300 ekor unta & 10,000 dinar untuk kegunaan Islam dlm peperangan Tabuk Antara sebab yg mendorong semangat jihad Saiyidina Uthman ialah : Keimanan yang kukuh Sayangkan Islam Memiliki kekayaan Semangat daya saing Sayangkan Negara Terlalu minat untuk berdakwah

SEMANGAT JIHAD YANG TINGGI

SUMBANGAN & PENGORBANAN SAIYIDINA UTHMAN

1. 2.

POLITIK Menubuhkan angkatan tentera laut Menjadi utusan Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiah

1. 2.

EKONOMI Menyumbangkan harta yang banyak di jalan Allah Berjaya membentuk masyarakat yg mantap ekonomi

1. 2.

SOSIAL Memperkenalkan sistem protokol Lemah lembut terhadap semua orang

SEBAB BERLAKU KONFLIK & FITNAH DI ZAMANNYA : Saiyidina uthman telah ditohmah oleh puak-puak Yahudi & munafik diketuai oleh Abdullah bin Saba'. Beliau dituduh tidak telus & tidak melakukan keadilan dalam pemerintahannya .( Khususnya dlm menangani masalah pembunuhan Umar al-Khattaab ) CARA SAIYIDINA UTHMAN MENANGANI KONFLIK : Saiyidina Uthman berjaya mengatasi krisis yang berlaku ini dengan : menghantar pegawai-pegawai penyiasat ke Kufah, Mesir, Basrah & Syam Membuka pintu perbincangan dengan rakyat Memanggil gabenor-gabenor untuk disoal siasat. - Hasil siasatan mendapati krisis berpunca dari musuh Islam

You might also like