Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Isu pelarian

Bagi mengelakkan masalah politik dan sempadan, UNCHR telah dipertanggungjawabkan memenuhi harapan itu sejak lima dekad lalu dalam menangani isu-isu pelarian. Hari ini, UNCHR mengendalikan 23 juta orang pelarian. Meskipun angka itu kecil tetapi isu berkaitan dengan pelarian semakin kompleks tetapi bilangan mereka yang berpindah kerana konflik dalaman sesebuah negara terus meningkat, kata Koefner. ''Pada hari ini peperangan antarabangsa tidak banyak berlaku. Tetapi pemindahan dalaman di sesebuah negara semakin meningkat berbanding pelarian di peringkat global,'' kata beliau. Kini, pelarian Kosovo merupakan antara tumpuan utama UNCHR yang melaksana dan menyelaraskan kerja-kerja kemanusiaan. ''Saya merasakan apa juga sumbangan akan memanfaatkan pelarian-pelarian berkenaan. Sebarang sumbangan-sumbangan kecil boleh membantu ramai orang. Kutipan sumbangan untuk rakyat Kosovo bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di banyak negara lain. ''Ia tidak setakat menjadi masalah hari ini, esok, minggu depan ataupun beberapa bulan akan datang. Mereka perlu kembali ke negara asal mereka dengan mewujudkan penyelesaian politik. Satu-satunya penyelesaian ialah mereka harus kembali. Ia memerlukan sumbangan jangka panjang,'' kata Koefner. S: Apakah antara peranan UNCHR di Malaysia pada masa sekarang? Koefner: Seramai 250,000 pelarian Vietnam tiba di Malaysia pada 1970-an. Sebahagian daripada mereka telah dihantar ke negara-negara ketiga, ada yang pulang ke negara sendiri. Kemudian pelarian dari selatan Filipina pada pertengahan 1980-an. Malah, terdapat kumpulan kecil yang dikenali sebagai pelarian bandar iaitu rakyat asing yang 'tersadai' di sini dan ingin mendapatkan suaka politik. Beberapa ratus memohon kepada kami untuk mendapatkan perlindungan. Situasi di Malaysia, Akta Imigresen tidak menjelaskan dengan mendalam aspek ini. Malaysia juga bukan merupakan negara anggota yang mengguna pakai perjanjian antarabangsa berkaitan pelarian. Begitu juga banyak negara Asia. Dalam situasi itu, UNCHR menangani kes-kes itu. Mereka yang datang kepada UNCHR, kami menemu bual mereka dan membantu mereka mencari jalan penyelesaian. Sama ada penyelesaian di Malaysia ataupun mencari penyelesaian di luar Malaysia di mana kami memanggilnya sebagai penempatan di negara-negara ketiga. Kadangkala kami membantu dalam penghantaran balik secara

sukarela. Misalnya, beberapa rakyat Somalia yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, mereka pulang ke negara asal mereka selepas menamatkan pengajian dan keadaan di negara mereka pulih. Tugas ini berterusan. UNCHR membincangkan pelarian serantau dan antarabangsa. S: Pelarian bukan lagi isu utama sekarang. Justeru, sejauh mana relevan peranan UNCHR di Malaysia? Koefner: Memang ia menjadi semakin kecil pada masa sekarang kerana bilangan pelarian tidak besar di Malaysia, tidak seperti pelarian Vietnam sebelum ini. Bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil yang memerlukan bantuan. Satu lagi perkara penting ialah Malaysia semakin memainkan peranan penting dari segi politik, bukan sahaja di rantau ini tetapi peringkat global. Ini juga membabitkan perbincangan mengenai pelarian. Jadi mengekalkan hubungan dengan kerajaan Malaysia berhubung isu ini yang dibincangkan dalam pelbagai forum antarabangsa. Malaysia juga berminat dalam apa yang berlaku di peringkat dunia. Dan, dalam kes Kosovo, Malaysia berminat dalam perkembangan di Kosovo - mengambil tindakan membantu pelarian Kosovo. Kami perlu berkomunikasi dengan kerajaan Malaysia dalam hal itu. S: Pun begitu Malaysia terus menghulurkan bantuan kepada UNCHR. Bagaimana anda melihat perkembangan ini? Koefner: Malaysia secara politik amat memberi sokongan. Apabila ia membabitkan penyelesaian kes demi kes, kemudian memperoleh kerjasama dengan kerajaan. Kami diundang oleh kerajaan untuk membincangkan isu-isu dengan mereka. Ia lebih bersifat pada sistem am pada keseluruhan berbanding komitmen mengguna perjanjian mengenai pelarian. Situasi ini bagaimanapun kami amat menghargai.Dari segi mengguna pakai perjanjian antarabangsa, Filipina telah menandatangani dan Kemboja adalah sebahagian negara yang mengguna pakai tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana kedudukan negara itu yang kurang upaya. Kami berharap bahawa Malaysia juga akan mengamalkannya. S: Bilangan pelarian di Malaysia semakin mengecil. Apakah bentuk peranan yang diharapkan oleh UNCHR? Koefner: Sekiranya perjanjian itu diterima pakai, saya merasakan lebih ramai akan datang ke sini. Malaysia adalah sebuah negara telah membangun dan menarik dari segi ekonomi. Mereka bukan sahaja datang ke sini untuk mencari suaka politik tetapi bagi memulakan hidup baru di sini. S: Berbanding 50 tahun lalu, cabaran UNCHR dalam menangani isu pelarian semakin meningkat. Adakah ia benar?

Koefner: Cabaran utama ialah pelarian kini semakin bertambah. Ia wujud kerana konflik dalaman dan ia sukar diselesaikan untuk membawa mereka ke meja perundingan demi membolehkan kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing. Dalam sesetengah kes, negara-negara jiran adalah sebahagian daripada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik. Terdapat keadaan pelarian pulang dengan mudah dan sebaliknya. S: Dalam proses globalisasi sekarang, bagaimana UNCHR mampu menangani isuisu pelarian? Koefner: Kita pernah melalui pengalaman perang dingin. Memang kita telah melalui banyak masalah apabila pelarian ditekankan kerana kelainan fahaman politik. Tetapi kemudian kita menangani masalah itu menerusi perundingan. Puak-puak yang ada adalah jelas dan penyelesaian mudah dicapai. Bagaimanapun keadaan hari ini lebih rumit. Peperangan antarabangsa adalah sedikit dengan kewujudan undang-undang dan peraturan antarabangsa. Kini lebih banyak pemindahan dalaman berbanding pelarian antarabangsa. Terdapat kira-kira 35 konflik dalaman yang berlaku sekarang yang mengakibatkan pemindahan pelarian. Konflik ini adalah lebih sukar untuk diselesaikan berbanding konflik di peringkat sempadan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=ot_02.htm#ixzz2dDPYreux Utusan Melayu (M) Bhd

Isu sempadan
Keputusan ICJ Jadi Iktibar Isu Tuntutan Kedaulatan Wilayah Negara
PENANTIAN selama hampir 28 tahun akhirnya sampai ke penghujung. Isu yang sudah lama menjadi 'duri dalam daging' dalam hubungan diplomatik antara dua negara berjiran ini berjaya diselesaikan melalui proses undang-undang antarabangsa. Semalam, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh yang terletak di perairan luar pantai Johor adalah milik Singapura dengan keputusan majoriti 12:4. Batuan Tengah (Middle Rocks) pula diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1. Bagi Tubir Selatan (South Ledge), keputusan yang diberikan adalah agak kompleks iaitu kedaulatannya terletak di bawah wilayah di mana ia terletak. Apakah implikasi yang akan dibawa oleh keputusan ICJ ini?

Pada 17 April 2008, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan rakan sejawatnya dari Singapura, George Yeo, bersetuju untuk menerima apa saja keputusan ICJ tanpa menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara. Persetujuan juga dicapai untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal di antara Malaysia dan Singapura bagi menentukan langkah yang perlu diambil hasil daripada keputusan itu. Ini kerana keputusan ICJ ini akan menyebabkan beberapa perubahan, termasuk dari segi sempadan perairan, pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia. Ini bukan kali pertama Malaysia berurusan dengan ICJ untuk menyelesaikan isu pertelingkahan kedaulatan wilayah. Tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan di bawa ke ICJ dan pada 2002, ICJ membuat keputusan berpihak kepada Malaysia. Selain itu, Malaysia juga membawa isu penambakan tanah oleh Singapura ke Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut (ITLOS). Pada 2003 tribunal itu mengarahkan Singapura untuk berhenti daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi kesan kepada kedaulatan wilayah Malaysia dan merosakkan kehidupan marin di kawasan terbabit. Keputusan kedua-dua prosiding di atas berpihak kepada Malaysia hasil persediaan rapi pasukan undang-undang Malaysia dengan mengemukakan hujah yang bernas, kuat dan meyakinkan. Persiapan Malaysia untuk kes tuntutan Pulau Batu Puteh bermula sejak hampir 30 tahun dulu. Penyelidikan berhubung kedaulatan Malaysia ke atas pulau itu mula dilaksanakan ketika persediaan Peta Baru Malaysia 1979. Kerja penyelidikan dilakukan di Malaysia dan di serata dunia, termasuk beberapa tempat di Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Perak, Singapura, Indonesia, India, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Portugal dan Belanda. Usaha penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti dilakukan berterusan oleh kira-kira 55 pegawai daripada 24 agensi kerajaan seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Peguam Negara, penyelidik yang dilantik dan pakar dalam bidang tertentu dari tiga institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Khidmat penasihat undang-undang antarabangsa yang terkemuka seperti Sir Datuk Elihu Lauterpacht QC dan Datuk James Crawford dari Universiti Cambridge dan Datuk Nicolaas Jan Schrijver dari Universiti Leiden juga di gunakan. Ketiga-tiga individu ini juga terbabit dalam prosiding kes negara di ICJ untuk Sipadan dan Ligitan dan juga di ITLOS bagi kes Penambakan Tanah Singapura.

Dalam kes Pulau Batu Puteh, delegasi Malaysia diketuai Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan pasukan undang-undang Malaysia yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mempamerkan komitmen tinggi dan prestasi membanggakan. Mereka memastikan hujahan kes negara adalah sentiasa teratur dan padat, mudah difahami oleh hakim dan sejauh mana yang mungkin memastikan tiada ruang langsung bagi Singapura untuk menyangkal apa yang dihujahkan oleh Malaysia sepanjang berlangsungnya perbicaraan iaitu daripada 6 hingga 23 November 2007. Di bawah undang-undang antarabangsa, isu kedaulatan wilayah adalah satu isu kompleks dan membabitkan pemakaian pelbagai prinsip undang-undang. Singapura menyandarkan tuntutan mereka kepada pendudukan secara sah oleh pihak British apabila mereka membina rumah api Horsburgh di atas Pulau Batu Puteh yang di katakan terra nullius (tidak bertuan) sebelum 1847. Malaysia dikatakan gagal mengemukakan bukti kukuh yang menunjukkan kedaulatan Johor ke atas Pulau Batu Puteh. Kegagalan Malaysia dalam mengemukakan surat meminta kebenaran daripada pihak British kepada kerajaan Johor juga dibangkitkan oleh Singapura dalam hujah mereka. Singapura juga mengemukakan bukti bagi menunjukkan kuasa pentadbiran dan undangundangnya di Pulau Batu Puteh dan perairan sekitarnya melalui pelbagai aktiviti seperti kawalan akses dan lawatan ke Pulau Batu Puteh. Sementara itu, Tentera Laut Singapura juga kerap melakukan rondaan di kawasan perairan Pulau Batu Puteh. Singapura juga mendakwa Malaysia tidak menjalankan aktiviti pentadbiran dan undang-undang ke atas Pulau Batu Puteh dan tidak pernah membantah aktiviti pentadbiran dan undang-undang yang dilakukan oleh Singapura. Singapura membandingkan tindakan Malaysia di Pulau Pisang di mana Singapura diminta menurunkan benderanya di Pulau Pisang, tetapi tidak berbuat demikian di Pulau Batu Puteh. Tegas Singapura ini membawa makna Malaysia tidak pernah mengambil kira Pulau Batu Puteh sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Mereka juga menegaskan bahawa Surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang menyatakan Johor tidak menuntut hak milik Pedra Branca (bahasa Portugal untuk 'Batu Puteh), adalah sah memandangkan ia di tulis dalam kapasiti rasminya dan Johor pada ketika itu adalah sebuah negeri yang berdaulat. Keputusan ICJ mengesahkan Pulau Batu Puteh milik Kerajaan Johor jika dilihat dari aspek sejarahnya dan juga pemakaian undang-undang antarabangsa berdasarkan kepada kes seperti Eastern Greenland dan juga kes Island of Palmas. Kedaulatan Pulau Batu Puteh pada asalnya terletak pada kerajaan Johor. Di samping itu, ICJ juga mengiktiraf dan mengambil kira peranan orang laut yang menggunakan pulau berkenaan untuk aktiviti ekonomi mereka serta pertalian mereka dengan Sultan Johor.

Mereka dilihat sebagai rakyat naungan kerajaan Sultan Johor. ICJ menolak dakwaan Singapura yang mengatakan Pulau Batu Puteh adalah terra nullius (wilayah tidak bertuan). Bagaimanapun, ICJ mengambil kira dan memberikan fokus utama di dalam penghakiman mereka kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor bertarikh 21 September 1953. Surat yang mengatakan Johor tidak menuntut hak milik Pedra Branca dilihat oleh ICJ sebagai Johor melepaskan kedaulatannya ke atas Pulau Batu Puteh kepada kerajaan British. Ini bermakna sejak 1953 Johor sudah kehilangan Pulau Batu Puteh. Penghakiman ICJ juga menyentuh isu enam peta rasmi diterbitkan Malaysia sekitar 1962 hingga 1974 dengan Pulau Batu Puteh dilabel sebagai milik Singapura. Mengikut ICJ, ini secara langsung memperkukuhkan tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh kerana Singapura sendiri tidak pernah menerbitkan sebarang peta yang merujuk Pulau Batu Puteh sebagai wilayah Malaysia. Di samping itu, penghakiman ICJ juga memberi penekanan kepada pelbagai aktiviti yang menunjukkan kuasa pentadbiran dan undang-undang Singapura di Pulau Batu Puteh dan ia adalah antara faktor penting mengapa penghakiman ICJ terhadap Pulau Batu Puteh berpihak kepada Singapura. Penguatkuasaan Tentera Laut Singapura di kawasan perairan Pulau Batu Puteh dan siasatan yang dijalankan oleh Kerajaan Singapura ke atas insiden kemalangan kapal laut adalah antara aktiviti yang menunjukkan kawalan eksklusif dan juga kedaulatan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh. Bagaimanapun, penghakiman ICJ terhadap Pulau Batu Puteh yang berpihak kepada Singapura ini tidak meliputi Batuan Tengah dan Tubir Selatan kerana aktiviti Singapura hanya terhad kepada Pulau Batu Puteh. Status Batuan Tengah kekal mengikut sejarah bersama dengan Kerajaan Johor. Daripada perspektif undang-undang antarabangsa, penghakiman ICJ adalah muktamad dan mengikat kedua-dua Malaysia dan Singapura. Malaysia perlulah akur dengan keputusan ICJ yang memihak kepada Singapura selaras dengan Perjanjian Khas ditandatangani pada 6 Februari 2003 oleh Menteri Luar masing-masing dan juga Artikel 60 Statut ICJ. Keperluan Malaysia menghormati penghakiman ICJ juga dituntut oleh Artikel 94 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegagalan Malaysia untuk akur kepada keputusan ICJ akan membolehkan Singapura membawa perkara ini ke Majlis Keselamatan PBB untuk tindakan selajutnya. Bagaimanapun, menurut Artikel 61 Statut ICJ jika berlaku penemuan fakta yang boleh menjadi faktor penentu, ketika penghakiman dibuat, ia tidak diketahui oleh mahkamah, permohonan untuk semakan semula kes itu boleh dilakukan.

Syarat untuk mengguna pakai Artikel 61 ini adalah ketidaktahuan fakta itu tidak berpunca daripada kecuaian dan ia tidak diketahui oleh pihak yang memohon semakan semula itu. Permohonan ini juga perlulah dibuat dalam masa enam bulan daripada penemuan fakta baru itu dan dalam tempoh 10 tahun mulai tarikh penghakiman. Walau apa juga keputusan ICJ, perlulah diingati bahawa ia berdasarkan lunas undangundang antarabangsa yang dipersetujui kedua belah pihak. Ia adalah satu contoh yang baik bagaimana pertelingkahan antara dua negara boleh diselesaikan secara aman melalui proses perundangan apabila segala usaha untuk menyelesaikan isu ini melalui rundingan gagal dan buntu. Rakyat amnya dan Kerajaan Malaysia khususnya perlu menerima keputusan ini dengan positif dan mengambil iktibar daripada pengalaman tuntutan Pulau Batu Puteh ini supaya kedaulatan wilayah negara terus terpelihara. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&id=1398:isu-pulau-batuputeh

Isu Pendatang Asing tanpa izin (PATI)


Faktor-faktor kemasukan buruh asing (Faktor tarikan dalam Negara)
Permintaan buruh tidak mahir yang tinggi merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Permintaan tinggi datangnya dari sektor perladangan dan pembinaan. Menurut kajian Persatuan Bersatu Malaysia (UPAM), sektor perladangan kelapa sawit dan getah mengalami kerugian pendapatan sebanyak RM370juta antara tahun 1980 hingga 1985 disebabkan kekurangan pekerja. Sektor pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak rentetan daripada pembangunan pesat Negara. Rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja di dalam sektor pertanian dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka peluang kemasukan buruh asing ke Malaysia. Kestabilan ekonomi Negara juga merupakan salah satu faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan melebihi 8% untuk lapan tahun berturutturut didorong antara lain kepesatan bidang ekonomi berkaitan dengan perindustrian, perladangan dan perkhidmatan. Tenaga buruh amat diperlukan di Malaysia. Hingga Mac 1993, seramai 444000 orang buruh asing telah masuk ke Malaysia. Sementara itu, seramai 886000 buruh asing telah masuk ke Malaysia secara tidak sah antara bulan Jun 1991 hingga September 1994. Selain itu, kadar upah yang tinggi di Malaysia juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh

asing dalam negara. Di Negara asal pekerja asing, penawaran buruh melebihi permintaan. Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih rendah. Contohnya, di Indonesia, pekerja ladang dibayar 2000 rupiah, iaitu lebih kurang RM3 sehari. Kos hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran upah yang lebih tinggi. Faktor lain ialah dasar kerajaan terhadap pekerja asing juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Kerajaan turut membenarkan kemasukan sesetengah pekerja asing ke Malaysia untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan permintaan buruh terpaksa dipenuhi untuk meneruskan aktiviti perekonomian dan mengelakkan kerugian dalam sektor-sektor tertentu. Pada bulan Mei 1984, kerajaan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Indonesia tentang penawaran tenaga kerja dengan had tempoh bekerja selama dua tahun. Tambahan pula, keperluan negara juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Permintaan ke atas tenaga buruh mahir masih tinggi di Malaysia akibat keperluan kepakaran dalam bidang teknologi, perubatan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya. Keperluan mereka diperlukan untuk membolehkan rakyat tempatan menimba pengalaman, pengetahuan dan membantu pembangunan Negara dalam menuju era globalisasi. Latar belakang sejarah dan budaya yang hampir serupa juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Latar belakang sejarah, budaya, agama dan bahasa yang hampir sama menjadi tarikan kerana mereka mudah berkomunikasi dan berasa seakan-akan berada di Negara mereka sendiri. Akhir sekali ialah sikap majikan dan pengusaha juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Golongan ini kebanyakannya lebih berminat mengupah buruh asing yang lebih murah dari Indonesia, Filipina dan Thailand. Majikan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar KWSP dan insurans, ganti rugi atau pampasan kerana pekerja asing tidak diperuntukkan di bawah Akta Buruh. Pekerja asing yang tidak berdaftar juga tidak akan membuat aduan kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa. Majikan juga boleh memberhentikan mereka pada bila-bila masa.

Faktor tolakan- luar Negara)


Faktor tolakan buruh asing di luar negara ialah kekurangan peluang pekerjaan di Negara asal. Keadaan ini menyebabkan penduduk berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan peluang pekerjaan. Contohnya, di Pulau Jawa Indonesia, kekurangan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian akibat kekurangan tanah menyebabkan ramai penduduknya menganggur. Kadar upah yang rendah di Negara asal juga menjadi faktor tolakan buruh asing di luar negara.

Kadar upah di Negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina lebih rendah berbanding Malaysia. Di Indonesia, pekerja ladang memperolehi RM3.00 sehari, buruh binaan mendapat RM5.00 sehari dan petani sawah menerima RM0.80 sehari. Di Malaysia, gaji permulaan pekerja ladang ialah RM6.00 sehari manakala buruh binaan menerima RM13.00 sehari. Keadaan ini mendorong mereka masuk ke Malaysia. Malah, faktor tolakan buruh asing di luar negara ialah kemiskinan di Negara asal mereka. Penduduk di Negara seperti Myanmar, Indonesia, India dan Bangladesh mengalami kebuluran akibat kemusnahan bahan makanan oleh bencana alam atau tiada punca pendapatan serta kekurangan kemudahan infrastruktur. Keadaan ini mendorong mereka meninggalkan Negara mereka. Selain itu, mudah datang ke Malaysia juga merupakan faktor tolakan buruh asing di luar negara. Kedudukan geografi Malaysia yang mempunyai perairan yang panjang dan sukar untuk dikawal rapi menyebabkan pendatang mudah memasuki Malaysia. Pendatang-pendatang dari Negaranegara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand hanya perlu menggunakan bot-bot yang kecil atau melalui jalan darat untuk sampai ke negara ini. Peranan orang tengah dan sindiket haram yang menguruskan dari segi keperluan hingga mendapat pekerjaan membantu peningkatan kedatangan golongan ini. Bayaran menggunakan perkhidmatan haram untuk masuk ke negara ini adalah murah iaitu antara Rp100000 hingga Rp150000 atau bersamaan RM160.00 hingga RM240.00 berbanding secara sah yang mencapai Rp250000 atau RM400.00 di samping memerlukan urusan yang rumit.

Masalah-masalah yang dihadapi (Dari segi politik)


Masalah dari segi politik yang dihadapi ialah kawalan kemasukan. Kawalan yang rapi belum menunjukkan hasil kerana setiap tahun kemasukan buruh asing tidak berdaftar semakin meningkat. Pada akhir tahun 1992 sahaja, terdapat 374205 buruh asing tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, 335000 dari Indonesia, 24830 dari Thailand, 19886 dari Bangladesh, 11235 dari Myanmar dan 16746 dari India. Menjelang bulan Mac 1993, jumlah pendatang tidak berdaftar adalah seramai 444000 orang. Bilangan Pegawai Jabatan Imigresen sangat kecil berbanding tugas dan tanggungjawab yang sangat berat. Kemasukan pendatang ke negara ini memberi imej buruk terhadap kawalan sempadan negara ini yang dikatakan longgar. Seterusnya, masalah dari segi politik yang dihadapi ialah hubungan diplomatik. Hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan negara asal pendatang menjadi tegang semasa mengendalikan penghantaran pulang pendatang ke negara asal mereka. Sekiranya berlaku masalah diskriminasi terhadap pekerja asing oleh pihak yang tidak bertangguungjawab, keadaan ini boleh menjejaskan hubungan politik antara negara-negara.

(Dari segi ekonomi)


Masalah dari segi ekonomi yang dihadapi ialah menambahkan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan negara bertambah akibat menanggung kos semasa penahanan sementara dan semasa penghantaran pulang. Pembinaan pos-pos yang lebih banyak terpaksa dilakukan di sempadan dan perairan Malaysia. Pendatang asing turut menggunakan perkhidmatan awam seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan di negara ini. Di samping itu, masalah dari segi ekonomi yang dihadapi ialah imbangan pembayaran negara terjejas. Pendatang asing yang bekerja di negara ini, khususnya yang tidak berdaftar, tidak membayar cukai pendapatan. Mereka dapat menghantar sepenuhnya pendapatan mereka ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan pengaliran mata wang negara ke negara luar tanpa kawalan dan seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara. Tambahan pula, pendapatan negara berkurangan juga merupakan masalah dari segi ekonomi. Pendatangan asing turut menjalankan kegiatan-kegiatan penyeludupan seperti rokok untuk dijual di negara ini. Keadaan menyebabkan kerajaan tidak dapat memperolehi hasil daripada cukai barangan tersebut di samping tidak memperolehi pendapatan ke atas cukai pendapatan buruh asing.

(Dari segi sosial)


enayah merupakan masalah dari segi sosial. Di samping datang untuk bekerja, ramai buruh asing turut menjalankan kegiatan jenayah seperti pelacuran, rompakan, perjudian dan sebagainya. Ketegangan dan pergaduhan juga berlaku dalam kalangan mereka di samping konflik dengan penduduk tempatan yang memandang seorang terhadap pendatang-pendatang tersebut. Masalah dari segi sosial yang dihadapi ialah wujud penempatan haram. Buruh-buruh asing membina kediaman di kawasan larangan seperti di kawasan setinggan dan tanah-tanah simpanan kerajaan untuk menjimatkan kos hidup. Keadaan ini mengganggu proses rancangan kerajaan untuk menyusun semula petempatan dsn pembangunan masyarakat.Sikap suka membuang sampah dan membuang najis di sungai-sungai menyebabkan pencemaran dan merebaknya penyakit-penyakit seperti taun,kolera dan sebagainya. Masalah kesihatan juga merupakan masalah dari segi sosial. Buruh asing yang datang ke negara ini kebanyakannya berasal dari kawasan terpencil di negara mereka. kebanyakan mereka membawa bersama penyakit-penyakit berbahaya seperti malaria, TB, kusta dan sebagainya. Statistik menunjukkan bahawa ramai daripada mereka merupakan pembawa HIV dan Hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan turut mempercepat merebaknya penyakit tersebut.

Kesan-kesan positif kedatangan buruh asing


Kesan positif kedatangan buruh asing ialah mengisi kekosongan tenaga buruh. Sektor pembinaan dan perkilangan mengalami kekurangan buruh kerana tidak diminati oleh penduduk tempatan. Kini, kekosongan itu diisi oleh buruh asing yang sanggup bekerja dengan upah yang rendah. Selain itu, mengelakkan kenaikan kos buruh juga merupakan kesan positif kedatangan buruh asing. Kemasukan buruh asing menyebabkan penawaran tenaga buruh bertambah. Keadaan ini mengelakkan kos buruh meningkat kerana permintaan buruh diimbangi dengan kemasukan buruh asing. Kos buruh yang pada umumnya murah menarik pelabur datang ke Malaysia. Keadaan ini seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara. Tambahan pula, kesan positif kedatangan buruh asing ialah meningkatkan perkhidmatan awam. Untuk mengelakkan kebergantungan terhadap buruh asing, kerajaan mencari alternatif lain. Di antaranya ialah memperkenalkan sistem layan diri dan memperkenalkan teknologi moden dalam sektor-sektor tertentu supaya tidak terlalu bergantung kepada tenaga buruh. Pemalsuan dokumen menyebabkan kerajaan menyediakan peralatan yang lebih canggih bagi mengesan penipuan di samping mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan menutup kelemahan di dalam perkhidmatan awam.

Kesan-kesan negatif kedatangan buruh asing


Kesan negatif kedatangan buruh asing ialah mewujudkan persaingan dengan buruh tempatan. Kedatangan buruh asing telah menutup peluang pekerjaan penduduk tempatan. Sikap sesetengah majikan yang suka mengambil pekerja asing disebabkan upah yang rendah dan kesanggupan mereka bekerja dalam pelbagai situasi menyebabkan buruh tempatan sukar bersaing dengan buruh asing.

Selanjutnya, menambahkan perbelanjaan negara juga merupakan salah satu kesan negatif kedatangan buruh asing. Kos penahanan di pusat-pusat tahanan dan kos penghantaran pulang buruh asing terpaksa dibiayai oleh kerajaan. Kemudahan awam turut digunakan oleh buruh asing. Kos penyelenggaraan terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk pembangunan bagi menampung kos-kos ini. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kos malah tidak mendapat pulangan dsri segi cukai pendapatan dan sebagainya. Malah ini menyebabkan pengaliran wang Malaysia ke negara luar tanpa dapat dikawal. Masalah politik juga merupakan kesan negatif kedatangan buruh asing. Menambahkan bilangan

masyarakat majmuk. Kemasukan mereka juga mencerminkan kelemahan sistem pentadbiran kerajaan. Wujudnya sindiket pemalsuan dokumen, pemalsuan kad pengenalan dan sebagainya boleh menggugat keselamatan negara.

http://starflower-gejalasosial.blogspot.com/2010/08/buruh-asing-terbahagi-kepada-buruhyang.html

You might also like