Sistem Brek

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SISTEM BREK

Pendahuluan
Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memerlahan dan memberhentikan kenderaan. Silinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pasangan brek roda. Di sini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek. Sistem brek letak kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasangkan pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan ketika meletakkan kenderaan atau membrek dalam kecemasan. Satu penggalak kuasa digunakan ke atas silinder induk untuk menambah kuasa ketika membrek.

Brek
Sistem merangkumi dua bahagian asal, silinder induk dengan pedal brek dan mekanisme brek roda serta tiub penyambung atau saluran brek dan susunan penyangga.

Prinsip Asas Kendalian Sistem Brek


Dalam sistem brek hidraul, tekanan dikenakan di pedal brek kemudian berpindah ke mekanisme brek oleh bendalir. Bagi mengetahui bagaimana tekanan berpindah pada brek hidraul, kita perlu memahami asas dan prinsip hidraul. Hidraul ialah kajian pergerakan cecair atau tekanan yang dikenakan ke atas cecair kemudian dihantar melalui paip atau pembuluh ke dalam sistem.

Bahagian-bahagian Sistem Brek


Komponen utama dalam sistem ialah pasangan brek dan pasangan yang terdapat di roda dan juga mekanisme yang digunakan.

Plat Belakang
Sekeping keluli yang dibentuk untuk meng-\gegaskan komponen roda ke atas hujung gandar empat dalam sistem !-roda".

Kekasut Brek
$asangan berbentuk lengkung biasanya dua keping digegaskan ke atas roda dan dipasangkan di plat belakang. Dengan itu, ia sepusat dengan roda. Ia dipangsikan pada hujungnya dan bergerak keluar apabila brek dikenakan.

Gelendong Brek
Satu gelendong yang dibolt ke hab roda di mana ia berpusing. Ia mempunyai silinder sebelah dalamnya di mana alas kekasut brek akan membuat sentuhan.

Silinder Roda
Ia digunakan dalam brek hidraul. Ia mengembangkan kekasut brek keluar untuk membuat sentuhan dengan gelendong, tekanan ini akan dikenakan apabila pedal brek diinjak.

Cemat
Satu cemat pemangsi pada hujung kekasut.

Pelaras
%erdapat dua jenis pelaras iaitu pelaras lautomatik dan pelaras insani. Ia digunakan untuk mengeset kekasut brek pada jarak yang betul daripada gelendong apabila brek pada kedudukan bebas.

Pegas Pembalik
&pabila tekanan pedal brek dibebaskan pegas pembalik akan menarik balik kekasut ke kedudukan bebas.

Silinder Induk
%erdapat omboh dalam silinder induk yang digunakan untuk membekalkan tekanan yang mengendali brek apabila pedal dikenakan.

'

Bahagian-bahagian Silinder Induk


Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama, satu takungan dan satu badan silinder induk. %akungan disediakan untuk membekal bendalir brek mengendalikan silinder. Semua arus takungan adalah jenis rekabentuk belahan. Bermakna terdapat dua bekalan yang berbe(a untuk dua pasangan omboh yang berlainan. )ekabentuk belahan bertujuan untuk mengasingkan sistem hadapan dan sistem belakang atau sistem satu hadapan dan satu belakang ber-gantung kepada kes kerosakan hidraul.

Brek enis gelendong


Brek jenis gelendong biasanya digunakan pada brek belakang kenderaan yang diadukan dengan brek disk sebelah hadapannya. $ada kereta-kereta lama, keempat-ernpat roda menggunakan brek jenis gelendong. Brek jenis ini memberhentikan pusingan gelendong dan roda melalui geseran di antara alas brek gelendong. %enaga gerak kenderaan ditukar kepada haba yang dihasilkan oleh gelendong brek dan bahagian yang berkaitan,

Bahagian Brek enis Gelendong


Bahagian pasangan brek jenis gelendong seperti mengandungi satu plat sokong belakang, kekasut brek utama dan pendua, pegas dan cemat penahan kekasut brek, pegas pembalik, kabel brek letak kereta dan pautan, komponen pelaras automatik, pasangan skru pelaras, satu ruang roda dan satu gelendong brek. Komponen brek yang dipasang ke atas plat sokong diboltkan terus ke badan bebibir gandar belakang atau sendi bahu stereng hadapan. Satu cemat sauh disangkutkan pada plat sokong yang ber*ungsi sebagai anggota pendakap kekasut brek dan titik pangsi. Kekasut brek utama dipasangkan pada kedudukan hadapan menghadap hadapan kenderaan. Kekasut brek pendua dipasangkan pada kedudukan mengekor dan menghadap belakang kenderaan. Kekasut brek dikenalpasti dengan ketebalan lapikan dan badannya yang panjang. Biasanya kekasut brek utama lebih nipis dan pendek jika dibandingkan dengan lapik kekasut pendua.

%iap-tiap kekasut brek ditambah kepada plat sokong oleh cemat penahan, pegas penetap dan cemat pembalik. Bahagian hujung atas kekasut brek digegaskan ke cemat pangsi plat sokong dan dipegang dalam gegasan oleh pegas pembalik utama dan pendua. Hujung ba,ah kekasut brek dihubungkait dengan pasangan skru pelaras dan pegas. Kabel brek letak kereta, pautan serta komponen pelaras automatik dipasangkan di atas kekasut brek pendua

Kendalian Silinder Roda


&pabila brek dikenakan, tekanan hidraul daripada silinder utama digunakan dan disalur ke omboh di silinder roda. %ekanan hidraul menolak omboh dan memaksa kekasut brek menentang gelendong brek. &pabila pedal brek dibebaskan, pegas pembalik kekasut akan menarik kekasut brek balik di kedudukan se,aktu bebas.

Kendalian Kekasut
Kekasut brek adalah sebahagian daripada mekanisme brek yang menyokong lapik brek. -apikan sama ada diri.et atau digamkan ke muka atau bahu kekasut. /ukanya dilengkung mengikut lengkung gelendong. Daya dikenakan untuk menolak kekasut brek menentang gelendong oleh daya gunaan silinder roda dan gerakan kekasut dengan gelendong. $ergerakan tadi membantu semasa membrek. %indakan dinamakan pentenaga sendiri atau tindakan membrek. 0ntuk menjelaskan cara ia bekerja, katakan kekasut brek bebas untuk bergerak dengan gelendong yang mula bergerak lalu membuat sentuhan. %idak ada kesan membrek kerana tidak ada rintangan yang boleh menyebabkan geseran. Kekasut brek kemudian dipegang dalam selenggaraan oleh pusingan gelendong brek. 1emat yang dipasangkan ke plat sokong dapat memberikan geseran di antara lapikan dan gelendong sebaik sahaja membrek. Daya geseran tadi memusingkan kekasut di sekitar cemat. Hasil daripada geseran ini daya lebih besar dikenakan jika dibandingkan gerak kekasut permukaan tadi. %indakan ini dikenali sebagai pentenaga sendiri. &pabila dua kekasut dipasang dengan satu perangkai pelaras dan jenis cemat sauh, daya akan bertindak ke atas satu kekasut untuk menentang pergerakan gelendong. Kekasut yang mula bergerak. dinamakan kekasut utama dan kekasut yang mengekor dinamakan kekasut pendua.

Brek enis !isk


Brek disk digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta dan keempat-empat roda bagi sesetengah kereta pula. Satu disk dipasangkan ke hab roda dan berputar sekali dengan tayar dan roda. &pabila pemandu mengenakan brek, tekanan hidraul daripada silinder induk digunakan untuk menolak lapik geseran yang lebih dikenali dengan nama pad" mela,an pergerakan rotor kemudian memberhentikannya. Disk biasanya diperbuat daripada besi tuangan. &dakalanya hab dibuat sekali dengan disk dan bagi sesetengahnya rnerupakan dua unit berasingan. Disk mempunyai permukaan yang licin bermesin pada kedua-dua belah permukaannya. &dabeberapa jenis disk, ada yang padu dan ada yang bersirip pendingin dituang di antara permukaan brek. )ekabentuk ini dibuat dengan tujuan untuk mendinginkan ka,asan permukaan disk. &pabila disk berpusing, sirip udara akan menambahkan peredaran udara di antaranya. Dengan ini sistem pendingin brek tersebut lebih baik. 2aktor ini dapat mempercepatkan pendinginan dan menambah pengaruh membrek di samping meminimumkan kecenderungan pengenaan brek yang keras. Disk dilindungi oleh perisai simbahan yang diboltkan ke gelendong bagi mencegah sebarang kekotoran memasuki disk.

Rekabentuk Angkup Apungan


$asangan omboh tunggal dibina daripada satu tuangan yang mengandungi satu omboh yang mempunyai garis pusat lebar. Satu liang masuk dan injap jujus dimesin ke dalam bahagian angkup dan disambungkan terus ke gerek omboh. 3erek angkup silinder mengandungi satu omboh dan sesendal. Sesendal berbentuk segiempat tepat dan membentuk gelang, ia dimuatkan di dalam aur ke mesin di dalam gerek silinder. la ketat dan rapi di sekitar ga*is pusat luar omboh bagi menyediakan sendalan hidraul di antara omboh dan dinding silinder. $enyendal segiempat tepat menyediakan satu larasan automatik kelegaan di antara rotor dan pad mengikut tiap-tiap kegunaannya. &pabila brek dikenakan, penyendal menarik balik ke bentuk asal bagi memberikan kelegaan pergerakan. &pabila lapik brek haus, kendalian omboh cuba menghadkan biasan penyendal, di mana omboh mengelangsar di dalam sesendal ke pemanjangan yang diperlukan untuk memampas kehausan lapik.

You might also like