Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAB 1 : TAJDID DAN ISLAH MENGIKUT PEMIKIRAN HAMKA Tajdid berasal daripada perkataan jaddada, yujaddidu dan juga

al-tajdidan yang membawa maksud memperbaharui sesuatu perkara. Islah pula berasal daripada perkataan yang membawa maksud menghilangkan sesuatu kerosakan, membaiki sesuatu setelah rosak, mengembalikan sesuatu hak kepada yang berhak, sama ada hak sesama manusia ataupun hak Allah. Perkataan tajdid dan islah adalah sesuatu yang sinonim dan berlaku pada waktu yang sama. Pemikiran HAMKA telah dipengaruhi oleh pemikiran islah Sayid Jamaludin AlAfghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Rashid Rida, ulama refomis tiga serangkai yang berpengaruh di Mesir. HAMKA sememangnya seorang ulama refomis yang menyokong kuat pemikiran berjalur tajdid dan islah. Antara pemikiran tajdid yang disampaikan oleh beliau adalah menekankan tentang pentingnya kemerdekaan umat Islam. Tetapi, kemerdekaan yang sebenarnya untuk sesebuah negara ialah apabila syariat Islam sahaja dilaksanakan dan bukan sisa-sisa penjajah. Beliau turut menekankan tentang rangka revolusi atau kebangkitan manusia , yang pada dasarnya adalah suatu revolusi atau kebangkitan agama kerana agamalah yang menciptakan kemerdekaan yang sebenarnya, iaitu kemerdekaan semangat dan jiwa. Beliau menegaskan betapa perlunya menegakkan amar makruf, nahi mungkar, iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang menjadi sebahagian daripada proses tajdid dan islah dalam Islam. Beliau juga mengaitkan kemerdekaan dengan amar makruf nahi mungkar iaitu kemerdekaan menyatakan pendapat ( amar makruf ) dan kemerdekaaan mengkritik yang salah ( nahi mungkar ). Kalimat makruf bermaksud pendapat umum yang benar manakala mungkar pula bermaksud penolakan terhadap perkara yang salah. HAMKA turut mengaitkannya dengan tahap keimanan seseorang kepada Allah. Jika iman kepada Allah telah berkurang, maka seseorang itu tidak berani lagi untuk beramar makruf dan lebih tidak berani lagi bernahi mungkar. Oleh sebab itu, maksud amar makruf nahi mungkar ialah membina pemikiran yang sihat dalam masyarakat. Naskah besar tulisan HAMKA iaitu Tafsir Al-Azhar ditulis atas dorongan untuk mentajdid dan mengislahkan masyarakat, khususnya golongan belia di alam Melayu yang mana tidak berkemampuan untuk memahami bahasa arab, tetapi amat meminati agama, maka penulisan ini diharap dapat membina keimanan mereka. Tafsir Al-Azhar dilihat sangat relevan dengan situasi semasa apabila terdapat banyak contoh yang berkait rapat dengan situasi yang berlaku di Indonesia ketika itu. Contohnya, beliau membawakan persoalan

polemik agama antara Islam dengan Kristian, antara umat Islam yang berlainan mazhab, ancaman Ahmadiyyah, Komunisme dan sebagainya. Pada masa yang sama, beliau juga menghasilkan tafsir bagi membersihkan tafsir Al-Quran daripada cerita-cerita karut dan dongeng yang terbit daripada kisah-kisah Israiliyyat yang mana cerita yang dibawa oleh orang Yahudi ke dalam Islam. Dapat dilihat, usaha ini selari dengan sifat seorang reformis yang mementingkan ketulenan beragama. HAMKA menolak amalan adat masyarakat setempat yang mengandungi unsur-unsur khurafat, tahyul dan bidaah dalam usahanya mempertahankan kemurnian Islam. Beliau pernah mengkritik amalan adat-adat usang yang berlaku dalam masyarakat Minangkabau seperti campur tangan kaum keluarga dalam kehidupan berumah tangga sehingga membawa kepada penceraian. Kritikan ini dapat dilihat dalam melalui novel-novelnya seperti Merantau ke Deli dan Dijemput Mamak. Di dalam naskhah Di Bawah Lindungan Kaabah, beliau mengkritik soal perbezaan status serta keangkuhan keluarga bangsawan jika martabat wanita lebih tinggi daripada lelaki. Bagi HAMKA, tiada perbezaan antara manusia Muslim melainkan ketaqwaan kepada Allah. Dalam menekankan tentang pentingnya syura (bermesyuarat) dalam urusan kemasyarakatan hinggalah ke peringkat negara, secara tidak langsung beliau telah menyanggah pendapat bahawa Barat yang telah lebih awal membawa kebebasan dan unsur mesyuarat kerana Magna Carta, iaitu hak yang diberikan oleh Raja Inggeris kepada para pembesar itu hanya berlaku pada 1215 Masihi. Ini menunjukkan keluasan pemikiran HAMKA yang mampu membuat perbandingan antara Islam dan Barat sehingga mampu membuktikan Islam tetap unggul. Ketegasan HAMKA dalam memelihara akidah dibuktikan melalui Majlis Ulama Indonesia (MUI)apabila beliau mengeluarkan fatwa menolak pendapat pihak pemerintahan iaitu Menteri Agama berhubungan isu Natal Bersama. Lantaran itu, pihak pemerintah mengarahkan agar fatwa itu ditarik balik. Namun, HAMKA tidak melakukan sedemikian dan apabila persetujuan tidak dicapai, beliau mengundurkan diri sebagai Ketua MUI. Walaupun begitu, dalam menghadapi kepelbagai mazhab dalam Islam, beliau bersikap berlapang dada dan bertoleransi meskipun beliau sebagai salah seorang pemimpin Muhammadiyah yang mempunyai pegangan sendiri dalam beberapa cabang persoalan fiqh. Dalam ceramah dan tulisan yang disampaikan sejak awal lagi, beliau mengelak daripada membangkitkan persoalan furuyang hanya akan dipertikaikan tanpa sebarang penyelesaian. Dalam hal ini,

beliau faham yang mana lebih utama, yakni menghadapi kerosakan akidah dan ancaman daripada musuh-musuh Islam. HAMKA sememangnya layak diiktiraf sebagai seorang mujaddid dan muslih di alam Melayu. Pemikirannya menjangkaui aspek agama yang luas dan dalam, kemerdekaan dalam berfikir, keadilan pemerintah, meliputi juga isu dialog antara agama, dan polemik mempertahankan kemurnian akidah dan ibadat yang jelas membuktikan tajdid dan islah yang diperjuangkannya. BAB 2 : SUMBANGAN HAMKA DALAM PENULISAN SEJARAH MELAYU DI ALAM MELAYU Sumbangan pemikiran HAMKA dalam ilmu sejarah Melayu amat besar. Walaupun HAMKA tidak dididik secara formal sebagai seorang sejarawan, namun tulisannya menepati kehendak disiplin ilmu dalam bidang itu bagi membolehkan karyanya dijadikan sebagai bahan rujukan. Antara tulisan beliau dalam bidang sejarah ialah Perkembangan Agama Islam di Nusantara dalam buku beliau Sejarah Umat Islam. Melalui Perkembangan Agama Islam di Nusantara , HAMKA menghuraikan tentang asal usul bangsa, bahasa dan agama orang Melayu sejak zaman dahulu sehinggalah kedatangan agama Hindu dan Buddha. Seterusnya beliau menerangkan tentang penyebaran agama Islam ke Alam Melayu. Melalui perbincangannya, HAMKA menghuraikan pengaruh dan kesan mendalam Islam ke atas masyarakat Melayu. Tidak ketinggalan, beliau juga menyentuh tentang pertembungan yang berlaku antara Islam dan penjajah Barat pada abad ke-16 dan ke-17. Perspektif tempatan tentang proses yang membawa kepada penyebaran Islam ke Alam Melayu telah dikaitkan oleh HAMKA dengan tiga isu iaitu tarikh sebenar Islam diperkenalkan kepada orang Melayu, asal usul pendakwah yang menyebarkan agama Islam dan bagaimana proses ini berlaku dengan begitu berkesan sekali. HAMKA cenderung berpendapat bahawa agama Islam telah disebarkan pada awal abad Hijrah iaitu pada abad ketujuh Masihi melalui kajian beliau dengan merujuk sumber China. Beliau juga bersandar kepada pendapat tulisan T.W. Arnold yang mengaitkan peranan yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Arab sejak sebelum abad Masihi lagi dalam kegiatan perdagangan di rantau Melayu. Walaupun HAMKA berpendapat begitu, beliau bersetuju dengan pandangan Barat yang menyatakan bahawa Samudera-Pasai (abad 13-14) merupakan kerajaan Islam yang pertama wujud di rantau ini dengan bersandarkan daripada maklumat pengembaraan Marco Polo. Pendapat yang dikemukan oleh HAMKA ternyata berasas dan boleh diterima

apabila terdapat kajian dan penemuan-penemuan baharu seperti kajian penemuan batu nisan dengan tulisan Arab bertarikh 419 H/1028 M di Teluk Cik Munah, Pekan, Pahang. Begitu juga dengan penemuan batu nisan Shaykh Abdul Kadir Ibn Husayn Shah Alirah bertarikh 290 H/902 M di Tanjung Aris, Alor Setar. Penemuan ini menunjukkan keberadaan Islam kukuh di rantau ini menjelang abad ke-13 dan menandakan Islam telah bertapak di Alam Melayu selewat-lewatnya pada abad ke-11. Majoriti sarjana dan orientalis Barat mengemukan teori bahawa kedatangan Islam ke rantau ini dibawa dari benua kecil India dan bukan dari semenanjung Arab. Teori ini pada awalnya dikemukan oleh seorang sarjana bernama Pijnappel, seorang profesor Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Beliau tidak menolak kemungkinan Islam dibawa oleh orang Arab, tetapi berpendapat tidak dibawa secara terus dari dari Arab, tetapi sebaliknya datang dari Gujerat dan Malabar. Kemudian teori ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh J.P. Moquette berdasarkan kepada gaya batu nisan yang ditemui di Pasai pada tahun 1428 yang didapati sama seperti gaya batu nisan di makam Maulana Malik Ibrahim (1419)di Grisik. Moquette membuat kesimpulan bahawa kedua-dua batu nisan itu sama dengan batu nisan yang ditemui di Cambay dan Gujerat. HAMKA telah menyanggah pendapat para sarjana dan orientalis Barat dengan menyatakan terdapat bukti kukuh bahawa Islam yang dibawa ke rantau ini datang terus dari Semenanjung Arab dengan merujuk karya sastera Melayu tradisional seperti Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Dalam menyokong pendapatnya ini, beliau berhujah dengan merujuk peristiwa Sayid Abdul Aziz yang mengislamkan Sultan Melaka. HAMKA juga merujuk kepada Hikayat Merong

Mahawangsayang menceritakan tentang pendakwah Arab yang bernama Shaykh Abdullah al-Yamani yang dikatakan datang langsung dari Semenanjung Arab bagi menukarkan agama Sultan Kedah kepada agama Islam dan seterusnya dikenali sebagai Sultan Muzaffar Shah. Terdapat juga kisah-kisah lain yang dipaparkan oleh HAMKA seperti pengislaman yang berlaku di Aceh pada sekitar tahun 1112 M oleh seorang pendakwah Arab bernama Shaykh Abdullah Arif. Para sarjana sepakat bahawa perdagangan merupakan faktor penting kepada berlakunya proses islamisasi di Alam Melayu. Teori faktor perdagangan mulanya diperkenalkan oleh Tome Pires yang menulis sekitar tahun 1515 M. Proses pengislaman berlaku apabila pendakwah Arab datang langsung dari Tanah Arab, menukarkan agama pemimpin Melayu tempatan kepada agama Islam dan langkah ini diikuti oleh rakyat jelata. Dalam huraiannya, HAMKA menyenaraikan peranan pendakwah Arab yang mengislamkan

raja-raja Melayu di Sumadera-Pasai, Aceh, Kedah dan lain-lain tempat. Bagi melengkapkan teori yang dikemukan oleh HAMKA tentang peranan yang dimainkan oleh pendakwah Arab, Syed Muhammad Naquib al-Attas pula menekankan pemikiran rasional agama dan nilai intelektual yang tinggi diterima secara terbuka oleh orang Melayu. S.Q Fatimi pula meletakkan kejayaan proses islamisasi di rantau ini atas sikap yang dimainkan oleh pendakwah Islam berbeza dengan pendakwah Kristian. Para pendakwah Islam bersikap terbuka dalam hubungan mereka dengan penduduk tempatan malahan mempelajari bahasa dan mengahwini wanita tempatan. Hakikat menunjukkan majoriti penduduk di Alam Melayu beragama Islam membuktikan penerimaan agama tersebut dalam komuniti besar di Asia Tenggara. Fakta juga menunjukkan penyebaran agama Islam berlaku secara sukarela tanpa menggunakan sebarang paksaan atau aktiviti ketenteraan. HAMKA telah melakukan sebahagian kerja yang amat besar apabila memecahkan teori-teori yang selama ini diterima hampir bulat-bulat oleh masyarakat Melayu tentang penyebaran Islam di Alam Melayu. Pandangan beliau mewakili sarjana tempatan dengan mesej yang cuba dibawa iaitu Islam disebarkan ke Alam Melayu melalui proses yang penuh komitmen dan Islam yang disebarkan itu ialah Islam yang murni dari sumber yang asal. BAB 3 : PERANAN DAN KEDUDUKAN WANITA DALAM NOVEL-NOVEL HAMKA Keadilan Ilahi, Kerana Fitnah, Di Bawah Lindungan Kaabah, dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan antara beberapa buah novel karangan HAMKA yang bertemakan kritikan terhadap sistem masyarakat ketika itu yang menjadikan wanita sebagai golongan kelas dua. Pelbagai ragam dan kerenah cinta yang diolah oleh HAMKA, namun kesan akhirnya ialah cinta yang tidak berbelah bagi, cinta dibawa hingga ke akhir hayat, dan setiap wataknya berjanji untuk membawa cinta masing-masing hingga ke akhirat, walaupun di pentas dunia ini tidak kesampaian. Namun, setiap cinta yang terhalang di atas muka bumi Allah inilah yang telah mencorakkan peranan dan kedudukan wanita dalam novel-novel HAMKA. Kebanyakkan penulis lelaki menceritakan wanita sebagai penggoda, wanita hanya pinggiran, wanita hanya menagih tempat, wanita hanya pelengkap dan wanita hanyalah tempelan. Yang gah dan hebat hanyalah lelaki. Pengarang lelaki mendominasi keseluruhan watak wanita secara lahiriah dan batiniah. Wanita tidak memperoleh apa-apa manfaat daripadanya kerana ekspresi pengalaman wanita disisihkan. Justeru, kedudukan dan peranan wanita seolah-olah tertutup. Terbelenggu dengan masalah yang tidak diberikan jalan keluar,

terpenjara dalam dunia yang bebas, dan tidak diberi peluang untuk berbicara. Watak-watak utama dalam novel-novel pilihan ini, berada di bawah naungan HAMKA, segala tindak tanduk sama ada untuk terus terperangkap dalam dunia kawalan lelaki atau terus berada di bawah sistem tirani lelaki bergantung kepada kawalan pengarang. Beberapa tindakan watak wanitanya ternyata membuktikan kenyataan ini. Salah satunya ialah watak Mariah dalam novel Kerana Fitnah yang merupakan isteri kepada Adnan dan ibu kepada Sufian, seorang anak yang Berjaya dalam hidupnya sebagi seorang peguam yang akhirnya membela ibunya sendiri. Watak ini dari awal hingga ke akhir cerita berada sepenuhnya di bawah kawalan HAMKA. HAMKA bertindak sebagai pengarang yang serba tahu, mengawal seluruh perasaan secara dalaman dan luaran , HAMKA gagal memberi jalan keluar kepada Mariah, dibiarkan watak ini seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Dalam mengatur peranan wanita dalam novel-novelnya, secara lebih hina dan buruk perangainya mengenai tingkah laku wanita, HAMKA telah menyenaraikan peranan wanita dengan istilah yang kasar seperti jalang, perempuan gelandangan, sampah masyarakat, kupukupu malam, perempuan jahat dan kuli. Golongan feminis sememangnya inginkan wanita bebas iaitu tidak berada dalam belenggu lelaki, terhindar dari lingkungan bebas tetapi hakikatnya terpenjara, boleh bersuara, tidak terikat dengan aturan hierarki politik dan pentadbiran serta menghindarkan mereka daripada terus ingin bebas tetapi dibuat secara senyap. Dorongan dan keinginan seperti inilah menyebabkan golongan wanita ingin memperkasakan saudara mereka, memecahkan kebisuan wanita, menjadikan wanita sebagai heroin untuk mengeluarkan wanita daripada terus beradadalam system tirani lelaki. Di dalam novelnya juga, HAMKA tidak terus-terusan membiarkan wanita hanyut dengan arus kehidupan malang . HAMKA seolah-olah memahami dengan perjuangan feminis yang bingung dengan gaya lelaki membicarakan keperibadian wanita dan menempatkan aktiviti wanita dalam aktiviti masyarakat yang disandarkan kepada perbezaan biologi, jurang biologi berasaskan female,feminine dan feminist.. HAMKA bebas daripada fahaman kritik feminis sebagai pengarang yang mempunyai ciri-ciri phallocentric yang sering membuat andaian person berpihak kepada lelaki semata-mata. Kebanyakkan pengkiritik feminis mencadangkan model androsentrik yang

menentukan corak penceritaan dan kritikan perlu diubah dan menimbangkan agenda baru iaitu wanita seharusnya berbicara tentang wanita dengan bahasa mereka sendiri. Male critical theory seharusnya digantikan dengan woman-centred critism yang menfokuskan kepada

recovery dan re-evaluation mengenai penulisan wanita sebagai ekspresi pengalaman wanita yang dinamakan sebagai gynocritics oleh pengkritik feminis Amerika yang begitu berpengaruh iaitu Elaine Showalter. Dengan mengambil faktor biologi, sudah tentu wanita yang dikatakan dibina susuk tubuhnya daripada sebahagian kaum lelaki itu digunakan sepenuhnya oleh HAMKA. Wanita cepat mengalah, wanita mudah berasa simpati, wanita senang menangis, jiwanya halus, dan mudah mnerima cinta. Faktor inilah diguna pakai oleh HAMKA dengan menghidangkan kisah cinta halal antara suami, isteri dan anak yang amat tragis. Adunan rasa cinta yang memilukan inilah yang menjerat dan mengaburi kefahaman pembaca secara ktitis terhadap pemerian watak-watak wanita ciptaan HAMKA. Pembaca dibuai dengan kisah cinta romantik walhal disebalik kisah itu, tersembunyi jiwa dan sifat wanita yang dimanipulasi sebagai bahan mengarang. Tetapi, dengan gaya bacaan feminist critique, gaya HAMKA memotret watak-watak wanita dapat dibongkar. Pencerakinan dan pencernaan watak-watak wanita hanya dilihat dari kacamata seorang penulis lelaki bernama HAMKA. Kriteria peranan ini dibendung pula oleh suasana kehidupan didominasi oleh adat yang amat mementingkan keterikatan perempuan hanya di rumah setelah tamat belajar sekolah rendah, manakalan golongan lelaki dibiarkan melanjutkan pengajian sama ada pengajian agama di pondok-pondok, pengajian Inggeris atau Belanda di Bandar. Dengan persekitaran Mengkasar, Betawi, Medan, Padang, Jakarta, Tanah Jawa yang kuat berpegang kepadaadat yang kemudiannya dijalinkan pula dengan konsep ras, emansipasi, suara kuasa, identiti, patriotik, budaya dan agama, sudah tentu arah aliran kehidupan juga berbeza. Karya-karya HAMKA menjadi satu saluran pendedahan kepada umum tentang penentangan masyarakat Minang secara terbuka terhadap adat dan akibatakibat buruk dalam hidup generasi yang akan datang. Fenomena seperti inilah yang menjadi faktor utama mempengaruhi aspek-aspek penghasilan dan penghayatan sesebuah karya. Perlu Faktor zaman dan persekitaran perlu diambil kira yang menjadi ransangan asas kepada seseorang pengarang seperti HAMKA. Karya-karya HAMKA khususnya novel begitu terikat dengan cinta. Kisah cinta yang dipersembahakan berjaya dikekalkan dengan penuh kesegaran tanpa jemu meruntun minat pembaca. Inilah kekuatan HAMKA yang berjaya meransang minat dan ketekunan pembaca mengikuti tempo/rentak persembahan cintanya, di samping merungkai isi/agenda penting iaitu status dan peranan wanita dalam karyanya.

BAB 4 : BINA INSAN MELALUI PEMBENTUKAN ETIKA SOSIAL DAN ETIKA INDIVIDU DARI PERSPEKTIF HAMKA Pemikiran etika dalam karya sastera HAMKA boleh dikatakan keseluruhannya diambil daripada pemikiran Islam. HAMKA telah menyuntik pemikiran etikanya dakam empat persoalan kehidupan iaitu pertentangan individu miskin dan kaya, beradu nasib di perantauan, rintihan manusia bawahan yang menderita dan keruntuhan nilai budi akibat terlalu mengutamakan kebendaan. Dasar kepengarangan HAMKA ialah bertolak dari dasar cinta. Dari dasar cinta inilah HAMKA membentuk karya sasteranya. Pemikiran etika dalam karya sastera HAMKA ini dibahagikan kepada dua tajuk besar iaitu etika individu dan etika sosial. Kedua-dua unsur etika ini diselitkan dalam karya sastera HAMKA. Watak-watak yang dikemukakan oleh HAMKA di dalam karya sasteranya bertentangan antara haq dengan batil. Haq mengikut lunas-lunas keislaman dan pada peringkat awal menerima tekanan dari bartil, yang kehidupannya bersandarkan kepada nilainilai yang nisbi. Pada keseluruhannya dalam karya sastera HAMKA, etika individu ini menekankan tentang perlakuan baik individu itu. Perlakuan baik itu hanya dihormati oleh orang yang ingin menilainya sahaja. Pada HAMKA, etika baik itu datangnya daripada niat, perlakuan dan tindak-tanduknya kepada sesuatu. Kesederhanaan dan keterikatan dengan perintah ALLAH dan hubungan yang erat dengan manusia di persekitarannya hingga menyebabkan dirinya dikasihi akan membuahkan etika individu yang baik dan mulia. Dalam karya sastera yang laian juga, nilai etika itu mengambil peranan utama. Penyelesaian secara dues-ex-machina di dalam karyanya juga menampakkan bahawa tujuan HAMKA ialah untuk menanamkan sesuatu nilai moral yang baik. Selitan nilai etika individu ini dilakukan oleh HAMKA dengan memaparkan perlakuan baik dan buruk, kemudian pada peringkat pelaraiannya, memenangkan watak dengan beretika baik. Hasil kesusasteraan yang dikarang oleh HAMKA memang menanamkan nilai moral yang tertentu, abadi sifatnya dan individu yang beretika baik di dalamnya, boleh dijadikan teladan. Bagi etika sosial pula, perlakuan individu mesti berhubung kait dengan alam sosialnya. Justeru itu, etika individu mesti berhubung kait dengan etika sosialnya. Individu muncul dengan etika tertentu di tengah-tengah alam sosialnya, sama ada untuk menampilkan etika baru atau mengikut etika sosialnya. Etika sosial ini diperluaskan kepada pembicaraan tentang kemerdekaan diri, merdeka dalam erti kata mengerjakan sesuatu mengikut kehendak

hati dan tidak terbelenggu oleh niat yang menyeleweng, seperti untuk mencari nama dan gelaran serta kekayaan hasil dari menindas orang lain. Etika sosial ini terlihat dengan jelas tentang tentangan HAMKA yang keras terhadap adat Minangkabau, yang pada pandangan beliau, kadang kala terkeluar dari garis etika yang luhur dan ditetapkan oleh Allah. Berhubung dengan pemikiran etika di dalam karya sastera HAMKA, terlihat etika individu yang diinginkan oleh HAMKA dan yang tidak diinginkannya. Demikian juga dengan persekitaran sosial, beliau menekankan tentang kejiranan dan perhubungan mesra diantara satu sama lain, dengan dasar ukhuwah Islamiah. Faham kejiranan dan persahabatn, yang disarankan oleh HAMKA ialah berlandaskan keikhlasan, kesucian hati dan tidak berniat untuk menjatuhkan kawan. Setiap karya sastera HAMKA, beliau mengutarakan penyelesaian dengan memberi kemenangan kepada watak-watak yang beretika baik dan menjalani hidup mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh al-Khaliq. Penetapan kemenangan kepada watak seumpama ini menunjukkan dengan jelas tujuan HAMKA untuk menanamkan nilai moral yang tertentu. HAMKA tidak berkarya sekadar utuk berkarya tetapi beliau berkarya dengan tendensi untuk menerapkan etika Islamiah secara menyeluruh. Pandangan HAMKA merupakan

weltanschauung Islam yang merangkumi soal-soal ibadat, hubungan dengan ALLAH dan segala sesuatu yang terangkum dalam seruan Islam. Karya sastera juga mencerminkan sikapnya yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan manusia di bawah panji kejiranan persahabatan yang setia. Ini merupakan rakamannya secara peribadi, sebagai anggota harakah Islam yang menjunjung tinggi konsep usrah.

You might also like