Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan 1. Mengapakah pada pandangan anda konflik di atas wujud?

Kamus Oxford Advanced Learners Dictionary mentafsirkan konflik sebagai a serious disagreement atau a serious differences of opinions, wishes. (Hornby, A. S., 1995). Kewujudan konflik dalam organisasi dalam institusi pendidikan khususnya sekolah merupakan satu fenomena biasa oleh kerana sekolah adalah institusi yang melibatkan interaksi manusia. Konflik yang terjadi ekoran pelaksanaan ujian air kencing berlaku kerana banyak faktor. Antara faktor tersebut adalah oleh kerana hubungan yang longgar di antara ibubapa dengan pihak pentadbiran sekolah. Berdasarkan kes yang berlaku di SMK. Persiaran Sepoy, adalah jelas bahawa ibubapa yang terlibat langsung tidak memahami kaedah yang digunakan oleh pihak sekolah yang cuba menangani masalah disiplin pelajar dengan menyalahkan pihak sekolah sepenuhnya terhadap masalah yang timbul. Kurangnya perhatian ibubapa terhadap anak-anak mereka ekoran kesibukan bekerja mahupun kelalaian ibubapa sendiri menyebabkan ramai anak-anak yang membawa diri masing-masing tanpa perhatian dan pengawasan daripada ibubapa masing-masing.Keadaan ini mendatangkan masalah kepada sekolah kerana tidak ada pilihan selain menerima pelajar walaupun risiko mereka melakukan salahlaku disiplin yang berat. Masalahnya ialah apabila pelajar seperti ini menimbulkan masalah, konflik sekolah dengan ibubapa akan berlaku kerana biasanya ibubapa pelajar juga tidak memahami cara guru-guru sekolah bekerja. Aspek kemahiran dan pengetahuan guru-guru yang terlibat juga selalu menjadi punca berlakunya konflik. Dalam kes di SMK. Persiaran Sepoy, didapati bahawa guru-guru yang melaksanakan ujian air kencing tidak mempunyai pengetahuan yang

cukup mengenai tatacara pelaksanaan prosedur tersebut sehingga mereka gagal mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Dalam kes ini guru-guru yang terlibat sepatutnya merujuk kepada pgaris panduan yang telah dijelaskan melalui Surat Pekeliling Ikhtisan Bilangan 4 Tahun 2010, bertarikh 8 Februari 2010. Apa yang agak mengecewakan ialah Guru Penolong Kanan HEM sendiri turut tidak menguasai tatacara pengambilian air kencing. Pihak sekolah juga sepatutnya melakukan siasatan menyeluruh sebelum membuat tindakan melaksanakan prosedur ini. Kelemahan di pihak sekolah turut kelihatan dalam aspek mentadbir urus maklumat melibatkan pelajar. Berdasarkan kes di SMK. Persiaran Sepoy, didapati bahawa sekolah tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai pelajar yang terlibat seperti ketiadaan alamat dan nombor telefon terkini ibubapa. Masalah seperti ini tentunya menghalang ibibapa mendapatkan maklumat yang dikirim oleh pihak sekolah bagi kegunaan ibubapa. Maklumat seperti ini sekiranya tidak lengkap boleh menimbulkan masalah apabila guru perlu mendapatkan maklumat pelajar dengan kadar segera. Hal-hal seperti ini berisiko tinggi menjadi penyebab kepada konflik di antara ibubapa dengan pelajar. Di pihak pelajar, didapati bahawa pelajar ini sememangnya amat bermasalah. Pelajar ini iaitu Azizan Johari mempunyai gaya hidup yang bebas kerana tidak dipantau oleh ibubapanya. Keadaan ini menyebabkan pelajar ini terjerumus dalam aktiviti-aktiviti berisiko. Berdasarkan fakta kes ini, pelajar ini didapati tidak mematuhi peraturan sekolah. Pelajar ini juga didapati tidak menyampaikan surat daripada sekolah yang ditujukan kepada ibubapanya. Keadaan ini menyebabkan ibubapa tidak mendapat maklumat yang sebenarnya daripada pihak sekolah.

Sebagai kesimpulan, konflik di antara ibubapa dengan pihak sekolah dapat dielakkan sekiranya pihak sekolah dapat mengurus dengan baik maklumat pelajar. Ketiadaan maklumat lengkap menyebabkan sekolah tidak dapat melakukan tindakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti pengeluaran surat amaran kepada ibubapa. Sekolah khususnya Lembaga Disiplin dan Penolong Kanan HEM juga jelas gagal melengkapkan diri dengan segala ilmu dan pengetahuan berhubung dengan pelaksanaan tugas-tugas mereka. Ini jelas kelihatan daripada tatacara yang mereka gunakan semasa mengambil sampel air kencing yang tidak mematuhi tatacara yang betul. Faktor-faktor inilah yang telah menyebabkan timbulnya masalah yang kemudiannya menjadi konflik di antara ibubapa pelajar dengan pihak sekolah.

Soalan 2 Sila cadangkan satu prosedur dalaman untuk melaksanakan urine test di peringkat sekolah. Saya mencadangkan agar prosedur dalaman dalam pengendalian urine test dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat selepas pelaksanaan. Pada peringkat pertama, pihak sekolah terlebih dahulu perlulah memahami secara menyeluruh mengenai pelajar pelajarnya dengan memerhatikan tentang aktiviti-aktiviti pelajar, nilai-nilai yang diamalkan serta budaya pelajar termasuk persekitaran sekolah. Perkara ini penting agar sekolah dapat mengawasi pelajarnya supaya masalah disiplin dapat dikesan dan ditangani semasa di peringkat awal lagi. Dalam hal ini guru-guru disiplin perlu bekerjasama dengan Guru Kaunseling untuk membolehkan pengesanan awal dilakukan dengan lebih menyeluruh.

Pada peringkat pelaksanaan, prosedur ini haruslah dilaksanakan secara tertutup dan dianggap sulit. Pihak pentadbir seterusnya perlu memastikan bahawa semua peraturan dan prosedur telah diteliti, difahami dan dilaksanakan supaya sebarang kemusykilan dan rasa tidak puas hati sekiranya timbul dalam kalangan ibubapa dapat ditangani dengan baik. Sebelum pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan tugasnya, pelajar-pelajar yang terlibat perlulah diberikan taklimat yang jelas mengenai prosedur yang dilaksanakan. Tujuan dan matlamat sekolah di sebalik pelaksanaan aktiviti berkenaan perlu diperjelaskan agar pelajar memahami bahawa prosedur yang dilaksanakan itu adalah dilakukan semata-mata untuk kebaikan mereka. Tindakan ini membolehkan para pelajar terlibat lebih memahami dan dengan itu mengurangkan risiko penolakan dalam kalangan pelajar. Peringkat ketiga ialah di peringkat pelaksanaan. Dalam peringkat ini postmortem di peringkat sekolah perlulah dilakukan untuk menilai pelaksanaan serta hasil daripada program yang dilaksanakan. Melalui post-mortem ini juga pentadbir sekolah dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan program serta penambahbaikan yang perlu dilakukan. Laporan pelaksanaan program itu seterusnya perlulah diserahkan kepada pengetua sekolah untuk disahkan sebelum dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerahdan seterusnya dimajukan kepada Pengarah Pendidikan. Sebagai kesimpulan, memandangkan sifat prosedur ini ayang agak sensitif maka pihak sekolah perlulah berhati-hati dalam pelaksanaannya dan mempastikan semua prosedur yang dilaksanakan mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Apa yang lebih penting lagi ialah pihak sekolah haruslah mempastikan bahawa langkah-langkah awal pencegahan dilakukan supaya masalah ini dikenal pasti lebih awal dan dengan itu ianya dapat ditangani sebelum menjadi masalah sekolah.

You might also like