Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Miskonsepsi Piaget menyatakan bahawa keabadian isipadu cecair dibina apabila kanak-kanak telah mencapai peringkat umur 7 tahun

( Tahun 1 ). Kanak-kanak percaya bahawa jumlah isipadu cecair akan bertambah atau berkurang apabila dituang dari satu bekas ke bekas yang lain. Kanak-kanak akan keliru dengan bentuk sesuatu bekas yang digunakan. Bagi mereka, bekas yang besar mempunyai bilangan atau kuantiiti isipadu yang banyak berbanding bekas yang kecil atau sederhana. Berdasarkan ini,miskonsepsi telah berlaku kerana disebabkan oleh persepsi penglihatan. Sebagai contoh, pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah berkaitan dengan isipadu cecair yang mana guru menyuruh pelajar tersebut menggunakan dua bekas yang berbeza ( panjang dan lebar ) tetapi mempunyai isipadu yang sama. Bagi mengatasi masalah miskonsepsi di kalangan pelajar, mereka haruslah membuat satu ujikaji yang menunjukkan bahawa waalupun dua bekas yang berbeza tetapi apabila dituang ke dalam bekas lain yang sama besar akan mempunyai jumlah kapasiti yang sama. Diantara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah:

Bahan bantu mengajar yang disediakan : bekas plastik yang berlainan saiz dan bentuk

Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mengetahui bahawa cecair di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk adalah sama walaupun bekasnya berbeza. Langkah-langkah : 1. Guru membahagikan kelas kepada 4 kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi dua bekas berlainan saiz yang telah diisi dengan cecair berwarna yang sama isipadunya.

3. Guru meminta murid membandingkan paras cecair di dalam kedua-dua bekas. 4. Murid-murid diminta memikir cara untuk memastikan isipadu kedua-dua bekas itu sama atau tidak.

5. Setiap kumpulan menjalankan eksperimen dengan memilih bekas yang sesuai digunakan. 6. Setiap kumpulan harus menuangkan cecair di dalam kedua-dua bekas tadi ke dalam bekas yang sama saiz dan bentuk untuk menentukan isipadu cecair.

7. Murid-murid dikehendaki memerhatikan isipadu cecair dengan membandingkan paras cecair di dalam bekas.

8. Setiap kumpulan diminta membentangkan kesimpulan yang didapati. Isipadu cecair di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk adalah sama walaupun bekasnya berbeza. 9. Selepas itu, guru boleh mengadakan permainan "Meneka isipadu cecair". 10. Setiap kumpulan menyediakan dua bekas yang berlainan saiz dan bentuk yang dibawa dari rumah. 11. Setiap kumpulan boleh memilih sama ada mengisi kedua-dua bekas dengan isipadu yang sama atau tidak. 12. Kumpulan yang lain dikehendaki meneka sama ada kedua-dua bekas mempunyai isipadu yang sama. 13. Guru meminta setiap kumpulan keluar untuk menunjukkan cara menentukan isipadu cecair. 14. Kumpulan yang dapat meneka dengan betul akan diberi stiker

UNTUK BIBLIOGRAFI...DARI SINI SUMBER DIPEROLEHI...TQ... http://lamhooisi.blogspot.com/

You might also like