Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERBANYAKKAN SUKAN TRADISI

Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID

MELAKA 16 Mac - Pelbagai persatuan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di

negeri ini digesa menganjurkan lebih banyak pertandingan berasaskan sukan tradisi

rakyat dalam usaha mempopularkan sukan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, minat dan populariti sukan tradisi

seperti sepak takraw, gasing dan congkak yang suatu ketika dahulu sangat popular di

kalangan masyarakat Melayu jika bijak diketengahkan mampu menaikkan nama negara

ke persada antarabangsa.

Misalnya, kata beliau, penganjuran pertandingan sukan sepak takraw perlu diteruskan

dari semasa ke semasa agar minat dan bakat yang ada di kalangan masyarakat tempatan

tidak lenyap begitu sahaja.

''Penganjuran kejohanan sepak takraw adalah salah satu usaha mengembangkan semula

permainan tradisi masyarakat Melayu ini agar ia 'tidak lekang dek panas dan tidak lapuk

dek hujan'.

"Justeru, kerajaan negeri amat menggalakkan mana-mana persatuan sukan atau NGO

yang berhasrat menganjurkan kejohanan sukan tradisi kerana usaha tersebut membantu

kita mengetengahkan lagi sukan rakyat," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, pada masa sama, pihaknya berharap pihak swasta turut sama

memainkan peranan termasuk menjadi penaja kepada kejohanan sukan tradisi rakyat agar

ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Ini kerana, katanya, tanpa penyertaan pihak swasta, sukar bagi sesebuah penganjur untuk

mempopularkan aktiviti sukan tradisi.


''Bagaimanapun, seperti yang kita lihat pada hari ini, permainan tradisi seperti gasing atau

congkak hanya popular di kampung-kampung lama kerana ia semakin dilupakan oleh

generasi muda.

''Bagi orang luar yang pertama kali menyaksikan pertandingan gasing, ia berbaloi untuk

ditontoni kerana mereka dapat melihat sendiri aksi dan gaya seseorang pemain

memangkah gasing lawan,'' kata Mohd. Ali.

Kata beliau, melalui usaha memperbanyakkan sukan tradisi ini diharap mengembalikan

semula kegemilangan permainan gasing yang begitu popular sebelum tahun 1980-an.

Dipetik daripada akhbar utusan online :

(http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0317&pub=utusan_malaysia&

sec=selatan&pg=ws_01.htm&arc=hive)

You might also like