Professional Documents
Culture Documents
TUGASAN 1 - Sistem Audio Visual
TUGASAN 1 - Sistem Audio Visual
TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH:
1. Isyarat warna
3. Penguat warna
4. Bahagian Matrik
Jawapan
peringkat kroma atau litar warna. Peringkat kroma merupakan perbezaan utama di antara
televisyen warna dengan televisyen hitam putih. Dalam peringkat kroma ini terdapat beberapa
Pengendalian peringkat kroma ini adalah untuk mendapatkan semula isyarat-isyarat warna serta
mengembalikan warna-warna asas ke bahagian tiub gambar. Hasil gambar warna pada layar
televisyen adalah gabungan gambar hitam putih daripada isyarat lar dengan warna-warna asas
daripada keluaran penguat pemacu merah, hijau dan biru (RGB). Jika peringkat kroma ini tidak
berfungsi. Seluruh layar televisyen akan terhasil gambar hitam putih sahaja. Kegagalan peringkat
kroma berfungsi bermakna tiada pemprosesan semula isyarat warna bagi mendapatkan gambar
Peringkat penyahkod warna berkendali untuk mendapatkan semula isyarat kebezaan warna V
dan U, juga untuk menjana semula isyarat subpembawa warna 4.43 MHz dengan kedudukan fasa
Bentuk gelombang yang ditunjukkan berdasarkan kepada penerimaan isyarat jalur warna piawai
b) Menggunakan kaedah talian lengah (D- delay) bagi mengasingkan fasa isyarat V dan
U,
V dan U,
Litar nyahkod D menyempurnakan satu talian lengah warna bagi pemurataan dua isyarat di garis
imbasan yang berturutan. Pada peringkat ini, pengesanan isyarat R-Y dan B-Y dilakukan
manakala isyarat G-Y didapati hasil daripada kebezaan isyarat-isyarat R-Y dan B-Y. Ketiga-tiga
isyarat warna ini akan dicantumkan dengan isyarat lar untuk menghasilakn isyarat warna utama
RGB.
Keluran daripada peringkat pengesan video mengandungi isyarat video rencam seperti denyut-
denyut segerak, subpembawa warna, padaman dan gambar (lar). Isyarat tersebut disalurkan ke
penguat video dan seterusnya isyarat letusan warna diasingkan daripada video rencam dengan
menggunakan litar salun dan lebar jalur 1.3 MHz pada frekuensi pertengahan 4.43 MHz.
Litar sama panjang juga digunakan untuk memerangkap isyarat warna daripada memasuki
bahagian lar. Hanya isyarat video yang mengandungi isyarat segerak dan lar yang melalui
Isyarat kekromaan dan letusan yang diasingkan dimasukkan ke peringkat kroma pertama untuk
proses pembesaran. Penguat merupakan sejenis litar kawalan gandaan dengan voltan dihasilkan
melalui penguat kawalan kroma automatic. Isyarat warna yang telah diperbesarkan akan
Penguat kroma kedua ini mengendalikan litar kawalan ketepuan warna dan juga keluaran
daripada litarpembunuh warna dimasukkan ke peringkat ini. Keluaran daripada penguat kroma
kedua disalurkan juga ke talian lengah dan litar tambahan dan pengasingan. Rangkaian
modulatan. Keluaran daripada nyahpemodulatan U dan V adalah isyarat kebezaan warna R-Y
dan B-Y. Isyarat G-Y pula didapati daripada rangkaian matriks. Ketiga-tiga isyarat kebezaan
warna yang didapati disalurkan ke penguat RGB bersama dengan isyarat Y bagi menghasilkan
Keluaran daripada peringkat kroma pertama juga disalurkan ke penguat letusan yang membentuk
penguat dua peringkat. Peringkat kedua berkendali terkunci secara kebetulan oleh denyut-denyut
yang sama masanya dengan denyut-denyut imbas balik yang dibekalkan ke peringkat ini melalui
rangkaian pembetulan denyut. Kedua-dua peringkat ini berfungsi untuk mengasingkan denyut
letusan serta membesarkannya ke aras yang sesuai bagi kendalian pembezalayan fasa letusan.
Peringkat ini sangat peka kepada denyut letusan dan direka bagi mengesan perbezaan di antara
fasa denyut letusan dengan pengayun rujukan. Jika terdapat perbezaan fasa, peringkat ini akan
mengeluarkan voltan a.t untuk mengawal frekuensi pengayun rujukan pada frekuensi 4.43 MHz.
Keluaran kedua daripada peringkat pintu letusan ditukar kepada voltan a.t oleh pengalaterus dan
disalurkan ke pengesan kawalan warna automatik (ACC). Voltan yang dibekalkan adalah
Keluaran daripada pengesan ACC adalah voltan yang digunakan untuk mengawal gandaan
penguat kroma pertama supaya keluarannya mempunyai amplitude isyarat kekromaan yang
tetap. Keluaran daripada fasa letusan disalurkan ke litar yang boleh mengenalpasti pertalian fasa
letusan warna. Fasa letusan bertukar setiap 45 darjah merujuk kepada fasa isyarat V dan U.
Pengendalian litar 7.8 kHz ini sebagai pengenalpastian fasa letusan yang menpunyai dua
keluaran. Satu daripadanya digunakan untuk kendalian suis PAL 180 darjah yang membalikkan
Pensuisan amat penting berlaku dalam fasa yang betul dan segerak dengan kendalian suis yang
saman di peringkat mengekod isyarat PAL di pemacar. Bentuk gelombang yang dimasukkan dari
pengayun rujukan ke nyahmodulat isyarat U menganjakkan fasa yang tetap pada -90 darjah bagi
membolehkan fasa sekena dengan subpembawa sebelum dimodulat oleh isyarat U. Keluaran
daripada litar ident juga disalurkan ke litar pembunuh warna. Litar ident menghasilkan voltan
keluaran a.t iaitu daripada pengalaterusan denyut-denyut letusan. Voltan a.t ini menjadi voltan
bekalan ke peringkat warna kedua untuk membolehkan litar berkendali bagi membekalkan
isyarat warna ke peringkat nyahmodulat. Pada masa pemancaran isyarat hitam putih, litar
penguat warna tidak dapat berkendali kerana tidak mendapat bekalan denyut-denyut letusan atau
Dengan itu, litar penguat kroma kedua gagal berfungsi yang disusuli oleh peringkat-peringkat
yang berikutnya di peringkat kroma. Kebaikan litar pembunuh warna antaranya termasuklah
menghalang hingar warna daripada muncul di layar televisyen ketika pemancaran dan
Peringkat isyarat warna terdiri daripada dua peringkat litar iaitu penguat warna pertama dan
penguat warna kedua. Keluaran daripada peringkat ini disalurkan ke bahagian talian lengah.
Seterusnya proses pengasingan isyarat V dan U dilakukan. Isyarat rencam warna yang lemah
hanya dalam nilai milivolt. Isyarat lemah ini perlu diperbesar sehingga kepada nilai volt. Ini
dapat dilakukan di peringkat penguat warna. Setiap peringkat penguat menyalun kepada
Penguat warna pertama dibekalkan dengan voltan kawalan warna automatik (ACC) yang
diperolehi daripada Litar ACC. Litar ini mempunyai tugas yang sama dengan litar KGA dalam
bahagian penguat FP. Ketika pemancaran isyarat hitam putih dibahagian warna dimatikan oleh
peringkat litar pembunuh warna. Dengan itu gangguan warna dapat dihalang.
Litar kawalan warna berkendali untuk menentukan amplitude isyarat warna yang keluar pada
kadar yang tetap walaupun isyarat masukan berubah kekuatannya. Dengan gandaan bagi litar
penguat warna pertama dikawal oleh voltan ACC. Isyarat lar dan isyarat warna yang seimbang
diperolehi dengan melakukan pelarasan kawalan penepuan warna bagi menentukan amplitude
isyarat rencam warna dapat memenuhi penghasilan warna asli pada gambar. Penguat warna
kedua berkendali hanya pada siaran warna kerana litar ini menerima voltan pincang ke depan
daripada litar pembunuh warna. Litar pembunuh warna mengalaterus isyarat dari litar ident
untuk voltan pincang a.t penguat warna kedua. Tanpa siaran warna tiada keluaran daripada
peringkat ident dan tiada penghalaterus serta penguat warna yang tidak berkendali.
Penguat warna
Penguat warna pertama berkendali pada masa pemancaran warna dengan bantuan bekalan voltan
pincang ACC. Isyarat pada lebar jalur 3 MHz diterima dan diperbesar. Pada peringkat ini juga
terdapat litar kawalan warna bagi melaraskan aras isyarat yang akan dibekalkan ke peringkat
talian lengah. Keluaran daripada peringkat penguat warna kedua dimasukkan ke talian lengah
manakala isyarat terus disambung pada tep tengah gegelung L125 dan di sini berlaku proses
penolakan dan penambahan bagi menghasilkan kebezaan isyarat R-Y pada satu tamatan lain bagi
Bahagian matriks di dalam litar penerima TV warna berfungsi untuk pengendalian yang
merupakan masukan kepada matriks penyahkod bersama dengan isyarat lar (EY) yang telah
diasingkan daripada isyarat kekromaan. Keluaran daripada matriks pula merupakan isyarat
warna asas yang mewakili komponen gambar merah (ER), hijau (EG) dan biru (EB).
Isyarat EG - EY tidak dipancarkan. Isyarat ini dihasilkan semula dalam litar matriks di penerima
televisyen dengan menggunakan isyarat kebezaan ER - EY dan EB - EY. Isyarat kebezaan dengan
nisbah yang betul digunakan bagi mendapatkan isyarat kebezaan warna EG - EY.
gandaan yang menerima isyarat masukan U dan V daripada penyahmodulat kekromaan. Isyarat
Oleh demikian, isyarat kebezaan warna hijau tidak perlu dipancarkan dan boleh dihsailkan
semula melalui kaedah mematriks dengan menggabungkan -0.51 dengan -0.19 dengan nisbah
yang tepat diambil daripada kedua-dua isyarat kebezaan warna pada rangkaian litar matriks.
Kaedah yang digunakan menunjukkan keluaran adalah negative bagi isyarat kebezaan warna
iaitu –EG - EY . Seterusnya isyarat tersebut ditukarkan kepada isyarat aras positif oleh penguat
pemacu.
Gambarajah di atas menunjukkan tiga penguat pemacu kebezaan warna berasingan yang setiap
satu disambungkan kepada kesisi senapang merah untuk isyarat kebezaan ER, kesisi senapang
biru untuk isyarat kebezaan EB dan kesisi senapang hijau untuk isyarat kebezaan ER
Keluaran EG, EB dan ER daripada litar matriks merupakan isyarat masukan kepada litar tiub
gambar. Isyarat keluaran perlu diperbesar lagi bagi keupayaan memacu tiub gambar. Pacuan
katod memerlukan lebih kurang 100 volt puncak ke puncak. Satu litar pemacu iaitu sistem
pacuan kebezaan warna berasingan untuk setiap warna asas digunakan untuk membalik dan
Satu daripada kaedah untuk mendapatkan semula isyarat utama daripada isyarat utama daripada
isyarat kebezaan warna ialah dengan mematriks isyarat lar (EY) dalam litar kekisi ke katod.
Umpamanya, isyarat lar ditambah kepada isyarat kebezaan warna, maka isyarat utama dapat
( ER - EY ) + EY = ER
Keluaran ER, EG dan EB membentuk isyarat masukan kepada tiub gambar. Penguat kebezaan
warna memainkan peranan utama dengan gandaannya boleh dikawal sebagai sistem penguat
pemacu kebezaan warna ke tiub gambar. Peringkat terakhir memaktriks dengan menambah
isyarat lar EY kepada isyarat kebezaan warna berlaku di tiub gambar. Voltan positif isyarat yang
dibekalkan kekisi tiub gambar menyebabkan pertambahan aliran arus alur. Ini diikuti dengan
pertambahan kecerahan cahaya yang dihasilkan pada warna asas di tiub gambar.
Isyarat lar yang diterbitkan kekutubannya serta ditambah dengan kekuatan puncak ke puncak
akan dibekalkan kepada tiga katod bagi pemacuan tiub gambar. Pelarasan gandaan bagi litar
pacuan merah, biru dan hijau diperlukan bagi pampasan untuk perbezaan kepekaan kepekaan
senapang electron dan melakukan pelarasan skala kelabu di tiub gambar. Keupayaan voltan
posotif pada katod jika diubah boleh menyebabkan kekurangan aliaran arus dan diikuti oleh
penurunan keamatan cahaya yang dihasilkan pada warna asas. Tindakan memodulat arus alur
oleh isyarat warna berlaku apabila isyarat lar dibekalkan ke katod dan isyarat kebezaan warna