Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Storan magnetik terbahagi kepada 3 jenis iaitu pita magnetik,

cakera liut dan cakera keras.

PITA MAGNETIK

Pita magnetik menggunakan pita dan juga dikenali sebagai kaset


pita. Pita ini diperbuat daripada riben polyester yang nipis dan
dilapisi bahan magnet. Data ditulis dengan diwakilkan kedalam
bentuk diskrit iaitu 0 atau 1.

Terdapat beberapa 'track' untuk menyimpan data pada pita ini.


Bagi membaca maklumat yang ditulis pada pita ini, pemacu pita
magnet perlu digunakan. Data disimpan secara bersiri iaitu satu
demi satu aksara pada satu masa. Data juga boleh disimpan
secara selari iaitu blok demi blok dan dipisah oleh ruang antara
blok.

Ketumpatan pita disukat dalam unit bpi iaitu 'bit per inches'.
Secara kasar pita dengan panjang 2400 kaki dengan 6250bpi
boleh menyimpan 180Mb data. Pita magnetik adalah murah dan
sesuai digunakan sebagai 'backup'. Ia adalah mudah alih namun
kelemahannya adalah capaian data yang sangat perlahan.

CAKERA LIUT

Cakera liut diperbuat daripada plastik mylar yang disaduri filem


ferum oksida. Cakera ini kemudian dibungkus dengan pembalut
atau kulit yang keras. Bagi membaca dan menulis data pada
cakera ini, pemacu cakera liut perlu digunakan. Data pada cakera
liut dibaca secara berjujukan dan terus.

Terdapat dua jenis cakera liut yang boleh digunakan. Jenis 5 1/4
inci merupakan jenis yang paling awal digunakan dan
penggunaannya sudah hampir pupus. Jenis ini hanya boleh
menyimpan 360 KB bagi jenis 'Double-density' dan 1.2 Mb bagi
jenis 'High-density'. Jenis kedua adalah dalam bentuk 3 1/2 inci
yang mampu menyimpan 720 Kb bagi jenis 'Double-density' dan
1.44 Mb dalam bentuk 'High-density'.

Cakera liut boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu


muka, runut dan sektor. Ini adalah format cakera liut. Permukaan
cakera liut dibahagi kepada kawasan membulat sepusat (runut)
dan setiap satu runut dibahagikan kepada segmen (sektor).
Setiap sektor terdapat 2 medan: medan alamat sektor dan medan
data. Purata masa capaian bagi cakera liut adalah dalam
lingkungan 200 milisaat.
Teknologi terkini cakera liut menggabungkan teknologi optikal
dan magnetik. Cakera jenis ini dipanggil cakera zip. Keupayaan
simpanan data adalah dalam lingkungan 100 Mb. Cara pengiraan
muatan storan cakera liut dibuat berdasarkan bilangan
permukaan atau silinder, sektor dan runut. Muatan bagi satu
sektor adalah 512 bait.

Contoh: muatan storan bagi cakera liut 31/2 inci DD:

=permukaan x runut x sektor x bait

2 x 80 x 9 x 512 bait= 720 Kb

ke atas semula

CAKERA KERAS

Cakera keras diperbuat daripada kepingan logam yang disadur


dengan ferum oksida. Cakera ini dibungkus dengan kotak keras
yang dipateri. Pemacu cakera keras terdiri daripada beberapa
bahagian iaitu beberapa keping cakera, satu set pemacu cakera
dan motor yang memutarkan cakera. Masa capaian cakera keras
adalah lebih pantas daripada cakera liut di samping ruang
simpanan data dan maklumat yang lebih besar.
Cakera keras membaca dan menulis data menggunakan kepala
baca/tulis yang terletak sejauh 5-12 mikroinci dari permukaan
cakera. Operasi tulis berlaku dengan mengalirkan caj elektrik ke
kepala dan ini menjadikan kepala cakera bermagnet. Seterusnya
kepala mencaj bintik magnet pada jejak. Operasi baca berlaku
apabila kepala cakera mengesan kesan magnetik pada bintik
magnet pada jejak.

Masa capaian data bergantung kepada:

• Masa Carian- masa untuk lengan capaian berada pada


kedudukannya.
• Lengahan Purata- masa untuk cakera berputar sehingga data
yang dikehendaki berada dibawah kepala baca/tulis.
• Pemindahan Data- antara ingatan dan cakera keras
• Saiz Cache- sebagai simpanan sementara

You might also like