Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pembangunan Lestari oleh Badan Bukan Kerajaan Tidak semua masyarakat yang boleh mengaplikasikan pemeliharaan alam sekitar

didalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan pihak kilangkilang atau pihak swasta khususnya yang sentiasa terlibat dengan alam sekitar. Pihak swasta yang menjalankan pelbagai aktiviti yang beroperasi mencemarkan alam sekitar fizikal perlu beroperasi di bawah penguasaan pihak berkuasa. Sebahagian besar daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di negara ini mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dari segi perundangan. Bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjaga alam sekitar, terdapat syarikat-syarikat yang tampil dan melibatkan diri menyokong pihak kerajaan. Terdapat beberapa agensi bukan kerajaan yang aktif dalam menjalankan aktiviti di Malaysia. Antara agensi-agensi tersebut ialah Persatuan Pencinta Alam, Persatuan Teknologi Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Gabungan Organisasi Pengguna Antarabangsa, Institut Pengurusan

Malaysia, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, Institut Masyarakat, Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia dan Pusat Teknologi Alam Sekitar dan Pembangunan Malaysia. Persatuan Pencinta Alam contohnya, merupakan salah sebuah daripada agensi atau organisasi bukan kerajaan yang tertua di Malaysia yang melibatkan diri dengan alam sekitar. Persatuan ini yang mewujudkan forum bagi kajian alam semula jadi juga bertindak melahirkan kesedaran awam mengenai nilai alam semula jadi. Selain menggalakkan ahlinya menghayati alam semula jadi melalui aktiviti luar, persatuan ini juga, menganjurkan ceramah dan forum serta bergiat dalam kempen bagi pemuliharaan warisan alam semula jadi. Antara aktiviti yangtelah dijalankan ialah seperti kempen anti-pembalakan dan menentang pembinaan Empangan Tembeling serta kempen untuk menjadikan Hutan Simpan Endau-Rompin sebagai sebuah taman negara.

Bagi pihak massa pula, sama ada media cetak atau media elektronik juga penting mengimbau dan menghebahkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Hal ini kerana masyarakat lebih rapat dengan media massa kerana fungsi media massa itu sendiri sebagai saluran komunikasi dan hiburan kepada masyarakat. Sejak rakyat mula prihatin terhadap pencemaran alam sekitar, pihak media massa telah meningkatkan liputan mereka mengenai masalah-masalah alam sekitar yang nyata seperti pencemaran sungai, jerebu, pembakaran terbuka, pembuangan sisa toksik dan

pembuangan efluen penternakan khinzir. Malah, jika sesuatu peristiwa yang melibatkan alam sekitar seperti kejadian tanah runtuh dan pembakaran terbuka turut akan disiarkan di dada akhbar, televisyen atau radio.

Usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar telah disebarkan ke peringkat sekolah, komuniti dan kebangsaan. Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar Malaysia (MENGOs) diwujudkan bagi usaha menggabungkan 18 badan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar. Hal demikian bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan tahap kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen dan maklum balas kepada kerajaan.

Usaha ini sangat penting bagi merealisasikan penggunaan nilai etika dalam pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, bagi menggalakkan pihak berkuasa tempatan mengguna pakai amalan mesra alam, program Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar dilancarkan pada tahun 2005 dan Kuantan, Pahang muncul sebagai penerima pertama anugerah tersebut.

Usaha kerajaan telah mendapat sokongan padu dari badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya Sahabat Alam Malaysia (SAM). Ia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1977. SAM telah menyertai Friends of the Earth International (FOEI) sejak tahun 1983. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang diamanahkan dan dianugerahkan Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan dalam

pelbagai bentuk atas nama pembangunan, kemajuan dan kemodenan serta membela hak masyarakat akar umbi yang terkesan akibat-aktiviti ini.

Usaha SAM sedikit sebanyak telah membela nasib mereka yang tertindas akibat perlakuan pihak tidak bertanggungjawab yang sering kali menggunakan alasan pembangunan, kemajuan dan kemodenan tetapi tidak mengendahkan akibat perlakuan mereka yang tidak mesra alam. Hal ini demikian kerana pihak terbabit hanya mahu keuntungan semata-mata tanpa mengira kepentingan alam sekitar. Dalam mengembangkan wadah

perjuangan alam sekitar ini, SAM telah di beri penghargaan dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988, Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right Liverhood Award.

Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini, keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam dengan mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan.

Selain SAM,ada beberapa lagi badan-badan bukan kerajaan yang turut memperjuangkan penjagaan alam sekitar. Word Wid Fune for Nature (WWF) merupakan nadi kepada persatuan yang kuat menegakkan keadilan tentang alam sekitar. WWF telah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Antaranya kepentingan sungai, hutan dan udara yang segar. NGO terbabit telah menyuarakan pendapat tentang kepentingan penggunaan alatan yang mesra alam. Misalnya peti sejuk bebas, pendingin udara bebas CFC. Selain itu, ia menyarankan pembangunan yang mesra alam seperti menanam pokok-pokok di atas bumbung bangunan dan ruangruang kosong. Tumbuh-tumbuhan penting untuk menyeimbagkan suhu di sesuatu kawasan selain menjadi pelindung apabila belaku angin kencang.

NGO berperanan membantu mereka yang di tindas oleh pihak tertentu untuk menyuarakan pendapat mereka. Melalui NGO suara keluhan rakyat akan di ketengahkan. Perkara tersebut akan dibincangkan kepada pihak berwajib. Hal ini memudahkan pihak berwajib mengambil tindakan

sewajarnya kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Misalnya isu pembalakan haram di Cameron Hihglands telah dapat diselesaikan melalui campur tangan pihak NGO. Pihak bertanggungjawab telah dibicarakan dan akan dijatuhkan hukuman setimpal. Kesimpulannya NGO berperanan bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi membantu golongan rakyat untuk menunutut bela hak mereka terhadap alam sekitar.

NGO boleh bekerjasama dengan pihak media seperti mengadakan kempen kesedaran, pameran-pameran mengenai pencemaran alam dan sebagainya. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempattempat awam seperti perpustakaan awam. Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan akhbar boleh dipamerkan. Selain itu,pita video dan slaid-slaid yang berkenaan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

You might also like