Forum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KEGUNAAN BAHAN RADIOAKTIF Kegunaan Radioisotop Isotop suatu unsur ialah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang

sama tetapi bilangan neutron yang berlainan. Isotop-isotop mempunyai nombor proton Z yang sama tetapi nombor nukleon a yang berlainan. Radioisotop ialah isotop yang nukleusnya tidak stabil. Radioisotop wujud secara semula jadi atau dihasilkan apabila nukleus stabil dihentam dengan zarah alfa, proton atau neutron. radioisotop akan mereput dengan memancar sinaran radioaktif iaitu zarah alfa, zarah beta atau sinar gama. ciri-ciri reputan dan sinaran radioaktif yang membolehkan radioisotop mempunyai kegunaan yang luas ialah: (a) Bahan radioaktif mereput dengan keaktifan yang semakin

berkurangan berkurangan (b)Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran radioaktif. (c) Sinaran radioaktif menembusi bahan. (d) Sinaran radioaktif menyebabkan pengionan molekul bahan. (e) Sinaran radioaktif menyebabkan mutasi sel. (f) Sinaran radioaktif membunuh sel Ciri-ciri yang berlainan bagi radioisotop yang berbeza menentukan kegunaan radioisotop untuk tujuan yang berlainan dalam bidang perubatan, pertanian, dan perindustrian. Perubatan Sinar gama dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel barah dalam rawatan radioterapi. Sinar gama ini juga digunakan untuk membunuh kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum dan picagari suntikan, alat pembedahan dan sebagainya. Radioisotop natrium-24 disuntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan kedudukan di mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah. Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan kedudukan tumor otak. Radioisotop iodin-131 digunakan untuk menentukan aktiviti kelenjar tiroid. Radioisotop ferum59 digunakan sebagai unsur penyurih peredaran besi dalam darah. Teknetium-

99m (m bermaksud metastabil) merupakan satu penyurih yang sesuai digunakan di dalam badan manusia sebab :(a) memancarkan sinar gama sahaja. Sinar gama boleh dikesan dari luar badan dan tidak menyebabkan banyak pengionan semasa melalui tisu badan, dan (b) mempunyai setengah hayat yang pendek (6 jam). Selepas 1 hari, keaktifannya tinggal 1/16 daripada nilai asalnya sahaja.

Kesan radioaktif dalam perubatan Sinaran atau radiasi. Bagi orang ramai apabila mendengar perkataan ini akan terfikir tentang penyakit kancer dan kesan-kesan radioaktif. Tetapi dalam keaadan sebenar, dalam bidang kesihatan dan perubatan, teknik-teknik berkaitan nuklear banyak digunakan dengan berkesan dan meluas. Antaranya ialah: 1. Radiologi Diagnosis Teknik mengimbas pesakit bagi mengdiagnosis penyakit menggunakan xray. Sinar-X atau X-ray merupakan salah satu daripada sinaran elektromagnet. Sinar-X mempunyai bentuk yang serupa dengan sinar cahaya biasa, inframerah dan gelombang radio; yang berbeza cuma dari segi panjang gelombangnya sahaja. Sinar-X mempunyai gelombang yang pendek berukuran 10-7 hingga 10-9. Dengan pengunaan x ray doktor dapat mengesan keadaan pesakit dengan lebih jelas. Sbg cth : bagi pesakit patah tulang doktor boleh mengesan kepatahan tulang pesakit sama ada serius atau tercucuk organ dalaman. Selain drpd penggunaan xray Radioisotop natrium-24 juga digunakan dgn disuntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan kedudukan di mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah. Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan kedudukan tumor otak. 2. Perubatan Nuklear Dalam diagnosis, bahan radioaktif berhayat pendek biasanya dimasukkan bersama-sama bahan pembawa ke dalam tubuh pesakit. Sinar gamma yang dihasilkan bahan radioaktif dapat dikesan di organ badan yang dikaji. Untuk rawatan penyakit, bahan radioaktif yang lebih aktif akan digunakan, seperti Iodin-131 untuk merawat penyakit tiroid (hypertyroidsm).

3. Radioterapi Teknik ini digunakan untuk merawat kanser dengan membunuh sel-sel kanser. Sinaran x-ray, sinar gamma dari kobalt-60 atau electron bertenaga tinggi ditujukan ke tisu bermasalah (kanser), dan kemudian membunuh sel-sel bermasalah tisu tersebut. Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh panjang: Boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya. Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Sebagai kesimpulan sinaran banyak menyumbang dalam bidang perubatan walaupun tidak dapat menafikan bahawa ia jugamerupakan punca bagi sesetengah penyakit.

PERUBATAN NUKLEAR Sejarah Penemuan Sejarah penemuan sinar-X telah membuka era baru perubatan nuklear pada masa kini. Penemuan pertama sinar-X telah dicatat oleh seorang guru fizik di sebuah kolej di Jerman iaitu William Conrad Roentgen (1 845-1 923). Pada 8 November 1895, Roentgen telah menghasilkan imej tangan isteri beliau dengan menggunakan sinar-X. Selepas itu prinsip radiologi telah giat diaplikasikan. Setahun kemudian seorang saintis iaitu Bacquerel telah menemui bahan radioaktif semulajadi yang pertama dan hasil dari penemuan itu pada tahun 1898, Pierre dan Marie Curie telah berjaya mengasingkan radium. Penggunaan bahan radioaktif yang pertama dalam bidang perubatan telah diaplikasikan oleh seorang pakar perubatan iaitu Henry Alexandre Danlos dan Eugene Bloch pada tahun 1901 yang mana mereka telah memancarkan sinaran daripada radium kepada lesi tuberkulosis kulit. Semenjak itulah era perubatan nuklear terus berkembang dan penting dalam mendiagnos dan merawat pelbagai penyakit. Setelah seabad penemuan ini kesan radiasi telah dikenalpasti samada ia memberi kebaikan atau keburukan yang mana ia bergantung kepada penggunaan dan kawalan. Oleh itu era undang-undang pengawalan radiasi telah diwujudkan pada bulan Oktober 1899 oleh kerajaan Austria setelah

membahaskan mengenai isu kesan radiasi ini. Pada tahun 1928, International Commission On Radiological Protection (ICRP) telah mengesyorkan penggunaan dos radiasi yang optimum dan selamat digunakan. Di Malaysia, Penguatkuasaan ini dilaksanakan oleh Radioactive Substances Act pada tahun 1968. Tetapi pada tahun 1984 ia diganti oleh Atomic Energy Licensing Act (Act 304). Bermula dari tahun tersebut Kementerian Kesihatan telah mengambilalih peranan ini sehingga sekarang untuk memastikan keselamatan melalui pengawalan radiasi.

APAKAH ITU PERUBATAN NUKLEAR Perubatan Nuklear adalah satu cabang perubatan yang menggunakan radiasi untuk memperolehi maklumat berdasarkan imej mengenai anatomi manusia dan fungsi organ-organ tertentu pada semua peringkat umur. Ia adalah suatu diagnosis yang primer, dengan itu sebarang penyelidikan dengan kos yang tinggi untuk sesuatu jenis penya kit boleh diabaikan. Sebagai contoh, keadaan lesi di otak tidak lagi memerlukan diagnosis secara histologi. Teknik skan otak adalah lebih cepat dan selamat diaplikasikan. Perubatan Nuklear boleh di definasikan sebagai pendiagnosan dan rawatan penyakit yang melibatkan penggunaan artificial radioisotope Definisi ini bukan sahaja merangkumi prosedur untuk diagnosis klinikal dan penyelidikan secara in vivo tetapi juga digunakan di dalam prinsip radioimunoasei dan penyelidikan secara in vitro tetapi juga digunakan di dalam prinsip

radioimunoasei dan penyelidikan secara in vitro. Tekniknya amat sensitif kerana ia dapat mengesan pada peringkat 3% sebarang keabnormalan fisiologi badan. Sebagai contoh, ia dapat mengesan penyakit arteri koronari pada peningkat awal yang sebaliknya tidak dapat dikesan oleh Elektrokardiograf. Sebaliknya teknik radiologi hanya dapat mengesan apabila penyakit itu telah meningkat kepada 45%. Tambahan pula teknik sinar-X hanya dapat menunjukkan struktur secara anatomi organ tetapi skan nuklear dapat memberikan maklumat mengenai fisiologi dan biokimia organ tersebut. Terdapat dua prosedur perubatan nuklear i. ii. In vivo - Radioisotop disuntik ke dalam badan pesakit. In vivo - Radioaktiviti diaplikasikan ke dalam sampel pesakit.

Radionuklid adalah bahan utama untuk mengesan, mendiagnos dan merawat pelbagai penyakit. Jangka hayatnya yang pendek dan dos yang kecil akan memberikan radiasi yang minima dan tidak akan membahayakan pesakit.

Proses skan yang dilakukan memakan masa selama 30 hingga 45 minit. Bahan radionuklid akan disuntik kepada pesakit dan akan distribusi ke organ yang tertentu. Organ tersebut akan memancarkan sinar gamma dan dikesan oleh kamera gamma untuk menghasilkan imej dan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai sel, tisu dan organ malahan berupaya mengesan sebarang keabnormalan pada peningkat awal lagi. Dalam kebanyakan kes, maklumat yang diperolehi membolehkan doktor membuat pendiagnosan yang cepat dan tepat terhadap berbagai keadaan penyakit seperti gangguan tiroid, keretakan tulang, penyakit jantung dan kanser. Dalam kes-kes lain radiasi digunakan untuk merawat penyakit tersebut. APA ITU RADIASI Semua kehidupan tidak terlepas dan terdedah kepada sumber radiasi semulajadi iaitu samada dari bumi, langit atau bahan radionuklid semulajadi di dalam badan kita seperti potassium-40 dan karbon-14, tetapi ianya kurang memberi kesan negatif kepada kita. Telah dipercayai sistem badan kita berupaya memperbaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh radiasi. Di masa kini populasi manusia banyak mendapat pendedahan bahan radiasi yang bukan hanya dari bahan radioaktif semulajad tetapi juga hasil penemuan oleh para saintis. Sehingga kini bahan radiasi banyak digunakan di dalarr pendiagnosan penyakit dan selamat digunakan.

Radiasi adalah sejenis tenaga yang wujud di persekitaran kita dalam berbagai bentuk serta berasal dari alam semulajadi atau buatan manusia. Cahaya dan haba yang diperolehi dari matahari atau api adalah contoh radiasi bentuk semulajadi. Manakala radiasi buatan manusia seperti radiasi gelombang mikro yang digunakan untuk memasak dan gelombang radio untuk komunikasi jarak jauh. Radiasi pengionan (Ionising Radiation) pula ialah radiasi yang digunakan dalam kajian-kajian perubatan nuklear dan sinar-X. Radiasi pengionan ini berasal dari

kedua-dua sumber semulajadi dan buatan manusia seperti angkasa lepas, bumi, udara, makanan dan minuman serta dan bangunan tempat tinggal kita. Ianya adalah radiasi latarbelakang semulajadi (natural background radiation) yang sentiasa didedahkan kepada kita. APAKAH PERUBATAN NUKLEAR SELAMAT Perubatan Nuklear adalah sangat selamat kerana penyurih radioaktif atau radiofarmaseutikal yang biasa digunakan iaitu Technetium (Tc-99m) cepat diperkumuhkan dari badan melalui fungsi semulajadi (diekskresikan melalui sistem gastrointestinal dan sistem urinari). Tc-99m amat berguna dan meluas sekali digunakan di dalam proses pengimejan bagi kebanyakan sistem organ badan manusia kerana mempunyai sifat-sifat fizikal dan kimia yang ideal. Ia dihasilkan daripada proses pemisahan Molybdenum-99 dan sistem generator. Molybdate diserap di dalam kolum Aluminium dan dielut sebagai ion pertechonetate dengan menggunakan larutan normal saline. Tc-99m dapat mengeluarkan sinar gamma yang monoenergetik dengan voltan 140 KeV yang mana amat sesuai untuk proses penetrasi ke dalam tisu. Jangka separa hayatnya ialah enam jam. Oleh itu pendedahan radiasi kepada pesakit adalah minimum. Pada kebanyakan kes, dos radiasi yang digunakan untuk tujuan pengimejan adalah terlalu kecil. Contohnya dos bagi pesakit yang membuat pengimejan paru-paru adalah bersamaan dengan dedahan kepada radiasi bagi penerbangan pergi balik antara Sydney dan London.

BAGAIMANAKAH PROSES PENGELUARAN RADIOFARMASEUTIKAL Australia adalah di antara beberapa negara di dunia yang mengeluarkan penyurih radioaktif untuk keperluan diagnostik perubatan nuklear selain daripada Eropah atau pun Kanada. Di Malaysia, pusat pengeluaran Radiofarmaseutikal ialah di lnstitut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) di Bangi, Selangor. Proses pengeluaran di pusat ini dikawal ketat dengan sistem pengawalan kualiti yang di perakukan oleh kerajaan Malaysia. Di Australia, reaktor dan mesin siklotron mengeluarkan keluaran

Radiofarmaseutikal yang berbeza dan membekalkan kepada pusat-pusat perubatan nuklear di seluruh dunia. Setiap tahun berjuta pesakit membuat diagnosis dan rawatan di pusat-pusat tersebut termasuk di Malaysia yang sehingga kini terdapat lebih kurang 11 pusat perubatan nuklear kerajaan dan swasta. HUSM merupakan pelopor pusat ini di pantai timur Malaysia yang lengkap dengan penkhidmatan fanmasi nuklear yang telah pun mendapat pengiktirafan kualiti ISO 9002 pada tahun 1998. Oleh yang demikian dengan kemudahan teknologi canggih masa kini maka manusia dapat meningkatkan lagi kualiti penjagaan kesihatan meneka pada tahap tertinggi. BILAKAH PERLUNYA PENGIMEJAN Pengimejan Radiofanmaseutikal biasanya digunakan untuk mendiagnos

pelbagai keadaan seperti pengimejan jantung, skeleton, tiroid, paru-paru dan buah pinggang. Biasanya para doktor akan mendiagnos jangkitan, perebakan tumor, keretakan tulang dan kecederaan semasa bersukan. Sebelum dilakukan pengimejan pesakit terlebih dahulu diperiksa oleh doktor dan bagi pesakit wanita hendaklah memberitahu doktor samada mereka mengandung atau menyusukan anak.

JENIS-JENIS PENGIMEJAN Terdapat imejan kamera gamma dan imejan PET. lmejan kamera gamma dikendalikan dalam dua mod yang berbeza. Jika doktor merujuk kepada pengimejan perubatan nuklear maka salah satu daripada cara benikut digunakan. Imejan PLANAR Paling banyak digunakan berbanding dua jenis lain. Kaedahnya melibatkan suntikan ke badan dengan jumlah bahan kimia yang kecil dicampur dengan penyurih radioaktif. Imejan SPECT (Singlephoton emission computed tomography) Digunakan secara meluas di mana proses suntikan penyurih radioaktif sama seperti teknik imejan PLANAR. Kamera Gamma akan memfokus ke seluruh badan dan menyediakan sinsin imejan dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. lmejan SPECT dan PLANAR adalah teknologi yang sangat memudahkan penggunaan radiofanmaseutikal untuk diagihkan, disimpan dan siap dicampur untuk digunakan di klinik dan hospital perubatan nuklear. Imejan PET (Positron emission tomography) Tekniknya bersamaan dengan teknik imejan SPECT tetapi membekalkan lebih maklumat imejan. Bagaimanapun radiofanmaseutikal yang dikehendaki untuk imejan PET mempunyai tempoh jangkahayat yang pendek dan disebabkan itu perlu dikeluarkan oleh SIKLOTRON. Kaedah ini melibatkan hubungkait dengan teknologi baru dan sehingga kini MINT dalam proses untuk membangunkannya di Malaysia dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antanabangsa (IAEA). Perlukah pesakit tinggal di hospital

Pesakit yang melakukan pengimejan diagnosis biasanya akan berada beberapa jam di Jabatan Perubatan Nuklean walaupun setengah pesakit diminta tinggal di hospital untuk jangkamasa yang singkat. Bagi pesakit yang melakukan terapi terutamanya bagi hiperaktif kelenjar tiroid kemungkinan akan dirawat sebagai pesakit luar dan tidak perlu tinggal di hospital. Jika keadaan memerlukan biasanya pesakit perlu berada di hospital selama dua atau tiga hari. Ini bukanlah disebabkan risiko terhadap kesihatan tetapi doktor hendak memastikan bahan-bahan Radioaktif seperti Iodine131(1-131)

dikendalikan dengan selamat apabila dikumuhkan dari badan. Apakah Perubatan Nuklear melibatkan rawatan Pada masa ini bidang perubatan nuklear kebanyakannya digunakan untuk mendiagnosis penyakit. Walaubagaimanapun tendapat bahan radioaktif

digunakan untuk merawat penyakit tententu terutamanya kanser dan dikenali sebagai terapi. Terapi bahan perubatan nuklear biasanya dirawat dengan cara minum

radioaktif iaitu Iodine-1 31 (1-131) dan pada kebanyakan kes

digunakan untuk merawat penyakit hipraktif tiroid dan juga kansertiroid. Di HUSM lebih kurang 500 orang pesakit dirawat setiap tahun dengan menggunakan kaedah radiofarmaseutikal.

Adakah kesan sampingan Kesan sampingan terlalu sedikit bagi tujuan pengimejan diagnostik. Apabila radiasi atau radiofarmaseutikal digunakan sebagai terapi, terdapat cuma sedikit kesan sampingan seperti loya dan pembengkakan kelejar saliva. Untuk mencegahnya pesakit dinasihatkan menghisap gula-gula.

Siapakah yang mengendalikan prosedur Perubatan Nuklear Jika doktor meminta untuk melakukan pengimejan perubatan nuklear, pesakit

akan dikendalikan oleh kakitangan khas yang dilatih secara profesional. Doktor, Teknologis, Pegawai Farmasi, Pembantu Farmasi dan Jururawat akan bertanggungjawab terhadap pesakit untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.

Di HUSM, UnitRadiofarmasi merupakan unit yang tunggal di Malaysia yang dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan farmasi manakala bagi pusat perubatan nuklear yang selainnya dikendalikan oleh Teknologis.

Unit

Radiofarmasi,

Jabatan

Farmasi,

HUSM

diketuai

oleh

seorang

Radiofarmasisi yang bertindak sebagai pegawai penyelaras unit dan dibantu oleh seorang Pembantu Farmasi. Sehingga kini terdapat dua orang Pembantu Farmasi yang telah dilatih untuk mengendalikan tugas-tugas di unit ini. Bidang tugas Pembantu Farmasi untuk di unit ini ialah mengendalikan kepada pesakit, penyediaan manakala

radiofarmaseutikal

diadministrasikan

pengendalian kamera gamma dilakukan oleh Teknologis.

Apakah faedah Perubatan Nuklear Memandangkan kita sedang menuju ke era baru di dalam pelbagai bidang terutama bidang perubatan, maka pelbagai penemuan baru telah diteroka bagi memudahkan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang cepat tepat dan meluas tenhadap penyakit daripada semua peningkat umur.

Begitu juga dengan penemuan baharu radioaktif semenjak tahun 1898 lagi Penggunaan bahan nadioaktif di dalam pendiagnosan pelbagai penyakit telah membuka mata para doktor bagi mengesan sebarang 3% petunjuk

keabnormalan pada pesakit. Mendapatkan rawatan awal dengat seberapa segera akan mendapatkan peluang rawatan dengan lebih berkesan. Semua ujian yang dilakukan tidak mendatangkan rasa sakit dan pesakit tendedah pada dos radiasi yang minima.

Perubatan Nuklear telah memainkan peranan yang penting walaupun agak baru ditubuhkan di Malaysia iaitu pada tahun 1968. Seabad yang lalu manusia begitu gerun apabila mengetahui bahan radioaktif digunakan untuk tujuan

pendiagnosan. Tetapi dewasa ini mereka tidak lagi berasa gusar dan bimbang terhadap kesan radiasi. Walaubagaimanapun langkah keselamatan haruslah dititikberatkan.

Terapi perubatan nuklear adalah sangat efektif, selamat dan kosnya tidak terlalu mahal. Ianya memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perawatan dan penjagaan kesihatan pada masa kini.

You might also like