Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SOALAN: Pengetahuan mengenai tingkah laku manusia telah diterangkan dengan jelas dalam empat perspektif : Psikodinamik, Humanistik,

Behaviourisme dan Kognitif. Dengan mengambil kira empat perspektif berkenaan, huraikan mengapa manusia bertindak secara rasional dan tidak rasional di dalam tingkah laku mereka.Beri contoh yang sesuai dalam huraian anda. 1.0 PENGENALAN Manusia berasal daripada pelbagai bangsa dan keturunan serta persekitaran. Perbezaan ini menyebabkan manusia seringkali mempunyau tingkah laku yang pelbagai dalam proses menjalani kehidupan harian. Dengan kepelbagaian tingkah laku yang wujud, maka

sebahagian manusia akan mudah untuk bertindak secara rasional dan tidak rasional dalam tingkah laku. Setiap daripada tingkah laku ini telah mempunyai perspektif dan pandangan tersendiri daripada teori personaliti. Dalam penulisan ini, kerasionalan tindakan manusia akan dhuraikan berdasarkan empat teori utama dalam personality iaitu teori Psikodinamik yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, Humanistik oleh Carl Rogers, Behaviourisme oleh B.F Skinner. 2.0 TEORI PSIKODINAMIK: SIGMUND FREUD Teori ini telah diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang merupakan ahli psikologi yang berasal dari Austria. Selain dari psikodinamik, teori ini juga dikenali sebagai teori psikoanalisis. Teori ini pada dasarnya menganalisis struktur minda manusia menerusi beberapa aspek yang salah satunya melibatkan tahap kesedaran minda manusia dan juga pembahagian struktur minda manusia. Daripada hasil analisis yang dijalankan, tingkah laku manusia secara umumnya dapat dirungkai dan dijelaskan. Dalam teori ini, Freud menyatakan bahawa wujudnya satu daya semula jadi (innate force) yang membekalkan tenaga kepada sistem psikik. Freud menyatakan bahawa daya tersebut ialah naluri(instinct) dan beliau telah membahagikan naluri tadi kepada dua bentuk iaitu naluri hidup(life instinct) dan juga naluri kematian(death instinct). Nye(1992) menyatakan bahawa naluri kehidupan meliputi rasa lapar,dahaga dan dorongan seks dan ia berhubung

kait

dengan

tujuan

untuk

meneruskan

dan

memastikan

kelangsungan

hidup

manusia.Tenaga yang dikaitkan dengan naluri kehidupan dinamakan sebagai libido. Bagi naluri kematian pula, ia dikaitkan dengan kecenderungan untuk

menghancurkan,membinasakan dan memusnahkan kehidupan sendiri atau orang lain. Tenaga yang dikaitkan dengan naluri kematian ini ialah tenaga thanatos. 2.1 LAPISAN MINDA MANUSIA Freud membayangkan minda manusia ini sebagai sebuah bongkah ais yang sedang terapung di tengah lautan dan membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu sedar (conscious), prasedar(preconscious) dan tidak sedar (unconscious). Dalam gambaran minda oleh Freud, beliau menyatakan bahawa minda sedar manusia hanya sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan minda manusia dan secara analoginya bahagian bongkah ais yang timbul dipermukaan air melambangkan minda sedar manakala selebihnya yang tenggelam itu ialah minda prasedar dan tidak sedar. Minda sedar manusia ini terdiri daripada semua perkara yang berada dalam alam nyata dan mampu dirasai oleh kesemua pancaindera kita. Minda sedar ini meliputi persepsi dan perasaan yang kita rasai dalam kehidupan seharian serta ia juga melibatkan apa yang kita terima dan apa yang kita fikirkan.Minda ini juga yang sentiasa berinteraksi dengan dunia sekeliling manusia dan ia mampu memberi tindak balas dan serta reaksi secara spontan kepada apa yang berlaku disekeliling kita. Minda separa sedar manusia pula merujuk kepada sesuatu yang tidak berada dalam keadaan sedar namun mampu diperolehi dengan mudah. Bahagian ini mengandungi memori namun ia wujud dalam keadaan tidak sedar dan ia mudah untuk dialihkan ke alam sedar. Dalam erti kata yang lain, minda separa sedar ini dikenali sebagai tempat simpanan memori yang mudah diakses. Sebagai contoh,kita tidak perlu menghafal nama diri sendiri, tidak perlu mengingati menu makanan tengah hari namun apabila kita ditanya berkenaan dengan perkara tersebut, kita akan membawa ingatan berkenaan perkara itu dengan mudah ke alam sedar dengan pantas. Hal ini yang dinamakan sebagai alam yang prasedar.

Bahagian yang terakhir dalam minda manusia ialah minda tidak sedar yang juga merangkumi sebahagian besar daripada minda manusia. Bahagian ini mengandungi segala aspek yang melibatkan personality yang tidak kita sedari dan ia sangat luas serta sangat tersembunyi kedudukannya. Minda tidak sedar secara umumnya lampau, pengetahuan, kepercayaan, perasaan ataupun naluri mengandungi memori

yang tidak disedari oleh

manusia. Akhir sekali, pada kebiasaannya minda tidak sedar ini menjadi tempat menyimpan memori yang tidak menyenangkan,menakutkan atau menyedihkan dan minda tidak sedar juga merupakan pendorong kepada tingkah laku manusia. Kesimpulannya, setiap bahagian minda manusia ini mempunyai peranan yang tersendiri dan setiap manusia perlu bijak untuk mengawal setiap bahagian mindanya. Hal ini kerana kegagalan mengawal minda akan mengakibatkan tingkah laku yang tidak rasional.Sebagai contoh, minda tidak sedar manusia sememangnya wujud dengan naluri negative seperti ganas dan kejam dan sekiranya ianya tidak dikawal dan dibiarkan menguasai minda sedar manusia, ia akan menyebabkan manusia mula bertindak melulu dan kejam seperti membunuh, memukul dan sebagainya. Hal ini kerana segala bentuk tindakan seperti itu berpusat di dalam minda tidak sedar. 2.2 STRUKTUR PERSONALITI MANUSIA Melalui buku yang diterbitkan oleh Freud pada tahun 1923 yang bertajuk The Ego and The Id, beliau telah membentuk satu lagi penerangan berkaitan dengan personality manusia yang diambil daripada model structural dan ia mengandungi tiga bahagian iaitu Id,Ego dan Superego. Id merupakan bahagian personality manusia yang paling awal ataupun primitive dan ia wujud sewaktu peringkat bayi yang baru dilahirkan. Id langsung tidak mengetahui atau mampu membezakan perkara yang baik ataupun salah dan ia juga tidak mempunyai langsung prinsip kawalan diri serta tidak mempunyai prinsip mustahil dalam proses memenuhi kemahuannya. Selain itu, Id ini beroperasi atas prinsip kelazatan ataupun keseronokoan(pleasure principle) yang bermaksud keinginannnya perlu dipenuhi dengan kadar segera dan tidak boleh ditunda demi kepuasan naluri atau nafsunya.Oleh kerana id beroperasi atas prinsip kelazatan atau keseronokan, ia tidak tahu untuk menuruti prinsip

moral, tidak mahukan alasan dan tidak akur kepada pemikiran logik serta mempunyai tahap kesabaran yang sangat minimum. Sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan sangat didominasi oleh id dan hal ini menyebabkan kemahuan bayi perlu segera dipenuhi. Sekiranya kemahuannya seperti inginkan makanan ataupun minuman tidak dipenuhi, maka bayi tersebut akan terus menangis tanpa henti dan cuba memberontak kepada penjaganya. Selain itu, id juga merupakan proses pemikiran premier ataupun yang paling awal. Prinsip ini menjadikan corak pemikiran manusia luar dari jangkauan realiti. Antara contoh yang sesuai untuk proses pemikiran premier ini ialah fantasi dan juga mimpi. Id ialah elemen berasaskan nafsu dan naluri semata-mata. Oleh hal demikian, sekiranya keinginan yang diingini berbentuk objek atau manusia tidak dapat dipenuhi, id akan membentuk imej mental atau fantasi untuk memuaskan kehendak.Proses ini dikenali sebagai pemenuhan hasrat (wish fulfillment) yang merujuk kepada pemuasan nafsu sementara dengan

menggunakan imej mental.Sebagai contoh, sekiranya seseorang sedang mengalami perasaan marah terhadap orang lain namun orang tersebut lebih berkuasa dari dirinya, individu itu akan membayangkan seolah-olah dia sedang membalas dendam atas perbuatan yang telah dilakukan untuk beri kepuasan sementara kepada dirinya. Ego diumpamanakan sebagai eksekutif kepada personality dan bertindak sebagai pusat kawalan bagi personality manusia. Hal ini kerana ego merupakan sebahagian minda yang membawa id kepada realiti dengan erti kata lain, ego ini mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh id.Ego pada dasarnya berkembang sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu sewaktu bayi mula berinteraksi dengan alam sekitarnya dan ia beroperasi berasaskan prinsip realiti(reality principle). Ego memahami bahawa nafsu ataupun naluri ego kerap mengalami konflik sosial dan realiti. Hal ini kerana kemahuan id yang perlu segera dipenuhi tanpa ambik kira soal persekitaran dan keselamatan bakal membawa banyak masalah. Oleh itu, ego bertindak melengah-lengahkan, menghalang atau menunda proses pemenuhan kehendak id sehingga satu masa yang sesuai. Sebagai contoh,seorang kanakkanak tidak boleh sewenang-wenangnya merampas makanan yang diingini daripada orang lain kerana ia akan membawa mudarat. Pada peringkat inilah, ego bertindak untuk melengah-lengahkan id untuk memenuhi kemahuannya. Ego juga merupakan proses pemikiran sekunder ataupun peringkat yang kedua.Pada peringkat ini,ego membangunkan

strategi

untuk menyelesaikan masalah dan mencapai kepuasan yang diingini. Hal ini

melibatkan penggunaan prinsip realiti dalam proses untuk memenuhi kehendak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang inginkan makanan tadi melakukan usikan terhadap makanan yang dimiliki oleh orang lain dan hal ini lebih minimum kesannya berbanding dengan merampas atau mencuri makanan tersebut.Oleh hal demikian, dapatlah dikatakan bahawa ego ini pada sebenarnya masih lagi mengetepikan pegangan moral dalam proses memenuhi kehendakknya. Bahagian terakhir dalam struktur personality manusia ialah superego yang lebih

menggambarkan aspek moral dan kemanusiaan. Hal ini berlaku dengan adanya proses pembelajaran yang diterapkan oleh ibu bapa atau orang sekeliling kepada kanak-kanak tersebut.Menurut Freud, superego melambangkan nilai-nilai dan standard-standard ibu bapa yang digabungkan ke dalam personality individu. Oleh kerana superego ini berhubung kait dengan nilai, ia akan menyebabkan diri manusia mempunyai rasa bersalah,malu apabila melakukan kesalahan dan merasa bangga apabila berjaya melakukan suatu yang

betul.Dengan adannya superego ini, manusia dapat membezakan antara mana yang baik dan mana yang buruk. Pengukuhkan perbezaan antara baik dan buruk ini akan membawa kepada sistem pengadilan dalaman yang dikenali sebagai hati nurani yang merupakan hakim dalaman yang tegas dan tidak boleh berkompromi dengan fikiran,niat dan juga aksi kita. Tahap penerapan nilai dan moral amat memberi impak kepada individu hal ini kerana sekiranya individu itu dibesarkan dengan standard moral yang rendah, apabila ia dewasa kelak, ia tidak akan mudah berasa bersalah sekiranya menyakiti orang lain. Berbeza dengan individu yang dibesarkan dengan standard moral yang tinggi, mereka akan sentiasa dibayangi rasa bersalah jika melakuka kesalahan dalam hidup dan mereka sebolehnya cuba untuk memenimakan risiko untuk berasa malu akibat kesalahan yang dilakukan. 2.3 INTERAKSI ANTARA ID, EGO DAN SUPEREGO Kesemua bahagian minda manusia( id, ego, superego) sentiada berinteraksi antara satu sama lain. Setiap daripada komponen minda ini mempunyai matlamat yang tersendiri. Setiap daripada bahagian mahukan perkara yang berbeza dan ia saling berlawanan antara satu sama lain.Kerasionalan tindakan seseorang dalam satu-satu situasi akan bergantung

kepada pengaruh ketiga-tiga elemen minda ini.Sebagai contoh, ketika sedang berjalan seorang diri, kita ternampak sebuah telefon berjenama tercicir di tengah jalan dan pada ketika itu, hanya kita sahaja yang berada di tempat kejadian. Secara spontan, akan berlaku konflik antara id, ego dan superego. Id akan mengarahkan kita untuk mengambil telefon itu kerana itu adalah hak kita manakala jika menurut ego,adakah situasi benar-benar selamat untuk kita ambil telefon itu,apakah langkah yang realistic untuk ambil telefon tanpa disedari oleh orang. Dalam situasi ini, superego akan menyatakan bahawa mengambil hak orang lain merupakan suatu yang salah dan memalukan. Sekiranya, pengaruh nilai dan moral dalam superego sangat tinggi maka kita akan bertindak secara rasional sewaktu menghadapi situasi yang demikian. 3.0 TEORI HUMANISTIK : CARL ROGERS DAN ABRAHAM MASLOW Teori ini diutarakan oleh Carl Rogers dan beliau secara umumnya menyatakan bahawa manusia ini pada dasarnya didorong untuk membuat pilihan dalam kehidupan dan manusia juga terdorong untuk membina ataupun membentuk suatu perkara yang bermakna dan memberi kepuasan kepada kehidupan mereka.Rogers percaya bahawa manusia didorong oleh kecenderungan untuk mempertahan dan meningkatkan kendiri yang

merangkumi aspek psikologi dam fisiologi.Berdasarkan pendapat rogers, manusia pada asasnya, dilihat sebagai berorientasikan pengembangan dan bergerak kehadapan serta amat mementingkan pilihan eksistensial. Eksistensial ini bermaksud pilihan dalam kehidupan yang menjadikan kehidupan manusia itu dapat diteruskan dan kewujudannya adalah terjamin. Sebagai contoh, manusia perlu mempunyai kerjaya yang stabil dan berkahwin lalu mempunyai anak untuk memastikan keturunannya terus wujud di dunia ini.Rogers juga mengandaikan bahawa manusia pada asalnya dilahirkan dalam keadaan positif ataupun baik dan tidak wujud pun elemen-elemen negatif pada diri kita. Beliau menyatakan bahawa sekiranya kita tidak dipaksa untuk masuk ke dalam sistem-sistem yang sedia ada terbentuk, maka kita akan hidup dengan menambahkan kebaikan pada diri kita dan masyarakat sekeliling.Sebagai contoh, individu yang berpendapatan rendah dan dirinya dipaksa untuk masuk ke sebuah kelompok masyarakat elit akan cuba melakukan sesuatu yang negative untuk memastikan dirinya mampu berdiri sama tinggi dengan golongan elit tadi.

3.1 TEORI FENOMENOLOGIKAL

3.2 TEORI KESEMPURNAAN KENDIRI: ABRAHAM MASLOW Dalam teori ini, Maslow cuba menekankan aspek manusia mempunyai naluri semula jadi yang baik dan mempunyai keinginan mencapai kesempurnaan kendiri. Beliau

menggambarkan konsep ini sebagai satu motivasi pertumbuhan iaitu manusia sentiasa cuba mencapai sesuatu yang lebih daripada apa yang terdaya olehnya pada masa lalu. Mereka sanggup menempuh kesakitan mahupun kesengsaraan untuk mencapai matlamat yang murni ini.Berdasarkan pendapat Maslow,manusia mempunyai kehendak semula jadi yang seisa ada dalam dirinya dan kehendak ini wujud dalam bentuk hierarki yang mempunyai keutamaan tertentu. Teori kesempurnaan kendiri ini didasari oleh beberapa andaian yang dijadikan asas kepada teori ini. Pertama sekali, keperluan yang paling asas dalam hierarki perlulah dipenuhi dahulu.Selain itu, keperluan yang lebih tinggi akan muncul kemudian semasa manusia melalui proses perkembangan. Sebagai contoh,

keperluan fisiologi dan keselamatan diperlukan sewaktu bayi, keperluan kasih sayang dan rasa dihargai pula muncul semasa proses peningkatan remaja dan yang terakhir sekali, keperluan untuk kesempurnaan kendiri muncul semasa peringkat umur pertengahan. Seterusnya, teori ini juga mengandaikan bahawa keperluan yang lebih tinggi kurang diperlukan dalam kehidupan, ia boleh ditangguhkan dahulu. Hal ini kerana, kegagalan memenuhi keperluan yang lebih tinggi tidak akan membawa sebarang krisis dalam kehidupan. Sebagai contoh, golongan miskin tidak akan terfikir untuk memenuhi keperluan yang lebih tinggi dalam hierarki selagi mana mereka tidak berjaya memenuhi keperluan asas seperti fisiologi dan keselamatan yang merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Secara umumnya, hierarki keperluan Maslow ini dibahagikan kepada dua

jenis iaitu keperluan asas dan juga keperluan perkembangan. Teori keperluan Maslow ini dibahagikan kepada lima peringkat iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan juga kemuncak kepada keperluan ialah keperluan kesempurnaan kendiri.Keperluan yang paling asas ialah keperluan fisiologi yang

melibatkan keperluan yang penting untuk kelangsungan hidup manusia di bumi seperti makanan,minuman,pengudaraan dan tidur. Pada peringkat kedua, terdapat pula keperluan keselamatan yang meliputi perlindungan terhadap diri manusia daripada ancaman dan juga perkara-perkara yang berbentuk negative. Maslow juga menyatakan bahawa tempat tinggal juga merupakan sebahagian daripada aspek keperluan keselematan kerana rumah

melindungi manusia daripada perubahan cuaca. Selain itu, kenderaan juga dikira sebagai keperluan keselamatan sekiranya individu itu sedang dalam satu perjalanan yang jauh. Keperluan manusia yang berada pada peringkat ketiga ialah keperluan untuk diterima dalam masyarakat atau kumpulan. Manusia lumrahnya memerlukan kehidupan sosial dan semua individu menunjukkan keperluan yang sangat tinggi untuk diterima dalam kumpulan(keluarga ataupun institusi sosial)(Baumeister&Leary,1995). Sekiranya individu itu diterima masuk ke dalam satu kelompok ia merupakan perlambangan kepada keperluan psikologikal berbanding fisiologikal.Penerimaan dalam masyarakat menyebabkan individu itu merasa dirinya dihargai dan ia akan merasa termotivasi dengan situasi itu. Penolakan masyarakat atau kumpulan terhadap individu menyebabkan dirinya berasa kesunyian dan terasing. Dalam konteks kehidupan seharian, kelompok yang dikatakan mempunyai

belongingness yang kukuh ialah kelompok kumpulan jalanan(kongsi gelap). Hal ini kerana mereka sangat melindungi ahli kumpulannya daripada gangguan orang luar dan

kebergantungan individu terhadap kumpulannya pula sangat tinggi. Pada tahap keempat, wujud pula keperluan penghargaan dan keperluan penghargaan ini dipecakan kepada dua bentuk iaitu perhargaan kendiri dan juga perhargaan daripada orang lain.Manusia sememangnya mahu dilihat sebagai entity yang berjaya,kuat dan mahu dijadikan sebagai idola oleh orang lain. Selain itu, manusia juga perlu merasa dirinya

dihormati kerana kelebihan dan pencapaian yang dikecapi oleh dirinya dalam pelbagai aspek. Berkaitan dengan penghargaan kendiri pula, manusia sentiasa mahu merasakan bahawa dirinya ialah yang terbaik, bernilai dan kompeten.Hampir semua perkara yang

dilakukan dalam urusan harian bertujuan untuk memperlihatkan bahawa diri kita adalah yang terbaik dalam kalangan masyarakat ataupun komuniti. Sebagai contoh, kita cuba untuk belajar bersungguh-sungguh untuk memperolehi keputusan yang cemerlang agar kita

memperoleh penghargaan daripada orang lain dan sebagai token penghargaan kendiri agar kita lebih berkeyakinan dan juga merasa selesa. Tahap tertinggi dalam hierarki keperluan Maslow ialah keperluan kesempurnaan diri. Pada tahap ini, manusia telah mencapai cita-cita dalam hidupnya dan berada pada potensi maksima. Banyak individu mengatakan untuk mencapai tahap kesempurnaan ini merupakan suatu perkara yang amat sukar diperolehi.Maslow membariskan beberapa ciri berkaitan dengan konsep kesempurnaan diri yang diutarakan dan ciri ini bakal diperincikan lagi dalam bahagian seterusnya. 3.2.1 CIRI KESEMPURNAAN DIRI TEORI KEPERLUAN MASLOW Dalam proses mengkaji kesempurnaan diri, Maslow telah menjalankan pemerhatian

terhadap beberap individu bagi mengukuhkan lagi teori kesempurnaan diri ini. Antara individu yang dijadikan pemerhatian ialah Albert Einstein, Eleanor Roosevelt dan Thomas Jefferson dan mereka yang diperhatikan ini ialah kelompok individu yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan masyarakat pada masa itu baik dari aspek sains mahupun politik atau kemanusiaan.Dari pemerhatiannya, Maslow meletakkan beberapa ciri kesempurnaan diri dalam diri manusia. Pertama sekali, persepsi yang efisien terhadap realiti.Individu yang dikatakan telah mencapai kesempurnaan ini mempunyai persepsi yang jelas dan berobjektif terhadap orang lain dan persekitaran. Mereka juga mampu membezakan Antara perkara yang betul ataupun palsu dalam situasi tertentu. Kedua, individu yang telah mencapai kesempurnaan diri ini akan mampu melakukan penerimaan terhadap diri mereka,orang lain dan alam sekeliling. Dalam hal ini, mereka mampu menerima kekuatan dan kelemahan tanpa menyalahkan diri sendiri. Mereka juga akan menerima kelemahan orang lain

seadanya.Selain itu, individu yang telah mengecap kesempurnaan diri ini akan lebih spontan,mudah dan natural. Tingkah laku individu yang mempunyai kesempurnaan kendiri adalah lebih terbuka, berterus terang dan lebih natural. Seterusnya, pada tahap

kesempurnaan diri, individu tersebut sangat berkomitmen. Golongan yang telah mencapai kesempurnaan diri ini lebih merasa gembira walaupun mereka terpaksa bekerja kuat dalam suatu perkara. Golongan yang berada pada tahap ini, lebih memerlukan peluang

untuk bersendiri. Sikap mereka ini boleh menjadikan diri mereka kelihatan agak sombong pada mata orang lain namun pada hakikatnya ia tidak sama sekali. Golongan ini sebenarnya lebih gemar bersikap berdikari dan tidak mengharapkan pertolongan dan sokongan daripada orang lain.Individu yang telah mengecapi puncak pengalaman ini pada kebiasaanya dikaitkan dengan orang yang telah berada di puncak pengalaman.Pengalaman ini amat istimewa dan sangat bermakna kepada individu yang tersebut. Akhir sekali, individu yang dikatakan telah mengecapi kesempurnaan diri ini dikatakan kreatif. Hal ini kerana mereka sangat fleksibel dan bersedia melakukan kesilapan dan bersikap terbuka serta sangat merendah diri dalam pelbagai situasi yang dihadapi dalam hidupnya. Kesimpulannya, Maslow menggambarkan humanistic sebagai suatu penekanan terhadap potensi kreativiti dalam manusia yang membantu mereka menyedari matlamat yang paling tinggi dalam hidup mereka. Secara umumnya, humanistic menekankan manusia bebas membuat pilihan sendiri dan manusia juga dilihat sebagai mempunyai keinginan untuk berusaha secara semula jadi ke arah kebahagiaan dan kreativiti. Berkaitan dengan

kerasionalan manusia dalam tingkah laku, humanistic membuktikan manusia mempunyai pilihan sama ada mahu bertindak secara rasional atau tidak dalam proses mengecapi dan memenuhi keperluan. Hal ini kerana manusia pada dasarnya dilahirkan secara positif dan semua pilihan dalam hidup mereka adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. 4.0 TEORI BEHAVIOURISME : B.F SKINNER Teori behaviourisme sangat berkait dengan proses pembelajaran manusia untuk bertingkah laku. Dalam konsep asas teori ini, Skinner percaya bahawa tingkah laku manusia boleh dibentuk dengan hanya kita beroperasi ke atas alam sekitarnya. Pemberian habuan ataupun ganjaran, hukuman dan skema-skema peneguhan dapat membentuk tingkah laku dan seterusnya personality manusia dengan berkesan(Mahmod Nazar,1990). Teori tingkah laku ini didasari oleh beberapa andaian secara am.Skinner(1953) menyatakan andaian pertama, tingkah laku dapat menerangkan tentang sifat manusia. Tingkah laku wujud dalam satu bentuk aturan yang mempunyai kaitan dengan peristiwa-peristiwa lain. Kedua, tingkah laku manusia boleh diramal,kemungkinan tingkah laku manusia pada masa hadapan boleh diketahui dan andaian terakhir ialah tingkah laku manusia itu boleh dikawal,dibentuk dan dimanipulasikan.

Peringkat awal kajian berkenaan dengan kelakuan kehidupan telah dilakukan oleh Ivan Pavlov pada tahun 1900-an. Ivan Pavlov menjadikan anjing sebagai subjek utamanya dalam proses memahami konsekuen tingkah laku hidupan.Dalam eksperimen ini, Pavlov mendapati bahawa anjing kajiannya memberi tindak balas kepada rangsangan neutral(bunyi loceng) kerana ia telah dirangsang oleh rangsangan lain iaitu makanan.Setiap kali loceng dibunyikan makanan diberikan. Apabila dibunyikan sahaja loceng, anjing tersebut akan tetap memberi tindak balas dengan mengeluarkan air liur walaupun pada ketika itu makanan tidak diberikan. Oleh itu, dalam situasi sebegini, loceng itu telah berubah dari rangsangan neutral kepada rangsangan lazim.Jika loceng terus dibunyikan tanpa kehadiran makanan, maka anjing itu tidak akan bertindak balas lagi kerana ketiadaan pengukuhan dalam situasi itu.Proses ini dinamakan sebagai pelaziman klasik. 4.1 PELAZIMAN OPERAN Pelaziman operan ini merupakan satu tindak balas yang beroperasi ke atas dalam sekitaran(Skinner,1953).Sebagai contoh, kebanyakan pelajar akan cuba membuat persediaan sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan agar mendapat keputusan yang baik. Apabila pelajar mendapat keputusan peperiksaan yang baik, ia merupakan satu keseronokan dan amat memuaskan hati sesiapa yang memperolehinya.Keputusan yang baik itu merupakan ganjaran yang baik kepada usaha yang telah dilakukan.Tidak ada rangsangan lain yang dikaitkan untuk menghasilkan tingkah laku yang gembira. Pengembangan terhadap teori kelakuan ini kemudiaanya diteruskan lagi melalui

eksperimen yang dinamakan sebagai kotak Skinner yang menekankan tingkah laku responden yang boleh dilazimkan dan akhirnya ia membentuk konsep pelaziman operan yang menjadi salah satu cara untuk memahami tingkah laku manusia dan kerasionalan tindakan mereka dalam kehidupan seharian. Seekor tikus yang lapar telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan ia bergerak secara rawak untuk keluar daripada kotak

terseut.Tindakan tersebut tidak didorong oleh mana-mana rangsangan. Pada masa yang sama, dalam kotak tersebut terdapat sebuah tuas yang akan mengeluarkan makanan apabila ditekan. Satu ketika, tikus tersebut telah tertekan tuas lalu keluarlah makanan. Tindak balas tikus menekan tuas tersebut merupakan tindakan operasi ke atas persekitaran.Makanan itu kini telah menjadi pengukuhan terhadap tinda balas tikus. Kini tikus tersebut telah

menekan tuas dengan semakin kerap apabila ia mengeluarkan makanan dan tindak balas tikus tersebut dalam lingkungan pengukuhan. Daripada eksperimen kotak Skinner itu, dia mengatakan bahawa kebanyakan tingkah laku manusia dapat difahami melalui proses yang sama dalam eksperimen.Tingkah laku yang mendapat pengukuhan akan menjadi lebih kukuh dan hal inilah yang dikatakan sebagai personality Skinner yang membentuk tingkah laku operan.Dari sini jelaslah bahawa konsep pembentukan tingkah laku manusia sangat berhubung kait dengan konsep peneguhan dalam suatu tingkah laku. 4.2 KONSEP PENEGUHAN DAN HUKUMAN Peneguhan ialah kesan yang berlaku ke atas suatu tingkah laku dan ia akan meningkatkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku pada masa hadapan. Peneguhan ini memberi impak yang begitu mendalam kepada tingkah laku manusia.Secara umumnya, peneguhan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah rangsangan yang menyebabkan peningkatan kebarangkalian tingkah laku itu berulang semula. Sebagai contoh, seorang ibu sedang mendidik anaknya untuk menjadi seorang pembersih dalam kehidupan. Pada awal proses didikan,ibu akan menyuruh anaknya membuang air ditandas dan membasuh tangan selepas keluar daripada tandas.Setiap kali anaknya berjaya melakukan perkara itu, ibu tersebut akan memberikan pujian ataupun suatu tindakan fizikal positif seperti mencium ,membelai atau memeluk.Proses ini akan berterusan sehingga anaknya terbiasa membuang air ditandas dan akhirnya anaknya membesar sebagai seorang pembersih. Peneguhan positif di sini ialah pujian dan juga tindakan fizikal yang positif seperti memeluk, mencium ataupun membelai.Bagi peneguhan negative pula ia berkaitan dengan mengimplementasikan suatu yang berbentuk negative

untuk menghasilkan satu tingkah laku yang positif pada masa hadapan. Sebagai contoh, seorang ibu memarahi anaknya kerana pulang lewat petang ketika keluar bermain dan anaknya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan. Perbuatan memarahi anak itu adalah pengimplementasian negative manakala anak tersebut tidak pulang lewat ialah tingkah laku positif yang dikehendaki.

Selain daripada peneguhan negative terdapat satu lagi elemen yang berhubung kait dengan konsep pelaziman operan. Elemen tersebut ialah hukuman dan konsep hukuman tidak sama dengan konsep peneguhan negative. Hukuman merujuk kepada kesan yang berlaku terhadap suatu perilaku dan ia akan menyebabkan tingkah laku yang sama tidak lagi berulang pada masa hadapan. Hukuman ini juga boleh berbentuk positif dan negatif. Hukuman berbentuk positif ialah mengenakan suatu bentuk rangsangan yang tidak menyenangkan sejurus selepas berlakunya suatu tingkah laku. Rangsangan yang tidak menyenangkan ini akan menyebabkan penurunan peluang tingkah laku itu berulang kembali di masa hadapan. Sebagai contoh, mengenakan hukuman penjara kepada perompak bank. Untuk menghilangkan dikurangkan hukuman tingkah negative laku yang kerana pula, ia tidak merujuk kepada baik.Sebagai penghapusan ataupun telah dalam

contoh, seorang yang

anak

wang

sakunya

mengalami

kemerosotan

drastic

peperiksaan yang didudukinya. Daripada konsep pelaziman operan ini, dapatlah dirumuskan bahawa tingkah laku manusia itu sememangnya dibentuk melalui pengaruh persekitaran dan juga melalui proses pembelajaran melalui orang sekeliling. Selain itu, ia juga telah diperkukuhkan lagi dengan adanya konsep peneguhan dan hukuman. Dari sini jelaslah bahawa tindakan rasional atau tidak manusia dalam situasi tertentu amat dipengaruhi oleh proses pembentukkan tingkah lakunya pada peringkat awal. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang tidak diajar dengan nilai hormat menghormati dan tidak diberikan peneguhan akan terdedah kepada perbuatan yang tidak rasional dalam situasi kritikal. 4.3 PRINSIP PEMBELAJARAN DAN PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU Dalam proses pembentukan tingkah laku yang rasional, ia tidak semestinya terhad kepada tingkah laku ringkas seperti pelajar belajar lalu cemerlang, anak dipukul kerana pulang lewat dari bermain. Secara umumnya, penerangan sebelum ini berkaitan dengan konsep pelaziman klasik,pelaziman operan, peneguhan positif negatif dan hukuman. Prinsip dan konsep ini sebenarnya boleh digabungkan dengan beberapa cara untuk memudahkan lagi proses pembelajaran dan juga pembentukan tingkah laku rasional. Beberapa kaedah yang digunakan ialah peneguh sekunder dan premier dan proses pembentukan.

4.3.1 PENEGUHAN PREMIER DAN SEKUNDER Peneguhan premier ialah segala bentuk rangsangan yang dapat memenuhi kehendak asas manusia.Sebagai contoh, haiwan yang lapar sanggup berbuat apa sahaja untuk

mendapatkan makanan. Orang yang haus juga akan melakukan mendapatkan seteguk air.

apa sahaja untuk

Bagi peneguhan sekunder pula ia akan lebih berkesan sekiranya digandingkan dengan peneguhan premier dan pengaplikasiannya dapat meluaskan lagi skop pelaziman operan. Proses menghubungkan dua rangsangan untuk dijadikan peneguh positif dinamakan peneguhan terlazim.Satu daripada peneguh terlazi

You might also like