Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

1.

0 Pengenalan
1.1 Takrif Wacana
Perkataan wacana kebiasaannya merujuk kepada bentuk penggunaan bahasa seperti bahasa perbualan atau percakapan. Istilah umum yang sering digunakan bagi mentakrif maksud wacana ialah unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang melampaui ayat berdasarkan tatatingkat wacana dalam sistem bahasa. Menurut Tatabahasa Dewan (2008:523), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Perkaitan antara unit bahasa yang terlibat dalam sesebuah wacana melahirkan kesatuan yang utuh. Wacana lisan mahupun wacana tulisan diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik dan dalam sesuatu topik tersebut, terdapat perkaitan antara pecahan subtopik yang berkaitan. Wacana terletak pada hierarki yang tertinggi selepas ayat dari segi hierarki tatabahasa.

Ahli bahasa, Eriyanto (2001:3) telah mentakrif maksud wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap, yang lebih besar daripada ayat, sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Wacana juga ditakrifkan sebagai rangkaian ayat yang setara , yang menghubungkan satu preposisi dengan preposisi yang lain dan sesuatu ayat dengan ayat yang lain untuk membentuk satu kesatuan. Pengertian dan maksud sesuatu ayat dapat diperoleh apabila ia dihubungkan dengan ayat yang lain dan tidak ditafsirkan satu ayat demi satu ayat sahaja.

Wacana yang disebut discourse dalam bahasa Inggeris sebenarnya berasal daripada bahasa Latin. Perkataan ini sering digunakan dalam kajian semantik dan analisis wacana bagi merujuk kepada bahasa lisan, tulisan atau perbahasan. Dalam kajian semantik, wacana merupakan unit linguistik yang terdiri daripada beberapa ayat. Terdapat beberapa definisi wacana daripada pengkaji bidang bahasa seperti yang dikemukakan oleh Sanat Md. Nasir (2002:34) dalam buku berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Antaranya ialah ahli bahasa, Crystal (1986:96)
1

menyatakan bahawa wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa iaitu bahasa lisan yang lebih besar daripada ayat. Tarigan (1987:27) pula mentakrif wacana sebagai satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata, disampaikan secara lisan atau tulisan. Selain itu, Cook (1992:6) mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan untuk tujuan perhubungan.

Secara umumnya, wacana ialah unit bahasa dari segi penggunaan. Penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam konteks situasi pertuturan disebut sebagai wacana. Selain itu, pengertian wacan yang lebih luas dapat difahami sebagai ujaran yang berterusan. Dalam ujaran, terdapat ayat yang diungkapkan sama ada dalam bentuk pertuturan dan apabila ditulis, pertuturan atau percakapan menjadi wacana tulisan.

Tuntasnya, wacana berfungsi sebagai satu unsur dalam kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat yang berupaya menyampaikan maklumat tentang asas sesesuatu topik. Apabila kesatuan ini memperlihatkan hubungan yang bergabung secara logical antara butir fikiran dan perkembangan akaliah di dalamnya maka wujudlah kesatuan fikiran. Kesatuan inilah yang dinamakan wacana.

1.2 Tatatingkat Wacana

wacana ayat klausa frasa kata morfem fonem

Hierarki Tatabahasa Berdasarkan hierarki tatabahasa di atas, tatatingkat dalam bahasa Melayu bermula dengan unit terkecil dalam pembentukan kata iaitu fonem. Fonem terdiri daripada dua jenis, vokal dan konsonan. Fonem diikuti dengan morfem iaitu unit tatabahasa yang terkecil. Morfem dikatakan sebagai unit tatabahasa kerana morfem boleh melakukan tugas nahunya. Terdapat dua jenis morfem iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Tingkat yang ketiga ialah kata. Kata terbentuk hasil daripada gabungan dua morfem.atau lebih. Kata tergolong kepada empat jenis iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Selepas kata terbentuklah frasa. Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi satu unit yang lebih besar. Frasa terbahagi kepada empat jenis iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Tingkat dalam sistem bahasa yang seterusnya ialah klausa. Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa terikat. Tingkat dalam sistem bahasa selepas klausa ialah ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat serta mengandungi makna yang lengkap. Tingkat yang tertinggi dalam sistem bahasa ialah wacana. Wacana merupakan suatu kesatuan bahasa yang lengkap yang melampaui ayat.

2.0 Huraian Perbincangan


Petikan: Kibarkan Jalur Gemilang bersama penghayatan perpaduan

Sempena sambutan ulang tahun ke-54 kemerdekaan negara, Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi Menteri-menteri Kabinet di Kuala Lumpur Sentral, semalam. Kempen dengan tema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itu bertujuan menyemai rasa kekitaan dan perpaduan di kalangan rakyat. Selebihnya ia sudah tentu untuk memupuk perasaan cintakan negara atau patriotisme di kalangan rakyat meskipun negara terus berdepan isu-isu politik, ekonomi dan sosial. Walau apa pun cabaran kita hadapi sekarang, sama-samalah kita mengibarkan bendera kebangsaan, kerana dengan cara itu juga dapat menunjukkan semangat cinta kita terhadap negara Malaysia.

Jika diteliti acara mengibarkan Jalur Gemilang ini, ia sudah menjadi satu budaya setiap kali menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan. Bendera Jalur Gemilang memang ada kuasa untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan. Ia meniup semangat di jiwa semua rakyat. Masyarakat tidak perlu malu-malu untuk mengibarkan bendera kebangsaan sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kedai malah pada kenderaan.

Walaupun Isnin depan kita akan melangkah masuk ke bulan Ogos, serentak dengan itu juga umat Islam akan mula berpuasa sebulan Ramadhan, ia patut menguatkan lagi semangat dan tanggungjawab kita untuk mengibarkan dan memacak bendera negara. Dalam bulan mulia dan Bulan Kemerdekaan negara, momentum politik elok dikendur-kendurkan. Dan perpaduan kaum patut dipasak dengan kukuh di sanubari rakyat.

Sejak tiga tahun lalu kita dapat rasakan pasak perpaduan sedikit longgar dan jika silap langkah mudah dicabut oleh sesiapa yang tidak pedulikan keselamatan dan perpaduan kaum. Jadi sempena Bulan Kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia harus
4

menilai semula masalah perpaduan antara kaum. Adakah kita mahu mengikut hala tuju parti-parti politik yang ada agenda tersembunyi atau kita patut pertahankan kerjasama antara kaum yang dibina sejak sekian lama?

Apa yang penting, seluruh lapisan rakyat perlu mempertahankan formula kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai negara sejak 54 tahun merdeka. Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Mulai hari ini semua masyarakat Malaysia perlu beramai-ramai kibarkan bendera Jalur Gemilang. Usah kita mengibarkan bendera usang dan lapuk. Belilah yang baru dengan semangat baru. Kita berharap semua pihak akan menjayakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang, sekurang-kurangnya kita dapat menghayati makna kemerdekaan dalam diri masing-masing. Manfaatkan bulan Ogos ini dengan semangat perpaduan, cintakan negara, permuafakatan kaum dan keceriaan di kalangan rakyat. Berusahalah jadikan bulan ini menjadi titik perpaduan kaum dan bukannya menyemarakkan sengketa politik.

2.1 Penanda Wacana


Menurut Tatabahasa Dewan (2008:525-9) pula, penanda wacana digunakan agar wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu seperti yang dihuraikan dalam buku tersebut. Antaranya termasuklah penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda ellipsis atau penguguran

Penanda penghubung merupakan perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda wacana jenis ini dapat dikelaskan kepada empat jenis iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh.

Penanda rujukan pula ialah kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa lain. Kata ganti nama rujukan terdiri daripada kata ganti diri orang dan kata ganti nama tunjuk.

Seterusnya, penanda penggantian merupakan perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama. Penanda penggantian ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja atau klausa.

Penanda leksikal ialah penanda wacana yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Unsur pengulangan terdiri daripada pengulangan perkataan yang sama, pengulangan perkataan yang sama makna (sinonim), pengulangan yang merangkumi perkataan yang umum maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim) dan pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi).

Akhir sekali, penanda elipsis atau penguguran merupakan penanda wacana yang melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

Terdapat beberapa penanda wacana yang digunakan dalam petikan rencana tersebut. Antaranya termasuklah penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Penggunaan penanda wacana tersebut dapat dikenalpasti melalui petikan rencana pengarang yang bertajuk Kibarkan Jalur Gemilang bersama penghayatan perpaduan daripada akhbar arus perdana, Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2011.

2.1.1 Penanda penghubung

Penanda penghubung merupakan penanda wacana yang paling banyak digunakan dalam petikan tersebut. Penanda penghubung yang digunakan terdiri daripada penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tambahan.

Penanda penghubung tentangan yang digunakan dalam petikan rencana ini antaranya termasuklah penggunaan penanda wacana walau apapun dan walaupun. Hal ini boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:

Walau apa pun cabaran kita hadapi sekarang, sama-samalah kita mengibarkan bendera kebangsaan, kerana dengan cara itu juga dapat menunjukkan semangat cinta kita terhadap negara Malaysia

Walaupun Isnin depan kita akan melangkah masuk ke bulan Ogos, serentak dengan itu juga umat Islam akan mula berpuasa sebulan Ramadan, ia patut menguatkan lagi semangat dan tanggungjawab kita untuk mengibarkan dan memacak bendera negara.

Penanda penghubung tambahan seperti malah dan dan turut terdapat dalam petikan tersebut. Contohnya:

Masyarakat tidak perlu malu-malu untuk mengibarkan bendera kebangsaan sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kedai malah pada kenderaan. Kempen dengan tema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itu bertujuan menyemai rasa kekitaan dan perpaduan di kalangan rakyat.

Penggunaan penanda penghubung musabab iaitu kerana dan dengan itu dapat dikenalpasti dalam petikan seperti contoh berikut:

Walau apa pun cabaran kita hadapi sekarang, sama-samalah kita mengibarkan bendera kebangsaan, kerana dengan cara itu juga dapat menunjukkan semangat cinta kita terhadap negara Malaysia.

Walaupun Isnin depan kita akan melangkah masuk ke bulan Ogos, serentak dengan itu juga umat Islam akan mula berpuasa sebulan Ramadhan, ia patut menguatkan lagi semangat dan tanggungjawab kita untuk mengibarkan dan memacak bendera negara.

2.1.2 Penanda rujukan

Selain itu, penanda rujukan yang merangkumi kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk turut digunakan dalam petikan rencana tersebut. Penggunaan penanda wacana rujukan kata ganti nama diri orang iaitu kita dan kata ganti nama tunjuk iaitu itu dan ini dapat dilihat seperti contoh-contoh berikut:

Walau apa pun cabaran kita hadapi sekarang, sama-samalah kita mengibarkan bendera kebangsaan, kerana dengan cara itu juga dapat menunjukkan semangat cinta kita terhadap negara Malaysia
8

Jika diteliti acara mengibarkan Jalur Gemilang ini, ia sudah menjadi satu budaya setiap kali menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan.

2.1.3 Penanda penggantian

Terdapat juga penggunaan penanda penggantian dalam petikan rencana ini seperti yang berikut: Bendera Jalur Gemilang memang ada kuasa untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan. Ia meniup semangat di jiwa semua rakyat. Masyarakat tidak perlu malu-malu untuk mengibarkan bendera kebangsaan sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kedai malah pada kenderaan.

Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

2.1.4 Penanda leksikal

Penanda

wacana

leksikal

yang

terdiri

daripada

pengulangan

penuh,

pengulangan perkataan sama makna (sinonim), pengulangan yang melibatkan perkataan umum maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim) dan

pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi) turut digunakan dalam petikan rencana ini. Penanda leksikal pengulangan penuh yang dapat dilihat melalui petikan ini adalah seperti berikut:

Walaupun Isnin depan kita akan melangkah masuk ke bulan Ogos, serentak dengan itu juga umat Islam akan mula berpuasa sebulan Ramadhan, ia patut
9

menguatkan lagi semangat dan tanggungjawab kita untuk mengibarkan dan memacak bendera negara. Dalam bulan mulia dan Bulan Kemerdekaan negara, momentum politik elok dikendur-kendurkan.

Apa yang penting, seluruh lapisan rakyat perlu mempertahankan formula kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai negara sejak 54 tahun merdeka. Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Penanda leksikal pengulangan perkataan yang sama makna atau sinonim turut terdapat dalam petikan ini. Contohnya:

Selebihnya ia sudah tentu untuk memupuk perasaan cintakan negara atau patriotisme di kalangan rakyat meskipun negara terus berdepan isu-isu politik, ekonomi dan sosial.

Manfaatkan bulan Ogos ini dengan semangat perpaduan, cintakan negara, permuafakatan kaum dan keceriaan di kalangan rakyat.

Penggunaan penanda leksikal yang melibatkan pengulangan perkataan yang umum maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim) yang terdapat dalam petikan adalah seperti berikut: Bendera Jalur Gemilang memang ada kuasa untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan. Ia meniup semangat di jiwa semua rakyat. Masyarakat tidak perlu malu-malu untuk mengibarkan bendera kebangsaan sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kedai malah pada kenderaan.

10

Walaupun Isnin depan kita akan melangkah masuk ke bulan Ogos, serentak dengan itu juga umat Islam akan mula berpuasa sebulan Ramadhan, ia patut menguatkan lagi semangat dan tanggungjawab kita untuk mengibarkan dan memacak bendera negara. Dalam bulan mulia dan Bulan Kemerdekaan negara, momentum politik elok dikendur-kendurkan. Dan perpaduan kaum patut dipasak dengan kukuh di sanubari rakyat.

Pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi) pula dapat dilihat melalui contoh berikut:

Jika diteliti acara mengibarkan Jalur Gemilang ini, ia sudah menjadi satu budaya setiap kali menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan. Bendera Jalur Gemilang memang ada kuasa untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan. Ia meniup semangat di jiwa semua rakyat. Masyarakat tidak perlu malu-malu untuk mengibarkan bendera kebangsaan sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kedai malah pada kenderaan.

Sejak tiga tahun lalu kita dapat rasakan pasak perpaduan sedikit longgar dan jika silap langkah mudah dicabut oleh sesiapa yang tidak pedulikan keselamatan dan perpaduan kaum. Jadi sempena Bulan Kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia harus menilai semula masalah perpaduan antara kaum. Adakah kita mahu mengikut hala tuju parti-parti politik yang ada agenda tersembunyi atau kita patut pertahankan kerjasama antara kaum yang dibina sejak sekian lama?

2.1.5 Penanda elipsis

Akhir sekali, penanda elipsis atau pengguguran dapat dikenalpasti menerusi contoh-contoh yang terdapat dalam petikan seperti berikut:

Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih
11

tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Manfaatkan bulan Ogos ini dengan semangat perpaduan, cintakan negara, permuafakatan kaum dan keceriaan di kalangan rakyat. Berusahalah jadikan bulan ini menjadi titik perpaduan kaum dan bukannya menyemarakkan sengketa politik.

12

2.2 Ciri-ciri Wacana


Menurut Tatabahasa Dewan (2008:524), suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi (tautan) dan koheren (runtutan). Penjelasan tentang kohesi dalam Tatabahasa Dewan merujuk kepada ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Manakala Tatabahasa Dewan (2008 : 525 ) menjelaskan bahawa koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu lebih bermakna.

Namun, terdapat juga ciri-ciri lain yang membantu untuk menghasilkan wacana yang utuh. Antaranya termasuklah tujuan sesebuah wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana-wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami perkara yang didengar atau dibaca.

2.2.1 Kohesi atau tautan

Tautan merupakan keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain sama ada secara struktural atau semantik dalam menghasilkan wacana yang lengkap. Selain itu, tautan bermaksud kesepaduan dalam penulisan. Keserasian hubungan ini secara umumnya dapat dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan , frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Wujudnya pertalian ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan dan isi dengan isi. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.

Contoh ciri kohesi dalam petikan rencana adalah seperti berikut:

Apa yang penting, seluruh lapisan rakyat perlu mempertahankan formula kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai negara sejak 54 tahun merdeka.
13

Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Menerusi contoh petikan rencana di atas, kita dapat melihat adanya tautan antara suatu idea dengan idea yang lain. Maklumat yang cuba disampaikan oleh pengarang adalah berkenaan dengan formula untuk memajukan negara.

2.2.2 Koherensi atau runtutan

Koherensi membawa maksud kesinambungan idea dengan idea yang lain yang terdapat dalam sesebuah wacana. Koherensi dianggap asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna keseluruhan dan kesinambungannya, teks itu dianggap bukan wacana.

Contoh koherensi atau runtutan yang terdapat dalam petikan ialah:

Mulai hari ini semua masyarakat Malaysia perlu beramai-ramai kibarkan bendera Jalur Gemilang. Usah kita mengibarkan bendera usang dan lapuk. Belilah yang baru dengan semangat baru. Kita berharap semua pihak akan menjayakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang, sekurang-kurangnya kita dapat menghayati makna kemerdekaan dalam diri masing-masing. Manfaatkan bulan Ogos ini dengan semangat perpaduan, cintakan negara,

permuafakatan kaum dan keceriaan di kalangan rakyat. Berusahalah jadikan


14

bulan ini menjadi titik perpaduan kaum dan bukannya menyemarakkan sengketa politik.

Melalui contoh yang diberikan di atas, jelas kelihatan runtutan idea pengarang yang menyeru rakyat Malaysia untuk mengibarkan bendera dengan semangat perpaduan di samping menghayati makna kemerdekaan.

2.2.3 Tujuan

Wacana harus ada tujuan yang menentukan

sesuatu jenis ayat. Sekiranya

tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, maka ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Begitu juga jika tujuan sesebuah wacana itu adalah untuk meminta sesuatu, jadi ayat yang digunakan ialah ayat perintah.

Mulai hari ini semua masyarakat Malaysia perlu beramai-ramai kibarkan bendera Jalur Gemilang. Usah kita mengibarkan bendera usang dan lapuk. Belilah yang baru dengan semangat baru. Kita berharap semua pihak akan menjayakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang, sekurang-kurangnya kita dapat menghayati makna kemerdekaan dalam diri masing-masing.

Manfaatkan bulan Ogos ini dengan semangat perpaduan, cintakan negara, permuafakatan kaum dan keceriaan di kalangan rakyat. Berusahalah jadikan bulan ini menjadi titik perpaduan kaum dan bukannya menyemarakkan sengketa politik.

Berdasarkan petikan tersebut, frasa yang dicetak tebal itu dapat memberi gambaran kepada pembaca mengenai tujuan wacana tersebut ditulis. Petikan tersebut menyeru rakyat Malaysia untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang sekaligus menjayakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang agar makna kemerdekaan dapat dihayati.

15

2.2.4 Penerimaan Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan adalah rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau pembaca. 2.2.5 Maklumat Setiap wacana juga perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu dan maklumat lama. Maklumat lama adalah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala maklumat baharu adalah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut. Sempena sambutan ulang tahun ke-54 kemerdekaan negara, Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi Menteri-menteri Kabinet di Kuala Lumpur Sentral, semalam. Kempen dengan tema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itu bertujuan menyemai rasa kekitaan dan perpaduan di kalangan rakyat. Menerusi ayat yang bercetak tebal di atas, kita dapat mengenalpasti bahawa ayat tersebut merupakan ayat yang mengandungi maklumat baharu. Hal ini kerana setiap tahun pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dilakukan di tempat yang berbeza dengan tema yang berbeza. Maklumat mengenai pelancaran kempen tersebut dianggap sebagai maklumat baharu kerana baru sahaja dilaporkan.

2.2.6 Keadaan Sesuatu wacana juga perlulah sesuai dengan keadaan. Kesesuaian itu menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran. Pemilihan kata, frasa dan

16

susunan ayat yang tepat amat penting untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan. Penulisan rencana ini menggunakan kata, frasa dan susunan ayat yang sesuai dengan tema iaitu kemerdekaan dan diolah berdasarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. 2.2.5 Kejelasan Kejelasan ialah setiap perenggan yang jelas memberi makna penulisan idea yang terang, nyata, dan dapat difahami dengan mudah. Jika sesuatu penulisan tersebut adalah kabur, sukar difahami dan gagal menyampaikan ideanya serta tidak melakukan tugas komunikasi dengan pembaca maka ianya tidak akan menampakkan keutuhan dan ciri-ciri wacana yang baik.Kejelasan dapat dihasilkan melalui ayat-ayat yang tepat dan tidak meleret-leret, istilah-istilah konkrit, tidak kabur dan tidak terlalu umum. Mulai hari ini semua masyarakat Malaysia perlu beramai-ramai kibarkan bendera Jalur Gemilang. Usah kita mengibarkan bendera usang dan lapuk. Belilah yang baru dengan semangat baru. Kita berharap semua pihak akan menjayakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang, sekurang-kurangnya kita dapat menghayati makna kemerdekaan dalam diri masing-masing. Manfaatkan bulan Ogos ini dengan semangat perpaduan, cintakan negara, permuafakatan kaum dan keceriaan di kalangan rakyat. Berusahalah jadikan bulan ini menjadi titik perpaduan kaum dan bukannya menyemarakkan sengketa politik.

Menerusi contoh petikan di atas, ayat-ayat yang digunakan ringkas dan mudah difahami. Idea yang cuba disampaikan oleh pengarang juga jelas.

17

2.2.6 Wacana juga tidak boleh memasukkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang sebelumnya.

Wacana yang baik mestilah maklumatnya tidak bertentangan dengan maklumat yang ada sebelumnya. Walaupun Isnin depan kita akan melangkah masuk ke bulan Ogos, serentak dengan itu juga umat Islam akan mula berpuasa sebulan Ramadhan, ia patut menguatkan lagi semangat dan tanggungjawab kita untuk mengibarkan dan memacak bendera negara. Dalam bulan mulia dan Bulan Kemerdekaan negara, momentum politik elok dikendur-kendurkan. Dan perpaduan kaum patut dipasak dengan kukuh di sanubari rakyat.

Menerusi contoh petikan yang diberikan di atas, dapatlah kita perhatikan bahawa maklumat sebelumnya yang mengatakan bahawa pada Isnin depan, bulan Ogos yang juga merupakan bulan Ramadan akan menjelma. Maklumat seterusnya pula menyokong kenyataan yang dibuat sebelumnya dengan mengatakan bahawa bulan tersebut ialah bulan mulia bagi umat Islam dan bulan kemerdekaan negara.

2.2.7 Kesempurnaan Kesempurnaan bermaksud unit fikiran yang lengkap. Wacana tersebut telah berjaya untuk mengembangkan idea topiknya dengan sempurna dan lengkap. Selepas pembacaan terhadap perenggan atau terhadap tulisan tersebut, pembaca akan berpuas hati dan tidak tertanya-tanya akan perkara yang digambarkan dalam ayat topik. Alat-alat pengukuran yang biasa digunakan untuk mencapai kesempurnaan dalam wacana ialah butiran sokongan, contoh-contoh dan perbandingan. Terdapat ciri kesempurnaan dalam petikan rencana seperti contoh berikut: Sejak tiga tahun lalu kita dapat rasakan pasak perpaduan sedikit longgar dan jika silap langkah mudah dicabut oleh sesiapa yang tidak pedulikan keselamatan dan perpaduan kaum. Jadi sempena Bulan Kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia
18

harus menilai semula masalah perpaduan antara kaum. Adakah kita mahu mengikut hala tuju parti-parti politik yang ada agenda tersembunyi atau kita patut pertahankan kerjasama antara kaum yang dibina sejak sekian lama?

Apa yang penting, seluruh lapisan rakyat perlu mempertahankan formula kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai negara sejak 54 tahun merdeka. Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

2.2.8 Kepautan Sesebuah wacana dikatakan berpaut apabila ayat-ayat yang dibina di dalamnya lancar dan pembaca dapat membacanya dengan mudah dari satu ayat ke satu ayat yang lain tanpa ada ruang kosong atau jurang fikiran atau idea yang tertinggal serta tidak dikemukakan. Perenggan yang lemah kesatuannya akan lemah kepautannya. Kelemahan kepautan bukan hanya disebabkan kelemahan kesatuan dan susunan, tetapi ia juga disebabkan kelemahan hubungan melalui penggunaan alat penghubung. Alat-alat penghubung itu ialah rujukan kata ganti nama diri, pengulangan perkataan penting dan penanda transisi. Rencana ini mempunyai kepautan yang kuat kerana terdapat penggunaan kata ganti nama diri iaitu kita yang merujuk kepada rakyat Malaysia dan juga pengulangan perkataan penting iaitu bendera, perpaduan dan makna kemerdekaan. Salah satu contohnya: Sejak tiga tahun lalu kita dapat rasakan pasak perpaduan sedikit longgar dan jika silap langkah mudah dicabut oleh sesiapa yang tidak pedulikan keselamatan dan perpaduan kaum. Jadi sempena Bulan Kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia harus menilai semula masalah perpaduan antara kaum.

19

2.2.9 Wacana mempunyai andaian dan inferensi. Informasi atau maklumat awal dalam wacana disebut andaian manakala maklumat baru disebut inferensi. Dalam tatabahasa tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan. Inferensi memberikan penokokan maklumat kepada andaian dan dalam ujaran biasanya bahagian ini diberi penekanan suara yang lebih tinggi. Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Andaian dalam contoh di atas ialah formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Inferensi pula ialah formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan.

20

2.3 Jenis Wacana


Bidang wacana ialah satu bidang yang amat luas. Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu wacana tulisan dan wacana lisan. Petikan rencana ini merupakan wacana tulisan. Wacana tulisan atau written discourse ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan merupakan wacana yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi tidak langsung iaitu komunikasi satu arah merupakan komunikasi yang terlibat dalam wacana ini. Hal ini demikian, penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat dalam akhbar, novel, cerpen dan sebagainya. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan wacana yang berkualiti dan tepat. Wacana lisan atau spoken discourse merupakan wacana yang disampaikan secara lisan. Wacana lisan ini sering dikaitkan dengan wacana interaktif (interactive discourse). Untuk menerima, memahami atau menikmati wacana lisan ini, penerima harus menyemak atau mendengarkannya. Wacana lisan ini sangat produktif dalam sastera lisan di seluruh negara kita ini juga dalam siaran-siaran radio, televisyen, khutbah, ceramah; dalam kaset audio mahupun video turut mengekalkan wacana lisan. Wacana lisan terdiri daripada ucapan, syarahan, pidato, nyanyian, ceramah, lakonan dan sebagainya.

21

2.4 Keutuhan Wacana


Keutuhan wacana merupakan satu aspek penting dalam memastikan sama ada sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya satu kumpulan ayat yang tidak teratur. Menerusi wacana juga, kita dapat memahami kaitan bahasa dengan alam di luar bahasa secara mendalam.

Keutuhan wacana juga dapat diteliti daripada wujudnya hubungan-hubungan dari aspek semantik, leksikal, gramatikal dan fonologis antara bahagian-bahagian dalam wacana itu.

2.4.1 Kaitan dari aspek semantik

Kaitan dari aspek semantik dapat dilihat antara bahagian-bahagian wacana dan daripada segi konteks atau latar wacana. Kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat melalui pelbagai aspek. Aspek pertama ialah kaitan sebab dan tujuan. Contohnya ialah:

Sempena sambutan ulang tahun ke-54 kemerdekaan negara, Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi Menteri-menteri Kabinet di Kuala Lumpur Sentral, semalam. Kempen dengan tema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itu bertujuan menyemai rasa kekitaan dan perpaduan di kalangan rakyat. Selebihnya ia sudah tentu untuk memupuk perasaan cintakan negara atau patriotisme di kalangan rakyat meskipun negara terus berdepan isu-isu politik, ekonomi dan sosial. Walau apa pun cabaran kita hadapi sekarang, samasamalah kita mengibarkan bendera kebangsaan, kerana dengan cara itu juga dapat menunjukkan semangat cinta kita terhadap negara Malaysia.

22

Aspek kedua ialah kaitan sebab dan akibat. Contohnya adalah seperti berikut:

Sejak tiga tahun lalu kita dapat rasakan pasak perpaduan sedikit longgar dan jika silap langkah mudah dicabut oleh sesiapa yang tidak pedulikan keselamatan dan perpaduan kaum. Jadi sempena Bulan Kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia harus menilai semula masalah perpaduan antara kaum. Adakah kita mahu mengikut hala tuju parti-parti politik yang ada agenda tersembunyi atau kita patut pertahankan kerjasama antara kaum yang dibina sejak sekian lama?

Aspek ketiga pula ialah kaitan sebab dan hasil. Contohnya: Bendera Jalur Gemilang memang ada kuasa untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan. Ia meniup semangat di jiwa semua rakyat.

Seterusnya, aspek keempat iaitu kaitan syarat dan hasil dapat dilihat menerusi petikan rencana ini. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan contoh daripada petikan rencana seperti berikut:

Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Selain itu, aspek semantik yang terdapat dalam petikan rencana ini ialah kaitan latar dan kesimpulan. Contohnya:

Sejak tiga tahun lalu kita dapat rasakan pasak perpaduan sedikit longgar dan jika silap langkah mudah dicabut oleh sesiapa yang tidak pedulikan keselamatan dan perpaduan kaum. Jadi sempena Bulan Kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia harus menilai semula masalah perpaduan antara kaum.
23

Akhir sekali, aspek semantik yang ditekankan dalam rencana ini ialaha kaitan memperkuatkan isi. Aspek ini dapat dilihat menerusi contoh berikut:

Mulai hari ini semua masyarakat Malaysia perlu beramai-ramai kibarkan bendera Jalur Gemilang. Usah kita mengibarkan bendera usang dan lapuk. Belilah yang baru dengan semangat baru.

2.4.2 Kaitan dari aspek leksikal

Kaitan dari aspek leksikal dapat dilihat menerusi pengulangan penuh, pengulangan perkataan sama makna (sinonim), pengulangan yang melibatkan perkataan umum maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim) dan

pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi) turut digunakan dalam petikan rencana ini. Penanda leksikal pengulangan penuh yang dapat dilihat melalui petikan ini adalah seperti berikut:

Sempena sambutan ulang tahun ke-54 kemerdekaan negara, Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi Menteri-menteri Kabinet di Kuala Lumpur Sentral, semalam. Kempen dengan tema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itu bertujuan menyemai rasa kekitaan dan perpaduan di kalangan rakyat. Selebihnya ia sudah tentu untuk memupuk perasaan cintakan negara atau patriotisme di kalangan rakyat meskipun negara terus berdepan isu-isu politik, ekonomi dan sosial. Walau apa pun cabaran kita hadapi sekarang, sama-samalah kita mengibarkan bendera kebangsaan, kerana dengan cara itu juga dapat menunjukkan semangat cinta kita terhadap negara Malaysia.

Apa yang penting, seluruh lapisan rakyat perlu mempertahankan formula kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai negara sejak 54 tahun merdeka. Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih
24

tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Penanda leksikal pengulangan perkataan yang sama makna atau sinonim terdapat dalam petikan ini. Contohnya:

turut

Selebihnya ia sudah tentu untuk memupuk perasaan cintakan negara atau patriotisme di kalangan rakyat meskipun negara terus berdepan isu-isu politik, ekonomi dan sosial.

Manfaatkan bulan Ogos ini dengan semangat perpaduan, cintakan negara, permuafakatan kaum dan keceriaan di kalangan rakyat.

Penggunaan penanda leksikal yang melibatkan pengulangan perkataan yang umum maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim) yang terdapat dalam petikan adalah seperti berikut: Bendera Jalur Gemilang memang ada kuasa untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan. Ia meniup semangat di jiwa semua rakyat. Masyarakat tidak perlu malu-malu untuk mengibarkan bendera kebangsaan sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kedai malah pada kenderaan.

Walaupun Isnin depan kita akan melangkah masuk ke bulan Ogos, serentak dengan itu juga umat Islam akan mula berpuasa sebulan Ramadhan, ia patut menguatkan lagi semangat dan tanggungjawab kita untuk mengibarkan dan memacak bendera negara. Dalam bulan mulia dan Bulan Kemerdekaan negara, momentum politik elok dikendur-kendurkan. Dan perpaduan kaum patut dipasak dengan kukuh di sanubari rakyat.

25

Pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi) pula dapat dilihat melalui contoh berikut:

Jika diteliti acara mengibarkan Jalur Gemilang ini, ia sudah menjadi satu budaya setiap kali menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan. Bendera Jalur Gemilang memang ada kuasa untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan. Ia meniup semangat di jiwa semua rakyat. Masyarakat tidak perlu malu-malu untuk mengibarkan bendera kebangsaan sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kedai malah pada kenderaan.

Sejak tiga tahun lalu kita dapat rasakan pasak perpaduan sedikit longgar dan jika silap langkah mudah dicabut oleh sesiapa yang tidak pedulikan keselamatan dan perpaduan kaum. Jadi sempena Bulan Kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia harus menilai semula masalah perpaduan antara kaum. Adakah kita mahu mengikut hala tuju parti-parti politik yang ada agenda tersembunyi atau kita patut pertahankan kerjasama antara kaum yang dibina sejak sekian lama?

2.4.3 Kaitan dari aspek gramatikal

Seterusnya, kaitan dari aspek gramatikal dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti kata hubung dan pelenyapan (penguguran) perkataan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan antara klausa dengan klausa, ayat dan kesatuan. Contohnya, atau, dan, lalu dan sambil. Kempen dengan tema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itu bertujuan menyemai rasa kekitaan dan perpaduan di kalangan rakyat. Selebihnya ia sudah tentu untuk memupuk perasaan cintakan negara atau patriotisme di kalangan rakyat meskipun negara terus berdepan isu-isu politik, ekonomi dan sosial.

Walaupun Isnin depan kita akan melangkah masuk ke bulan Ogos, serentak dengan itu juga umat Islam akan mula berpuasa sebulan Ramadhan, ia patut
26

menguatkan lagi semangat dan tanggungjawab kita untuk mengibarkan dan memacak bendera negara. Dalam bulan mulia dan Bulan Kemerdekaan negara, momentum politik elok dikendur-kendurkan. Dan perpaduan kaum patut dipasak dengan kukuh di sanubari rakyat.

Pelenyapan (pengguguran) bertujuan mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat yang tersirat daripada pernyataan-pernyataan yang telah diberikan. Contohnya:

Sebagai mana kata Najib, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan merupakan formula untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi. Formula tersebut ialah kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan, kestabilan dan keselamatan. Formula ini perlu dipertahankan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Manfaatkan bulan Ogos ini dengan semangat perpaduan, cintakan negara, permuafakatan kaum dan keceriaan di kalangan rakyat. Berusahalah jadikan bulan ini menjadi titik perpaduan kaum dan bukannya menyemarakkan sengketa politik.

2.4.4 Kaitan dari aspek fonologi

Kaitan daripada aspek fonologi pula dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, nada suara, intonasi dan tinggi rendah. Unsur-unsur ini juga boleh menimbulkan kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana. Dalam teks berkenaan, alat-alat yang digunakan sebagai unsur paralinguistik ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana seperti noktah, koma dan tanda soal.

27

3.0 Kesimpulan
Wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan atau percakapan. Wacana merupakan unit bahasa yang melampaui ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, bab, cerita, dialog atau buku yang menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.

Secara umumnya, wacana terbahagi kepada dua iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan melibatkan hubungan antara penutur dan pendengar manakala wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dan pembaca. Wacana lisan merupakan wacan yang disampai melalui pertuturan sedangkan wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan dalam bentuk penulisan.

Sesebuah wacana perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat di sekitarnya dan hendaklah mempunyai tujuan bagi menentukan jenis ayat yang digunakan dalam sesebuah wacana tersebut. Sesebuah wacana hendaklah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar dan penulis dengan pembaca. Dalam sesebuah wacana, maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan. Wacana memerlukan unsur-unsur susun atur. Selain itu, wacana juga perlu mempunyai andaian dan inferensi. Wacana harus ada maklumat yang baru untuk disampaikan.

Bagi menguatkan perkaitan dan kesinambungan idea-idea dalam sesebuah wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana ialah kata-kata, rangkai kata atau frasa yang dapat menunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran.

Keutuhan wacana boleh menentukan sama ada sesuatu kesatuan boleh dikatakan wacana atau tidak. Bagi mengkaji keutuhan sesuatu wacana, analisis berdasarkan aspek-aspek fonologi, semantik, gramatikal dan leksikal.

28

Bibliografi
Sanad Md. Nasir, (2002). Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat, (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2 : Komunikasi Retorika, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wong Khek Seng, (1995). Kesinambungan Topik Dalam Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

29

Refleksi
Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan kerja kursus ini merangkumi penanda wacana, ciri-ciri wacana, jenis-jenis wacana dan ciri-ciri keutuhan wacana. Tugasan ini memerlukan pelajar untuk memilih rencana pengarang daripada akhbar berbahasa Melayu arus perdana. Berdasarkan petikan rencana tersebut, pelajar dikehendaki menghuraikan penanda wacana, ciri-ciri wacana, jenis wacana dan memberikan alasan tentang ciri-ciri keutuhan wacana yang terdapat dalam petikan tersebut. Saya telah memilih rencana yang bertajuk Kibarkan Jalur Gemilang Bersama Penghayata n Perpaduan daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2011.

Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pelaksanaan kerja kursus ini. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah menimba ilmu pengetahuan dan dapat mendalami subjek wacana yang merangkumi takrif wacana, penanda wacana, ciri-ciri wacana, jenis wacana dan keutuhan wacana. Pada mulanya, saya agak kabur mengenai maksud wacana itu sendiri apatah lagi menganalisis petikan daripada aspek ciri-ciri keutuhan wacana. Namun, berkat bimbingan pensyarah, perbincangan dengan rakan sekelas serta rujukan dari pelbagai sumber, saya telah mendapat pengetahuan serba sedikit mengenai subjek wacana ini sekaligus berjaya melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

Pelbagai cabaran yang saya tempuh sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Antara cabaran tersebut ialah kekangan masa yang saya hadapi dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya terpaksa membahagikan masa supaya kerja kursus ini tidak tergendala dan aktiviti seharian saya juga tidak terganggu. Tambahan pula, ada kerja kursus bagi subjek lain yang harus saya siapkan.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan bahan rujukan. Bahan rujukan yang saya miliki agak terhad dan hal tersebut menyebabkan saya harus ke pusat sumber untuk mencari buku dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk yang
30

saya pilih serta bersaing dengan pelajar lain dalam mencari bahan-bahan tersebut. Saya juga ada mengambil inisiatif untuk menggunakan sumber rujukan daripada internet. Saya terpaksa menapis beberapa maklumat yang saya peroleh daripada laman sesawang kerana tidak semua maklumat yang dipaparkan memenuhi kehendak tajuk yang saya kaji.

Pengalaman menyiapkan kerja kursus ini membuatkan saya lebih bersedia untuk menempuh cabaran pada masa akan datang. Sedikit banyak cabaran yang telah saya hadapi mematangkan saya. Banyak iktibar dan pengajaran serta perkara baru yang telah saya pelajari dalam proses membuat kerja kursus ini. Saya menjadi lebih bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang dan berazam untuk membaiki kelemahan diri serta memberi komitmen penuh dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

31

You might also like