Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Eksperimen Magnet Tajuk Objektif Eksperimen magnet Untuk menyiasat hubungan diantara saiz magnet dan kekuatannya.

a. Pernyataan Masalah Pengenalan Magnet ialah bahan yang mempunyai kuasa untuk menarik objekobjek tertentu. Orang Yunani dipercayai sebagai orang yang pertama mengetahui adanya magnet. Mengikut sejarah,seorang pengembala kambing bernama Magnes telah berhenti rehat di suatu tempat. Dia meletakkan tongkatnya pada seketul batu. Hujung tongkat itu diperbuat daripada besi. Magnes terperanjat apabila mendapati hujung tongkatnya itu terlekat pada batu itu. Batu itu diberi nama magnet. Adakah saiz magnet mempengaruhi kekuatan tarikan magnet?

Batu magnet ialah magnet semula jadi. Kebanyakan magnet pada masa sekarang diperbuat bentuk daripada magnet. besi Ada segi dan yang keluli. Ada

bermacam-macam U,berbentuk

berbentuk

batang,berbentuk

empat,berbentuk

bulat,berbentuk gelang dan berbentuk ladam.

Semua bahan yang melekat pada magnet diperbuat daripada logam. Akan tetapi,hanya beberapa logam dapat melekat pada magnet. Contohnya ialah besi,keluli,dan nikel. Logam lain seperti aluminium tidak melekat sama sekali dengan magnet. Magnet menyebabkan bahan-bahan bergerak dengan tarikan yang tidak kelihatan. Ini dinamakan sebagai daya magnetik. Sesetengah magnet dijual dengan sekeping besi melekat padanya. Kepingan besi ini dinamakan penyimpan. Penyimpan pada magnet

berbentuk ladam. Magnet

berbentuk bar disimpan secara

berpasangan dengan dua penyimpan. Penyimpan menghalang magent daripada menarik bahan-bahan lain apabila magnet itu

tidak digunakan. Setiap magnet mempunyai dua tempat yang paling kuat. Ini dinamakan kutub magnet. Iaitu kutub utara dan selatan.Kutub-kutub magnet berada pada hujung magnet yang bertentangan.

Magnet berbentuk ladam menarik paling banyak pin pada keduadua hujungnya. Kebanyakan pin terlekat pada hujung magnet yang berbentuk bar manakala magnet berbentuk bulat

mempunyai daya yang paling kuat pada bahagiaan leper.

Setiap magnet mempunyai dua jenis kutub. Satu dinamakan kutub utara dan satu lagi dinamakan kutub selatan. Kutub yang sama akan menolak manakala kutub yang berlainan akan menarik antara satu sama lain.

Magnet mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat bagi manusia. Magnet membantu kelasi,penjelajah,dan pengembara yang berjalan kaki mencari arah perjalanan mereka. Manusia pertama yang mencipta kompas ialah Orang Cina. Kompas ini berbentu penyu dan mengandungi sebuah magnet. Magnet menyebabkan penyu berpusing supaya kepalanya menunjukkan arah utara.

Kutub utara pada semua magnet akan mengarah pada satu tempat sahaja. Kedudukan ini dinamakan kutub utara magnetik Bumi. Tempat ini berada di kawasan utara Artik yang sangat sejuk. Penjelajah-penjelajah mendapati bahawa kompas mereka tidak berfungsi di kutub utara Bumi. Magnet di dalam kompas mereka hanya berputar dan tidak menentukan arah yang tertentu.

Kompas bagi pengembara yang berjalan kaki mempunyai jarum magnetik di dalamnya. Jarum itu menunjukkan arah utara. Untuk mencari arah yang berlainan,pengembara akan memusingkan kad

di bawahnya. Apabila U (utara) berada di bawah jarum,semua anak panah akan menunjukkan arah yang betul.

Magnet mengandungi banyak bahagian halus yang dinamakan kawasan kekuasaan. Setiap satu menyerupai satu magnet yang kecil. Bahagian ini tersusun dan menghala ke arah yang sama. Semua logam yang melekat pada magnet mempunyai kawasan kekuasaan. Namun, bahagian-bahagian halus ini berada dalam keadaan yang tidak tersusun. Magnet boleh menjadikannya tersusun rapi. Dengan ini,logam akan menjadi suatu magnet.

Terdapat sejenis batu yang dinamakan magnetit. Magnetit merupakan magnet semula jadi dan mula-mula dijumpai di sebuah tempat yang dinamakan Magnesia. Nama semua magnet adalah berdasarkan nama tempat ini.

Tenaga elektrik boleh bertindak seperti magnet. Tenaga elektrik dihasilkan oleh benda-benda tidak ketara yang dinamakan elektron. Elektron bergerak dengan mudah melalui logam. Aliran elektrik dinamakan arus elektrik. Sesetengah magnet memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Ini dinamakan sebagai

elektromagnet.

Magnet juga membolehkan banyak mesin elektrik berfungsi. Mesin yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dinamakan penjana kuasa elektrik. Penjana kuasa ini mempunyai gelungan wayar dengan magnet-magnet di sekelilingnya. Motor elektrik mempunyai gelungan wayar dan magnet seperti yang terdapat dalam penjana kuasa tetapi bekerja dengan cara yang sebaliknya. Gelungan wayar itu tidak bergerak sehingga tenaga elektrik dari bateri mengalir melaluinya. Aliran tenaga elektrik antara magnetmagnet tersebut menyebabkan gelungan wayar itu berputar. Sebatang rod memutarkan gelungan wayar yang terletak di antara

magnet-magnet

tersebut.

Apabila

gelungan

wayar

itu

menghasilkan medan magnet,tenaga elektrik akan mengalir melalui dawai tersebut.

Selain itu, pita perakam juga terdiri daripada magnet-magnet halus. Magnet-magnet halus ini digunakan untuk merakam bunyi di dalam pita perakam. Isyarat-isyarat itu akan menuju ke suatu elektromagnet. Ini akan menyusun magnet-magnet pada pita itu dalam suatu corak untuk dipadankan dengan isyarat tersebut.

Apabila pita dimainkan , pita tersebut akan bergerak melalui suatu elektromagnet lain yang dinamakan kepala alat main batik. Corak itu menyebabkan kepala tersebut menghasilkan isyarat elektrik. Isyarat ini sama dengan isyarat yang terhasil apabila bunyi dirakamkan. Isyarat ini akan menuju ke pembesar suara yang digunakan untuk menghasilkan bunyi itu semula. Hipotesis Magnet yang lebih besar mempunyai kekuatan tarikan yang lebih tinggi berbanding magnet bersaiz kecil. Definisi secara Kekuatan daya tarikan magnet boleh diukur dengan mengambil operasi Pemboleh ubah kira bilangan klip kertas yang tertarik pada magnet. Dimanipulasi : Saiz magnet Bergerak balas: Bilangan klip kertas yang ditarik oleh magnet Dimalarkan Bahan/ Radas Prosedur Magnet Klip kertas Pembaris Pemadam Sudu : Jenis klip kertas

1. Bahan dan radas disediakan. 2. Dua jenis magnet yang berbeza saiz diuji kekuatannya dengan menggunakan klip kertas besi. 3. Klip kertas besi disambung kepada magnet besar sehingga menjadi satu rangkaian yang panjang.

4. Bilangan klip kertas besi yang menjadi rantaian tadi dikira dan direkodkan. 5. Prosedur 3 diulang dengan menggantikan magnet besar dengan magnet kecil. 6. Bilangan klip kertas yang melekat pada magnet kecil dikira dan direkodkan.

Keputusan Pemerhatian

/ Saiz magnet Besar 20 Bilangan klip yang ditarik

Kecil

12

Perbincangan

1) Eksperimen ini boleh dijalankan di dalam atau diluar bilik darjah. 2) Aktiviti ini merupakan aktiviti ringkas yang mengaplikasikan penggunaan bahan-bahan di sekeliling kanak-kanak dan mudah didapati. 3) Pengembangan dan penjanaan idea kanak-kanak dapat dilakukan dengan mencetus persoalan mengapakah

magnet boleh menarik sesetengah bahan dan adakah tarikan yang diberikan oleh magnet yang berbeza saiz

adalah sama. 4) Eksperimen ini dapat menjawab persoalan kanak-kanak terbabit. 5) Murid-murid perlu mengelak melakukan eksperimen ini berdekatan dengan bahan yang boleh menyebabkan tarikan magnet seperti kompas. 6) Ini bagi mengelakkan magnet tertarik kepada bahan lain selain bahan yang disediakan. 7) Dalam eksperimen ini, murid dapat melihat perbezaan tarikan magnet yang bersaiz besar dan kecil. 8) Magnet yang bersaiz besar mempunyai kekuatan magnet yang lebih kuat berbanding magnet yang lebih kecil. 9) Ini menyebabkan magnet yang bersaiz besar menarik lebih banyak klip kertas berbanding magnet kecil. Langkah berjaga-jaga Pelajar perlu berhati-hati sewaktu mengendalikan magnet yang besar. Pelajar perlu memastikan tiada barangan yang diperbuat daripada besi yang berada berdekatan sewaktu eksperimen dijalankan. Kesimpulan Hipotesis diterima Magnet yang lebih besar mempunyai kekuatan yang lebih tinggi berbanding magnet yang lebih kecil.

Rujukan Choong, C. F. (2009). Longman Pre-U Tect STPM Physics Volume 1. Selangor Darul Ehsan : Pearson Longman . Choong, C. F. (2010). Longman pre-U Text STPM Physics Volume 2. Selangor Darul Ehsan : Pearson Longman . Kah, T. O Lim Ching Chai, C. S. (2010). Xpress Pro Physics SPM . Petaling Jaya : Sasbadi Sdn Bhd. Yap Eng Keat, K. G. (2008). Logman Essential Physics Form 5 Bilingual text . Kuala Lumpur : Pearson Longman .

Yap Eng Keat, K. G. (2008 ). Longman Essential Physics Form 4 Bilingual text . selangor daruh Ehsan : Pearson Longman . Yoon, H. H. (2005). Pre-U text Organic Chemistry . Selangor : pearson Longman .

(n.d.).

Retrieved

01

30,

2012,

from

cikgunaza

sains123.blogspot.com/...fizik (n.d.). Retrieved 01 30, 2012, from

fs.um.edu.my/documents/bp/fizik_bm10.pdf

You might also like