Sambungan Keluli

You might also like

Download as doc
Download as doc
You are on page 1of 7

SAMBUNGAN PADA STRUKTUR KELULI

Sambungan antara struktur keluli, sebagai contohnya rasuk dengan tiang adalah
menggunakan sesangga ( corbels ). Gambar 5.1 menunjukkan rasuk yang diletakkan pada
sesangga. Gambar 5.2 pula menunjukkan penyambungan antara rasuk dan tiang
bersesangga konkrit pra-tuang pada bahagian penjuru bangunan.

Gambar 5.1

Gambar 5.2
Pada komponen tiang berdekatan dengan sesangga, terdapatnya rongga yang
disediakan bagi tujuan penyambungan. Kekunci ricih digunakan untuk mengikat komponen-
komponen antara satu sama lain. Di samping itu, bar keluli yang siap dipasang semasa kerja-
kerja konkrit di kilang ada disediakan untuk bertindak sebagai dowel bagi mengatasi ricihan.
Pada bahagian hujung atas tiang, bar keluli yang sama juga disediakan bagi tujuan ikatan
antara tiang dan komponen lain di atasnya. Sila rujuk Gambar 5.3 dan Gambar 5.4 di bawah.

Gambar 5.3

Gambar 5.4
Gambar 5.5 pula menunjukkan rasuk konkrit pra-tuang digunakan. Bagi tujuan ikatan
antara sambungan rasuk dengan rasuk, sambungan khas yang dinamakan ‘Ghazali Hanger’
adalah digunakan. Tetulang keluli disediakan pada salah satu rasuk bagi mengikat kedua-dua
komponen tersebut. Pada hujung rasuk yang lain terdapatnya plat keluli yang menyediakan
lurah segiempat tepat bagi menerima tetulang keluli dari rasuk yang bersambung untuk
memberikan perlindungan bagi kegagalan ricih. Gambar 5.6 pula menunjukkan bahagian
bawah tiang di mana rongga disediakan bagi menerima tetulang pemula dari komponen lain di
bawahnya.

Gambar 5.5

Gambar 5.6
Sambungan nib konkrit tetulang pada tiang digunakan dalam sistem konkrit pratuang ini.
Nib akan menyediakan ruang untuk meletakkan rasuk bagi penyambungan antara rasuk dan
tiang.

Gambar 5.7 Gambar 5.8

Gambar5.9

Gambar 5.10

Sambungan rasuk separuh dan lengkap adalah digunakan bagi sambungan antara tiang
dan rasuk, bergantung kepada lokasi penyambungan. Bagi mendapatkan kesinambungan
antara rasuk dan komponen lantai atau dinding atasnya, tetulang telah siap dipasang pada
rasuk bagi tujuan ikatan di antara kedua-dua komponen.
Gambar 5.11

Gambar 5.12

Kedua-dua gambar 5.11 dan 5.12 di atas menunjukkan dua sambungan berbeza antara
rasuk dan tiang. Gambar 5.11 menunjukkan rasuk separuh disambungkan kepada nib konkrit
tetulang bagi pengagihan bebannya manakala gambar 5.12 menunjukkan sambungan rasuk
separuh dipasang pada sesiku dan diikat dengan bolt. Sambungan rasuk yang dibuat pada
sesiku adalah digunakan pada lokasi yang menanggung beban yang kurang.
Gambar 5.13

Gambar 5.13 menunjukkan tiang pada satu pepenjuru bangunan yang menggunakan
sambungan yang berbeza bergantung kepada pembebanan pada rasuk.

Gambar 5.14
Gambar 5.15

Gambar 5.14 di atas menunjukkan bar keluli yang siap dipasang pada bahagian atas
tiang konkrit tetulang untuk bertindak sebagai dowel bagi mengatasi ricihan. Gambar 5.15
menunjukkan lubang pada rasuk siap disediakan bagi menerima dowel.

Gambar 5.16

Sambungan dasar tiang adalah mengunakan sambungan plat dasar. Gambar 5.16
menunjukkan juga tetulang pemula bagi ikatan dengan komponen – komponen yang lain.

You might also like