Reportmesinlarik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Pengenalan mesin larik Mesin larik adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong

g selari permukaan sebelah luar atau dalam sepeti menggerudi,memotong, membuang skru,meluas,menggerek,memotongtirus, melorek, mencanai,mengilapdan lain-lain. Pemotongan yang dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kejra yang sedang berpusing.Suapan mata alat sama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja semasa dalam kerja pemotongan tirus. Objektif Am Mengenali jenis-jenis mesin larik yang ada di dalam bengkel mesin dan fungsi-fungsinya dalam proses pembentukan sesuatu projek yang ingin dihasilkan. Khusus 1.Mengamalkanlangkahkeselamatanketika melarik 2.Boleh mengendalikanmesinlarik denganlebih yakin. 3.Boleh memesinbenang skru v di mesin larik 4.Boleh melariktirus, melorekdan menggerek 5.Mengendalikan mesin atau untuk mesin muka rata, tegak dan bertingkat. 6.Menggunakan alat -alatpengukurdanpengujidenganlebihyakin.

Kemahiran yang diperolehi 1. Menampang (facing) 2. Melarik selari (parallel turning) 3. Melarik bertingkat (step turning) 4. Buang segi(chamfer) 5. Membunga dan melorek (knurling) 6. Melurah (neck) 7. Mengukur (measuring)

Teori
Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil digunakan dalam pengeluaran komponen kecil jam tangan sementara yang besar sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin pelarik boleh dikelaskan kepada dua kategori : 1. Mesin Pelarik Jentera Dalam kategori ini terdapat empat jenis mesin pelarik. 1. Jenis bangku Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia digunakan untuk menghasilkan kerja yang ringan dan halus. 2. Mesin pelarik piawai (mesin larik tetengah) Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin adalah 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi latihan kemahiran. Jenis toolroom Jenis mesin ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die. Mesin ini juga dilengkapi dengan alat tambahan khas dan aksesori supaya beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan.

3.

4. Jenis gap-bed Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada landasannya di bawah cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau kompenen dengan diameter yang lebih besar boleh dipegang.

2. Jenis Mesin Pengeluaran Ada lima jenis mesin pelarik untuk kategori ini : (a) Pelarik turret pelana Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini mempunyai kepala turret yang dipasang pada pelana yang bergerak diatas landasan. Kepala turret boleh memegang beberapa jenis mata pemotong dan boleh digunakan untuk melarik beberapa operasi tanpa memberhentikan mesin untuk menukar mata alat. (b) Pelarik kapstan Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit saiznya daripada jenis pelarik turret. Ia digunakan untuk melakukan kerja-kerja sederhana dan ringan sahaja. Kepala turret mesin ini terletak diatas satu kekesot berbentuk landasan pendek. Landasan pendek ini pula menggelongsor diatas landasan utama mesin dan boleh dikunci pada sebarang kedudukan yang dikehendaki.

(c) Pelarik automatik Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti diantara beberapa ratus sehingga beberapa puluh ribu kompenen sehari. Semua pergerakan mata pemotong dan bahan kerja dikawal oleh sesondol (cam), sistem hidraulik atau sistem elektro mekanik. d) Pelarik kegunaan khas Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti : -pelarik roda kereta api -pelarik aksel -pelarik penampang -pelarik menegak (e) Pelarik N.C dan C.N.C Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini lebih produktif dan hasil pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan dengan mesin lain. Terdapat dua jenis mesin iaitu : -Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja. -Jenis yang mempunkyai dua turret dimana satu turret dipasang pada landasan dan satu lagi pada kekesot lintang.

Bahagian dan fungsi bahagian mesin larik.

Alatan Hadapan : Bahagian ini terletak di atas sebelah kiri landasan mesin pelarik. Pada bahagian ini, terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas kawalan gear untuk melaraskan pemilihan kelajuan pelarik. Alatan hadapan bergear lebih baik daripada alatan hadapan bertakal kerana rangkaian kelajuan yang banyak akan diperoleh. Pada bahagian ini juga dipasangkan alat tambahan, iaitu bindu. Tujuannya adalah untuk memegang atau mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik. Terdapat dua jenis bindu yang lazim digunakan, iaitu bindu jenis tiga rahang dan bindu jenis empat rahang.

ii.

Alatan Belakang :

Alatan belakang terletak disebelah kanan mesin larik. Kedudukan alatan belakang boleh di gerakkan disepanjang landasan mesin pelarik. Tapak di mesin supaya boleh duduk di atas landasan dengan tepat. Alatan ini berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang semasa kerja melarik dan menempatkan alatan tambahan seperti tetengah dan bindu yang disesuaikan dengan kerja yang akan dibuat di mesin larik.

iii.

Pelana / Kereta :

Pelana / kereta terletak di anatara alatan hadapan dan alatan belakang. Selanya berbentuk huruf H dan boleh digerakkan disepanjang landasan sama ada ke kiri atau ke kanan. Pergerakannya boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan roda pelana. Fungsinya adalah untuk menyokong kedudukan sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung yang terdapat di atasnya. Tapak kekesot bergabung boleh dikilas untuk memotong penirusan yang pendek. Keseluruhannya bahagian kereta dan kekesot lintang boleh digerakkan secara automatik atau dengan menggunakan tangan. Hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapkan dengan relang yang ditanda dengan jitu supaya kedudukan mata alat boleh dilaraskan dengan tepat. iv. Landasan :

Landasan mesin pelarik dibuat dengan mengguankan besi tuang yang bermutu tinggi. Ianya merupakan bahagian yang berfungsi menyokong kedudukan pelana / kereta dan alatan belakang mesin pelarik. Terdapat dua jenis bentuk landasan. Mesin-mesin kecil dan sederhana saiznya mempunyai landasan Vee. Manakala mesin-mesin yang besar yang melarik kerja-kerja berat mempunyai landasan rata. Permukaan landasan mempunyai sifat yang keras, kuat dan kukuh supaya tahan digunakan untuk jangka masa yang lama.

Bentuk landasan

Landasan Vee

Landasan Rata

Tiang Mata Alat Fungsi tiang mata alat adalah untuk memegang mata pemotong dengan sempurna supaya pemotongan boleh dijalankan. Terdapat empat jenis tiang mata alat iaitu : a)Tiang Mata Alat Amerika Tiang mata alat jenis ini mudah dilaraskan dengan mata alat. Jumpelang yang terletak di atas pemegang itu boleh dilaraskan supaya mata alat itu boleh dilaras dengan mudah. Tiang mata alat ini menggunakan satu bolt pengikat sahaja dan ini menyebabkan mata itu terkeluar jika tidak diikat dengan kuat. b) Tiang Mata Alat Indeks Tiang jenis ini boleh memegang empat jenis mata alat dengan serentak dan dengan itu boleh dilakukan banyak jenis operasi tanpa berhenti dan menukar mata alat. Tiang mata alat ini boleh diindeks kepada 12 kedudukan dengan melonggarkan gagang dan memutar turret kepada kedudukan yang dikehendaki. c) Tiang Mata Alat Tunggal Tiang mata alat jenis ini Cuma boleh memegang satu mata alat sahaja dengan diikat oleh dua skru. Tiang mata alat ini digunakan pada mesin-mesin yang melakukan kerja-kerja berat. Tiang ini juga boleh dilaraskan kepada mana-mana kedudukan dan diikat dengan nat. d)Tiang Mata Alat Tukar Cepat Tiang mata alat jenis ini digunakan pada mesin NC dan CNC yang mesti menukarkan tiang mata alat dengan cepat dan tepat. Cuma pemegang yang ada tanggam bajang sahaja boleh dipasang pada tiang mata alat jenis ini.

SAIZ MESIN PELARIK Ditentukan dengan cara : hayunan (garis pusat besar sekali yang boleh dilarik tanpa mengena landasan) panjang landasan (ukuran linear panjang keseluruhan landasan) tinggi tetengah ( jarak antara paksi mesin dan landasan mesin)

jarak antara tetengah (ukuran linear bendakerja yang terpanjang yang boleh dipegang antara tetengah) -mesin pelarik diperbuat dalam berbagai-bagai saiz. -hayunan mesin pelarik yang diperbuat ialah antara 220 mm hingga 750 mm. jarak antara tetengah-tetengah ialah antara 450 mm hingga 3050mm.

Jenis bahan mata alat MEMAHAMI FUNGSI DAN JENIS-JENIS MATA ALAT Faktor yang menentukan kecekapan sebuah mesin larik ialah bentuk dan jenis mata alat yang digunakan. Bahan mata alat yang digunakan haruslah memepunyai sifat-sifat berikut: (a) Bahan mestilah keras (b) Mempunyai rintangan kehausan (c) Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong (d) Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik eksentrik dan larikan kasar. Diantara jenis-jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa ialah : a. Mata alat pemotongan biasa b. Mata alat melurah c. Mata alat membenang -Jenis V -Jenis Acme -Jenis Buttres -Jenis Bersegi d. Mata alat jenis sisip (Throwaway) e. Mata alat menggerek dan sebagainya

SUDUT-SUDUT YANG ADA PADA MATA ALAT 1. SUDUT SADAK ATAS (top rake) Fungsi utama sudut ini adalah dalam pengeluaran tatal semasa larikan dibuat. (sudut ini curam positif atau negetif, lihat rajah). Sudut ini bergantung kepada jenis bahan yang dipotong. Sudut sadak atas untuk bahan lembut seperti loyang adalah lebih besar daripada misalnya bahan keluli lembut. Untuk memesin yang terlalu keras atau lembut sudut sadak atas dicadangkan bersudut negetif. 2. SUDUT SADAK TEPI Sudut ini bergantung kepada bahan yang dilarik dan jenis operasi yang dilakukan, contohnya melarik kasar, penyudahan dan sebagainya. Sudut tepi yang besar membolehkan tatal keluar dengan mudah dan mengurangkan geseran tetapi melemahkan sudut pemotongan. Sudut sadak tepi yang kecil dan negetif akan memperkuatkan sudut pemotongan tetapi ini akan menjejaskan pengeluaran tatal dan akan menambahkan bebanan keatas mata alat. 3 SUDUT TELUSAN HADAPAN Sudut telusan hadapan mengelakan mata alat daripada menggesel bahan kerja yang dimesin. Saiz sudut ini bergantung pada kadar dataran dan diameter bahan kerja yang dimesin. Jika sudut ini terlalu kecil, mata alat akan menggesel bahan kerja dan tidak akan memotong dengan baik serta menghasilkan penyudahan yang kasar. Jika terlalu besar pula, poin mata alat akan menjadi lemah, mudah terbakar dan patah. 4 SUDUT TELUSAN TEPI Sudut telusan tepi bergantung kepada kekerasan bahan yang dilarik dan kadar hantaran pemotongan. Untuk bahan kerja keluli sudutnya adalah antara 6 hingga 10 dan untuk bahan yang lebih keras suditnya adalah 4. sudut ini boleh dikurangkan jika berlaku gelatuk (chatter). Sebaliknya sudut ini ditambah jika berlaku getaran. 5 SUDUT PEMOTONG TEPI Sudut ini adalah antara 10 hingga 25 dan bergantung kepada aplikasinya, mislnya operasi jenis melarik penampang, melarik kasar dan sebagainya. Jika sudut pemotong tepi terlalu besar ini akan menyebabkan mata alat menggelatuk. 6 SUDUT PEMOTONG HUJUNG Sudut ini juga boleh berubah mengikut aplikasinya. Untuk melarik kasar suduut 5 hingga 15 digunakan. Sudut yang kecil akan memperkukuhkan hujung mata alat. Untuk melarik biasa sudutnya antara 15 hingga 30. Sudut yang besar mata alat dikilas kekiri supaya operasi melarik bahu dan larikan hampir dengan cuk boleh dilakukan.

MATA ALAT 1. Bahan Mata Alat. Ketika memilih mata alat kita haruslah mengambil kira pelbagai aspek. Antara aspek yang kita harus ambil berat ialah: Bahan mata alat mesti lebih keras daripada bahan yang dilarik Ekonomi dan tahan lama. Bersesuaian untuk jenis operasi yang dilakukan. 2. Jenis Bahan Mata Alat. Ketika melakukan kerja dalam bengkel pelbagai kerja akan kita lakukkan. Ini menyebabkan kita terpaksa memilih mata alat tang sesuai dengan kerja yangkita lakukan antara mata Alay yang sering digunakan ialah: Keluli berkarbon tinggi mengandungi karbon antara 0.9% hingga 1.2%. mudah terbakar dan hilang kekerasan jika menggunakan kelajuan yang tinggi. Murah, mudah dibentuk dan boleh digunakan untuk melarik bahan-bahan yang lembut. Keluli tahan lasak Terdiri daripada campuran 18% tungsten, 4% kromium, 0.6% - 0.8% karbon. Digunakan untuk kerja-kerja melrik dan dalam pembuatan mata pengisar. Boleh menahan suhu yang lebih tinggi dan tidak mudahretak jika dibandingkan dengan bahan mata alat yang lain. Kelajuan pemotongn hampir 3 kali ganda daripada keluli karbon tinggi. Pancalogam tuang tanpa besi mengandungi 25% - 35% kromium, hampir 25% tungsten, 2% karbon dan bakinya ialah bahan pengikat kobalt. (stellite, tantung dan rexalloys ialah nama tanda perniagaanyang mengandungi campuran-campuran tersebut) kelajuan pemotongan hampir 3 kali ganda daripada keluli tahan lasak. Mudah rapuh dan tidak kuat seperti keluli tahan lasak tetapi lebih keras dan dapat menahan kehausan mata alat semasa digunakan pada suhu yng tinggi.

Karbida Mengandungi 82% tungsten karbida, 10% titanium dan tantalum dan 8% bahan pengikat kobalt. Terlalu rapuh , mesti digunakan sebagai mata alat tumpang. Ia dikimpal atau dilekat pada batang-batang keluli karbon. Kelajuan pemotongannya 3 atau 4 kali ganda kaluli tahan lasak. Seramik Campuran aluminium oksida dan titanium. Juga digunakan sebagai mata alat tumpang. Digunakan untuk memesin bahan yang lebih keras kerana jenis mata alat yng lain cepat haus semasa dimesin. Kelajuan pemotongan hampir 2 kali ganda bahan karbida. Tahan lebih lama dan dapat menghasilkan penyudahan yang baik. Intan Boleh digunakan pada kadar kelajuan yang tinggi. Jenis yang paling keras dan boleh memesin bahan-bahan yang terlalu keras. Ada 2 jenis intan iaitu intan asli dan intan tiruan. Kebanyakan intan yang digunakan dalam bengkel ialah intan tiruan. Digunakan dengan cermat kerana kosnya dan mudah rapuh jika menerima hentakan kuat. Kelajuan pemotongan ialah 2 hingga 10 kali ganda bahan- bahan yang lain. Boleh memotong sehingga kehausan 0.005mm 0.002mm. Jenis Sudut Mata Alat. Untuk mendapatkan sudut dan hasil pemotongan yang sesuai kita haruslah mempunyai sudut yang tertentu pada mata alat. sSdut sadak atas Besarnya sudut sadak atas bergantung pada jenis bahan yang dipotong. Jika bahan yang dilarik lembut maka sudut sadak atas itu besar. Jika bahan terlampau keras, sudut dicanai kehadapan (ini dikenali sebagai sudut sadak negative).

Sudut sadak tepi sudut ini dicanai pada satu-satu mata alat supaya mata alat boleh masuk ke dalam bahan yang dipotong. Siaz sudut ini bergantung pada kekerasan logam yang dilarik. Biasanya sudut sadak atas dan sudut sadak tepi dicanai serentak. Kedua-dua sudut ini membolehkan serpihan keluar dengan mudah.

Sudut telusan tepi Besar sudut telusan tepi bergantung pada : Kadar hantaran pemotongan Kekerasan bahan yang dipotong. Jika kadar hantaran banyak dan logam yang dilarik lembut.

Sudut telusan hadapan Bersama-sama dengan sudut sadak atas menentukan kekuatan hujung pemotong. Sudut ini dicanai untuk mengelakkan gelinciran apabila melarik satu-satu silinder. Jika sudut terlebih, poin atau hujung pemotong akan menjadi lemah dan mudah patah. Jenis Pemegang Mata Alat Mata alat boleh dipegang dengan 2 cara pada mesin pelarik : 1. Mata alat terus dipasang pada tiang mata alat. 2. Mata alat dimasukkan ke dalam pemegang dan pemegang itu dipegang pada tiang mata alat.

Pemegang ofset kiri Digunakan apabila hendak memesin hampir dengan cuk atau alatan hadapan operasi seperti melarik penampang dan melarik dari kanan ke kiri.

Pemegang lurus Boleh digunakan apabila melarik kedua-dua arah. Digunakan sebagai pemegang kegunaan am.

Pemegang ofset kanan Direkabentuk supaya ia membolehkan mata alat melarik,memotong hampir dengan alatan belakang. Boleh digunakan untuk melarik dari kiri ke kanan

Pemegang karbida Dibuat dalam bentuk dan saiz yang berlainan supaya dapat menampung tiap-tiap karbida yang ada dalam pasaran.

Pemegang mata alat memenggal Ada 3 jenis pemegang yang digunakan untuk memegang mata alat memenggal: i) lurus ii) Ofset kanan iii) Ofset kiri mata alat itu diikat atau dipegang pada pemegangnya dengan pengunci sesendal.

Pemegang mata alat menggerek Jenis alat penggerek lubang : digunakan untuk memegang mata alat penggerek jenis padu. berbentuk silinder dan berlubang di hujung bagi memasukkan mata alat.

Pemegang perkakas pemotong jenis lutut. berbentuk pendakap yang boleh diboltkan pada muka turret.

Pendakap tersebut ada beberapa lubang bagi menempatkan batang pemegang pemotong dan batang penggerek. Perkakas-perkakas pemotong ditetapkan pada kedudukannya dengan menggunakan bolt pengapit. Beberapa kerja larikan seperti melarik luar dan menggerek boleh dilakukan serentak.

Pada bahagian atas pemegang alat pemotong terdapat satu lubang dan sesendal yang digunakan untuk menerima batang bar penyokong yang menjulur dari bahagian stok kepala mesin larik. Apabila bar penyokong masuk ke dalam lubang sesendal, kedudukan pemegang perkakas pemotong menjadi semakin kukuh. Kedudukan kepala turret akan sentiasa sejajar dengan paksi spindle mesin dan dapat menghalang turret dari terpesong disebabkan oleh tindakan daya pemotongan yang dikenakan.

Pemegang pembenang dalam sebaik saja panjang benang yang dikehendaki diperolehi, pembenang itu turut berputar bersama benda kerja secara automatik. Boleh dilaksanakan dengan menggunakan pemegang pembenang dalam yang khas, iaitu jenis klac menggelincir. Seperti dalam kerja membuat benang luar dengan kepala pembenang, penahan turret disetkan agar lejangnya pendek sedikit dari lejang yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan turret sampai pada penahannya terlebih dahulu sebelum hujung pembenang menyentuh dasar lubang benang. Pembenang dalam akan terus maju dalam lubang benda kerja ke arah stok kepala mesin, sambil menarik keluar pemegang pembenang dari cantumannya dengan klac pada badan pemegang. Apabila bahagian hadapan pemegang pembenang itu terkeluar dari klac, pembenang dalam berserta bahagian hadapan pemegangnya boleh berputar dengan bebasnya mengikut benda kerja sehingga arah putaran spindel mesin diterbalikkan. Kelajuan Pemotongan kadar keluaran muka lilitan bahan yang diukur dalam ukuran meter apabila pemotongan dibuat dalam 1 minit. Contoh, 30 meter untuk 1 minit bermakna kelajuan spindal diset pada 1 kelajuan yang tertentu dengan panjang muka lilitan yang dikeluarkan dalam masa seminit ialah 30 meter. (oleh itu, kelajuan pemotongan dinyatakan dalam meter per minit) Kelajuan spindal disebut putaran per minit (PPM), iaitu jumlah putaran yang perlu dibuat oleh mata alat dalam masa satu minit. Bagi setiap bahan yang berbeza, kelajuan pemotongannya juga berlainan. Kelajuan pemotongan (KP) tidak sama dengan putaran per minit (PPM).

Keperluan alatan dan bahan kerja. 1. Mesin larik tetengah 2. Bilah selari 3. Pelaras tiang mata alat 4. Pemegang mata alat membunga 5. Pemegang mata alat melurah(lurus) 6. Pemegang mata alat lurus 7. Mata alat melurah, mata alat menggerek dan mata alat benang v 8. Spanar saiz 17 dan 21 9. Allen key 10. Pengunci bindu 11. Tetengah putar 12. Gerudi pusat 13. Pembaris keluli 14. Angkup vernier 15. Cuk gerudi 16. Kain buruk 17. Minyak pelincir 18. Cecair penyejuk 19. Pemegang mata alat menggerek 20. Tolok tetengah dan tolok pic 21. Kikir parut

Langkah-langkah keselamatan 1.Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu 2.Mempunyai sikap tanggungjawab pada diri sendiri. 3.Bertimbang rasa terhadap rakan -rakan. 4.Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja sendiri. 5.Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali. 6.Pakai pakaian bengkel yang sesuai dan elakkan daripada menggunakan pakaian yang longgar. 7.Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan. 8.Gunakan pelindung mata seperti cermin mata, gogel atau alat pelin dung. 9.Elakkan memakai barang-barang perhiasan seperti jam, cincin, dan rantai. 10. Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan-kawan. 11. Rambut mestilah pendek dan kemas. 12. Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. 13. Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam. 14. Buang tepi yang tajam pada bahan kerja. 15. Matikan suis kuasa sepenuhnya setelah msein tidak digunakan lagi. 16.Sapu sekeliling lantai kawasan kerja & kemaskan mesin sesudah di gunakan.

Prosedur manjalankan kerja Langkah-langkah menjalankan projek 1. Sebatang keluli dipotong dengan menggunakan gergaji kuasa mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu 115mm. 2. mencanai mata alat dilakukan sebelum memulakan pemotongan bahan kerja. 3. Keluli/bahan kerja tersebut diikat pada cuk 3 rahang dengan kuat supaya bahan kerja tidak longgar semasa mesin sedang berpusing. 4. Setkan kelajuan yang sesuai pada kotak gear. 5. Mulakan kerja melarik selari pada bahagian hadapan bahan kerja sepanjang 115mm sehingga menjadi berdiameter 36mm. 6. Selepas itu, ukur dan tanda pada bahan kerja pada 30mm,ianya berdiameter 36, pada 30mm pada bahagian tengah bahan kerja,diameternya ialah 32, manakala, pada hujung bahan kerja sepanjang 55mm,dimeternya ialah 28mm dengan menggunakan angkup vernier. 7. Letakkan mata alat untuk melakukan facing. 8. Selepas semua kerja siap, lakukan kerja membuang segi pada bahagian yang telah dibunga tadi. 9. Akhirnya, lakukan kemasan terakhir pada bahan kerja.

Perbincangan Berdasarkan perbincangan kumpulan kami, semasa kami menjalankan projek ini, kami dapat mengetahui bahawa semasa menjalankan projek, kami perlu mematuhi peraturan dan keselamatan dalam bengkel supaya kemalangan dapat dielakkan dan kerja-kerja dapat dilakukan dengan baik dan selesa. Selain itu, kami juga perlu mengetahui untuk membaca dan menggunakan alatan-alatan yang ada dalam bengkel contohnya angkup vernier, kerana jika kami tidak mengetahui cara-cara untuk membacanya, projek kami pastinya tidak akan menjadi. Oleh itu, sebelum kami memulakan sesuatu kerja, kami akan belajar dan mengetahui fungsi sesuatu alatan supaya kerja yang kami lakukan teratur dan kemas dan cantik. Kesimpulan Kesimpulan daripada keseluruhan projek ini, kerja melarik adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai fungsi mesin larik, cara penggunaannya, langkah-langkah keselamatan, ketepatan ukuran dan cara pengukurannya dan juga pengagihan masa.Kadang-kala terdapat sesetengah mesin larik yang tidak berfungsi dengan baik. Kemahiran pengendalian mesin larik perlu di pelajari dan difahami dari semasa ke semasa agar kepakaran dalam pengendalian mesin larik dapat ditingkatkan.

Rujukan
http://www.scribd.com/doc/35960079/Mesin-Larik-laporan http://jamalit.tripod.com/mataalat.htm http://www.scribd.com/doc/35960079/Mesin-Larik-laporan

Buku nota teknologi woks yop 3 (politeknik PD )

Lampiran

google dan mata alat

You might also like