Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PEMARKAHAN 1 ESEI: a. b.

2 FORUM

JUMLAH

SEMESTER 3 KBK 3063: SOKONGAN DALAM KOMUNITI

BAHAGIAN A : TUGASAN 2

KUMPULAN: UPSI-B22 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH: NAMA ROSLIN BINTI MINU NO. ID D20102043817 NO. TELEFON 019 6463395

TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: : 30hb NOVEMBER 2012

KANDUNGAN

Bil

PERKARA

HALAMAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0

PENGENALAN LATAR BELAKANG MURID LATAR BELAKANG IBU BAPA MURID PENILAIAN PENGESANAN JENIS INTERVENSI PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT PENILAIAN DAN PENAKSIRAN JANGKAMASA INTERVENSI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU AHLI TERAPI ULASAN DAN PANDANGAN KRITIS TENTANG INTERVENSI AWAL

2 3 4 5 6 7 8 9 10 10 11

12.0 13.0

CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN BIBLIOGRAFI

12 14

1.0

PENGENALAN

Pada 30 Oktober 2012 yang lalu, saya telah pergi ke sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang terletak di negeri Selangor bagi menjalankan satu kajian ke atas seorang murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan. Kajian yang telah saya lakukan adalah di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Sri Budiman, 314 JKR Quarters, Jalan Klang, 45000 Kuala

Selangor, Selangor Darul Ehsan. PDK tersebut mempunyai 30 orang murid-murid berkeperluan khas atau pun bermasalah pembelajaran. PDK tersebut mempunyai 4 orang tenaga pengajar serta 30 orang murid yang mempunyai pelbagai jenis ketidakupayaan. Sebagai contoh, Sindrom Down, Autisme, masalah pendengaran dan terencat akal, Epilepsi, Cerebral Palsi dan sebagainya. Penyelaras PDK ini ialah Puan Hamizah binti Abdul Rahman. Beliau dibantu oleh 3 orang tenaga pengajar di bawahnya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti di PDK. PDK ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari setiap hari Isnin hingga Jumaat. Saya telah memilih seorang daripada kanak-kanak di PDK tersebut yang mengalami maslah pendengaran. Beliau ialah adik Muhammad Arif Solehin Bin Rosli. Berikut adalah perbincangan mengenai permasalahan yang di alami oleh adik Muhammad Arif Solehin Bin Rosli dan perkembangannya dari mula dia dimasukkan ke PDK sehingga kini serta beberapa cadangan yang perlu untuk perkembangan bagi masalah yang dihadapi oleh adik Muhammad Arif Solehin Bin Rosli ini.

2.0 LATAR BELAKANG MURID

Nama Responden: Muhammad Arif Solehin Bin Rosli Tarikh Lahir: 26. September 2006 Umur: 5 tahun Jantina: Lelaki Bangsa: Melayu Agama: Islam No Pendaftaran OKU: DD 063544 Bilangan Adik-Beradik: 4 Orang Bilangan Dalam Keluarga: Anak Ke 3 Alamat: No 36 Jln 2 Taman Bukit Belimbing Indah, 45000 Kuala Selangor No Telefon: 0173851347

3.0 LATAR BELAKANG IBU BAPA MURID Nama bapa adik Arif ialah Rosli bin Amir. Bapa adik Arif berusia 38 tahun dan bekerja sendiri. Bapa adik Arif ini dilahirkan di Perak dan menetap di Kuala Selangor sehingga sekarang. Mempunyai 4 orang anak, berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan warganegara Malaysia. Bapa adik Arif dilahirkan pada tahun 1974. Pendapatan sebulan bapa adik Arif ialah RM800 sebulan dan beliau tidak ada mengalami masalah kecacatan. Nama ibu adik Arif pula ialah Siti Hasnah Bt Kasim. Ibu adik Arif berusia 37 tahun dan tidak bekerja hanya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Ibu adik Arif dilahirkan di Kuala Selangor dan menetap di Kuala Selangor sehingga sekarang. Ibu adik Arif dilahirkan pada tahun 1975. Mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak kedua dalam keluarga.

4.0 PENILAIAN PENGESANAN Langkah pertama yang telah saya jalankan ialah mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan adik Arif. Jadi, untuk mengenal pasti ketidakupayaan tersebut, saya telah menggunakan penilaian pengesanan. Sebagaimana yang kita ketahui dan pelajari, penilaian pengesanan merupakan penilaian yang tidak formal yang dilakukan dengan cara pemerhatian. Melalui pemerhatian tersebut, kita dapat menyenaraikan tingkah laku yang diragui serta tanda-tanda ketidakupayaan. Biasanya, penilaian ini dilakukan oleh individu yang terdekat atau individu yang lebih mengenali kanak-kanak atau murid-murid tersebut. Sewaktu menjalankan penilaian pengesanan ke atas adik Arif ini, saya telah menyediakan satu senarai semak pengesanan bagi memudahkan saya mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan adik Arif ini. Sewaktu kali pertama saya melihat adik Arif, saya berpendapat bahawa adik Arif bermasalah pendengaran. Jadi, untuk meneguhkan lagi pendapat saya, saya telah menggunakan senarai semak yang berkaitan dengan ciri-ciri masalah Pendengaran dan didapati bahawa adik Arif ada ciri-ciri tersebut. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ialah tidak bertindak balas terhadap bunyi, tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri, tidak memahami atau silap memahami arahan. Selain itu juga dia kelihatan tidak memberikan tumpuan dan sentiasa mengelamun serta kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain, sangat pasif dan menyendiri. Dia lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas. Dia akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar. Selain itu pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan bahasa dan lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap. Suka menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan dan telinga sering berair atau bernanah. Kesemua ciri-ciri tersebut pernah berlaku ke atas adik Arif. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri. Masalah pendengaran merupakan satu masalah yang dikatakan sebagai masalah yang tersembunyi dan senyap apabila masalah ini hanya akan dapat dikesan apabila kanak-kanak ini mula mencecah usia 2 tahun dan ke atas terutama apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Ramai dikalangan kanak-kanak ini perlu belajar bahasa dan bertutur dengan 5

cara yang berlainan, jadi adalah penting untuk mengesan masalah pendengaran atau kepekakkan seawal yang mungkin. Tanpa pendengaran, bahasa tidak dapat dikuasai dan difahami oleh mereka. Pengesanan awal pendengaran penting agar kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dapat dikesan awal dan diberi bantuan seawal mungkin. Menurut World Health Organization (WHO), kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran seharusnya dapat dikesan seawal berusia 3 bulan dan peningkatan pendengaran pada usia seawal 6 bulan. Jadi, sebagai kesimpulannya, penilaian pengesanan yang telah dijalankan ke atas adik Arif mendapati bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang yang bermasalah Pendengaran. Ini dikukuhkan lagi dengan melihat laporan perubatan yang telah dijalankan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pusat Kesihatan Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Adik Arif sebenarnya telah didiagnos sebagai seorang yang mengalami masalah pendengaran bersama dengan masalah pembelajaran.

5.0 JENIS INTERVENSI Adik Arif telah menerima pelbagai jenis intervensi semasa dia mula dimasukan ke PDK ini. Antara jenis intervensi yang diterima oleh adik Arif daripada PDK ini ialah: 5.1 Terapi Pertuturan Aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atauperistiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul danmenggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa. 5.2 Terapi artikulasi (alat pertuturan) Melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf,misalnya r. Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r sebut.

5.3 Pendekatan Interaktif Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanakkanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran denganmenggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak.Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka. 5.4 Komunikasi Tambahan Terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran.

6.0 PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT Dapat dilihat bahawa penglibatan ibubapa kurang terhadap perkembangan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Namun begitu ibu kepada adik arif sangat mengambil berat mengenai permasalahan yang dihadapi oleh anaknya dengan banyak melibatkan diri dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PDK. Berdasarkan temubual saya bersama ibu adik Arif, beliau sangat mengambil berat mengenai perkembangan anaknya. Beliau juga mempelajari bahasa isyarat untuk memudahkan beliau memahami dan berkomunikasi dengan mudah dengan anaknya yang bermasalah pendengaran. Penyertaan ibu bapa dalam intervensi awal adalah penglibatan berasaskan rumah dan bertindak sebagai peserta dan penyokong. Di rumah, ibu bapa berperanan memberi peneguhan positif terhadap tingkah laku anak di PDK, iaitu apabila anak memenuhi kriteria di bilik darjah ibu bapa akan memberi pujian sebagai peneguhan. program intervensi mampu membantu ibu bapa terlibat dalam pembangunan diri anak, dan membantu mereka untuk mengajar kanak-

kanak mengamalkan tingkah laku sesuai. Intervensi mendedahkan ibu bapa ilmu tentang cara meneguhkan tingkahlaku dan mengurangkan penggunaan hukuman dan kebencian di rumah. Manakala penglibatan komuniti setempat dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti lepas yang telah dijalankan di PDK ini, kelihatan terdapat juga segelintir komuniti yang terlibat sama menjayakan apa jua aktiviti yang dijalankan. Ini menunjukkan komuniti setempat di persekitaran PDK ini juga mengambil tahu mengenai perkembangan perjalanan aktiviti di PDK ini.

7.0 PENILAIAN DAN PENAKSIRAN Dalam kes ini penilaian yang digunakan oleh adik Arif ialah Penilaian perkembangan yang merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan sejak lahir hinggalah ke akhir hayat seseorang dan ianya dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkembangan ialah perihal berkembang iaitu menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan serta kemajuan. Penilaian perkembangan dijalankan bagi menilai 5 tahap perkembangan seseorang kanak-kanak atau murid-murid dari segi kognitif, sosial emosi, motor,yang terdiri daripada motor halus dan motor kasar, bahasa dan komunikasi, yang terdiri daripada bahasa reseptif dan bahasa ekspresif serta perkembangan pengurusan diri. Sekiranya seseorang kanak-kanak atau individu itu tidak berupaya berkembang secara normal, guru-guru boleh serta harus menjalankan proses intervensi awal untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya walaupun tidak sepenuhnya. Salah satu tujuannya ialah, menilai perkembangan kanak-kanak atau seseorang individu. Sebagaimana yang kita tahu, penilaian merujuk kepada dimensi perkembangan yang meliputi aspek kognitif, sosiol emosi, motor, bahasa dan komunikasi serta jagaan diri. Melalui penilaian, guru-guru dapat menyediakan satu laporan atau pelan tindakan yang sewajarnya kepada kanak-kanak yang dikaji sekiranya kanak-kanak itu mempunyai sebarang

ketidakupayaan. Selain itu, penilaian dilakukan bertujuan untuk mengesan kekurangan kanak-kanak atau murid yang dikaji. Setelah melakukan penilaian, guru dapat mengesan sebarang kekurangan kanak-kanak. Pada pandangan mata kasar, mungkin kanak-kanak itu kelihatan normal, tetapi setelah menjalankan penilaian, kemungkinan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah. 8

Penilaian perkembangan dijalankan bagi membolehkan para guru atau pihak ibu bapa mengambil langkah awal untuk meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak tersebut. Mereka yang mempunyai ketidakupayaan tidak bermaksud mereka itu mengalami

perkembangan yang tersekat pada keseluruhannya, tetapi hanya pada aspek yang dikaji. Walaupun mereka mengalami ketidakupayaan-ketidakupayaan tertentu, mereka mempunyai kelebihan pada bidang lain. Sebagai contoh, mereka mungkin sangat kreatif dalam menghasilkan lukisan atau kraftangan. Oleh itu, penilaian penting agar guru dapat mengetahui di mana potensi dan bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut bagi membantu mereka mengembangkan bakat semulajadi mereka ke tahap yang lebih baik. Selain itu juga, penilaian perkembangan dijalankan bagi mengelakkan masalah dalam pembelajaran kanak-kanak daripada terus berlarutan serta dapat membantu mengurangkan masalah kanak-kanak tersebut melalui program intervensi.

8.0 JANGKAMASA INTERVENSI Jangkamasa intervensi yang dijalankan ke atas adik Arif adalah dari sejak dia disahkan menghadapi masalah pendengaran. Bukan itu sahaja adik Arif juga mengalami maslah pembelajaran pada masa yang sama menyebabkan dia mengalami kelewatan perkembangan kognitif. Sepanjang adik Arif berada di PDK tersebut, adik arif telah menerima pelbagai jenis intervensi awal contohnya seperti bahasa isyarat untuk memudahkan adik Arif berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakannya serta ibu bapanya apabila berada di rumah. Adik Arif juga menerima jenis terapi pertuturan kerana dia kelihatan boleh bertutur walaupun tidak jelas pertuturannya. Adik Arif telah menerima intervensi awal ini sejak berumur 4 tahun lagi.

9.0 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis: ianya dirancang untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu dengan pegawai pendidikan daerah, individu dan agensi atau khidmat sokongan lain.

10. AHLI TERAPI Adik arif memerlukan ahli terapi yang khusus untuk memperkembangakan perkembangan pembelajarannya. Antara ahli terapi yang diperlukan ialah: 10.1 Ahli audiologi Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaandan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantudengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yangmemberi impliksi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu.

10.2 Ahli Patologi Pertuturan Bahasa Ahli patologi pertuturan bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan kepada kanak-kanak itu. Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaikakan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentuk bahasa.

10

11.0 ULASAN DAN PANDANGAN KRITIS TENTANG INTERVENSI AWAL Program intervensi awal pada kanak-kanak atau murid-murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan tertentu adalah sangat penting. Melalui program ini, kanak-kanak itu akan diberikan perhatian yang khusus bagi mengatasi masalah ketidakupayaan yang dialami. Bukan itu sahaja, di dalam pelaksanaan program intervensi awal ini, semua pihak akan terlibat, bukan sahaja pakar-pakar, guru dan ibu bapa, malah jiran tetangga, rakan-rakan dan pihak-pihak yang berkaitan. Oleh itu, program ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh sesiapa sahaja khususnya adik Arif ini dapat diatasi kerana adik Arif dilihat sebagai seorang yang mempunyai peluang yang cerah dalam bidang kemahiran. Terdapat beberapa strategi intervensi awal untuk kanak-kanak masalah pendengaran iaitu kumpulan sokongan ibu bapa, memberikan sokongan kepada penjaga kanak-kanak tersebut, dapatkan perhatian kanak-kanak tersebut sebelum memulakan perbualan,

memberikan fokus terhadap persekitaran yang sesuai untuk pendengaran, menggunakan petunjuk-petunjuk seperti gerak badan, gambar dan gerakan bibir dan sebagainya. Kehilangan pendengaran bagi kanak-kanak memberikan kesan terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut dan juga terhadap prestasi persekolahannya. Perkhidmatan intervensi awal semasa perlu sentiasa dibangunkan dan memperbaharui perkhidmatan yang baru agar dapat disesuaikan dengan kanak-kanak dan keluarganya untuk menerima intervensi awal yang lebih bersesuaian. Setelah mengenal pasti seseorang kanak-kanak itu mempunyai ketidakupayaan tertentu, pihak guru itu sendiri yang perlu merujuk kepada ibu bapa dengan segera. Seabagaimana yang kita sedia maklum, pada peringkat tadika atau pra sekolah lagi, seseorang kanak-kanak itu dapat dinilai serta dikesan jika mereka mempunyai ketidakupayaan tertentu. Di sini peranan guru pra sekolah itu sendiri amat penting bagi memastikan kanak-kanak tersebut diberi rawatan atau pemulihan awal. Sebagai contoh, di dalam kes adik Arif ini, saya merasa amat sedih kerana adik Arif seolah-olah tidak dikesan dari awal dan ini menyebabkan perkembangan kognitifnya amat jauh berbeza berbanding dengan umurnya yang sebenar. Selain itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa juga amat penting. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mahu menerima ketidakupayaan anak-anak mereka apabila guru memberi laporan mengenai anak-anak mereka. Seharusnya, ibu bapa berterima kasih kepada guru kerana dapat mengesan ketidakupayaan anak-anak mereka untuk dirujuk kepada pakar. 11

Setelah mendapat pengesahan daripada pakar, ibu bapa perlu menempatkan anak-anak mereka di sekolah yang sepatutnya kerana itu akan menjamin kehidupan serta masa hadapan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.

12.0 CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN Di sini terdapat beberapa cadangan yang saya ingin kemukakan dan ianya merupakan satu cadangan yang mendatangkan banyak manfaat kepada semua pihak di samping membantu golongan yang kurang upaya. Saya sangat suka mencadangkan bahawa pihak PDK mewujudkan satu bengkel dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kebajikan Masyarakat bagi menempatkan murid-murid yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu untuk mereka mengembangkan lagi bakat mereka. Bengkel tersebut hendaklah dibina berhampiran pusat bandar dan mempunyai pengurusan yang ditadbir oleh orang-orang kurang upaya. Maksud saya, sepenuhnya bengkel itu betul-betul diuruskan oleh mereka. Manakala pihak kementerian dan kebajikan Masyarakat memantau aktiviti-aktiviti mereka. Hasil daripada jualan hasil kraftangan mereka akan dijual dan mereka mempunyai gaji atau upah yang tetap. Ini dapat menjamin kelangsungan hidup mereka dan mereka akan lebih berdikari. Penggunaan alat bantuan pendengaran amat perlu bagi kanak-kanak masalah pendengaran untuk membantu mereka memahami dan menguasai bahasa serta pertuturan. Alat bantuan pendengaran yang digunakan oleh kanak-kanak masalah pendengaran. Selain itu keperluan merekabentuk perisian pendidikan multmedia untuk meningkatkan kemudahcapaian orang kurang upaya masalah pendengaran. Penggunaan internet amat penting dan memberi kesan dalam kehidupan orang masalah pendengaran kerana ia memudahkan mereka untuk mendapat capaian maklumat dan pengetahuan dan jaringan komunikasi dalam pelbagai aspek. Bukan sahaja orang normal, malah orang masalah pendengaran juga mempunyai hak yang sama dalam penggunaan ICT , alat bantu pendidikan, dan perisian berbantukan komputer (PBK). Model pembangunan perisian pendidikan dapat dibangunkan untuk orang-orang masalah pendengaran dengan menggunakan faktor-faktor HCI. Model ini mengambil kira aspek yang berkaitan dengan pendidikan seperti persekitaran pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, kaedah membaca, pendekatan errorless, model Scaffolding, teori pembelajaran dan juga matlamat pembelajaran. 12

Kebanyakan bahan pendidikan dalam eletronik masa kini direkabentuk untuk pengguna normal. Sesuatu bahan pendidikan yang direkabentuk dengan mengambil kira isu-isu kemudahcapaian sejak dari awal lagi dapat mengurangkan kos dan meningkatkan bilangan pengguna. Perisisan kursus perlu dibangunkan dan ditingkatkan lagi bilangannya bagi melahirkan lebih ramai golongan yang berilmu, mampu berdikari, dan merapatkan jurang antara orang normal dengan orang masalah pendengaran. Namun begitu ,apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja, jika tidak mempunyai satu perancangan yang baik tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Oleh itu, mentaliti masyarakat perlu diubah dan setiap orang haruslah berfikiran jauh ke hadapan bagi memastikan golongann ini tidak terus terabai atau disisihkan masyarakat sedangkan kita hidup bermasyarakat. Ingatlah bahawa kita datang daripada masyarakat dan kita seharusnya kembali serta berkhidmat kepada masyarakat.

13

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Masitah Taib, Zalizan Jelas, & Manisah. 2009. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanakkanak berkeperluan khas. Dlm Zalizan Jelas. (pnyt.) Pendidikan Kanak-kanak Berkerluan Khas: Konsep dan Amalan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

14

You might also like