She101 Full Report

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 46

SHE101

SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2013/2014 ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MALAYSIA.


NAMA AHLI KUMPULAN: 1) THERESA ENDONG ANAK MAJIT 2) FAIRUZ AJLAA BINTI AZMIN 116835 117112

PENYELIA : CIK RABIAH BEE ABDUL CARRIM

SHE101
TAJUK MUKA DEPAN ISI KANDUNGAN ABSTRAK PENGENALAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN ANALISIS KAJIAN KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 - 39 40 - 42 43 44 - 45 46

SHE101

ABSTRAK. Kursus Hubungan Etnik (SHE 101) yang dijalankan oleh kumpulan kami dan bertajuk, Adat perkahwinan masyarakat di Malaysia. Kajian yang kami lakukan adalah bagi mengetahui adat perkahwinan masyarakat Malaysia seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh dan Kadazandusun.

SHE101

PENGENALAN. Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum dan keistimewaan sesuatu kaum dapat kita ketahui dengan mempelajari tentang kaum tersebut. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Uniknya Malaysia kerana rakyatnya yang berbilang kaum dan bangsa. Tambahan pula, setiap kaum mempunyai adat yang menarik untuk dipelajari. Sayang sekiranya generasi kini tidak mengambil peluang untuk mengenali atau mempelajari adat-adat tradisional sama ada kaum sendiri atau kaum-kaum lain. Sehubungan dengan itu, sebagai perlaksanaan kursus Hubungan Etnik (SHE 101), kami telah membuat kajian tentang adat perkahwinan masyarakat di Malaysia. Adat-adat perkahwinan seperti merisik,meminang dan bertunang bagi setiap kaum ada istimewanya. Namun, masyarakat kini kurang mempraktikkan adat-adat tradisional secara keseluruhan atas sebab-sebab tertentu. Melalui kajian ini, kesedaran ke arah pemupukan dan pengukuhan perhubungan antara etnik dapat ditingkatkan. Oleh itu, diharapkan generasi kini dan akan datang dapat meneruskan usaha ke arah perpaduan kaum.

SHE101

KAEDAH KAJIAN Semasa melakukan kajian tentang adat perkahwinan masyarakat Malaysia, terdapat pelbagai kaedah yang kami gunakan. Kaedah ini penting bagi mendapatkan maklumat dan menentukan kesahihan maklumat tersebut. Bagi kumpulan kami, dua kaedah sahaja yang kami gunakan. Antaranya ialah:1. Mendapatkan maklumat melalui beberapa laman web. 2. Menemuramah beberapa orang tentang tajuk kajian yang kami lakukan. Kami telah memilih kaedah ini kerana maklumat boleh diperolehi dengan mudah dan menjimatkan masa. Tambahan pula, dengan bantuan teknologi, sangat mudah bagi kami untuk melayari laman sesawang dan mengumpul maklumat yang berkaitan. Di samping itu, bagi memastikan maklumat tersebut adalah berkaitan dan benar, kami telah menemuramah golongan yang lebih arif.

SHE101
DAPATAN KAJIAN. MASYARAKAT MELAYU Adat perkahwinan Melayu yang pertama ialah merisik. Adat ini melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan merisik adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini kerana, menurut Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Adat ini juga bertujuan menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Proses merisik dilakukan dengan penuh adab sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak. Bagi pihak perempuan, lelaki yang melamar perlu dipertimbangkan berdasarkan pengetahuan agama dan pekerjaan. Adakalanya semasa merisik, pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya. Sekiranya si gadis bersetuju, tarikh peminangan akan ditetapkan. Kini, adat merisik jarang dilakukan kerana pasangan telah berkenalan terlebih dahulu. Oleh itu, mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Seterusnya ialah adat meminang. Ibu bapa pihak lelaki akan menghantar wakil yang biasanya daripada kalangan orang-orang tua untuk mewakili pihak mereka meminang si gadis. Ibu bapa pihak perempuan pula tidak akan memberi keputusan muktamad dengan serta-merta. Mengikut adat, mereka diberi tempoh bertangguh untuk memberi jawapan. Adat bertangguh ini secara tidak langsung mencerminkan budaya masyarakat Melayu yang berhati-hati dalam membuat keputusan.

SHE101
Sekiranya pinangan diterima, mereka akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk pertunangan pula. Selain itu, mereka juga akan berbincang mengenai hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang ketika majlis pertunangan. Ini adalah untuk memudahkan pihak si gadis menyediakan persiapan. Majlis pertunangan dimulakan oleh pihak lelaki dengan menyerahkan tepak sirih, sebentuk cincin dan hantaran lain yang telah digubah untuk diberi kepada si gadis dan menyatakan lamaran secara rasmi. Pantun juga sering digunakan betujuan memeriahkan majlis. Kemudian, jari manis si gadis disarungkan oleh ibu atau saudara pihak lelaki. Wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan hal-hal lain yang berkaitan. Majlis akan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan.

Gambar 1: Majlis pertunangan dan hantaran pihak lelaki Sekiranya pihak lelaki memutuskan pertunangan, semua wang hantaran dan belanja yang telah diberikan kepada si gadis dikira hangus. Sebaliknya, sekiranya si gadis yang memutuskan, hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. Selain itu, sekiranya si gadis mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran turut diberikan kepadanya. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran adalah ganjil, jumlah genap dikatakan memberi implikasi

SHE101
yang tidak baik. Pihak perempuan pula akan memberi lebih daripada jumlah hantaran pihak lelaki. Seterusnya ialah adat akad nikah. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan. Bapa pengantin perempuan iaitu wali perlu menikahkan anaknya tetapi boleh juga diwakilkan kepada tok kadi atau imam. Pengantin lelaki akan memakai baju melayu dan duduk di atas sebidang tikar ditengah-tengah majlis. Tok kadi akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum tentang tanggungjawab suami isteri dan perkara yang berkaitan rumahtangga.

Gambar 2: Majlis akad nikah Kemudian, tok kadi akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki menyambutnya dengan jelas sebaik sahaja tok kadi menggoncangkan tangannya. Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak. Sekiranya tidak, pengantin lelaki perlu mengulangi lafaz nikah sehingga saksi berpuas hati. Doa selamat dibacakan sejurus sahaja kedua-dua mempelai selamat diijabkabulkan sebagai tanda kesyukuran.

SHE101

Gambar 3: Pasangan ditepung tawar oleh tetamu. Seterusnya, kedua-dua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat ini dengan mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih akan ditaburkan di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberikan kepada mereka yang menepung tawar. Majlis yang ditunggu-tunggu ialah kenduri kahwin. Pelbagai persiapan dilakukan termasuklah khemah tetamu, menyiapkan bilik pengantin dan pelamin serta bunga telur. Majlis akan dihadiri oleh saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai baju pengantin iaitu lazimnya baju songket yang dihias indah. Pengantin lelaki akan berarak dengan paluan kompang serta diiringi dengan bunga manggar ke rumah pengantin perempuan dari rumah penanggak.

SHE101

Gambar 4: Ketika perarakan Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan duduk di tempat yang khas. Kebiasaannya, persembahan pencak silat diadakan. Seterusnya, majlis makan beradab yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu pula akan diadakan iaitu diadakan di rumah pengantin lelaki. Ada juga sesetengah pihak yang menjalankan majlis ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara-mara dan jiran sekampung tanpa majlis bersanding.

10

SHE101
Adat pepatih dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Pertama sekali, adat merisik dan meminang. Tuan rumah iaitu pihak perempuan akan membuat persiapan seperti memasang lelangit (kain yang dipasang di atas permukaan rumah). Pihak pengantin lelaki akan diwakili oleh buapak dari sukunya, begitu juga dengan pihak perempuan. Adat merisik dilakukan bagi memastikan gadis yang dipinang masih belum berpunya. Pihak lelaki harus menyediakan cincin tanya. Epok dan bujam atau sirih perlu disertakan oleh pihak lelaki dan diserahkan kepada pihak perempuan. Tarikh pertunangan ditetapkan setelah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Pihak lelaki perlu menyediakan cincin tunang dan diserahkan kepada pihak perempuan. Buapak kedua-dua suku akan menetapkan tarikh perkahwinan. Cincin tanya akan diserahkan kembali kepada pihak lelaki dan proses ini dikenali sebagai proses mengembang cincin. Cincin tersebut akan dirujuk kepada buapak dan waris saka yang lain. Setelah ditentukan harinya, buapak pihak lelaki akan bertanya kepada buapak pihak perempuan tentang mas kahwin, belanja hangus, wang bayar upah nikah, wang rompak pintu, wang masuk khariah dan wang adat untuk buapak. Setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyatukan anak mereka, buapak akan bertanyakan tentang tarikh majlis perkahwinan. Buapak akan mengumumkan kepada penduduk kampung supaya datang bekerjasama pada hari tersebut, di mana setiap orang mempunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing. Upacara ini dikenali sebagai berkampung iaitu dilakukan bagi mengeratkan ikatan persaudaraan antara penduduk kampung serta bergotong-royong dalam apa jua keadaan. Antara upacara yang menarik dalam adat pepatih ialah adat menjunjung pengantin. Pengantin akan dijunjung dan diarak sehingga ke atas rumah. Tandu akan dihias dan diikat pada buluh.
11

SHE101
Sebelum pengantin naik ke atas rumah, pengantin akan membasuh kaki. Seterusnya ialah adat merenjis. Upacara ini dimulakan oleh buapak, dan diikuti oleh bapak-bapak lembaga yang lain. Ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai akan turut merenjis setelah tetamu-tetamu kehormat selesai merenjis. Satu lagi upacara yang menarik ialah adat suap-menyuap. Pengantin akan cuba menyuap pulut kuning ke dalam mulut pasangannya, sementara pasangannya perlu mengelak. Tambahan pula, buapak dan bapak lembaga akan dijamu ditempat yang disediakan oleh tuan rumah. Kelazimannya, makanan yang dihidangkan kepada mereka perlu diasingkan dan ditutup dengan tudung saji beralaskan kain. Ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada buapak dan lembaga kerana sudi menghadiri majlis tersebut. Bagi melengkapkan adat, upacara yang terakhir ialah upacara menyembah. Pengantin akan bersalaman dengan ahli keluarga. Pengantin juga akan diperkenalkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara baru, supaya tidak terasa kekok nanti. Upacara ini dimulakan dengan pengantin bersalaman dengan buapak, diikuti dengan waris saka lain. Selain itu, perkara yang amat dititikberatkan oleh masyarakat Negeri Sembilan adalah tidak berkahwin sesama suku. Masyarakat yang mengamalkan adat pepatih ditegah daripada mengahwini sesama suku.

12

SHE101

Gambar 1: Pengantin dan keluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan Perkahwinan adat pepatih tidak seperti perkahwinan Melayu yang lain. Istimewanya perkahwinan ini adalah kerana dihadiri dan dimeriahkan lagi dengan kedatangan buapak, bapak lembaga, ketua adat serta ketua kampung.

13

SHE101
MASYARAKAT INDIA Proses merisik dalam masyarakat India dibantu oleh orang tengah yang dipanggil tirumana taraga dan juga sahabat-sahabat serta saudara mara. Latar belakang bakal pasangan pengantin misalnya kasta, agama, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan diperolehi daripada pihak tersebut.

Seterusnya, adat pen paarttal atau terjemahannya melihat bakal isteri. Bagi masyarakat India, adat ini juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang pihak lelaki. Bakal pengantin lelaki akan melihat sendiri rupa paras dan perawakan calon isterinya dengan berkunjung ke rumah. Wakil pihak lelaki perlu hadir dengan jumlah ganjil walaupun bilangan mereka ramai. Buah tangan dibawa sebagai tanda kedatangan mereka bersama niat yang baik untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Contoh buah tangan adalah seperti kelapa, sirih dan pinang. Pihak perempuan akan menerima barangan tersebut sekiranya bersetuju. Tetapi sekiranya tidak, mereka hanya melayan kedatangan mereka sebagai tetamu tanpa mengambil barangan tersebut.

14

SHE101
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawab menghidang air minuman kepada tetamu. Pada waktu ini, bakal pengantin lelaki dapat melihat bakal pengantin perempuan dengan lebih dekat. Bakal pengantin perempuan perlu melayan tetamu termasuklah bakal suami. Kemudian, pihak perempuan akan membalas kunjungan ini tetapi tanpa kehadiran bakal pengantin perempuan. Selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, ikat janji atau niccayam akan dilakukan. Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan sekali lagi dengan jumlah ganjil bersama buah tangan. Bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Perbincangan akan dilakukan bersama saudara-mara sekiranya bapa salah seorang pengantin meninggal dunia. Ikat janji dilaksanakan sekiranya kedua-dua belah pihak setuju. Kemudian, bakal pengantin lelaki akan melafazkan ikat janji sebagai tanda persetujuan mengahwini bakal pengantin perempuan. Perkahwinan akan diumumkan kepada orang ramai dan sebagai tanda ikatan, kedua-dua belah pihak akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kebiasaannya upacara niccayam dilakukan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Peringkat seterusnya ialah parisam iaitu terbahagi kepada parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dilakukan lebh awal daripada hari perkahwinan manakala udan parisam dilakukan pada hari perkahwinan di sebelah pagi sebelum majlis perkahwinan. Parisam umpama majlis pertunangan bagi masyarakat India dan adat ini diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh cumanggali iaitu wanita yang sudah bersuami. Parisam akan dibawa ke
15

SHE101
rumah pengantin perempuan diketuai pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama, alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan puurana kumbum iaitu buyung yang diletakkan di ruang tamu dan juga kuttu vilakku iaitu lampu minyak yang diletakkan bersebelahan dengan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang perlu dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberikan kepada anaknya. Pada waktu yang sama, pengantin perempuan perlu menulis sesuatu menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu, barulah pengantin lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum. Pengantin perempuan akan memakai sari parisam dan akan dipimpin keluar oleh wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini, saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-mallai atau kalungan tunggal. Tiga upacara penting iatu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayyam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun ada juga dalam kalangan mereka tidak melakukan adat-adat tersebut bagi mengelakkan pembaziran. Seterusnya adalah kupasan mengenai perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Pertama, kad jemputan. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, dipercayai bahawa perkahwinan tidak dapat

16

SHE101
dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil dibawa ke kuil untuk dibawa bersembahyang. Kad diletakkan di atas dulang bersama wang, kelapa, pinang dan sebagainya iaitu melambangkan kekayaan. Upacara ini dikenali sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberikan kepada pengantin lelaki dan begitu juga sebaliknya. Sirih pinang juga akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Kedua, penyediaan thaali atau tjirumaangalyam yang merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan dan ini adalah disebabkan terdapat pelbagai suku dalam kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thali adalah dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum majlis perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran kepada pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Thaalippadiyal atau upacara sembahyang akan dilakukan. Bubur manis dan nasi manis termasuklah dhoti dan sari disediakan untuk pasangan pengantin. Umumnya, thaali tidak dimestikan diperbuat daripada emas. Thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat. Ketiga, adat mukuurtta kaal yang dilakukan lima hari sebelum majlis perkahwinan iaitu pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Sebatang pokok yang masih muda dan lurus
17

SHE101
akan ditebang iaitu berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal ini adalah untuk menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti kunyit, sirih pinang, kumkum dan sebagainya disediakan. Batang kayu dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang wanita yang sudah berkahwin akan menyapu kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin bersama lima wanita tadi. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pengantin akan berikrar untuk menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat ini dilakukan di rumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar rumah selama tiga hari sebelum upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh pedanda dengan doa agar pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali pada pengantin perempuan. Kedua mempelai akan memberi hormat kepada kedua ibu bapa dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, memberi hadiah dhoti dan sari serta wang kepada bapa dan ibu mertua dan mencium tapak kaki ibu bapa.

18

SHE101

Gambar 5: Pasangan pengantin kelihatan cantik pada majlis perkahwinan.

Kebiasaannya, pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum susu bercampur pisang. Upacara menandakan pasangan tersebut sah menjadi suami isteri.

19

SHE101
MASYARAKAT CINA Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Cina iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah dan implicit iaitu perkahwinan dimana kedua-dua lelaki dan perempuan bebas memilih pasangan mereka. Pada asasnya perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Adat merisik adalah untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, watak, peribadi dan tingkah laku si gadis. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang mengenali keluarga si gadis. Sebahagian mereka gemar mengadakan perbincangan di restoran disertai saudara-mara lain. Tradisi in amat penting kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara kedua belah keluarga. Seterusnya adalah adat meminang iaitu dilakukan setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing. Seorang wakil pihak lelaki akan berkunjung ke rumah pengantin perempuan bagi membincangkan hal-hal berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan dan wakil tersebut akan berbincang mengenai jumlah mas kahwin, peruntukan meja dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar-menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala perkara yang telah dipersetujui akan diberitahu kepada ibu bapa pihak lelaki. Kemudian, pertunangan iaitu dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik akan digunakan bagi menetapkan tarikh dan berpandukan buku Toong-su. Sekiranya ditetapkan pada tarikh yang tidak
20

SHE101
sesuai dikhuatiri akan ditimpa bencana. Upacara bertukar cincin dilakukan pada hari yang telah ditetapkan iaitu cincin disarungkan pada jari manis kiri oleh kedua-dua pasangan sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan, si gadis akan menyerahkan nyen-sang atau sekeping kertas merah yang tertulis nama, umur dan tarikh lahir yang diperoleh daripada tukang tilik. Nyen-sang si gadis dan lelaki akan diberikan kepada tukang tilik. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai dan dicatat pada sehelai kertas merah iaitu nyik-kor. Tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada pasangan tersebut. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu mereka ikuti. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan. Antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, wang dan kain. Sejumlah besar wang tunai akan diberikan kepada pengantin perempuan sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup. Bagi masyarakat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sekiranya terdapat kematian ahli keluarga berlaku sebelum hari perkahwinan, majlis akan ditangguh sama ada pada tahun hadapan atau selama seratus hari. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning. Dilarang memakai baju berwarna biru, hitam dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

21

SHE101

Gambar 6: Pengantin berpakaian serba merah. Seterusnya, pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada waktu itulah mereka akan duduk bersama untuk kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing dan pengantin akan duduk di atas pelamin. Selepas acara bersanding, pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan saudara-maranya kepada pengantin perempuan dan begitu juga sebaliknya. Kemudian, pasangan pengantin akan meminta restu daripada keluatga mertua masing-masing. Upacara meminum teh adalah merupakan acara yang amat penting dan masih diamalkan. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kemuncak upacara perkahwinan ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan ini diadakan secara besar-besaran sama ada di rumah, dewan atau restoran. Para tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pengantin.

22

SHE101

Gambar 7: Upacara meminum teh. Pada masa yang sama, kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Pada hari ini, masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya dalam kalangan mereka yang beragama Kristian.

23

SHE101
MASYARAKAT IBAN Masyarakat Iban merupakan etnik majoriti di Sarawak, Bumi Kenyalang. Seperti masyarakat peribumi yang lain, masyarakat Iban juga kaya dengan adat dan warisan budaya yang masih dipegang zaman berzaman lamanya. Adat perkahwinan dalam masyarakat Iban juga antara yang terunik kerana terdapat beberara peraturan yang harus dilakukan sebelum layak bergelar suami isteri. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban adalah perkahwinan yang mengikut dan mematuhi kehendak adat. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya ada mana-mana adat perkahwinan yang tidak diikuti maka adalah wajib untuk keluarga pengantin membayar denda bagi mengelakkan pasangan suami isteri ini ditimpa musibah. Terdapat beberapa peringkat tertentu di dalam adat perkahwinan masyarakat Iban Sarawak iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. Merisik Kebiasaannya, perkahwinan ditentukan oleh keluarga pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna itu telah berkenan dengan seorang dara maka adalah perlu untuk si teruna meluahkan hasrat hati kepada keluarganya bagi memohon persetujuan. Apabila keluarga si teruna sudah merestui maka adalah wajar untuk keluarganya bertandang ke rumah si dara untuk adat merisik. Ketika perjumpaan ini, kedua-dua keluarga akan berbincang tentang syarat-syarat perkahwinan seperti penentuan berian dan sebagainya. Sekiranya sudah mencapai kata sepakat barulah pihak keluarga si teruna akan menghantar rombongan untuk meminang si dara secara rasmi.

24

SHE101
Meminang dan Bertunang Kebiasaannya pihak keluarga si teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 20 orang yang terdiri daripada orang-orang tua keluarga si teruna. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta diperjelaskan secara terperinci. Ini termasuklah soal mas kahwin serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Kebiasaannya, yang akan menerima bagi pihak si dara adalah ayahanda si dara atau mereka yang lebih berusia dalam kalangan keluarga si dara. Kemudian, kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan seperti tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini, si dara sudah secara rasminya tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna yang lain selain daripada tunangannya sendiri. Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu kepada sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka. Tiada tempoh yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat Iban adalah lebih baik sekiranya majlis

Gambar 1: Pakaian tradisional yang digunakan semasa majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelak benda-benda perkahwinan yang tidak diingini daripada berlaku.

25

SHE101
Perkahwinan Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai. Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Rombongan yang berpakaian menarik akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional.

Gambar 2 :Rombongan pengantin lelaki yang siap berpakaian tradisional

Sampai di tangga rumah panjang, ketua rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah. Setelah itu, rombongan pihak lelaki iaitu kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki akan duduk di ruai. Mengikut adat tetamu, perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga

26

SHE101
akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah keduadua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu. Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki, sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu

iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian Gambar 3:Upacara membelah pinang kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian

27

SHE101
sekiranya berlaku perceraian.

Permintaan tersebut akan hilang setelah yang berlakunya tidak nyata. perceraian Sekiranya

perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar

Gambar 4:Bersanding pada Gambar 5: Bersanding masa dahulu,duduk diatas pada masa sekarang gong(tawak)

balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak

RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain. Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut. Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak, pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah
28

SHE101
dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding masyarakat Melayu. Pasangan ini akan disaksikan oleh para hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya, seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya akan dilepaskan dan dibacakan mentera. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Selepas itu, pasangan pengantin

akan memberi air pengantin kepada tetamu yang datang sama Gambar 6 : Pengantin memberikan air pengantin ada air tuak atau arak. Mereka akan berjalan beriringan sepanjang ruai rumah tersebut. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum. Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk. Walaubagaimanapun, pada masa kini, hanya segelintir sahaja yang masih mengamalkan kesemua adat perkahwinan tersebut. Hal ini kerana perkahwinan pada masa sekarang lebih mengutamakan hal keagamaan. Selain itu, golongan orang tua yang berpengalaman dalam hal hal perkahwinan ini juga sudah tiada. Meskipun begitu, masyarakat Iban pada masa sekarang tidak lupa akan adat
29

SHE101
dan budaya mereka. Hampir kesemua masyarakat Iban di semua kawasan mempunyai adat dan budaya perkahwinan yang sama.

30

SHE101
MASYARAKAT BIDAYUH Masyarakat Bidayuh merupakan etnik kedua di Sarawak yang dipanggil orang Dayak selain Iban. Masyarakat ini rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Antara pecahan suku kaum bidayuh ialah Selakau/Lara (Daerah Lundu), Jagoi/ Singai (Daerah Bau), Biatah (Daerah Kecil Padawan), Bukar/ Sadong

(Daerah Serian). Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan Gambar 1 : Pakaian tradisional bidayuh

kepercayaan yang mereka anuti. Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah. Namun larangan tersebut dimansuhkan kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara datuk nenek mereka dengan keturunan bekas musuh mereka. Manakala, bagi kumpulan Dayak ukar-

31

SHE101
Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu sama lain sebelum mereka berkahwin. Merisik Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka kecuali perkahwinan yang terlarang. Kumpulan BukarSadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukai tanpa mengira asal kaum. Meminang Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Kumpulan Selako, Jagoi dan Lara perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan. Bertunang Peristiwa perkahwinan berhubung rapat dengan menuai padi. Lebih baik hasil yang diperoleh, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki. Apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

32

SHE101
Usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan pada masa lampau ialah 16 tahun manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik seorang perantaraan perempuan. Perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan tersebut. Majlis Perkahwinan Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung kepada kemampuan ekonomi

keluarga pengantin. Pilihan tempat tinggal selepas berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh mempengaruhi Gambar 2: mengalu-alukan tetamu yang datang pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) dan begitulah sebaliknya (uksorivokal). Sekiranya keadaan perkahwinan suami isteri sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal). Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan boleh berlaku secara 'paksa' melalui amalan yang dikenali sebagai 'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung supaya tindakan dapat diambil. Mereka yang ditangkap bersetuju untuk berkahwin setelah dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk kampung supaya hubungan mereka sebagai suami isteri boleh disahkan dengan

33

SHE101
mengadakan sedikit upacara setelah denda atas kesalahan mereka telah dijelaskan. Amalan batangkap dilakukan ke atas pasangan yang menghadapi tentangan daripada ibu bapa. Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu. Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah perkahwinan yang melibatkan pengetahuan,

peranan dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah Gambar 3: Pengantin memakai pakaian tradisional pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenal sebagai picara dalam kalangan masyarakat Selako untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.

34

SHE101
MASYARAKAT KADAZANDUSUN. Masyarakat Kadazandusun merupakan hasil daripada perkahwinan masyarakat Kadazan dan Dusun. Kadazandusun merupakan salah satu etnik di Sabah. Masyarakat ini juga mempunyai keunikan tersendiri dalam adat perkahwinan mereka. Merisik Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat Gambar 1 : Pakaian tradisional masyarakat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama Kadazandusun sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada. Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Sekiranya perempuan itu dalam pertunangan, risikan itu dihentikan serta-merta. Sekiranya perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.

35

SHE101
Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya. Meminang Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Ibu bapa perempuan setelah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

36

SHE101
Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contohnya, bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan. Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelasjelasnya. Ketika mesyuarat ini mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu. Bertunang Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini
37

SHE101
dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta perkahwinan di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemua ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

38

SHE101
Bagi membolehkan pengantin ini bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlis Perkahwinan Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Bagi memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian Gambar 2 : Majlis perkahwinan masyarakat Kadazandusun tradisional berwarna hitam. Hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar

gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong Gambar 3: Tarian Sumazau dipersembahkan semasa majlis perkahwinan dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

39

SHE101
Analisis kajian berkaitan adat perkahwinan masyarakat di Malaysia.
Bilangan reponden mengikut kaum.

bilangan responden mengikut kaum


16 14 12 10 8 6 4 2 0 melayu cina india bumiputera bumiputera sarawak sabah lain-lain bilangan

Pengalaman menghadiri majlis perkahwinan masyarakat lain

16 14 12 10 8 6 4 2 0 melayu cina india bumiputera bumiputera sarawak sabah lain-lain tidak pernah

. 40

SHE101
Aspek pemilihan pasangan hidup.

aspek pemilihan pasangan hidup


30 25 20 15 10 5 0 bilangan

Pengetahuan tentang adat perkahwinan masyarakat lain. Ya atau tidak.

100% 90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% melayu cina india bumiputera bumiputera sarawak sabah lain-lain

tidak perlu

41

SHE101
Mengekalkan adat perkahwinan masyarakat masing-masing pada zaman akan datang. Perlu atau tidak.

100% 90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% melayu cina india bumiputera bumiputera sarawak sabah lain-lain

tidak perlu

42

SHE101
KESIMPULAN. Setelah melakukan kursus hubungan etnik ini, kami dapat membuat beberapa kesimpulan. Antaranya ialah masyarakat pada zaman kini makin kurang yang mengamalkan adat-adat perkahwinan secara tradisional. Kami mendapati bahawa, kebanyakan pasangan mengikut beberapa adat sahaja iaitu seiring dengan peredaran masa dan zaman. Misalnya, perkahwinan bagi masyarakat Melayu dengan hanya melakukan akad nikah sudah dikira memadai tanpa mengadakan persandingan. Selain itu, ada juga pasangan pengantin yang melakukan perkahwinan bertema. Contohnya, tema barat, ala-ala Bollywood, perkawinan dalam taman dan sebagainya. Kebiasaannya, perkahwinan bertema seperti ini dilakukan oleh mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Manakala dari segi pakaian, ternyata turut mengalami perubahan. Sekiranya dulu, pasangan pengantin akan memakai baju tradisional mengikut kaum masing-masing. Tapi kini, terdapat perubahan pada pakaian iaitu lebih moden. Pemilihan pasangan pada zaman kini iaitu kebebasan kepada anak-anak muda memilih sendiri pasangan hidup mereka. Ternyata berbeza dengan pada zaman dahulu iaitu apabila ibu bapa sendiri yang akan memilih pasangan hidup untuk anak-anak mereka. Disamping itu, terdapat perbezaan pada tempat perkahwinan diadakan. Pada waktu dahulu, kenduri kahwin diadakan di kawasan rumah pengantin ataupun kampung halaman. Kini, ada sesetengah pasangan yang mengadakan kenduri kahwin mereka di hotel dan menggunakan perkhidmatan catering.

43

SHE101
Rujukan Melalui kaedah kajian yang telah kami lakukan, berikut merupakan rujukan di mana kami mendapatkan maklumat. Temuramah: 1. Nama : Pn. Rakiah binti Mat Husin Tajuk temuramah : Adat perkahwinan orang Melayu

Ditemuramah oleh : Fairuz Ajlaa binti Azmin

2. Nama

Jara

anak

Gaseng

Tajuk temuramah : Adat perkahwinan orang Iban Ditemuramah oleh : Theresa Endong

44

SHE101

Laman Web

1. http://www.scribd.com/doc/36914203/Adat-Perkahwinan-Kaum-India 2. http://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=501:pe rkahwinan-masyarakat-cina&catid=65:dokumen&Itemid=145&lang=ms 3. http://snsk-k2.blogspot.com/2012/11/adat-perkahwinan-kaum-melayu.html 4. http://mylovelyfamily-fahmar169.blogspot.com/2011/03/adat-perpatih-tetiba-jadiminat-nak-tau.html 5. http://vanillachocolate233.blogspot.com/p/perkahwinan-masyarakat-sabahsarawak.html 6. http://lovelynorlee.blogspot.com/2013/02/adat-perkahwinan-masyarakat-ibansarawak.html 7. http://snsk-k2.blogspot.com/2012/11/adat-perkahwinan-kaum-kadazandusun.html 8. http://bahasamelayupengantar.blogspot.com/2010/09/adat-perkahwinan-kaumbidayuh.html 9. http://budayaperkahwinan.blogspot.com/2010/08/adat-perkahwinan-masyarakatbidayuh.html

45

SHE101
LAMPIRAN : SOAL SELIDIK ADAT PERKAHWINAN Sila tandakan ( / ) pada ruang yang telah disediakan. 1. Adakah anda pernah menghadiri upacara perkahwinan kaum lain? ( ) YA ( ) TIDAK

2. Pada pendapat anda, faktor apakah yang menjadi pilihan dalam memilih pasangan? ( ( ( ( ( ( ) PEKERJAAN ) STATUS KEWANGAN ) TAHAP PENDIDIKAN ) AGAMA ) HUBUNGAN KEKELUARGAAN ) LAIN-LAIN:

3. Sekiranya anda berkahwin, upacara perkahwinan ( ( ( ) dilakukan secara sederhana iaitu mengikut kemampuan ) mengikut adat resam atau secara tradisional ) bertema (perkahwinan dalam taman, ala barat dan sebagainya)

4. Pada pendapat anda, perlukah anda mengetahui adat dan tradisi perkahwinan kaum anda dan kaum lain? ( ) YA ( ) TIDAK

5. Generasi pada zaman kini perlu mengamalkan adat-adat perkahwinan supaya tidak lapuk ditelan zaman. ( ) YA ( ) TIDAK

46

You might also like