Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm

Ulama dan Kemunculan Profesional Ustaz (PROTAZ): Satu Analisis


1

Safinah Ismail & 2Badlihisham Mohd Nasir

Kolej Universiti Islam Antabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia 2 Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, Malaysia

Abstrak: Profesional ustaz (protaz) merupakan mereka yang mengambil bidang bukan agama sebagai jurusan utama tetapi akhirnya mendalami agama dan menguasai kedua-dua bidang (agama dan profesional) ini telah wujud di Malaysia. Kebangkitannya telah menjadi suatu fenomena baru. Walau bagaimanapun ulama dan profesional ustaz menjadi isu dalam penyebaran ilmu dan dakwah di Malaysia. Oleh itu kertas kerja ini membincangkan isu kemunculannya dan perkaitannya dengan ulama. Bagi mencapai objektif ini, kajian kepustakaan dan lapangan telah dilakukan. Data-data kajian kepustakaan diperolehi melalui buku, tesis, disertasi, majalah, laman web, blog dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Manakala kajian lapangan digunakan bagi mengukuhkan kajian ini iaitu kaedah temubual dan observasi. Hasil kajian yang diperolehi adalah istilah ini masih tidak begitu diterima oleh masyarakat Islam kerana ia seolah-olah menyokong dualisme. Di dalam kajian ini telah memfokuskan isu berkaitan penguasaan ilmu dan menganggu wilayah ulama. Kesimpulannya, sesuatu perkara yang berkaitan hukum hakam, ia perlu perlu dirujuk kepada para alim ulama dan mereka tidak mengganggu peranan ulama tetapi membantu ulama dalam menyebarkan Islam. Perjuangan dakwah golongan protaz mempunyai signifikan tetapi perlu dipantau agar tidak mencetuskan kontroversi dalam masyarakat.

PENGENALAN Setiap zaman, Allah s.w.t menganugerahkan insan yang yang terbilang dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah di bumi ini. Golongan yang diberi hikmah yang amat bernilai ini bersama berusaha membantu perjuangan Islam. Islam telah membangunkan keahlian dan menggerakkan kemampuan serta mengcungkil bakat-bakat anugerah Ilahi, maka muncullah ahli falsafah, doktor, fuqaha, ahli astronomi Islam dan sebagainya. Ia telah wujud semenjak permulaan Islam hingga kini.1 Tahun 2006 telah digemparkan dengan suatu fenomena baru dengan kehadiran profesional ustaz yang menjadi anjakan paradigma kini yang menggugat paradigma lama kian pesat di persada Malaysia. Mereka memiliki signifikan yang tersendiri kerana mereka mempunyai kepakaran dalam pelbagai profesion dan bertindak pada waktu yang sama sebagai daie era siber. Fenomena ini semakin rancak berkembang di Malaysia. Pelbagai istilah baru telah muncul seperti protaz, uspro, poptaz, tazpro. Namun istilah protaz paling melonjak berbanding istilah-istilah yang lain. Justeru, bagi mengenali protaz dengan lebih lanjut, penulis cuba mengupas dan meneroka pengertiannya, membahaskan isu kemunculannya dan perkaitannya dengan ulama serta memfokuskan beberapa isu berkaitan pemikiran mereka iaitu penguasaan ilmu dan menganggu wilayah ulama.

Takrif Protaz: Perkataan yang agak canggih ini sebenarnya kombinasi daripada dua kalimah. Perkataan awalnya daripada bahasa Inggeris (profesional) dan diakhirnya pula diambil daripada bahasa arab (ustaz) dan diringkaskan menjadi protaz. Seseorang dikatakan protaz apabila menjawat suatu jawatan profesional terlebih dahulu seperti doktor, jurutera, peguam, juruterbang kemudian menceburi pula bidang hal-ehwal agama Islam. Mereka juga boleh mendalami ilmu Islam dan profesional serentak, tetapi keutamaan diberikan kepada bidang profesional.2 Menurut Dr. Danial Zainal Abidin di dalam Majalah I, protaz ialah golongan profesional ustaz atau ustazah iaitu mereka pada asalnya adalah mengambil bidang bukan agama sebagai jurusan utama tetapi akhirnya mendalami agama dan menguasai kedua-dua bidang tersebut iaitu agama dan profesional.3 Mereka adalah satu bentuk insan yang terhasil dari sistem pendidikan tidak rasmi seperti mempelajari agama di rumah, surau, masjid dan pendidikan rasmi seperti di sekolah atau madrasah. Golongan ini berkemahiran dalam pelbagai bidang seperti saintis, akauntan, pakar seni, pakar sastera yang berpegang teguh dengan agama dari sudut keilmuan seperti ustaz.4 Protaz adalah seseorang yang berkemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang keduniaan seperti akauntan, perubatan, arkitek, perbankan, sosiologi, kesusasteraan dan sebagainya.

252

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Menjadikan profesion mereka tersebut sebagai sumber pendapatan tetap ataupun mereka yang mendapat pendidikan sekular kemudian berminat dengan ilmu Islam samada mereka mempelajari Islam secara formal iaitu mendapat sijil atau diploma, sarjana muda, sarjana, PhD dalam pengajian Islam ataupun secara informal seperti belajar di pondok, bertalaqqi dengan mana-mana shaykh, tok guru, ustaz dan sebagainya. Ketrampilan mereka boleh dipanggil protaz apabila memiliki kerjaya bukan berkaitan hal-ehwal agama tetapi mempunyai fikrah Islam dan berusaha membawa masyarakat untuk memahami agama samada melalui tulisan dengan menghasilkan artikel, karya berkaitan agama atau lisan seperti mengadakan ceramah, forum, pembentangan kertas kerja seminar, talk dan sebagainya. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh menjadi seorang protaz apabila memenuhi ciri-ciri di atas. Latar Belakang Protaz dan Kemunculannya di Malaysia: Kemunculan protaz di persada Malaysia mula di war-warkan sejak beberapa tahun yang lalu, pergerakan mereka semakin mendapat tempat dan diterima ramai dengan semangat kebangkitan semula Islam di Malaysia. Ia mempunyai perkaitannya dengan banyak faktor yang memberi booster kepada golongan ini untuk terus bangun menyebarkan dakwah. (1) Era Kemerdekaan: Apabila dilihat dari sudut sejarah, kebangkitan mereka bermula dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan, ia dipelopori oleh tokoh-tokoh ulama yang independen seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh, Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Ungku Sayyid, Dato Maharaja Lela dan sebagainya. Pada ketika itu belum terbentuknya organisasi yang dikaitkan dengan gerakan Islam yang tersusun dan sistematik. Walaupun kebangkitannya tidak mempunyai organisasi yang teratur, namun ia dapat menggerunkan musuh.5 Mereka telah meniup semangat kepada generasi seterusnya bagi menentang penjajahan dengan semangat jihad yang terukir dijiwa mereka. Dakwah yang dibawa ada yang berbentuk individu dan jemaah Islam. Ia amat penting dalam menjamin kejayaan dakwah. 6 Setelah British menjajah Malaysia, mereka telah meninggalkan pengaruh kristian. Ini menyebabkan nilai kehidupan umat Islam berubah kerana wujudnya dualisme pendidikan.7 Anak-anak yang pandai pada ketika itu dimasukkan ke sekolah, universiti dan institusi yang berpendidikan sekular. Maka lahirnya jurutera, ahli sains, akauntan dan sebagainya sedangkan yang kurang cerdik dihantar ke sekolah agama atau sekolah pondok 8 dan amat sedikit mereka yang bijak memasuki sekolah agama.9 Menurut Dato Dr. Siddiq Fadzil kebangkitannya adalah di sebabkan pengaruh yang sudah bercampur dengan pelbagai situasi iaitu

pengaruh dari reformasi Mesir, Jema cah Islami Pakistan, Wahabi yang diimport dari Arab Saudi. 10 Manakala Ahmad Zaki Hj Abdul Latif membahagikan gerakan dakwah yang dipengaruhi fahaman Islah ini kepada dua aliran iaitu aliran dari Timur Tengah iaitu oleh Jamaluddin Afghani, Muhammad cAbduh,11 Rashd Reda dan aliran dari Pakistan12 oleh al-Maudd. Ia menjadi sumber inspirasi para muslih di Alam Melayu seperti Syeikh Tahir Jalaluddin al azhari al-falaki,13 Shaykh alHadi,14 Shaykh Abu Bakar al-Asyari, Syed Salim Al-Kilali, Abbas Taha, Abu Bakar Bakir15 yang lebih dikenali sebagai Kaum Muda, reformis, golongan Islah dalam masyarakat Muslim. Golongan ini banyak dipengaruhi oleh majalah Al-Imam.16 Mereka membawa bersama aliran fahaman pemikiran moden Barat. Kaum Muda dianggap sebagai pelopor dalam pendidikan umat Melayu dan perjuangan kebangsaan telah membawa aliran Islah dengan membina madrasah-madrasah untuk menyalurkan fahaman yang diperkembangkan dari Timur Tengah. Antara madrasahnya seperti Madrasah al-Hadi, Madrasah al-Mashur untuk menerapkan kurikulum agama dan moden. Sambutannya kurang memberangsangkan kerana masyarakat terpengaruh dengan Kaum Tua yang menentang segala bentuk kemajuan Barat.17 Ini dapat dibuktikan bahawa kesesungguhan para ulamak, tok guru-tok guru, reformis dan ustaz-ustaz yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu tentang Islam kepada masyarakat ini18 memberi impak yang tinggi kepada golongan profesional dalam mendalami ilmu dan bersama menyampaikan dakwah. (2) Era 1970-an: Muhammad Abu Bakar19 menyebut di dalam bukunya Penghayatan Sebuah Ideal bahawa kesedaran Islam wujud pada akhirakhir tahun tujuh puluhan. Beberapa golongan yang mendapat pendidikan agama, berpelajaran Inggeris dan melayu bertanggungjawab menyebabkan kebangkitan ini. Tahun 1970an, ia mula terserlah menentang pengaruh yang ditinggalkan oleh barat kerana wujudnya kesedaran jiwa yang diperjuangkan oleh gerakan tajdid dalam rangka mentarbiah masyarakat mengahayati Islam sebagai nizm alhayah.20 Kesedaran dan gerakan dakwah ini didominasikan oleh gerakan pemuda Islam terpelajar yang mendapat pendidikan tinggi di dalam dan luar negara21 setelah melihat kerapuhan dan kebejatan norma yang mulia di kalangan umat Islam. Walaupun mereka kurang pengetahuan agama namun komitmen terhadap cita-cita Islam amat besar. Malah dalam usaha menjadi pendakwah yang berjaya, mereka banyak mengikuti pengajian Islam secara tidak formal dengan membaca buku Islam dan usrah dan program tarbiah.22 Ia diakui oleh beberapa ilmuan yang ditemuramah seperti Dato Dr. Siddiq Fadzil, Dr. Mohd Nor Manuuty, YB Saari Sungip dan lain-lain.23

253

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Pemikiran protaz ini banyak dipengaruhi oleh manhaj haraki melalui gagasan yang dibawa oleh gerakan Islam antarabangsa. Pemikiran tokoh-tokoh gerakan Islam seperti Hasan al- Banna, Sayyid Qutb, Fathy Yakan, Dr Yusuf Qaradawi yang terlibat langsung dengan Ikhwanul Muslimin manakala Abu Ala al-Maududi dari Jamacat Islamiyyah. Hasil karya tokoh-tokoh ini memberi kesan yang mendalam dalam jiwa mereka. Tuan Hasan Tuan Lah24 telah menyatakan kepada Zulzila Dzulkefli bahawa kitab-kitab tersebut dapat meniupkan roh kebangkitan Islam dalam dirinya seolah-olah menghidupkan semula dirinya dari suatu kematian. 25 Percambahan buku-buku klasik, pemikiran tokohtokoh gerakan Islam yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Inggeris dan Indonesia telah telah meningkatkan kesedaran dan minat orang awam, golongan terpelajar yang berpendidikan akademik mendalami ilmu agama. 26 (3) Era 1990-an dan Kini: Menjelang 90an dan pada penghujung 80an, beberapa perkara yang berlaku telah berjaya serba sedikit untuk menganjakkan paradigma yang lama Kementerian Pelajaran Malaysia, berdasarkan legasi yang ditinggalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang pernah beberapa ketika menjawat sebagai Menteri Pendidikan (sebelum ditukarkan namanya kepada Menteri Pelajaran), telah mula menghantar pelajarpelajar yang terpilih dari seluruh malaysia berdasarkan keputusan cemerlang SPM mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Ada juga golongan profesional, golongan cerdik pandai yang mendapat pendidikan formal serta sekular samada di dalam mahupun di luar negara telah mula berubah angin untuk belajar agama. Ada di antara mereka yang pergi ke timur tengah dan berubah menjadi ustaz seperti Dr. Ir. Hj. Muhammad Fuad Yeoh abdullah, Ustaz Hamidon timbalan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shafie al-Hafiz (al-Itqan), Dr. Sulaiman Noordin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan lain-lain. Mereka merupakan di antara para ustaz dari golongan ini.27 Kebanyakan golongan profesional ini merasakan kekosongan dalam diri mereka dan timbul minat untuk mempelajari agama serta mahu menambah bidang mereka. Golongan ini agak terbalik kerana jika dilihat dari sejarah, sarjana Islam terdahulu mereka memulai dengan memahami agama selepas itu barulah mereka menguasai ilmu dunia (uspro) sebaliknya golongan profesional ini kebanyakannya menguasai ilmu dunia terlebih dahulu barulah ilmu agama (protaz).28 Antara fenomena baru juga apabila timbulnya kesedaran para ibu bapa kini yang inginkan anakanak mereka dapat menguasai kedua-dua bidang ini telah menghantar anak-anak ke sekolah yang mengintegrasikan pendidikan sekular dan agama. Suatu yang lebih menarik apabila wujudnya kursus tahfiz dengan kursus konvensional seperti yang

ditawarkan oleh UIA iaitu kursus tahfiz untuk pelajar-pelajar jurusan sains yang benar-benar cemerlang agar dapat melahirkan para profesional huffaz di masa depan demi mengembalikan semula kegemilangan Islam yang sarat dengan para ulama yang menghimpunkan di dalam diri mereka dua malah lebih disiplin ilmu dalam diri mereka seperti al-Ghazli, al-Kindi, Ibn Sna, al-Razi, al-Suyti dan lain-lain lagi.29 Tambahan pula, banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT) menawarkan program pengajian yang menyepadukan program profesional dengan Pengajian Islam pada peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda30 demi melengkapkan pelajarpelajar agama dengan ilmu semasa dan juga pelajarpelajar aliran sekular dengan ilmu agama. Akademi Islam UM, Jayputra, KUIS (dahulu KISDAR), UDM adalah di antara IPT-IPT yang menawarkan kursus seumpamanya. UIAM pula menawarkan kursus Double Degree iaitu Ilmu Wahyu dengan bidangbidang lain seperti Sains Komunikasi, Psikologi, sains Politik dan sebagainya.31 Era globalisasi langit terbuka abad 21 kini telah memberikan peluang kepada setiap individu di mana sahaja untuk mengetahui apa sahaja. Internet banyak membantu golongan biasa dalam mendapatkan maklumat terbaru berkaitan hal ehwal Islam dari pelbagai tempat di seluruh dunia. Dengan penggunaan internet juga telah memperlihatkan khazanah-khazanah Islam contohnya kitab-kitab turath dibuat di dalam bentuk e-books dan diedarkan secara percuma. Sesiapa sahaja yang berminat boleh membaca kitab-kitab turath. Tambahan pula, ulama'ulama' terkenal dunia seperti bin Baaz, Ibn c Uthaimn, Dr. Sacid Ramadn al-Bti, Dr Ysuf alQardaw, Shaykh Wahbah al-Zuhaily dan sabagainya masing-masing telah mempunyai Laman web sendiri dan memudahkan penyebaran ilmu dipelajari oleh mereka yang berminat, termasuk para protaz.32 Internet juga berperanan yang besar dalam menarik minat orang awam untuk mendalami ilmuilmu tentang Islam. Dunia tanpa batasan dengan teknologi yang terkini membolehkan seseorang itu mempelajari ilmu keagamaan dari seluruh dunia, pada bila-bila masa sahaja33 contohnya seorang pelajar kedoktoran akan boleh mengetahui perkaraperkara berkaitan usul al-fiqh, ulum hadis, ulum alQuran, fiqh berbandingan dan lain-lain lagi, samada melalui buku-buku yang terdapat di pasaran, mahupun melalui CD-CD dan VCD-VCD yang terdapat di pasaran. Internet juga dapat membantu para pelajar, malah orang awam untuk mengetahui apa sahaja berkaitan Islam, malah mereka boleh berkomunikasi ataupun berguru melalui internet melalui Yahoo Messengger, Skype, Video conference dan chatting room. Cara ini dapat melahirkan lebih ramai para pengkaji ilmu Islam dan seterusnya dapat meningkat kesedaran Islam dan taraf keilmuan Islam di kalangan masyarakat.34 Khairol Amin Mohd Salleh berpendapat bahawa faktor utama yang

254

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

menyebabkan kemunculan mereka tidak disedari kerana mereka tidak mendapat ruang dan tempat untuk menyumbang buah fikiran mengenai agama. Golongan protaz ini tidak mungkin boleh dijemput ke surau atau masjid yang memerlukan permit atau kebenaran dari Jabatan Agama negeri.35 Justeru, melalui internet mereka mendapat maklumat dan menyumbangkan idea melalui dakwah digital ini. Kebangkitan protaz berlaku secara tidak langsung hasil minat dan keprihatinan golongan profesional terhadap ilmu-ilmu Islam. Pada asalnya mereka hanya memiliki ilmu yang asas tentang Islam. Tetapi minat tentang Islam menyebabkan mereka mendalaminya secara ilmiah, sebagaimana mereka mendalami jurusan masing-masing secara ilmiah. Mereka tidak mahu belajar Islam sekadar cerita-cerita, tetapi perlu dalil dan hujah. Sedikit demi sedikit, bertahap-tahap, mereka kongsikan apa yang diketahui bersama masyarakat. Semua protaz pada asalnya tidak memiliki cita-cita menjadi ustaz, apabila ilmu yang mereka kongsikan diminati ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan, mereka melebarkan lagi jaringan keilmuan tersebut kepada umum.36 Di samping itu, faktor kebangkitan golongan ini dapat dikorelasikan dengan kemunculan kelas-kelas bahasa Arab dari pusat bahasa beberapa universiti tempatan. Ini menyemarakkan lagi golongan-golongan yang meminati bahasa Arab untuk mendalami ilmu-ilmu Islam. Tambahan pula gerai kitab berbahasa Arab di Pesta Buku yang diadakan saban tahun di Malaysia, sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran protaz. Ini memudahkan mereka kerana tidak perlu ke Timur Tengah untuk membeli kitab-kitab Arab.37 Beberapa Isu Berkaitan Protaz: Golongan protaz mempunyai pemikiran yang tajam dan analitikal. Mereka memberi perspektif yang segar dan merangsang khalayak berfikir di luar daripada paradigma konservatif. Mereka mencetuskan cara berfikir dan tindakan kepada masyarakat untuk menjadi masyarakat seperti mereka.38 (1) Penguasaan Ilmu: Penguasaan ilmu dapat menyerlahkan potensi individu, apabila digilap berdasarkan kefahaman yang betul, potensi itu akan meledak ke tahap yang optimum dan hasilnya adalah kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Perjuangan yang dilakukan tanpa ilmu mendatangkan kerosakan kepada manusia. Ilmu hanya dimanfaat apabila difahami dengan betul, bersesuaian dengan kaedah, keutamaan yang disepakati, bertepatan dengan tuntutan suasana. Tanggungjawab seluruh umat Islam ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu-ilmu dunia dan akhirat. Apatah lagi Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Menuntut ilmu itu adalah fardu ke atas seluruh umat Islam. Ini seharusnya menjadi faktor dorongan kepada semua

orang awam untuk mempelajari hal-hal keagamaan agar ianya boleh menjadi pedoman bagi menjadi insan yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh. Bukan sekadar menuntut dan mengamalkan ilmu itu sahaja suatu kefarduan, menyampaikan ilmu-ilmu tersebut kepada seluruh umat Islam juga merupakan tuntutan syarak. Firman Allah SWT dalam surah al-Asr, ayat 1-3, yang maksudnya: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang- orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesanpesan dengan sabar. Tidak semestinya seseorang dai menantikan ilmu sehingga menggunung tinggi, baru hendak melakukan dakwah.39 Pada pendapat Mohd Yaakub Mohd Yunus,40 protaz lebih faham dengan kehendak masyarakat kini yang mementingkan kesahihan sesuatu fakta dan hujah. Masyarakat tidak lagi seperti umat yang terdahulu hanya taqlid kepada sesuatu perkara. Ini disebabkan peningkatan taraf pendidikan dan pemikiran masyarakat kini yang telah terdedah dengan pelbagai pemikiran baru. 41 Pada pandangan Tuan Hasan Tuan Lah, 42 sesiapa sahaja yang menguasai ilmu boleh menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain kerana semua umat digalakkan menyampaikan agama walaupun satu ayat. Sekiranya seseorang boleh mencari sesuatu kaedah mengenal pasti ahli ilmu yang benar-benar berkemampuan tidak kira sama ada seseorang tersebut dari aliran agama atau non-agama, maka mereka ini layak menyampaikan dakwah.43 (2) Menganggu Wilayah Ulama: Mohd Yaakob Mohd Yunus berpendapat bahawa isu protaz bukan berkisar tentang pendekatan atau tatacara (uslub) dakwah. Setiap ustaz atau protaz memiliki tatacara dakwah tersendiri. Sepatutnya fenomena peningkatan minat golongan yang bukan ustaz dalam bidang agama harus dilihat secara positif.44 Golongan protaz ini menafikan dakwaan bahawa mereka mengambil alih wilayah ustaz atau tuan guru malahan mereka amat memerlukannya dalam banyak perkara khususnya dalam mempelajari dan mengetahui hal ehwal agama, mereka ada kalanya cuba untuk mengisi kekosongan di celah-celah kealpaan manusia terhadap Islam dengan versi yang lebih kreatif, inovatif, efektif dan bertepatan dengan teknologi terkini.45 Bagi golongan profesional, mereka masih memerlukan bimbingan untuk terus berjuang menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Peluang dan bimbingan adalah dua perkara yang penting untuk menyatukan golongan agama dan profesional dalam Islam.46 Bagi Prof. Dr. Mohd Yusof Uthman ada di antara ulama yang tidak ke hadapan, ulama tidak memainkan peranannya. Ini sebagai satu cabaran bukan membiarkan sahaja fenomena ini berlaku. Dakwah adalah

255

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

tanggungjawab di mana sahaja seseorang berada, mereka perlu mengajak manusia kepada Islam tetapi ada di kalangan ulama ini tidak melaksanakan tanggungjawab, mereka hanya yakin dengan ilmunya sahaja.47 Analisis Isu Protaz (1) Penguasaan Bahasa Arab: Penguasaan bahasa Arab adalah suatu keperluan kerana kunci ilmu dalam Islam adalah bahasa Arab dan kedudukannya icjz al-Quran, kandungan dalam bidang nahu, sorof, balaghah. Semua phrasa bahasa Arab mempunyai kekuatan yang tersendiri sekiranya mereka dapat menguasai dengan baik. Mereka boleh belajar hanya dengan bahasa Melayu tetapi belum pasti mampu menjadi orang yang alim menghuraikan Islam dengan begitu terperinci. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang alim semestinya menguasai bahasa Arab. Para oreintalis di Barat tidak mahu belajar Islam kecuali menguasai bahasa Arab. Kebanyakan orientalis menguasai bahasa Arab untuk menghancurkan Islam.48 Sementara itu, Profesor Dato Dr. Mahmood Zuhdi memberi pandangan bahawa untuk menjadi protaz penguasaan bahasa Arab dengan baik adalah tidak begitu penting kerana Islam boleh dibaca dalam pelbagai bahasa. Mereka yang tidak mahir berbahasa Arab dan Inggeris juga boleh mendalami Islam kerana jualan buku dalam bahasa Melayu meluas di pasaran kecuali sekiranya protaz mahu mendalami tentang hukum, memberi fatwa, mentafsir al-Quran dan sebagainya. Pada situasi tersebut, mereka perlu belajar dengan bersungguhsungguh, jangan melampaui batas dari segi pemikiran. Mereka perlu tahu siapa mereka. (2) Mengambil Peranan Ulama: Protaz tidak boleh mengambil peranan atau tugas ulama. Mereka berada di pinggiran, namun tetap penting dan berperanan dalam dakwah kerana mereka boleh mempengaruhi suasana dan sebagai pelengkap kumpulan agama disebabkan mereka menentukan corak dan suasana Islam dalam masyarakat. Mereka boleh menjadi orang haraki bukan ahli hukum kerana bidang keilmuan tersebut tidak sesuai bagi mereka kerana berkaitan hukum itu adalah tugas agamawan. Ada di kalangan mereka yang cuba mempertikaikan dan menegatifkan pandangan yang dikeluarkan oleh ulama sehingga masyarakat mengabaikan ulama, mereka cuba melakukan pembaharuan dan boleh menafikan peranan dan pengaruh ustaz klasik di kalangan masyarakat.49 Pensyarah usul fiqh, Ustaz Zaini Yahya 50 pula berpendapat golongan profesional mempunyai peranan bagi membantu para ulama dalam menyebarkan Islam. Namun mereka tetap tidak dapat mengambil tempat ulama. Masing-masing mempunyai peranan yang saling lengkapmelengkapi. Profesional diperlukan dalam

meyelesaikan sesuatu masalah yang memerlukan bantuan daripada mereka contohnya dalam mengeluarkan resolusi-resolusi hukum yang berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan perubatan. Para ulama memerlukan bantuan para saintis contohnya Majmac al-Fiqh al-Islm menjemput ahli profesional untuk membentangkan kertas-kertas kerja dalam persidangan mereka yang melibatkan isu-isu seperti pemindahan organ, bayi tabung uji dan sebagainya. Tujuan mereka dijemput ialah untuk mendapat gambaran sebenar perkara-perkara tersebut yang tidak diketahui oleh mereka sebelum ini. Kemudian mereka akan berijtihad berdasarkan metode ijtihad yang mereka kuasai. Gandingan mereka ini akan menjamin ketepatan ijtihad. Jika isu yang hendak diijtihadkan hanyalah isu biasa yang tidak perlu kepada penjelasan pihak profesional para ulama boleh terus mengkaji dan berijtihad. Jika seseorang pendakwah itu bergerak atas nama protaz, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar. Tugas utama dalam dakwah ialah para ulama yang betul-betul memahami agama. Ahli profesional hanya membantu dalam perkara-perkara yang mereka mempunyai kemahiran dan merujuk kepada para ulama dalam menangani isu-isu keagamaan. Tujuan mereka adalah baik untuk menyebarkan dakwah tetapi kesan buruknya akan lebih ketara. Jika mereka menangani isu-isu agama yang berkaitan hukum- hakam, mereka pasti menghadapi kesukaran kerana kecetekan ilmu. Tidak mungkin seseorang itu boleh istinbt hukum terus daripada al-Quran dan al-Sunnah tanpa mempunyai usul yang jelas. Para ulama yang wara' pasti takut hendak mengeluarkan sesuatu hukum bahkan mereka tidak suka berkata itu halal dan ini haram jika tidak perlu berkata begitu. Imm Mlik r.a apabila ditanya 40 soalan beliau hanya menjawab empat soalan sementara yang bakinya beliau berkata, " Wallahu aclam." Para alim ulama amat merasakan bebanan amanah walaupun ilmu alat penuh di dada.51 Sementara itu, Shaykh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari menyebut bahawa mereka yang membidangi hal ehwal dunia, membincangkan tentang agama adalah suatu perkara yang pelik. Mereka perlu bercakap dengan bidangnya dan tidak boleh memberi fatwa sekiranya perkara tersebut di luar kepakaran seseorang. Mereka yang terdidik dengan bidang agama lebih memahami agama. Untuk mengenal Islam, ia perlu kepada pakar dalam bidang tersebut. Mereka tidak boleh mengambil bidang tugas orang lain. Masyarakat memerlukan kepada mereka terhadap perkara yang memang mereka pakar.52 Prof. Dato Dr. Mahmod Zuhdi pula berpendapat bahawa mereka ada usaha untuk mengembangkan Islam dan ada signifikannya kerana dakwah Islam bukan tanggungjawab kepada ustaz sahaja. Kewujudan golongan ini kerana memenuhi keperluan masyarakat yang tidak dapat dipenuhi oleh ustaz klasik yang sangat konservatif. Oleh kerana itu, pada pandangan mereka ustaz sangat

256

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

lemah dan gagal memainkan peranan. Justeru, mereka berani berhadapan dengan masyarakat. 53 Sekiranya mereka mengikut disiplinnya yang betul, ia tidak membawa suatu masalah. Profesional perlu menghormati para alim ulama kerana dengan peranan mereka dalam menyebarkan Islam melahirkan insan yang memahami agama dan mendapat petunjuk Allah SWT dan mampu menjadi tokoh ulama. 54 Perkara tersebut tidak mustahil kerana Rasullah SAW pernah bersabda:
55

Kesukaran ilmu ini memerlukan seseorang itu berguru.59 Bagi penulis, seseorang boleh belajar melalui buku sekiranya sesuatu yang mudah difahami tetapi jika ilmu tersebut memerlukan penjelasan dan pemahaman yang mendalam mestilah merujuk dan berguru dengan seseorang yang pakar dalam bidang tersebut. Pendapat Dr. Mohd Roslan Mohd Nor60 berkaitan protaz ini beliau menyebut bahawa masyarakat boleh mengambil pandangan mereka berkaitan perkara yang melibatkan sosial, tasawwur Islam, individu muslim, gerakan Islam, adab Islam, pembangunan Islam, mendidik masyarakat dengan pendidikan Islam, mengembalikan remaja yang terlibat dengan gejala sosial seperti mat rempit, dadah dan sebagainya. Itu adalah suatu yang baik dan tidak menjadi suatu masalah, malahan ia menjadi aset dalam Islam. Jika mereka faham, menguasai beberapa ilmu asas tentang Islam itu tiada masalah. Jika dalam perkara hukum, fatwa, perkara furc, perkara tersebut tidak sesuai bagi mereka. Ia menjadi suatu masalah apabila golongan yang tidak faham agama cuba memberi fatwa dan mengkritik fatwa orang lain. Jika mereka merujuk kepada sesuatu mazhab dan cuba mengutarakan sesuatu mazhab itu sahaja, ia adalah suatu yang tidak relevan.61 KESIMPULAN Profesional ustaz (protaz) merupakan mereka yang mengambil bidang bukan agama sebagai jurusan utama tetapi akhirnya mendalami agama dan menguasai kedua-dua bidang (agama dan profesional) ini telah wujud di Malaysia. Kebangkitannya telah menjadi suatu fenomena baru. Walau bagaimanapun ulama dan profesional ustaz menjadi isu dalam penyebaran ilmu dan dakwah di Malaysia. Protaz dianggap mengganggu-gugat peranan ulama dan dipertikaikan kemampuan mereka dalam penguasaan ilmu, bahasa Arab, penyampaian berkaitan Islam. Namun pemikiran dan penampilan mereka diterima oleh sesetengah pihak terutamanya golongan terpelajar. Ledakan maklumat era globalisasi kini, memberi ketukan semangat kepada protaz untuk bangkit bersama dalam menyebarkan dakwah secara profesional. Dalam usaha melaksanakan dakwah Islamiyyah ini, protaz merasakan suatu tanggungjawab dan amanah kepada mereka untuk bersama dalam perjuangan Islam sebagai pelengkap dalam dakwah. Pemikiran protaz mempunyai signifikannya dalam dakwah. Mereka tidak mampu mengambil tugas ulama, mereka sekadar membantu ulama. Oleh itu, mereka boleh berdakwah tetapi perlu ada limitasinya dan dipantau aktiviti yang dilakukan. Perkara yang berkaitan fatwa, hukum-hakam perlu lebih diteliti dan mestilah diserahkan kepada ahlinya. Mereka boleh menjadi

Maksudnya: Barang siapa yang Allah mengkehendaki baginya kebaikan, maka Dia akan anugerahkan kepadanya pemahaman mengenai agama.

Tidak salah mereka mengambil peranan ulama dan mereka juga boleh jadi ulama apabila betul cara belajar dan disiplinnya.56 Setiap insan mesti berfikiran lebih terbuka, jangan melihat kelemahan sesuatu pihak tetapi perlu melihat kepada kelebihan masing-masing dan saling bantu-membantu. Golongan protaz ingin membantu golongan ulama, mereka tidak bermaksud untuk mengambil alih peranan ulama. Ulama sendiri ada kelemahan, ada perkara yang perlu diperbaiki.57 (3) Belajar Tanpa Guru: Dari sudut keilmuan, bagi mereka yang ingin belajar tanpa guru ada hadnya tetapi jika ingin mendalami sesuatu bidang seseorang tersebut mesti berguru. Pengakaran sesuatu ilmu sukar tanpa berguru. Seandainya sekadar pengantar sahaja, kebanyakan mereka boleh kuasai. Oleh itu, amat perlu kepada proses pembelajaran kecuali bagi mereka yang luar biasa.58 Ustaz Zaini Yahya menasihatkan untuk mempelajari apa-apa ilmu ialah dengan berguru apatah lagi ilmu usul al-fiqh. Mempelajari ilmu agama secara berguru khususnya ilmu usul al-fiqh adalah satu hakikat yang mesti diterima oleh semua orang kerana: Pembelajaran ilmu agama terutamanya ilmu usul al-fiqh secara berguru merupakan satu metode yang diwarisi kerana ia lebih selamat. Ilmu usul al-fiqh adalah ilmu yang memerlukan ketelitian kerana merupakan gabungan ilmu bahasa Arab, Ulum al-Quran, Ulum al-Hadis dan Ilmu Mantiq. Untuk menguasainya seseorang mestilah mempunyai ilmu alat seperti nahu dan sorof, mantiq, dan lain-lain sehingga dapat menghuraikan setiap istilah dan phrasa yang hendak difahami. Jika seseorang hanya membaca buku usul al-fiqh (apatah lagi dalam bahasa Melayu) mereka tidak akan dapat memahami dengan mendalam dan jika mereka tersalah, mereka tidak akan merasakan kesilapannya. Bahkan kitab-kitab usul al-fiqh ini mempunyai susur-galur yang diwarisi dan pembaca mestilah mahir dalam perkara ini.

257

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

ulama sekiranya mereka benar-benar menguasai bidang agama kerana ramai ulama terdahulu telah membuktikan kemampuan mereka. Golongan ini perlu didekati bukan diabaikan agar dapat disatukan fikrah dalam perjuangan Islam. Penggabungan ulama dan golongan profesional memberi impak kepada kemajuan dakwah di Malaysia. Maka penggembelengan ini perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa agar usaha dakwah yang dicanangkan mencapai kejayaan. NOTA HUJUNG
1

3 4

Khlid Muhammad Khlid, 1994, Rijl Haula alRasl s.a.w. al-Kaherah: Dar al-Maqt linashr wa al-tauzc, hlm. 44. Anon, 2006, Apa Itu Protaz dan Uspro?, http://www.pkblogs.com/hembusan/2006/06/dak wah-si-protaz-uspro-1. html [29 februari 2008]. Ahmad Yani Abd Manaf, 2006, hlm. 26. Danial Zainal Abidin, 2008, Islam Moden, Melahirkan Protaz di akhir Zaman, http://www.youtube.com/watch?v=qCDinARTc1 4&eurl=http://www.danialzainalabidin.com, [ 17
Jun 2008]

10

11

Badlihisham Mohd Nasir, 2002, Masa Depan Gerakan Islam di Malaysia. Pemikir. Kajang: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. hlm 119; Badlihisham Mohd Nasir, Mazlan Ibrahim, 2007, Gerakan Islam dan Perjuangan Kemerdekaan di Malaysia: Satu Sorotan Ringkas. hlm. 49-53. Badlihisham Mohd Nasir, 2002, Masa Depan Gerakan Islam di Malaysia, Pemikir, Kajang: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, hlm. 119. Pertama, pendidikan sekular yang hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu berbentuk duniawi atau kebendaan tanpa memberi perhatian kepada pendidikan rohani dan agama. Pendidikan demikian hanya wujud di sekolah atau institusi yang ditubuhkan oleh penjajah atau persatuan agama Kristian. Sekolah ini juga memperkenalkan sistem atau corak hidup yang berasaskan kepada tradisi Barat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada hal ehwal ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, ramai antara mereka yang berlatar belakang pendidikan sekular memegang jawatan penting dalam negara termasuklah perkara berkaitan dasar, polisi dan undang-undang negara. Mereka lebih maju dalam aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial disebabkan mereka lebih terdedah kepada dunia luar, terutama negara Barat yang terkenal dengan kemajuan tamadun dunia ketika itu. Kedua: Pendidikan agama sistem yang terkenal di kalangan mereka yang kukuh terhadap pegangan Islam dan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang tinggal di luar bandar. Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah tersebut ialah bahasa Arab. Sekolah ini

12

13

14

15

adalah institusi yang memelihara akidah dan agama Islam. Di sekolah ini pelajar mempelajari ilmu wahyu seperti akidah Islam, syariah dan akhlak. Masyarakat Islam menghantar anak-anak mereka ke sekolah Arab dengan tujuan untuk memperkukuhkan akidah Islam dan mengamalkan syariah Islam. Mereka kurang mengharapkan anak-anak mereka menjawat jawatan tinggi melalui sistem pendidikan agama yang dikenali dengan istilah pondok atau madrasah. Lihat Dr Saodah Abdul Rahman, 2000, Pengaruh sekolah Arab kepada masyarakat Melayu. http://161.139.39.251/akhbar/education/2000/bh 00209.html [26 September 2007] Mohd Yusof Uthman Prof. Dr, 2008, Biodata dan Pandangan Terhadap Profesional dalam Dakwah, temuramah, 21 Februari. Maszlee Malik, 2006, PROTAZ: Paradigma generasi baru, Milenia Muslim, hlm.83. Siddiq Fadzil Dato Dr, Mantan Presiden ABIM, 2008, Biodata dan pandangan tentang PROTAZ, temubual, 26 Mac; Mohd Nur Manutty Dr, 2008, Pandangan terhadap Protaz, temubual. 4 April. Abdul Wahab Latif, 1997, Muhammad cAbduhs Conception of Reformation, Journal Hamdard Islamicus, hlm. 69. Namun pengaruh pembaharuan dari Timur Tengah lebih besar kerana dikembangkan oleh lulusan dari Mesir dan Mekah abad ke-20. Gagasan Islah yang telah termuat dalam Majalah Al-Manr ini mempengaruhi pelajar Melayu yang menuntut di Mesir. Lihat Ahmad Zaki Hj Abdul Latif, 2006, hlm. 36. Beliau belajar di Mekah dalam mendalami ilmu agama, kemudian belajar di Mesir dalam bidang ilmu falak dan telah menempatkan beliau seorang ahli falak yang handal. Menyebarkan fahaman reformis Islam yang di terima semasa di Mesir walaupun mendapat tentangan daripada golongan ulama tradisional, beliau tidak pernah berputus asa atau kecewa dalam perjuangannya. Ismail Mat (pnyt), 1992, Ulama Silam dalam Kenangan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 22. Tokoh pelopor gerakan modernisme di Tanah Melayu, menerbitkan Majalah Al-Imam bersama dengan Shaykh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abdul Abbas dan lain-lain. Beliau dipengaruhi semangat rasionalisme, berkecenderungan dengan gagasan ijtihad. Lihat Abdul Rahman Haji Abdullah, 1987, hlm. 154155, Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, 2006, Transformasi Gerakan Islah dan Dakwah di Timur Tengah dan di Malaysia, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), hlm. viii. Riduan Mohammad Nor, 2007, hlm. 88; Mohamad Kamil Hj Ab Majid, 1990, hlm 104120.

258

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

16

17

18

19

20

21

22 23

24

25

26

27 28

29

30

31

Badlihisham Mohd Nasir, 2003, Dacwah and The Malaysian Islamic Movement, Semenyih:Synergymate, hlm. 79. Kaum tua berpusat di pondok-pondok. Lihat Ahmad Zaki Hj Abdul Latif, 2006, hlm. 40; Farid Mat Zain, 2007, hlm. 232-235. Mohd Yaakub Mohd Yunus, 2008, Pendekatan dan Pemikiran Protaz, temubual. 6 April. Muhammad Abu Bakar, 1987, Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 143. Roslin Syamsuri, 1996, Arus Kebangkitan Generasi Muda, Batu Caves: Pustaka Ilmi, hlm. 27; Ahmad Zaki Hj Abdul Latif, 2006, hlm.109110. Penglibatan di dalam negeri seperti PKPIM, Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan sebagainya. Pelajar yang belajar di Barat dengan pertubuhan Islam seperti MISG, IRC dan suara Islam memberi impak di jiwa mereka melalui proses re-education dalam Islam. Usaha kerajaan untuk memulihkan sosio ekonomi Melayu dengan menghantar ramai pelajar melayu untuk melanjutkan pelajaran negara Barat dan di sana ramai daripada mereka terdedah dengan cara hidup Islam disebabkan pengaruh dari ikhwan dan jamaah Islami hidup Islam yang sebenar. Muhammad Abu Bakar, 1987, hlm. 144; Zainah Anwar, 1990, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd, hlm. 54 Muhammad Abu Bakar, 1987, hlm. 144. Siddiq Fadzil Dato Dr, Mantan Presiden ABIM, 2008, Biodata dan pandangan tentang Protaz, Temubual, 26 Mac; Mohd Nur Manutty Dr, 2008, Pandangan terhadap Protaz, temubual. 4 April. Pengurus strategi Perniagaan, Telekom Malaysia.Membina laman web al-ahkam, sebuah laman web yang menerangkan menganai Islam secara digital. Zulzila Dzulkefli, 2006,Tuan Hasan Tuan Lah Ustaz Cyber Pengasas Web Al-Ahkam. Majalah I Mei: 16. Mohd Yaakub Mohd Yunus, 2008, Pendekatan dan Pemikiran Protaz, Temubual. 6 April. Ibid, hlm.85. Mohd Shafie Md Amin al-Hafiz Dr, 2008, Biodata, Perkaitan dan Pandangan terhadap Protaz, 3 Mac. Mohd Yaakub Mohd Yunus. 2008. Pendekatan dan Pemikiran Protaz. Temubual. 6 April. Rosliwaty Ramly, 2006, Lonjakan Perdana Modal Insan. http://utusan.com.my/utusan/archive. [23 Jun 2008] Anon, t.th, DoubleDegree. http://www.iiu.edu.my/irkhs/rkqs/?Academic:Un

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46 47

48

49

50

51

dergraduate_ Programme:Double_Degree [22 Jun 2008] Khairol Amin Mohd Salleh, 2008, Biodata dan Perkaitannya dengan Protaz, temubual. 28 Februari. Mohd Yaakub Mohd Yunus, 2008, Pendekatan dan Pemikiran Protaz, temubual. 6 April. Maszlee Malik, 2006, PROTAZ: Paradigma generasi baru, Milenia Muslim: 84. Khairol Amin Mohd Salleh, 2008, Biodata dan Perkaitannya dengan Protaz, temubual. 28 Februari. Hafiz Firdaus Abdullah, 2008, Biodata dan Pemikirannya, temubual, 14 Januari. Khairol Amin Mohd Salleh, 2008, Pendekatan dan Pemikiran Protaz, temubual. 5 April. Anon, Biodata Prof. Dr Khalijah Mohd Salleh, dlm Buku Syarahan Umum ke 8, Fakulti Sains dan Teknologi yang bertajuk Paradigma Ketauhidan: Integrasi Agama dan Sains. Dewan Anuwar Mahmud FST, UKM: 4 Julai 2008. Mohd Yaakub Mohd Yunus, Biodata dan perkaitannya dengan protaz, temubual, 23 Mac 2008. Mendapat ijazah Komunikasi (Komunikasi Organisasi) UIAM, Naib Presiden, Bahagian Perbankan Perusahaan Affin Bank Berhad yang aktif menulis buku agama. Anon, Mohd Yaakob Mohd Yunus pengurus bank yang berdakwah melalui mata pena, Majalah I Mei 2006, hlm. 19. Pengurus Strategi, Telekom Malaysia. Ustaz Cyber Pengasas Web al-Ahkam.(Sebuah Laman Web yang menjelaskan Islam secara digital). Lihat Zulzila Dzukefli, Tuan Hasan Tuan Lah ustaz cyber pengasas web al-Ahkam, Majalah I Mei 2006, hlm. 17 Zulzila Dzulkefli, Tuan Hasan Tuan Lah ustaz cyber pengasas web al-ahkam. Majalah I Mei 2006, hlm 17. Mohd Yaakub Mohd Yunus, Pendekatan dan pemikiran protaz, temubual. 6 April 2008. Anon, Mohd Yaakob Mohd Yunus pengurus bank yang berdakwah melalui mata pena. Majalah I Mei 2006, hlm. 19, 21. Zulzila Dzukefli, 2006, hlm.17. Mohd Yusof Uthman, Biodata dan pandangan terhadap profesional dalam dakwah, temubual, 21 Februari 2008. Mohd Nur Manutty, Pandangan terhadap protaz, temubual. 4 April 2008. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pandangan terhadap protaz, temubual. 17 Mac 2008. Zaini Yahya, Pensyarah Usul Fiqh, Jabatan Syariah UKM, Pandangan terhadap protaz, temubual. 13 Mac 2008. Zaini Yahya, Pandangan terhadap protaz, temubual. 13 Mac 2008.

259

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

52

53

54

55

Shaykh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari, Ulama dari Bogor, Indonesia. Beliau sering kali ke Malaysia dalam usaha menyebarkan ilmu, Pandangan terhadap protaz, temubual,15 Mac 2008. Mahmood Zuhdi, Pandangan terhadap protaz, temubual. 17 Mac 2008. Mohd Nur Manutty, Pandangan terhadap protaz, temubual. 4 April 2008. al- Bukhari, Sahh al-Bukhr, Kitab AlcIlm, bab Man yurdiLlahu bihi khairan yufaqqihhu fiddn, no. 69; Muslim, Sahh Muslim, kitab Zakh, bab al-Nah can al-Mas'alah, No 1721. Dlm. CD Mausucah Al Hadth Syarf

56

57

58

59

60

61

Zaharuddin Abdul Rahman, Pandangan terhadap protaz, temubual. 22 April 2008. Mohd Shafie Md. Amin, Pandangan terhadap protaz, temubual. 3 Mac 2008. Siddiq Fadzil, Biodata dan pandangan tentang protaz, temubual. 26 Mac 2008. Zaini Yahya, Pandangan terhadap pemikiran dan pendekatan protaz, temubual. 13 Mac 2008. Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merangkap Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia sesi 2007/2009 Mohd Roslan Mohd Nor, Pendapat terhadap kehadiran protaz, temubual. 19 Mac 2008.

260

You might also like