Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ALICE UBONG LIAN PISMP PEMULIHAN 2012

SEJARAH PROGRAM DISLEKSIA DI MALAYSIA

KPM telah merancang penubuhan program disleksia sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus selama 14 minggu. Pada 13 Mac 2004, penubuhan ini Berjaya dilaksanakan dengan memilih SK Taman Tun Dr. Ismail (2) sebagai sekolah pra-rintis program disleksia. Program disleksia di Peringkat Kebangsaan secara rasminya telah

disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004, oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada awal penubuhan, program ini berjalan dengan hanya 2 orang guru dan 7 orang murid sahaja. Hanya subjek BM sahaja yang diajar. Kini, seramai 33 orang murid ditempatkan dalam program disleksia di sekolah ini dan 4 orang guru bertanggungjawab mengajar subjek utama seperti BM, MT & sains. Bagi subjek-subjek yang lain pula, kesemua pelajar belajar di kelas aliran perdana.

JENIS KELAS PROGRAM DISLEKSIA

Kelas Inklusif Disleksia pengajaran BM kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam subjek BM sahaja. Kelas Khas Disleksia

pengajaran subjek BM, MT & Sains bagi murid yang lemah sahaja dalam ketiga-tiga subjek tersebut.

SEJARAH PROGRAM DISLEKSIA LUAR NEGARA

Singleton (1999) telah menjalankan kajian berbentuk digit span-task ke atas kanakkanak yang mengalami disleksia dengan sekumpulan kanak-kanak normal. Digit span-tasksyang digunakan oleh pengkaji merangkumi aktiviti mengulangi siri nombor yang di beri secara hafalan ke hadapan atau kebelakang.

Kajian David (2003) ke atas 184 orang kanak-kanak disleksia juga didapati menunjukkan ciri-ciri persamaan dengan kenyataan Singleton (1999) dan Riddick, Wolfie, serta Lumsdon (2002) iaitu: - pelupa, gagal mengikuti satu siri arahan yang diberi, kesukaran untuk mengingati nama rakan, rima lagu, sifir dan apa-apa informasi.

Dr. William Pringle Morgon telah menghasilkan sebuah artikel perubatan pertamanya yang berjudul A case of congenital word-blindness English School Physician pada tahun 1896(Critchley, 1970).

Artikel beliau telah menerangkan kesukaran mengeja yang berpunca daripada masalah perkembanganleft angulargyrusyang dihadapi oleh individu kajiannya yang dianggap bijak dan berbakat tinggi dalam bidang sukan. Keadaan in telah diistilahkan sebagai disleksia perkembangan (Khadijah, 1998).

You might also like