Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Praktikal 2: Tajuk: Aloi Objektif: Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat.

Hipotesis: Besi tulen paling mudah terkakis, keluli kurang mudah terkakis manakala keluli tahan karat adalah tidak berkarat. Pemboleh ubah: (a) Dimanipulasikan: Paku daripada jenis bahan yang berlainan (b) Bergerak balas: Keadaan pengaratan paku (c) Dimalarkan: Keadaan eksperimen iaitu kuantiti dan suhu air, larutan agar-agar dan bekalan udara Bahan: Paku besi, paku keluli, paku keluli tahan karat, larutan agar-agar 5% (agar-agar dilarutkan ke dalam 100 cm air panas), Potasium hexecyanoferrate(III), air, Radas: Kertas pasir, tabung uji dan rak tabung uji

Teori : Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logamdengan komposisi tertentu.Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atomunsur lain yang dipanggil atom asing. Atom asing mempunyai saiz yang berlainandaripada logam utama. Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada

menggelongsor. Ketertempaan dankemuluran logam akan berkurang. Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen.Tujuan pengaloian ialah: (a) menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen. Contohnya: magnalium (aloimagnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen. (b) membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah. Contohnya: piuter(aloitimah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen. (c) mencegah kakisan logam. Contohnya: keluli nirkarat(aloi ferum, karbon, kromiumdan nikel) sukar berkarat berbanding dengan ferum(besi) tulen.

Prosedur: 1. Kertas pasir digunakan untuk mengeluarkan karat pada permukaan paku besi, paku keluli dan paku keluli tahan karat. 2. Tiga tabung uji diisikan dengan larutan agar-agar sehingga penuh dan dilabelkan A, B dan 3. 1 cm larutan heksasianoferat(III) ditambah kepada setiap tabung uji. 4. Tiga jenis paku iaitu paku besi, paku keluli dan paku keluli tahan yang dibersihkan tadi dimasukkan ke dalam tabung uji A, B dan C masing-masing. 5. Tabung uji tadi diletakkan di rak tabung uji dan dibiarkan selama tiga hari.Kepekatan warna biru diperhatikan. 6. Pemerhatian di catatkan dalam jadual di bawah:

Keputusan:

Tabung uji A B C

Jenis Paku Paku besi Paku keluli Paku tahan karat

Pemerhatian Warna biru terbentuk Sedikit warna biru Tiada warna biru yang terbentuk

Perbincangan: 1. Kakisan ferum akan menghasilkan ion ferum (II)

Fe(p)DFe2+ (ak) + 2e 2. Berdasarkan keputusan di atas, paku besi tulen telah banyak terkakis manakala paku keluli hanya terkakis sedikit dan keluli tahan karat tidak terkakis langsung. 3. Fungsi larutan potassium hexacyanoferrate (III) adalah untuk menguji kehadiranion ferum (II), iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatan warna biru tua inimengambarkan tahap pengaratan paku besi. 4. Warna biru yang terbentuk menunjukkan ion ferum (II) terhasil, iaitukakisan ferum sudah berlaku. 5. Keamatan warna biru tua yang lebih tinggi menunjukkan bahawa kadar pengaratan juga tinggi kerana kepekatan ion ferum(II) yang terbentuk adalahlebih tinggi. 6. Besi berkarat dengan mudah tetapi keluli nirkarat (aloi yang terbentukdegan menambahkan nikel dan kromium terhadap besi) lebih tahan kakisan.Nikel dan kromium membentuk satu lapisan oksida yang keras dan tidak telap air untuk menghalang besi daripada berkarat

Kesimpulan: 1. Keputusan daripada hasil kajian menunjukkan bahawa pengaloian boleh mencegah kakisan. 2. Eksperimen ini membuktikan bahawa hipotesisi yang dibuat adalah benar,

Soalan 1. Terangkan fungsi larutan kalium potassium hexacyanoferrate (III)? Fungsi larutan potassium hexacyanoferrate (III) adalah untuk menguji kehadiran ion ferum (II), iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatan warna biru tua ini mengambarkan tahap pengaratan paku besi. 2. Apakah hubungan antara kepekatan warna biru dan kadar pengaratan? Semakin pekat warna biru yang terbentuk semakin tinggi/banyak kadar pengaratan yang berlaku 3. Terangkan bagaimana penggunaan larutan agar-agar dalam bentuk pepejal boleh meningkatkan pemerhatian eksperimen? Penggunaan larutan agar-agar dalam bentuk pepejal boleh meningkatkan pemerhatian eksperimen kerana ianya digunakan untuk memerangkap dan melihat warna biru yang terbentuk dengan lebih jelas. Hal ini kerana penyebaran berlaku paling perlahan dalam pepejal berbanding cecair dan gas. 4. Namakan komposisi keluli dan keluli tahan karat? Keluli- 99% ferum, 1% karbon Keluli nirkarat- 74% ferum, 18% kromium, 8% nikel 5. Bandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat dan terangkan?

Berdasarkan pemerhatian di atas, pengaratan besi tulen lebih cepat dari keluli tetapi keluli tahan karat (nirkarat) tidak berkarat. Paku yang diperbuat daripada keluli nirkarat tidak berkarat kerana paku ini adalah aloi daripada ferum, kromium dan nikel. Paku yang diperbuat dari keluli berkarat dengan perlahan. Kandungan karbon atom akan menguatkan besi tetapi tidak menghalang pengaratan daripada berlaku kakisan.

6.Bagaimana penyusunan atom dalam logam dan kaitkan dengan kemuluran dan ketempaannya. Mulur bermaksud boleh ditarik menjadi dawai dan tempat bermaksud kebolehan diketuk kepada bentuk yang berlainan. Logam tulen terdiri daripada lapisan atom yang disusun dengan seragam, teratur dan padat pada kedudukan yang tetap.Susunan atom ini menyebabkan logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi. Daya tarikan yang kuat antara atom memerlukan jumlah haba yang banyak untuk mengatasinya. Walaubagaimanapun, logam adalah lembut dan tidak kuat. Jika daya dikenakan pada logam, lapisan atom akan menggelongsor antara satu sama lain dan menyebabkan logam mudah ditempa dan mulur.

Rajah 1 Lapisan-lapisan atom yang mengelongsor

7. Apakah perbezaan antara : a) Gangsa dan Loyang Unsur utama bagi gangsa dan Loyang ialah kuprum tetapi unsur minor bagi gangsa ialah timah dan zink bagi Loyang.Gangsa lebih kuat dan lebih tahan karat berbanding Loyang. Emas 24-karat dan emas 18 karat. Emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%.Iaitu logam memas tanpa campuran logam lain manakala emas 18K mempunyai 75% emas dan 25% campuran tembaga, nikel, zink dan lain-lain. 8. Terangkan perbezaan antara aloi gantian dan aloi celahan. Sekiranya atom dari agen pengaloian menggantikan atom dari logam utama,ianya ialah aloi gantian. Akan terbentuk sekiranya logam utama dan agen pengaloian mempunyai saiz atom yang hampir sama. Bagi aloi gantian, unsur pengganti hampir bersebelahan dalam jadual berkala. Contoh aloi gentian ialah loyang. Aloi juga boleh terbentuk sekiranya agent pengaloian mempunyai atom yang lebih kecil daripada logam utama. Sekiranya hal ini berlaku, atom bagi agenpengaloian akan mengisi celah-celah atomatom logam utama. Ini dikatakanaloi celahan iaitu atom zarah yang kecil akan mengisi ruang-ruang diantara atom dalam kekisi bagi mengelakkan kegelinciran. Aloi ini lebih kuat dari aloi gantian. Contoh: keluli.

Rajah 2: Susunan atom perbezaan antara aloi gentian dan aloi celahan

Rujukan
Khatijah Zakaria . . . [et al]. (2002).Kimia Tak Organik Lanjutan Edisi KeLima.Johor: Universiti Teknologi Malaysia Tan Pek Soo. (2008).Complete Text & Guide Bilingual Chemistry Form 4.Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Ooi Theng Theng. (2008).Compact Guide Chemistry Bilingual Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Pudjaatmaka & A. Hadyana. (2002).Kamus Kimia.Jakarta: Balai Pustaka Chau Kok Yew. (2011).Referens Ekspres SPM KimiaSelangor: PenerbitanPelangiSdn. Bhd. Jenis emas, kualiti dan karat. (march 1, 2013) daripadahttp://www.hargaemas.com.my/jenis-emas-kualiti-dan-karat/Teknologi aloi emas putih.(march2013) daripadahttp://www.nusantaraheritage.com.my/logam/white_gold.ht ml Alloys.(march1,2013)daripadahttp://chemwiki.ucdavis.edu/Wikitexts/UCD_Chem_124A %3A_Kauzlarich/ChemWiki_Module_Topics/Substitutional_Alloys Alloys (feb 1, 2013) daripadahttp://www.bookrags.com/research/alloy-woc www.ppdhl.net/courseware/bppt/kimia/Tingkatan4/.../BBM/Notaaloi.doc

You might also like