Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.0

Pendahuluan Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa

Dewan mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985)

pula mendefinisikan

morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Selain itu, Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) (dalam modul) turut mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentukbentuk kata. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Tugasan saya berkaitan dengan salah satu aspek morfologi iaitu golongan kata. Perkataan digolongkan berdasarkan beberapa kriteria seperti sintaksis, kriteria semantik, kriteria struktur fonologi dan kriteria struktur morfem. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Menurut Za'ba dalam Pelita Bahasa Melayu 1, golongan kata adalah sama maknanya dengan istilah jenis perkataan. Beliau telah menggunakan pengetahuan beliau mengenai tatabahasa Arab dan Inggeris dalam membuat deskripsi golongan perkataan dalam bahasa Melayu. Za'ba telah

menghasilkan golongan kata iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan.
1

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Asmah Hj.Omar(1968) berpandangan perkataan tidak hanya semata-mata digolongkan berdasarkan kepada maknanya saja tetapi pada fungsi

tatabahasanya. Dengan berdasarkan kepada fungsi-fungsi ini, perkataan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga iaitu Kata Namaan, Kata Kerjaan dan kata Tugas.

Tatabahasa Dewan ( Manuskrip Edisi Semakan, 2005) menggolongkan perkataan dalam bahasa Melayu kepada empat golongan iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Tugasan saya ini akan mengupas salah satu daripada golongan kata iaitu kata nama.

1.1

Objektif Kajian

Berdasarkan tajuk tugasan yang diberi, objektif kajian meliputi: 1.1.1 Huraian tentang satu daripada proses pembentukan perkataan ataupun golongan kata dalam bahasa Melayu. 1.1.2 Menghasilkan sebuah buku bacaan berilustrasi yang menggunakan sekurang-kurangnya sepuluh kata majmuk yang mendukung maksud kiasan 1.2 Kaedah Kajian Kaedah yang digunakan dalam usaha menyelesaikan dan memurnikan tugasan ini adalah dengan penggunaan kaedah perpustakaan iaitu dengan menggunakan buku-buku ilmiah berkaitan dengan morfologi, jurnal, artikel, majalah, internet dan kertas-kertas kerja. 1.3 Batasan Kajian Tugasan ini akan meneliti dan memfokuskan perbincangan mengenai aspek pembentukan kata dan golongan serta menghasilkan sebuah bukum berilustrasi yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan golongan kata yang mengandungi sekurang-kurangnya sepuluh kata majmuk kiasan.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi maksud pembatasan kajian, perbincangan dihadkan kepada salah satu golongan kata yang dipilih. 2.0 Penggolongan Kata Nama Kata nama merupakan perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Kata Nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang,haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat. Menurut Zaba (1965) memberi definisi kata nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya. Bagi Abdullah Hassan (2003) mendefinisikan kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat, dan nama perkara. Lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama sebagai kata yang terletak selepas bilangan atau bilangan serta penjodoh bilangan. Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan itu: i. ii. iii. Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama

Kata Nama Am

Kata Nama

Kata Nama Khas

Kata Ganti Nama

Rajah 1 : Golongan Kata Nama


3

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.1

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkaraperkara yang umum sifatnya.Kata nama am dapat dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasatkan ciri makna perkataannya ,iaitu; hidup atau tak hidup manusia atau bukan manusia instutisi atau bukan institusi konkrit atau abstrak. berbilang atau tak berbilang

- nama am Kata -

hidup bukan manusia -

tidak hidup

manusia

bukan institusi

institusi

konkrit

abstrak

berbilang

Tidak berbilang

Rajah 2 : Carta Kata Nama Am

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.1.1 Kata Nama Am Hidup Manusia Kata nama am jenis ini merujuk kepada manusia iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Contoh kata nama seperti: kanak-kanak rakan polis pelajar pelukis petani hartawan pengawas adik Kerani

2.1.2 Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia Merujuk kepada benda-benda hidup selain manusia dan mendukung makna nama am. Contoh: burung pokok gajah bunga malaikat daun bidadari akar pari-pari rumput

2.1.3 Kata Nama Am Tak Hidup Institusi Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Kata nama institusi ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Am Institusi

sekolah kepada daripada lembaga majlis persatuan pertubuhan

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.1.3 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat konkrit. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat dan didahului dengan kata sendi nama ke dan dari. Contohnya: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit

bilik ke dari pekan tasik pentas dewan

2.1.4 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang Kata nama ini merujuk kepada benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan bersifat abstrak tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya: Frasa nama Kata Bilangan Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang

sindiran satu tiap-tiap pandangan peristiwa pujian program

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.1.5 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Tak Berbilang Kata nama am jenis ini merujuk benda atau perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contohnya seperti berikut: angin kesedihan hawa kemurungan iklim keazaman kecantikan semangat kezaliman hujan

2.2

Kata Nama Khas Menurut Nik Safiah Karim et al.(1996), kata nama khas ialah kata yang

digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan(institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan

seumpamanya. Dalam tulisan huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh dirujuk berdasarkan rajah berikut:

manusia hidup kata nama khas tak hidup bukan manusia

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.2.1 Kata Nama Khas Hidup Manusia Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk manusia secara khusus. Contohnya: Nur Aliyah Meor Ahmad Muhammad Puteri Salbiah Ng Lai Seng Megat Ali Ai Lin Hang Tuah Letchumy Wan Hanisah

Kata nama khas hidup manusia juga boleh didahului dengan nama panggilan dan gelaran. Misalnya: Profesor Nawawi Senator Zeti Tun Dr. Mahathir Puan Sri Dalilah

Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas. Misalnya:

si mati

sang suria

2.2.2 Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan manusia seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya. Contohnya:

malaikat haiwan tumbuh-tumbuhan

Mikail, Jibrail, Izrail, Raqip Belang, Tompok, Comel, Kancil Hevea Brasilia(pokok getah), Vanda Diana( orkid )

Kata nama khas

hidup bukan manusia juga menerima kata panggilan.

Misalnya seperti Sang Arnab, Sang Sawa, Sang Rangkak dan sebagainya.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.2.3 Kata Nama Khas Tak Hidup Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk bendabenda yang khusus tetapi bukan hidup . Misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang, dan

seumpamanya. Contohnya: benda tempat negara institusi pangkat bangsa agama Faber Castel( pen), Proton Inspira(kereta), Nike(kasut) Pulau Sipadan, Hospital Kuala Kangsar, Balai Seni Malaysia, Thailand, Mesir, Korea Selatan, Jepun Universiti Kuala Lumpur, Risda, Bank Islam, Mara Dato' Seri Amar Diraja, Puan Sri, Panglima Tentera Laut Melayu, Kadazan , Iban, India, Cina, Melanau, Semai Islam, Hindu, Buddha, Kristian

2.3

Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan

yang menjadi pengganti kata nama am dan kata nama khas. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk pula boleh dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti diri orang pertama, kata ganti diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang

ketiga. Penggolongan kata ganti nama diperincikan lagi berdasarkan rajah berikut:

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

kata ganti nama tunjuk kata ganti nama

kata ganti nama tunjuk umum


kata ganti nama tunjuk tempat kata ganti nama diri tanya

kata ganti nama diri kata ganti nama diri orang

pertama ketiga kedua

2.3.1 Kata Ganti Nama Tunjuk Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud yang menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Kata ganti nama yang merujuk kepada benda atau perkara dinamakan kata ganti nama tunjuk umum, manakala yamg menunjukkan tempat disebut kata ganti nama tunjuk tempat.

Terdapat dua kata ganti nama umum iaitu ini yang digunakan untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan pada yang jauh. Contoh ayat: Ini kereta baharu saya. Berikan buku cerita ini kepada kawan kamu. Sofa itu diperbuat daripada kulit. Buangkan sisa-sisa makanan itu ke dalam tong sampah.

10

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata ganti tunjuk tempat pula terdiri daripada sini untuk menunjukkan pada arah yang dekat .Manakala situ digunakan untuk menunjukkan arah yang agak jauh dan sana untuk arah yang jauh. Contoh ayat: Sini tempat kita mengadakan perbincangan. Situ kawasan larangan dan kamu tidak dibenarkan masuk. Jangan pergi ke sana selagi kamu tidak mendapat kebenaran.

2.3.2 Kata Ganti Nama Diri Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua golongan, iaitu: i. ii. Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama diri orang

(i)

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Kata ganti nama diri tanya ini terbahagi kepada tiga iaitu apa yang merujuk kepada benda atau perkara, siapa yang merujuk orang,dan mana yang merujuk benda atau orang. Contohnya adalah seperti berikut: Kamu memakai kasut sukan jenama apa? Nama kucing kamu apa ? Yang memakai baju berwarna merah itu, siapa? Kamu datang ke sini dengan siapa ? Kek kegemaran kamu yang mana ? Kain songket hasil tenunanya mana ?

Kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tiadak tentu atau penegasan. Contohnya:

apa siapa mana

apa-apa siapa-siapa(sesiapa) mana-mana

11

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh ayat: Bawalah apa-apa yang diperlukan semasa menyertai perkhemahan. Siapa-siapa yang berminat untuk mewakili sekolah dalam

pertandingan syarahan boleh serahkan borang penyertaan. Pilihlah mana-mana buku cerita kegemaran kamu.

(ii)

Kata Ganti Nama Diri Orang

Kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu. Kata ganti nama jenis ini terbahagi kepada tiga iaitu: a. Kata ganti nama diri orang yang pertama b. Kata ganti nama diri orang yang kedua c. Kata ganti nama diri orang yang ketiga

a. Kata Ganti Nama Diri Orang Yang Pertama Kata ganti diri orang yang pertama untuk merujuk diri sendiri apabila berbual dengan orang lain.Terbahagi kepada dua iaitu tunggal dan jamak. Contoh kata ganti nama diri pertama tunggal ialah saya, aku, daku, hamba, patik, manakala kata ganti nama diri pertama jamak seperti kami dan kita. Berikut penggunaan dan ayat contoh kata ganti nama pertama :

Kata Ganti Nama Diri Pertama aku

Penggunaannya Dan Ayat Contoh

Merujuk diri sendiri apabila bertutur dengan rakan akrab dan Tuhan. Aku menerima cadanganmu itu. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah.

Saya

Merujuk diri sendiri apabila bertutur dengan orang yang baru dikenali ataupun sesiapa sahaja. Saya akan belajar dengan bersungguhsungguh.

12

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

daku

Boleh saya tahu saudari berasal dari mana?

Digunakan dalam penulisan atau seni kata lagu. Sudah lupakan dikau akan daku? Daku termenung bersendirian di tepi jendela sambil melihat burung-burung riang

berkicauan. hamba Merujuk diri sendiri pada zaman dahulu. patik "Hamba ini orang perantau," kata Tun Teja.

Merujuk diri sendiri apabila bertutur dengan sultan, raja, atau kerabat diraja "Patik akan laksana segala titah perintah tuanku," kata Hang Tuah.

kami

Merujuk diri sendiri dan orang yang bersama-sama dengan kita semasa berbual dengan orang kedua. "Kami yang melukis mural pada bangunan sekolah," kata Laila dan Siti kepada Cikgu Halim.

kita

Merujuk

diri

sendiri

apabila

bertutur

dan

menyertakan orang kedua. "Nampaknya kita perlu berusaha dengan gigih untuk memenangi perlawanan bola sepak ini," kata jurulatih kepada ketua pasukan bola sepak.

b. Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua Kata ganti nama diri jenis ini digunakan apabila kita bertutur merujuk diri orang yang kedua. Tebahagi kepada dua iaitu tunggal dan jamak. Contoh kata ganti diri orang kedua tunggal ialah awak, kamu, anda, engkau, dikau, tuan hamba, saudara, saudari, tuanku dan sebagainya. Kata ganti nama diri kedua jamak seperti kalian. Kamu dan anda boleh juga
13

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

menjadi kata ganti diri kedua jamak apabila merujuk kepada bilangan yang ramai. Contohnya : kamu semua, anda semua. Berikut penggunaan dan ayat contoh kata ganti nama kedua:

awak

Digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat dan panggilan orang atasan terhadap orang bawahan. Awak tidak sihat lagi? "Awak perlu menyelesaikan tugasan ini sekarang juga,"kata tuan pengarah

kepada salah seorang kakitangannya. kamu Digunakan untuk orang kedua yang rapat dengan kita dan orang dewasa yang bertutur dengan orang yang lebih muda. "Kamu mesti menyahut cabaran guru besar," kata Cikgu Samsul kepada Anuar. tuan hamba Digunakan untuk orang kedua pada zaman dahulu. "Tuan hamba orang baharu di desa ini?" tanya Pak Malau kepada Damak. tuanku Digunakan ketika bertutur dengan raja, sultan dan kerabat diraja. "Patik akan melaksanakan titah tuanku dengan segera,"kata Bendahara kepada Sultan Melaka. engkau Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat dan Tuhan. Cadangan engkau sangat baik. Ya Allah, kepada Engkau hamba

berserah diri.

14

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

saudari (perempuan) saudara (lelaki)

Digunakan apabila bertutur dengan orang yang baru dikenali. "Saudari tinggal di mana?" tanya Ahmad kepada seorang gadis yang duduk

bersebelahan dengannya. kalian Digunakan apabila bertutur orang kedua yang bilangannya lebih daripada seorang . Kehadiran kalian amat besar ertinya kepada kami.

c. Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga Kata ganti nama diri orang ketiga digunakan apabila orang pertama bertutur dengan orang yang kedua membicarakan tentang pihak yang ketiga. Kata ganti nama diri orang ketiga boleh dipecahkan kepada dua iaitu jamak dan tunggal. Contoh kata ganti nama diri ketiga tunggal ialah ia, dia, beliau dan baginda. Kata ganti nama diri ketiga jamak ialah mereka. Berikut penggunaan dan ayat contoh kata ganti nama orang ketiga.

baginda

Digunakan untuk raja, sultan dan kerabat diraja. Baginda Sultan Perak akan berangkat ke Jepun esok.

beliau

Digunakan untuk orang yang dihormati. Beliau yang banyak memberi

sumbangan untuk membina rumah anak yatim itu. dia Digunakan untuk orang ketiga yang umum. Dia sanggup berkorban untuk menyara adik-adiknya. -nya Rumah banglo itu miliknya.

15

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

mereka

Digunakan

untuk

orang

ketiga

yang

bilangannya lebih daripada satu. Mereka bekerjasama membersihkan

perkarangan sekolah.

Penggolongan kata adalah salah satu daripada bidang kajian dalam morfologi. Kata nama pula, merupakan salah satu daripada golongan kata dalam bahasa Melayu. Untuk menguasai kemahiran berbahasa, sama ada lisan ataupun tulisan, pemahaman tentang jenis-jenis kata nama serta penggunaannya amat penting kepada murid-murid dan guru-guru.

16

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.0

Bahan Bantu Mengajar Buku Bacaan Berilustrasi

17

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.0

Penutup Penggolongan kata antara bidang ilmu morfologi. Golongan kata dalam

bahasa Melayu terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan kata nama ini digunakan untuk menamakan orang, haiwan, tempat dan benda. Golongan kata nama pula dipecahkan kepada subgolongan iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama berdasarkan ciri-ciri semantik iaitu makna yang didukung oleh kata nama. Pengetahuan tentang penggunaan golongan kata nama penting kepada guru mahupun murid-murid kerana kata nama merupakan unsur yang penting dalam pembinaan ayat.

18

You might also like