Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tarannum nahawand

Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi. Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri. Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asal alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan. NAHAWAND Sebagaimana keadaannya dengan tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati, tarannum Nahawand juga tidak terkecuali daripada berlakunya susunan yang mempunyai dua tempat yang bersambung pada satu tempat. Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku: (a) Ketegangan pada persembahan, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau `Iraqi. (b) Kelemahan pada persembahan, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum `Ajam atau Rast. Tinjauan dari sudut bahasa menunjukkan bahawa perkataan `Ajam adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap atau individu yang bukan dari kelompok bahasa sesuatu bangsa, kaum atau puak. Ia juga merujuk kepada dua pengertian utama dalam bahasa Arab iaitu mereka yang terdiri daripada bukan bangsa Arab dan bangsa Parsi. Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Ajam atau Ajami bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang

dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah) dengan sedikit pengubahsuaian mengikut suasana budayanya. Kini, tarannum ini dipopularkan oleh kebanyakan Qurra dari Mesir. Namun identiti asalnya (`Ajam iaitu suatu tempat yang terletak di Parsi) masih lagi dikekalkan. Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq juga mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Nahawand. Sifat-sifat alunan tarannum nahawand: 1. Mempunyai pergerakan yang lambat dan berkesan. 2. Mempunyai penyesuaian dengan thobaqah yang tinggi. 3. Mempunyai unsur-unsur yang kehangatan yang menyemarakan. 4. Mempunyai unsur-unsur ketegasan yang menyakinkan. Peranan Nahawand: 1. Menghangatkan persembahan bacaan. 2. menyemarakan jiwa pembaca dan pendengar. 3. Menegaskan mesej ayat yang dibaca. 4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran

You might also like