Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

3.

0 Analisis Ayat Dasar, Ayat Tunggal, Ayat Terbitan dan Ragam Ayat berdasarkan Cerpen Memori Seorang Tua 3.1 Ayat Dasar a) Pak Itam hanya mengangguk. (ms 114) Keterangan : Pak Itam merupakan binaan subjek yang terdiri daripada frasa nama dan hanya mengangguk pula merupakan binaan predikat yang terdiri daripada frasa kerja. b) Dia seperti mencari sesuatu. (ms 113) Keterangan : Dia merupakan binaan subjek yang terdiri daripada frasa nama yang termasuk dalam penggolongan kata ganti nama kedua, manakala seperti mencari sesuatu pula merupakan predikat yang terdiri daripada frasa kerja. c) Dia tersenyum. (ms 116) Keterangan : Ayat Dia tersenyum merupakan ayat dasar yang terbentuk daripada binaan pola frasa nama dan frasa kerja. Subjek bagi ayat tersebuat ialah dia manakala predikat bagi ayat tersebut ialah tersenyum merupakan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap. d) Rogayahlah yang menjaganya. (ms 116) Keterangan : Rogayahlah merupakan subjek dan yang menjaganya merupakan predikat bagi ayat tersebut. Ayat ini merupakan ayat dasar kerana terdapat satu subjek dan satu predikat. e) Pak Itam menguap. (ms 120) Keterangan : Dalam ayat ini terdapat satu subjek iaitu Pak Itam yang terdiri daripada frasa nama dan satu predikat yang terdiri daripada frasa kerja iaitu menguap. Oleh sebab itu ayat ini merupakan ayat dasar. f) Isterinya yang menjahitnya. (ms 121) Keterangan : Dalam ayat ini juga terdapat satu subjek iaitu isterinya yang terdiri daripada frasa nama dan yang menjahitnya adalah predikatnya yang terbina daripada frasa kerja. g) Tuk Matlah yang mengutipnya. (ms 122) Keterangan : Dalam ayat ini juga terdapat satu subjek, iaitu Tuk Matlah yang terdiri daripada frasa nama dan satu predikat, iaitu yang mengutipnya yang terdiri daripada frasa kerja.

h) Pagi makin meninggi. (ms 124) keterangan : Dalam ayat ini terdapat satu subjek, iaitu pagi yang terdiri daripada kata nama dan satu predikat, iaitu makin meninggi yang terdiri daripada frasa kerja. Ayat ini juga merupakan ayat dasar. i) Dia cukup terharu. (ms 125) Keterangan :Subjek bagi ayat ini ialah Dia merupakan kata nama dan predikat pula ialah cukup terharu yang membentuk kata adjektif. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat dan merupakan ayat dasar. j) Dadanya terasa sebak. (ms 125) Keterangan : Ayat ini juga mengandungi satu subjek iaitu, Dadanya dan terdiri daripada satu predikat iaitu terasa sebak.Oleh sebab itu ayat ini juga merupakan ayat dasar.

3.2 Ayat Tunggal a) Pak Itam toleh kiri kanan. (ms 109) Keterangan : Dalam ayat ini terdapat satu subjek, iaitu Pak Itam dan satu predikat iaitu toleh kiri kanan. Oleh sebab ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat maka ayat ini adalah ayat tunggal. b) Keratan akhbar ini hendak dipamerkan juga? (ms 113) Keterangan : Ayat ini merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya. Subjek bagi ayat ini terdiri daripada frasa nama iaitu keratan akhbar ini manakala predikat bagi ayat ini ialah hendak dipamerkan juga merupakan frasa kerja dengan kata bantu ragam. c) Malam itu bulan cerah. (ms 117) Keterangan : Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengalami proses penyongsangan kerana mempunyai satu predikat di bahagian hadapan ayat cerah yang terbina daripada frasa nama. d) Pak Itam tiba-tiba menjadi sayu. (ms 126) iaitu Malam itu yang merupakan frasa adjektif waktu dan satu subjek di bahagian belakang ayat iaitu bulan

Keterangan : Subjek bagi ayat ini ialah Pak Itam dan predikat bagi ayat ini adalah tiba -tiba menjadi sayu yang merupakan frasa kerja tak transitif berpelengkap). e) Kain khemah berombak perlahan. (ms 126) Keterangan : Kain khemah dalam ayat ini merupakan subjek dari frasa nama , manakala berombak perlahan merupakan predikat frasa kerja tak transitif berpelengkap.Pelengkap bagi kata kerja tak transitif tersebut merupakan kata adjektif. f) Tok Aki sakit! (ms 128) Keterangan : Ayat ini merupakan ayat seru yang mempunyai satu subjek iaitu Tok Aki terdiri daripada frasa nama dan predikat bagi ayat ini adalah sakit merupakan frasa adjektif. Oleh sebab itu ayat ini tergolong dalam ayat tunggal. g) Ayah akan datang lepas Isyak (ms 117) Keterangan: Ayat ini terdiri daripada satu subjek iaitu ayah dan predikat bagi ayat ini akan datang lepas Isyak merupakan frasa kerja dengan keterangan cara.

h) Pak Itam mengulum senyuman. (ms 123) Keterangan : Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi satu subjek iaitu Pak Itam yang terbentuk daripada frasa nama dan predikat yang terdiri daripada frasa kerja transitif satu objek iaitu mengulum senyuman. i) Anak-anak Langat bolehlah menjamu selera. (ms 114) Keterangan : Anak-anak Langat merupakan subjek bagi ayat ini dan predikat ayat ini ialah bolehlah menjamu selera yang terdiri daripada kata kerja tak transitif berpelengkap. j) Pak Itam sempat bertanya lagi. (ms 115) Keterangan : Ayat ini juga merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada satu subjek iaitu Pak Itam yang merupakan frasa nama dan predikat sempat bertanya lagi iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

3.3 Ayat Terbitan a) Masaklah sendiri! (ms 117) Keterangan: Pengguguran frasa nama sebagai subjek iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Ayat masaklah sendiri sepatutnya Awak masaklah sendiri. b) Pak Itam menguap perlahan , membuka cermin mata dan cuba memejamkan matanya...... ( ms 110) Keterangan : Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk kerana merujuk kepada orang yang sama. Ayat sebenar: Pak Itam menguap perlahan, Pak Itam membuka cermin mata, Pak Itam cuba memejamkan mata. c) Angin desa yang masih belum tercemar berhembus malas. (ms 126) Keterangan : Perluasan Frasa nama sebagai subjek, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Contoh ayat : Angin desa masih belum tercemar. Angin desa berhembus halus.(Angin desa yang masih belum tercemar berhembus halus) d) Dia menyapu air mata yang luruh di pipinya dengan hujung kain. (ms 128) Keterangan: Peluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan

memancang frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang digugurkan.. Contoh ayat : Dia menyapu air mata . Air mata luruh dipipinya. Ayat tersebut dipancangkan dengan frasa relatif yang. e) Keluar masuk penjara, sehingga kehidupan zaman remajanya kering. (ms 109) Keterangan : Kata nama inti yang terbina daripada KN(inti)+Penerang boleh digugurkan

sehingga tertinggal bahagian penerangnya sahaja.Contohnya: Tabiat keluar masuk penjara, sehingga kehidupan zaman remajanya kering. Keluar masuk penjara, sehingga kehidupan zaman remajanya kering. Perkataan tabiat telah digugurkan. Oleh itu berlakulah pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.

f) Pak Itam berdiri di pintu pagar untuk menyambut tetamu. (ms 124) Keterangan : Ayat di atas menggunakan kata hubung pancangan keterangan iaitu

untuk. Tiap-tiap kata hubung boleh digunakan untuk menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan.

g) Pak Itam tersenyum sambil melempar pandangannya ke tengah halaman. (ms 123) Keterangan : Peluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan

kata hubung bagi menggabungkan dua atau lebih ayat. Contoh ayat: Pak Itam tersenyum. Pak Itam melemparkan pandangannya ke tengah halaman. Dalam ayat ini kata hubung yang digunakan ialah sambil.

h) Budak-budak Kopratasa juga ada untuk menyumbangkan lagu-lagu puisi mereka. Keterangan : Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif menjadi Subjek Ayat Pasif. Proses penyusunan ayat ini terjadi apabila ayat aktif ditukar menjadi ayat pasif.Frasa Nama yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif.Contoh ayat aktif tersebut apabila dipasifkan. Lagu-lagu puisi budak-budak Kopratasa juga ada untuk disumbangkan.

i) Pak Itam semakin terasa dirinya kecil dan kerdil ! (ms 119) Keterangan : kata hubung Peluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan bagi menggabungkan dua atau lebih ayat. Antara kata Antara hubung contoh

ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,kerana dan

sebagainya.

peluasan dengan menggunakan kata hubung ialah: Pak Itam semakin terasa dirinya kecil. Pak Itam semakin terasa dirinya kerdil. Apabila dihubungkan : Pak Itam semakin terasa dirinya kecil dan kerdil.

j) Pak Itam menguap.(ms 120) Keterangan : Ayat-ayat terbitan yang bersifat peluasan juga boleh berlaku sebagai hasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi terhadap frasa kerja. Contohnya perkataan menguap.

3.4 Ragam Ayat a) Jali memecut motosikalnya ke arah pekan Langat. (ms 128) Keterangan : Jali (subjek) memecut ( Ayat aktif transitif) motosikalnya (objek) b) Pak Itam menarik beg lusuh yang tersangkut di paku atas kepalanya. (ms 112) keterangan : Pak Itam (subjek) menarik (Ayat aktif transitif) beg lusuh (objek) c) Dia menyapu air mata yang luruh di pipinya dengan hujung kain tudung. (ms 128) Keterangan : Dia (subjek) menyapu (Ayat aktif tak transitif) air mata (keterangan) d) Pak Itam mengangguk-angguk sambil mengangkat ibu jarinya. (ms 116) Keterangan :Pak Itam( subjek) mengangguk-angguk( Ayat aktif.tak transitif) sambil mengangkat ibu jarinya. e) Apa yang diperjuangkan oleh Pak Itam adalah untuk menyuruh orang Melayu memakai baju, memakai kasut, mengorek keluar segala cucu cicit cacing yang membuncitkan perut orang Melayu. (ms 112) Keterangan : Ayat pasif f) Budak-budak kopratasa juga ada untuk menyumbangkan lagu-lagu puisi mereka. (ms 114) Keterangan : Budak-budak kopratasa(subjek) menyumbangkan lagu-lagu( Ayat aktif transitif) g) Pak Itam mengangguk-angguk sambil mengangkat ibu jarinya.(ms 116) Keterangan : Ayat aktif tak transitif h) Pak Itam menarik sapu tangan dalam poket baju Melayunya, terketar-ketar menyapu peluh yang mula menitik di seluruh mukanya. (ms 126) Keterangan : Pak Itam (subjek) menarik sapu tangan ( Ayat aktif transitif) i) Tuk Mat cepat-cepat memegang pergelangan tangan Pak Itam untuk merasa denyutan nadinya. (ms 128) Keterangan :Tuk Mat (subjek) memegang pergelangan tangan.( Ayat aktif transitif) j) Jali memecut motosikalnya kearah pekan Langat. (ms 128)

Keterangan : Jali (subjek) memecut motosikalnya kea rah pekan Langat. (Ayat aktif tak transitif)

You might also like