Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PILIHAN RAYA UMUM 1955

British telah memulakan langkah untuk menyediakan Tanah Melayu kearah pemerintahan sendiri dengan mengadakan pilihan raya. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemimpin dan penduduk di Tanah Melayu untuk melaksanakan sistem demokrasi di negara sendiri terutamanya selepas diberikan kemerdekaan. Pilihan raya umum di Tanah Melayu telah dilaksanakan buat pertama kalinya pada 27 Julai 1955.

Untuk pilihan raya umum tersebut, sebanyak 52 kerusi telah dipertandingkan dan terdapat 1.28 juta pengundi yang telah didaftarkan daripada 1.6 juta penduduk di Tanah Melayu yang layak mengundi. Daripada jumlah pengundi tersebut, pengundi Melayu merupakan pengundi majoriti dan ini diikuti oleh pengundi Cina dan India. Dalam pilihan raya umum yang pertama ini juga, terdapat lapan buah parti yang bertanding iaitu Parti Perikatan, Parti Negara, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), Parti Buruh, Persatuan Kebangsaan Perak, Liga Melayu Perak, Parti Progresif dan juga calon bebas. Menuju Ke Arah Kemerdekaan.

Berikut merupakan tema manifesto yang telah dikeluarkan oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya umum 1955. Dalam manifesto tersebut, pelbagai aspek telah disentuh dan antara pekara penting yang terkandung dalam manifesto tersebut ialah pihak Perikatan berjanji untuk mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun, menjadikan sebahagian besar daripada perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu, berusaha untuk mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan di negeri masing-masing dan menamatkan darurat secepat mungkin.

Untuk mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin Parti Perikatan turut mengesa orang Melayu supaya bersedia berkorban terutamanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan hak kewarganegaraan yang kerap menjadi isu, membuang perasaan perkauman dan mengamalkan sikap toleransi dengan kaum lain supaya isu-isu tentang kaum tidak timbul lagi. Tambahan pula, hal ini juga berkaitan dengan

syarat-syarat yang dikenakan oleh British jika Tanah Melayu ingin merdeka. Banyak pengorbanan telah dilakukan oleh UMNO juga supaya kerjasama dengan MIC dan MCA berjaya. Antaranya ialah bersedia memberikan 17 daripada 52 kawasan kepada MIC dan MCA untuk dipertandingkan.

Untuk parti-parti politik yang lain pula, hanya Parti Negara sahaja yang menentang Parti Perikatan secara besar-besaran. Hal ini terjadi kerana mereka menegaskan semula kepentingan orang Melayu seperti mana mereka menentang Malayan Union dahulu dan kerana rasa kecewa terhadap Tun Tan Cheng Lock dan MCA disangkakan akan menyokong Independent Malayan Party.

Apabila pilihan raya dilaksanakan, keputusan telah memihak kepada Parti Perikatan yang memenangi 51 daripada 52 kerusi. Parti-parti politik yang lain pula gagal untuk meraih sokongan daripada penduduk Tanah Melayu. Hal ini mungkin berkaitan dengan pengalaman penduduk Tanah Melayu semasa darurat terjadi. Walaupun kerjasama yang dilaksanakan antara UMNO-MCA-MIC lebih kepada satu kerjasama politik, ia telah menarik minat sebahagian besar penduduk di Tanah Melayu untuk menyokong Parti Perikatan. Ini telah membuktikan bahawa orang Melayu pada masa itu telah bersedia untuk menerima penyertaan kaum lain dalam menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan.

BIBLIOGRAFI Andaya, B. W., & Andaya, L. Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillian Publishers (M) Sdn. Bhd.

Ruslan

Zainuddin. (2006). Sejarah

Malaysia.

Kuala Lumpur : Penerbit Fajar

Bakti Sdn Bhd.

Zainal

Abidin bin

Abdul

Wahid,

et.al.

(1992).

Malaysia

: Warisan Dan

Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like