Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

ISU

SEMASA:

SENARIO

PENDIDIKAN

SEKS

DI

NEGERI

UMAT

ISLAM

Apabila membicarakan tentang isu pendidikan seks, tidak lengkap jika tidak menyentuh sejarah awal ianya bermula. Siapa lagi yang memulakan kalau bukan negara kapitalis tersohor abad ini, Amerika Syarikat. Berikut dipaparkan kronologi pendidikan seks yang mula mendapat perhatian dunia sejak ianya dipelopori oleh negara Uncle Sam yang kononnya sangat efektif dalam membendung gejala sosial yang kian membimbangkan ini. 1880-an: Pendidikan seks telah mula wujud di Amerika Syarikat. 1900-an: Antara aspek pendidikan seks yang diperkenalkan ialah kepentingan kebersihan seksual dan persediaan untuk perkahwinan dan menjadi ibu bapa. 1919: Pengajaran dan pembelajaran pendidikan seks untuk sekolah sebagai suatu keperluan yang mendesak telah dimulakan di sekolah-sekolah. 1953: American Medical Association dan American Education Association menerbitkan lima risalah dalam siri pendidikan seks. 1970: The Planned Parenthood Federation of America (PPFA) pula telah menggesa pendidikan seks dijalankan. Pada tahun 1986 kenyataan dikeluarkan oleh presiden persatuan tersebut supaya pendidikan seks dijalankan bermula dari peringkat tadika. 1980-an: Dunia dikejutkan dengan sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) yang menyebabkan keperluan terhadap pendidikan seks semakin meningkat. Pada ketika ini Amerika Syarikat telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seks secara formal bermula dari peringkat sekolah rendah. ( Haffner, D.W, Sexuality Education in Public schools, The Education Digest, September 1992) Di Britain pula, forum diadakan di mana hasilnya ibu bapa, guru dan pekerja kesihatan menghendaki murid-murid menerima pendidikan seks yang berkesan di sekolah yang mencakupi aspek nilai moral dan kepercayaan. Pendidikan seks diwajibkan sebagai sebahagian dari Personal and Social Education (PSE) dalam kurikulum kebangsaan Britain. (BBC News, 2006). Belanda juga telah memperkenalkan pendidikan seks ini kepada anak-anak seawal umur lima tahun. Faktor persekitaran, pengaruh televisyen dan internet telah mewajibkan sekolah-sekolah untuk memberikan gambaran sebenar tentang seks. Pusat Penerangan Seksual Belanda memperkenalkan pakej pendidikan seksual untuk anakanak di tadika dan sekolah rendah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Belanda. Bagi mereka, pakej ini diperkenalkan kerana banyak orang tua segan membicarakan masalah ini dan hanya menunggu apabila anak-anak sudah mencapai akil baligh. Selain itu kebanyakan remaja juga tidak mahu membicarakan masalah seks dengan orang tua mereka sehingga mereka mencari di tempat lain. Sebuah sekolah di Amsterdam iaitu Regenboog Montessori menyambut baik pakej pelajaran yang ditawarkan oleh Pusat Penerangan Seksual Belanda ini. Kanak-kanak tersipu-sipu dan ketawa ketika guru menyuruh mereka mengulangi nama-nama organ kelamin. Yang penting kita tidak boleh takut-takut. Anak-anak mesti belajar bahawa seksualiti itu sebahagian daripada kehidupan. Sama seperti makan, minum dan tidur, katanya. Dari 7000 sekolah rendah di Belanda atau kira-kira satu pertiga telah menerima dan melaksanakan pakej pelajaran ini. (http://www.republika.co.id/berita/breaking-news/nasional/10/06) Begitulah sebahagian realiti sekitar kurikulum pendidikan seks yang dapat dikutip dari beberapa sumber yang membuktikan bahawa pendidikan seks yang sedang dilaksanakan sekarang telah dimulakan oleh negara-negara kuffar Barat dan terus dicedok oleh negara-negara umat Islam termasuk Malaysia. Persoalannya di sini, apakah negara-negara Islam yang mencedok pendidikan seks acuan Barat ini yakin bahawa pendidikan seks adalah jalan penyelesaian terbaik dan berupaya mengekang masalah sosial dan penyakit terkait dengan seks dari terus merebak? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga dengan erti kata lain, asal buat daripada tak buat apa-apa dan jangan sampai rakyat kehilangan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang memerintah negara sekarang. Negara Umat Islam: Gunapakai Kaedah Terbaik?

Mengambil contoh terdekat dari negara jiran Malaysia, Indonesia iaitu sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduknya beragama Islam diharap dapat memberi serba sedikit gambaran mengenai sejauh mana

keberkesanan kaedah yang digunapakai oleh Barat bagi mengekang gejala sosial di Indonesia sendiri. Beberapa tahun yang lalu, Pendidikan Kesihatan Reproduksi Remaja (PKRR) telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di Indonesia dengan mengintegrasikannya dalam mata pelajaran yang bersesuaian seperti Biologi, Ilmu Pengetahun Alam (Sains), Ilmu Pengetahuan Sosial, Sosiologi, Anthropologi atau Pendidikan Agama. Malah PKRR ini juga telah disampaikan melalui program-program kemasyarakatan iaitu pengajaran kuliah, pendidikan rakan sebaya dan kaunseling, diskusi kelompok dan cara-cara mengatasi masalah kesihatan reproduksi dan seksualiti dengan melibatkan media elektronik seperti internet, televisyen, radio atau gabungan dari pelbagai cara tersebut. (http://www.solex-un.net/repository/id/hlth/Comment%201-ind.pdf) PKRR ini merangkumi tiga elemen utama iaitu Program Menolak Hubungan Seks, Program Menolak Hubungan Seks Plus dan Pendidikan HIV/AIDS. Program Menolak Hubungan Seks (Abstinence only program-abstinence only until marriage) iaitu program yang mementingkan penolakan hubungan seks secara total sebelum pernikahan. Program Menolak Hubungan Seks Plus (Abstinence Plus Program) iaitu program seperti yang dihuraikan di atas, tetapi dalam program ini silibusnya ditambah dengan pendidikan tentang alat kontrasepsi yang boleh digunakan untuk mencegah kehamilan dan PMS, termasukHIV/AIDS. Pendidikan HIV/AIDS (HIV/AIDS risk education, Act Smart atau Choosing Health) pula lebih memfokuskan kepada cara-cara untuk menghindari PMS/HIV/AIDS, bagaimana menolak bermulanya sentuhan pertama dalam melakukan hubungan seks sebelum nikah dan juga memberi penerangan tentang bagaimana menggunakan kondom bagi remaja. Ianya boleh dipilih untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian atau dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi ketiga-tiga elemen ini. Silibus PKRR ini dapat dikembangkan dan disesuaikan dengan keadaan budaya dan agama setempat Salah satu silibus PKRR yang diperkenalkan diringkaskan kepada tahapan-tahapan berikut: 1. Tahap I: Bentuk-bentuk persahabatan/coupling Pergaulan sosial yang sihat/ Healthy social relationships Bentuk-bentuk pergaulan/ Different types of relationships Batas-batas dalam pergaulan dengan lawan jenis / Self control in relationships Kejujuran, rasa hormat dan tanggung jawab dalam pergaulan / Honestly, respect and responsibility in relationship 2. Tahap II. Perundingan tentang seks dan bagaimana menolak hubungan seksual Gangguan seksual/Sexual harassment Strategi-strategi berunding untuk perilaku seksual dan bagaimana cara menolak hubungan seksual/N egotiating sexuality and how to say no Kesetaraan gender/Gender equality Keadilan sosial/Social justice 3. 4. Tahap Tidak melakukan Pernikahan dan III. dan menolak kehidupan Alat yang Kehidupan berkeluarga hubungan seks/ Sexual abstinence keluarga/Marriage and family kontrasepsi/Contraception aman yang dan

Tahap

IV. Hubungan Hubungan

Seksualiti Nilai-nilai sosial Hubungan

penyakit menular seksual selamat/Safe sex PMS/HIV/AIDS yang sihat dan bahagia/Sexual pleasure? dan keagamaan tentang seksualiti/Social and religious values on sexuality sesama jenis (homoseksual dan lesbian) dan kesannya.

seks seks

Begitulah gambaran secara ringkas berkenaan silibus dan elemen yang dimuatkan dalam PKRR yang telah diterapkan di sekolah-sekolah di Indonesia bagi para pelajarnya. Sekali lagi, persoalannya adalah sejauh manakah keberkesanan penerapan PKRR dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dalam menangani gejala sosial seperti seks pranikah, pembuangan bayi, pornografi serta gejala sosial lainnya di Indonesia? Hasil kajian di bawah ini akan memberi jawapan kepada persoalan tersebut. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Badan Kependudukan dan Keluarga Berencana Nasional (BKKBN) pada tahun 2010, 51% remaja di Jabodetabek telah melakukan seks pranikah. Ertinya, dari 100 orang remaja, 51 orang sudah tidak perawan, ujar Pengarah BKKBN Sugiri Syarief setelah selesai merasmikan sambutan acara akhir Pertandingan Rap sempena memperingati Hari AIDS Sedunia di Jakarta. Hasil kajian untuk beberapa wilayah lain di Indonesia menunjukkan bahawa seks pranikah juga dilakukan sejumlah remaja, contohya di Surabaya

mencatatkan 54%, di Bandung 34% dan 52% di Medan. Hasil penelitian di Yogya pula, dari 1160 mahasiswa, kira kira 37% dari mereka mengalami kehamilan sebelum menikah, kata Sugiri. (http://www.ilmupsikologi.com/?p=759) Berdasarkan penelitian, setiap hari 100 remaja melakukan pengguguran bayi. Jika dihitung setiap tahun, 36000 janin dibunuh oleh remaja dari rahimnya. Prof Dr Dadang Hawari, pakar psikiatri, mengatakan, pengaruh gaya hidup barat sebagai penyebab para remaja mengabaikan nilai-nilai moral. Mereka cenderung menganggap seks bebas sebagai sesuatu yang wajar. Padahal agama melarang keras budaya seks bebas. (www.perempuan.com) Begitulah yang diinginkan oleh kufar Barat iaitu agar negara-negara umat Islam yang ada terus memegang erat sistem pendidikan sekular acuan mereka dengan mengenepikan elemen aqidah Islam yang suci dalam pengaturan hidup umumnya dan dalam mendidik generasi muslim khususnya. Sedar atau tidak, menjelang hari Aids sedunia yang disambut setiap awal Disember, para kapitalis seringkali mengambil kesempatan untuk memasarkan alat pencegah kehamilan. Penyelesaian segera dengan menggunakan kondom yang selalu digembar-gemburkan ini telah secara terang-terangan dan nyata menggalakkan aktiviti perzinaan bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Termasuk juga, penyelesaian palsu (baca: pendidikan seks) yang disisipkan dalam kurikulum pendidikan melalui Kesihatan Reproduksi Remaja (KRR) yang langsung tidak menyentuh pada permasalahan asasnya. Malah hampir dapat dipastikan bahawa telah meningkatnya perilaku rosak dalam kalangan pelajar setelah diterapkan KRR dibandingkan sebelum penerapannya. Meningkatnya kes perzinaan dalam kalangan remaja ini tentu bukan persoalan remeh-temeh melainkan telah mengancam masa depan negara. Sayangnya masih ramai dalam kalangan masyarakat terutamanya mereka yang bertanggungjawab merangka polisi sistem pendidikan masih juga tidak peduli apalagi prihatin bahkan ikut serta menjerumuskan generasi muda ini ke jurang kenistaan dan kehancuran. Buktinya, menurut laporan dari laman sesawang www.perempuan.com, kurikulum pendidikan seks (sex education) di sekolah-sekolah selama ini dinilai kurang efektif dalam mengekang seks bebas dalam kalangan remaja. Pergaulan dan seks bebas dalam kalangan remaja Indonesia ketika ini sangatlah membimbangkan. Oleh kerana itu, peranan orang tua pula dikatakan sangat penting dalam menanamkan nilai-nilai moral, etika hukum dan agama. Justru tidaklah menghairankan sekitar bulan Jun tahun lalu apabila Menteri Pendidikan Nasional Indonesia, Mohammad Nuh menyatakan pandangannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan beberapa pihak agar pendidikan seks diajarkan di sekolah kepada murid kerana maraknya peredaran filem lucah yang dikatakan telah dilakukan oleh beberapa orang artis. "Saya mungkin orang yang kuno. Tapi saya melihat bahawa pendidikan seks di sekolah tidak perlu," katanya, kepada wartawan di Istana Wapres Jakarta. ( http://www.republika.co.id/berita/brea[]) Sementara itu, negara jiran sebelah selatan Malaysia pula dilaporkan telah menjadikan subjek pendidikan seks untuk diajar secara formal di sekolah sebagai satu subjek berasingan. Bagi murid Islam di Singapura yang mengikuti pendidikan agama di masjid atau pusat swasta, mereka mendapat sebuah buku teks pendidikan seks yang dikategorikan sebagai X-rated, yang mana buku ini digubal sebagai salah satu bahagian dalam kurikulum sekolah agama (http://www.adnki.com,2006). Singapore: Islamic Sex Education Textbook Launched ). Pendidikan Seks di Negara Timur Tengah

Di Mesir, perkembangan yang agak mengejutkan telah disuarakan oleh Kementerian Pendidikannya. Kementerian tersebut telah mengarahkan sekolah-sekolah agar tidak lagi mengajar pendidikan seks. (http://www.guardian.co.uk/commentis[...]). Guruguru disarankan agar tidak menyentuh topik berkaitan seks yang selama ini dipelajari dalam buku teks mata pelajaran biologi manakala buku-buku baru yang mengenepikan topik berkaitan pendidikan seks telah pun siap dicetak. Mesir merupakan satu dari lima negara-negara Arab yang telah memasukkan subjek kesihatan reproduktif dalam kurikulum sekolah sebelum ini. Tunisia, Maghribi,Algeria dan Bahrain telahpun menerapkan pendidikan seks asas kepada pelajar sekolah menengah. Para ulama di Mesir telah menolak idea mendidik pelajar berkaitan seks selamat dan bahaya jangkitan penyakit seksual (STD). Apabila perkara ini diperdebatkan kira-kira lima tahun yang lalu, seorang ulama yang berpengaruh mendesak agar pelajar diajar seks dalam keadaan yang tidak mempengaruhi nalurinya atau membahayakan nilai-nilai moral dan

akhlak masyarakat. Pendidikan berkaitan kesihatan reproduksi telah pertama kali dimuatkan dalam kurikulum pendidikan di Mesir susulan daripada I nternational Conference on Population and Development (ICPD) yang berlangsung di Kaherah pada tahun 1994. Hasil dari konferens ini adalah semua lelaki dan wanita berhak untuk menerima maklumat dan penerangan yang menyeluruh berkaitan kesihatan reproduksi dan dicadangkan sebagai bahan yang perlu diajar dan dimuatkan dalam buku teks sekolah. Namun keputusan kementerian untuk menarik balik pendidikan seks dari kurikulum rasmi sekolah tahun lalu merupakan satu tamparan hebat bagi pertubuhan dan badan-badan persatuan yang selama dua dekad ini bertungkus lumus memberi kesedaran dan menyalurkan maklumat tentang kesihatan reproduksi kepada masyarakat Mesir. Di Arab Saudi pula, kajian terkini menunjukkan adanya permintaan untuk diterapkan pendidikan seks di negara yang terkenal dengan hukuman hudud itu. Dilaporkan sebanyak 80% ibu bapa bersetuju agar pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah. Namun sebuah buku berkaitan pendidikan seks yang laris dan mendapat kelulusan dari Mufti Dubai telah diharamkan di Arab Saudi manakala pengarangnya, Wedad Lootah telah menerima ugutan bunuh dari puak konservatif yang membenci tindakannya. Manakala di Syria, United Nations Population Funds (UNPF) telah berusaha meyakinkan orang ramai melalui laman sesawangnya bahawa pendidikan seks tidaklah menjurus kepada aktiviti seksual. Sementara di Lubnan, negara yang sering digambarkan sebagai negara paling liberal dikalangan negara-negara di Timur Tengah ketika menerapkan pendidikan seks kepada kumpulan pelajar berumur 12 hingga 14 tahun pada tahun 1997, telahpun mengenepikan beberapa topik berkaitan pendidikan seks dari kurikulum sekolah tiga tahun kemudian. Kempen yang giat dilancarkan di Timur Tengah sempena memperingati Hari Aids Sedunia yang jatuh pada 1 Disember setiap tahun telah secara tidak langsung membuka pekung di dada dengan mengungkap kegagalan pendidikan seks melalui peningkatan kes rakyat mereka dijangkiti HIV/AIDS secara mendadak iaitu sebanyak 300% di antara tahun 2004 hingga 2007. (http://www.guardian.co.uk/commentis[]) Jadi, tidakkah statistik yang mengerikan ini memberi isyarat kepada kita bahawa penyelesaian sedia ada tidak membawa apa-apa kebaikan malah mengundang seribu satu masalah sosial yang lain? Bagaimana pula dengan situasi di Malaysia yang kini telah mula melaksanakannya dalam kurikulum tersendiri pada tahun ini di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jenama Pendidikan Kesihatan Reproduksi dan Sosial (PKRS)? Apakah PKRS diharapkan dapat menangani aktiviti perzinaan yang semakin membimbangkan ini? Tidakkah Malaysia mahu mengambil pengajaran dan teladan dari apa yang telah diterapkan oleh negara-negara umat Islam lainnya? Tidak cukupkah angka demi angka yang dipaparkan menggerunkan kita semua betapa gejala sosial kini telah membarah dan memerlukan ubat yang benar-benar sesuai sebagai penawarnya? Ternyata pendidikan seks yang hendak diterapkan di negara umat Islam ini sekadar mengajar anak-anak kita bagaimana hendak mengelak dari hamil dan jika mengadakan hubungan apakah langkah yang wajar diambil dari terkena padah penyakit jangkitan seksual (STD), HIV/AIDS. Dan jika sudah terlanjur dan termengandung sekalipun, bayi tadi janganlah dihumban merata-rata kerana ada pusat yang akan menjaganya. Sungguh penyelesaian buatan akal yang dangkal dan tidak bertamadun! Walaupun tidak ada jaminan usaha ini akan membuahkan hasil nampaknya masih ada juga pihak yang masih berharap penyelesaian ala Barat inilah yang terbaik untuk diterapkan dalam usaha menangani gejala sosial. Contohnya, Pengerusi Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar berpandangan bahawa kajian di negara maju membuktikan pendidikan seks boleh mengurangkan masalah gejala seksual dalam kalangan remaja. Beliau berkata, pendekatan yang digunakan Belanda banyak dicontohi negara lain di mana kurikulum yang mereka bina terfokus kepada penerapan nilai, pembentukan sikap yang positif, kemahiran dalam berkomunikasi dan kemahiran berunding, ilmu dalam aspek biologi reproduktif serta penyertaan ibu bapa. "Punca utama kehamilan remaja adalah kerana pembabitan remaja dalam melakukan aktiviti seks ketika umur terlalu muda dan kurang pengetahuan dalam perlindungan diri dan pengaruh rakan sebaya adalah faktor yang menggalakkan remaja mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin. Malangnya di Malaysia, pendidikan kesihatan reproduktif baru hendak bertapak apabila keadaan telah menjadi semakin serius," katanya semasa berucap merasmikan majlis penutup bengkel latihan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2 di sini, hari ini. ( Berita Harian 31/03/2011)

Kerosakan

Sistem

Pendidikan

Punca

Sebenar

Masalah

Gejala

Sosial

Pergaulan bebas yang kian berleluasa dikalangan pelajar sekolah terutama remaja telah menunjukkan gagalnya sistem pendidikan sekular yang diterapkan di negara umat Islam. Ini kerana sebahagian besar dari masa remajaremaja ini dihabiskan di sekolah sementara sistem pendidikan yang sedia ada tidak mampu menyelamatkan mereka malah menjerumuskan mereka ke jurang kehancuran. Tidaklah menghairankan kerana kurikulum pendidikan di negara-negara umat Islam ini mengambil sekularisme sebagai asasnya iaitu memisahkan agama dari kehidupan. Padahal, sebagai seorang muslim, Islamlah yang wajib dijadikan aturan dalam setiap sistem kehidupannya sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud, Hai orangorang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. [TMQ al-Baqarah (2): 208] Di sekolah, anak-anak tidak pernah diajarkan bagaimana sistem pergaulan menurut Islam karena memang tidak ada modul yang disediakan berbanding pendidikan seks. Yang diajarkan adalah reproduksi remaja, termasuk diberitahu bagaimana agar tidak terjadi kehamilan bila ber couple. Mereka seolah-olah terlupa bahawa Allah SWT telah berfirman maksudnya, Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. [TMQ al-Israa (17):32] Persoalannya, untuk apa modul yang sebenarnya hanya sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga itu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah? Untuk apa sebenarnya? Bukankah ianya diajar untuk menyemarakkan lagi perzinaan? Sungguh satu penyelesaian yang tidak menyelesaikan akar masalah. Ini ditambah dengan pemaksaan konsep-konsep pemikiran yang bertentangan dengan Islam seperti idea-idea kebebasan, hak asasi manusia dan kesetaraan gender yang semuanya bersumberkan idea-idea Barat yang telah mempengaruhi pelajar-pelajar ini untuk bebas berbuat apa sahaja sehingga tidak lagi menjadikan halal dan haram sebagai tolok ukur perbuatannya. Akhirnya, bak bercucuk tanam dan menunggu hasil untuk dituai maka begitu jugalah dengan sistem pendidikan sekular yang menanam benih-benih seks bebas yang hasilnya adalah, sebilangan besar anak-anak umat Islam telah berzina! Naudzubillahi mindzalik. Khatimah Pendidikan Seks bukanlah satu-satunya agenda buruk hasil idea Barat yang diusahakan penerapannya oleh negaranegara umat Islam. Lihat sahajalah pada kempen penggunaan dan penyebaran alat kontrasepsi (kondom). Penggunaan alat kontrasepsi juga sudah diperkenalkan kepada para remaja, diantaranya melalui kurikulum Kesihatan Reproduksi Remaja (KRR) yang dimasukkan ke sekolah-sekolah di Indonesia dan tidak tidak terkecuali di Malaysia. Padahal, akar persoalan merebaknya perzinaan dikalangan remaja dan pelajar adalah kerana hilangnya nilai-nilai Islam dalam tingkah laku dan pola fikir mereka. Pada masa yang sama mereka terus menerus dibekalkan dengan idea-idea kebebasan tingkah laku yang rosak melalui pelbagai media yang ada. Penyelesaian sebenar untuk umat Islam sebenarnya BUKAN dengan penerapan sex educationhasil telunjuk Barat, tetapi tidak lain dan tidak bukan iaitu penerapan syariah Islam melalui penanaman akidah dan ketaqwaan sebenar dalam sistem pendidikan. Wallahuaalam bisshawab.

ARTIKEL

PILIHAN:

MENYOROTI

FALSAFAH

PENDIDIKAN

NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Inilah falsafah pendidikan negara Malaysia yang boleh diertikan sebagai pedoman atau arah tuju terhadap perkaraperkara yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Tujuan falsafah ini diperkenalkan adalah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Misi Pendidikan di Malaysia pula adalah membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Apabila ditelusuri serba sedikit sejarah Pendidikan di Malaysia yang bermula sekitar tahun 1955, sehinga ke waktu sekarang, ia telah mengalami pelbagai perubahan ataupindaan atau penambahan yang dikatakan mampu untuk

memperbaiki

sistem

pendidikan

di

Malaysia.

Dasar Pendidikan Kebangsaan secara tidak rasminya bermula selepas pilihan raya 1955 dan secara rasminya diisytiharkan pada tahun 1961 dan digubal berdasarkan kedua-dua laporan iaitu Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang akhirnya membentuk Akta Pelajaran, 1961 yang merupakan permulaan kepada dasar pendidikan yang digunapakai di Malaysia ketika ini. Semuanya bermula saat Tanah Melayu melangkah menuju kemerdekaan, apabila telah timbul kesedaran para pemimpin dan rakyat Malaysia betapa pentingnya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah demi memenuhi kehendak Negara. Dasar Pendidikan ini diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih. Antara kandungan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang utama adalah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam iaitu semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di semua peringkat, sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi dan seterusnya memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara sebagai aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa. Setelah beberapa tahun, sebuah jawatankuasa telah dibentuk pada tahun 1974 bagi mengkaji semula dasar pendidikan untuk menambah baik dan memantapkan pelaksanaan dasar sedia ada. Laporan jawatankuasa ini telah ditambah kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi beberapa matlamat yang dikenal pasti iaitu menyatukan sistem pelajaran bagi memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan, memperluaskan serta mengubahsuai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja, memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu masyarakat yang progresif berlandaskan sains dan teknologi moden serta memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai objektif di atas. Dasar pendidikan kebangsaan tersebut dibentuk dan dikemaskini lantaran sistem pendidikan di zaman penjajah sudah tidak relevan lagi kerana tidak mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri seperti untuk mencapai status negara maju kirakira 10 tahun yang akan datang. Jangka masa ini akan diisi oleh generasi muda yang berada dalam masyarakat sekarang yang sedang ghairah meniti perkembangan usia dan mereka inilah akan merasai sepenuhnya nikmat negara maju. Merealisasikan Wawasan 2020 adalah suatu tugas yang penuh kebe tanggungjawaban di atas bahu semua pihak khususnya peneraju pendidikan negara. Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang sebahagian besarnya berkaitan pembangunan modal insan bermula dengan cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan berakhir dengan cabaran membentuk masyarakat yang makmur. Pertumbuhan ekonomi yang sangat pantas pada abad ke-20 boleh dianggap sebagai era modal insan kerana taraf hidup, pembangunan ilmu, kemahiran, kesihatan dan produktiviti telah meningkat di negara-negara yang membuat pelaburan besar dalam pendidikan. Malaysia juga telah membuat pelaburan yang banyak bagi meningkatkan modal insan. [http://zahirz-inudin.blogspot.com/2010/03/1malaysia-ke-arah-memupuk-perpaduan-6.html] Adakah Polisi Pendidikan di Malaysia Mencapai Sasaran?

Para cendekiawan juga para ilmuan telah membuat kesimpulan bahawa terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada terpanculnya masalah sosial dalam masyarakat Malaysia yang selalu dikenali dengan tata susila juga kebanggaan adab sopannya. Ia termasuk persekitaran remaja di rumah, persekitaran di luar rumah, peranan ibubapa, peranan pendidikan (Utusan Malaysia, 13 April 1994),masalah kecelaruan falsafah dan dasar pembangunan negara (Berita Harian, 3 Jun 1998) juga beberapa senarai lain lagi. Dalam artikel ini, peranan dan fungsi falsafah pendidikan negaralah yang akan dibahaskan. Falsafah, visi dan misi pendidikan di Malaysia nampaknya mempunyai impian yang menggunung tinggi yang sedaya upaya cuba untuk direalisasikan. Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan termasuklah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh, mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; dan

menggalakkan

aktiviti

ko-kurikulum

yang

memupuk

disiplin.

Hakikatnya, dengan mencipta falsafah, visi dan misi sahaja tidak mencukupi untuk memastikan pendidikan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar mampu menjadikan mereka insan yang serba sempurna dari segi intelektual dan keperibadian mereka. Jika diteliti falsafah pendidikan negara seperti yang dibentangkan di awal artikel ini, persoalan yang boleh dibangkitkan di sini adalah benarkah sasaran ini telah tercapai? Lihat sahajalah pada anak-anak Malaysia, majoritinya telah gagal memberi gambaran bahawa matlamat pendidikan telah tercapai. Buktinya adalah berlakunya pelbagai kes salah laku dan masalah sosial dikalangan pelajar yang semakin serius dan berada di tahap yang sangat membimbangkan. Buktinya, kurikulum pendidikan kesihatan reproduksi dan sosial (PKRS) sendiri terpaksa digubal untuk menyelesaikan masalah sosial terkait seks dikalangan pelajar. Selain itu, kes-kes ponteng sekolah di kalangan pelajar acapkali dilaporkan di dada-akhbar akhbar dan media massa. Dalam satu kajian yang dijalankan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah ini dan faktor utamanya adalah pelajar-pelajar ini tidak berminat untuk hadir ke sekolah dan mereka hadir semata-mata atas paksaan ibu bapa dan bukan kerelaan hatinya hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu [http://eprints.utm.my/3961/2/AziziYahaya_ponteng.pdf]. Itulah realitinya walaupun pelajar sekolah selalu diajar supaya mengamalkan nilai-nilai murni tetapi nampaknya itu semua hanyalah retorika dan tinggal sebagai teori dalam buku semata-mata. Selain itu, masalah disiplin yang telah menjadi sinonim dengan pelajar adalah gangsterisme, buli, seks bebas, black metal, penyalahgunaan dadah, dan sebagainya. Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja, lebih 5% daripada 32,808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun dan Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula mendapati, kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun [http://www.scribd.com/doc/34926386/MAKSUD-GEJALA-SOSIAL]. Pendidikan di Malaysia, di Mana Silapnya?

Setelah diperhatikan fakta dan realiti kehidupan pelajar yang sebenarnya telah tersasar daripada sasaran matlamat pendidikan negara, kemudian perlulah dikaji pula punca sebenar kesesatan ini berlaku. Sejarah telah membuktikan bahawa sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang Melayu (baca: umat Islam) adalah berteraskan kepada pelajaran agama Islam, iaitu kitab suci al-Quran. Ketika itu, surau dan masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu dengan cara mengkaji ayat-ayat al-Quran. Pelajar-pelajar dididik untuk menghafal ayat-ayat alQuran, menghafal doa, dan mempelajari ajaran Islam langsung daripada sumbernya iaitu al-Quran dengan merujuk kepada imam dan para guru agama. Namun, titik hitam dalam sistem pendidikan negara terhadap umat Islam bermula sewaktu zaman penjajahan British. Mereka telah melaksanakan dasar terbukanya ke atas sistem pendidikan negara. British atau pihak kuffar Yahudi ini telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris ke atas penduduk Tanah Melayu ketika itu (Sumber: Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin, 2011). Semenjak itu, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa merujuk kepada sistem pendidikan Inggeris itu. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa penilaian terhadap kualiti pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan kepada standard pendidikan di negara-negara Barat yang bertentangan dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Jikalau ada pun penerapan Islam hanya sisipan sahaja. Subjek Pendidikan Islam hanya diajarkan dalam tempoh yang sangat singkat dan minima iaitu hanya memenuhi keperluan jadual pembelajaran setiap hari. Selain itu, pemisahan aspek Pendidikan Islam dan akademik sangat ketara iaitu pelajar-pelajar hanya diajarkan dengan sebahagian subjek agama Islam sahaja. Pelajar-pelajar hanya belajar Al-quran dalam bab seperti tajwid, hafazan, tarannum dan sebagainya dan bukannya memahami isi Al-quran. Pendekatan ini secara langsung memisahkan antara aqidah Islam dan lingkungan kehidupan para pelajar ini. Pelajar-pelajar akan memahami bahawa subjek agama Islam adalah satu entiti dan subjek akademik adalah satu entiti yang lain pula dan langsung tiada keterkaitan antara keduanya. Sementara itu pelajaran akhlak dalam subjek pendidikan Islam hanya berorientasikan peperiksaan seperti juga subjek-subjek akademik yang lain. Perdana Menteri Malaysia sendiri mengakui kebenaran kenyataan ini semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri

Pendidikan Malaysia suatu ketika dahulu. Beliau menyatakan bahawa masalah masyarakat Islam rata-rata, bukan sahaja di Malaysia, ialah telah wujudnya dualisme di antara ilmu wahyu atau naqliah dengan ilum aqliah ataupun sains. (http://www.scribd.com/doc/2083491/KAJIAN-SISTEM-PENDIDIKAN-KEBANGSAAN) Pencapaian para pelajar hanya dinilai kecemerlangannya dari segi akademik sahaja. Kesannya, pelajar ini lebih cenderung untuk meningkatkan mutu pencapaiannya akademiknya sahaja berbanding perlunya mengisi ilmu di dada dengan Islam untuk amalan dalam kehidupan sehari-harian. Para pelajar seringkali disuntik dengan semangat untuk mencapai kecemerlangan akademik yang akan menentukan kelayakan mereka untuk menempatkan diri di institusiinstitusi pengajian tinggi sekaligus untuk menempah kerjaya yang akan menjamin kesenangan hidup di masa depan. Begitulah realiti apa yang ada di minda pelajar-pelajar dewasa ini, mereka menuntut ilmu semata-mata untuk memperolehi pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan itulah dia hakikat matlamat pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, tidak hairan lah apabila hanya pencapaian akademik yang diutamakan, maka tingkah laku, akhlak dan keperibadian para pelajar tidak dihiraukan dan tidak diambil berat. Banggakah Malaysia yang mempunyai pelajarpelajar yang cemerlang akademik tetapi mempunyai tingkah laku dan akhlak yang sangat mengecewakan? Padahal pelajar-pelajar adalah aset penting bagi Malaysia sebagai generasi pemimpin akan datang yang akan menerajui pembangunan dan kemajuan Malaysia. Khatimah Setelah meneliti penjelasan-penjelasan di atas, maka telah terang lagi jelas sistem pendidikan di Malaysia yang diterapkan kini tidak berjaya mencapai objektif dan tidak memenuhi visi dan misi pendidikan di Malaysia. Selain itu, perkara yang lebih penting di sini adalah sistem pendidikan sedia ada yang berasal daripada Barat tidak dapat menjanjikan pembentukan keperibadian yang baik pada anak-anak apatah lagi untuk menjadi selari dengan mutu pencapaian akademik yang sentiasa ditekankan pada mereka. Jadi, patutkah lagi masyarakat Malaysia berharap pada sistem pendidikan sedia ada dalam proses menyelesaikan masalah sosial dikalangan pelajar? Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud, Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Maaidah (5):50]. Sekiranya hanya pencapaian akademik yang dikejar tanpa mengambil berat keperibadian seseorang, maka akan porak porandalah masyarakat kerana hanya mempunyai individu yang bijak akademik tetapi buruk peribadinya seperti masyarakat Malaysia dahulu, kini dan selamanya jika asas yang benar (Islam) tidak dijadikan panduan dan tiada perubahan menyeluruh dilaksanakan. Firman Allah SWT, maksudnya, Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. [TMQ al-Baqarah (2):85] Wallahualam bisshawab.

ARTIKEL

TERJEMAHAN:

MUSLIMAH

BERPRESTASI

TINGGI

Meraih prestasi tinggi dan berjaya dalam kehidupan adalah suatu hal yang fitrah dalam diri setiap manusia termasuk para Muslimah. Berdasarkan fakta pada masa kini, ia bukan suatu yang menghairankan apabila para Muslimah turut berlumba-lumba menumpahkan segenap usaha untuk meraih kejayaan yang diidam-idamkan. Dorongan untuk melakar kejayaan pada masa kini seolah-olah disambut dengan pelbagai peristiwa yang dijadikan landasan untuk meraih kejayaan tersebut. Di samping itu, merebaknya fahaman sekularisme di tengah-tengah kehidupan umat Islam menyebabkan lahirnya kebebasan dan gaya hidup individu-individu yang mengejar kebendaan rupa-rupanya telah memberikan impak yang besar kepada Muslimah sehingga mereka rela meletakkan diri mereka dalam apa jua keadaan demi untuk meraih kejayaan dalam hidup. Menurut fahaman Sekular-Kapitalis yang menjadikan manfaat sebagai tolok-ukur (standard/miqyas), kebahagiaan diukur dengan nilai-nilai yang bersifat duniawi seperti memenuhi keperluan jasmani secara maksima atau mengumpul harta benda sebanyak mungkin. Akhirnya, para Muslimah bersaing dengan kaum lelaki untuk merebut jawatan tertinggi dalam suatu bidang pekerjaan, organisasi, bahkan dalam pemerintahan tanpa diperhalusi terlebih dahulu adakah ia dibolehkan oleh hukum syarak atau sebaliknya. Mereka bangga memberi

sumbangan kebendaan yang paling besar kepada keluarga. Walhal apa yang mereka lakukan nyaris menanggalkan kebanggaannya sebagai seorang Muslimah serta kemuliaannya sebagai isteri dan ibu, pengasuh dan pendidik kepada anak-anaknya serta masyarakat. Islam Persepsi yang Sahih

Sebelum meletakkan sosok Muslimah yang berprestasi tinggi menurut pandangan Islam, apa yang mesti dijelaskan terlebih dahulu adalah mengapakah perspektif Islam perlu diambil kira dalam menetapkan prestasi seorang Muslimah. Satu-satunya persepsi yang sahih tentang kehidupan dan apa jua dalam kehidupan termasuk definisi kebaikan hanyalah Islam. Hal ini adalah disebabkan hanya Islamlah deen yang berasal dari Zat Yang Maha Sempurna, Maha Benar dan Maha Mengetahui hakikat manusia, Sang Pencipta alam semesta iaitu Allah Subhanahu wa Taala. Islam juga merupakan satu-satunya deen yang sempurna kerana berasal dari Zat yang Maha Sempurna. Kesempurnaan Islam itu dapat dilihat dari lengkapnya ia kerana Islam bukan hanya memiliki pemahaman tentang akidah (konsep keimanan) dan ibadah mahdhah (ritual/ruhiyah), akan tetapi Islam juga memiliki pengaturan tentang kemasyarakatan dan kenegaraan; sistem pergaulan (sistem sosial), sistem pendidikan, sistem pembuktian (bayyinat) dan sistem hukuman/perundangan, sistem ekonomi, sistem pemerintahan serta gambaran utuh tentang negara. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menunjukkan bahawa Islam mencakup seluruh aspek kehidupan manusia: hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan dengan dirinya sendiri dan hubungan dengan orang lain. Pada hari ini telah Kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kucukupkan nimat -Ku dan telah Kuredhai Islam menjadi agama bagimu [TMQ. Al-Maaidah(5):3] Kesempurnaan Islam juga dapat dilihat dari keupayaannya menyelesaikan seluruh permasalahan manusia siapapun dia, bila dan dimana pun dia berada. Keupayaannya telah terbukti dalam sejarah iaitu ketika kaum muslimin menerapkan Islam secara kaaffah dalam kehidupannya, ternyata mereka menjadi suatu kaum yang memiliki ketinggian peradaban, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, serta keluasan wilayah, yang mampu bertahan selama lebih 13 abad dan tiada bandingannya hingga sekarang. Selama itu, bukan hanya kaum muslimin yang merasakan kemaslahatan, sebaliknya ia juga dinikmati oleh golongan bukan Muslim, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ini sesuai dengan janji Allah SWT: Dan tidaklah Kami utus engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam [TMQ al Anbiyaa (21):107] Dan Kami turunkan Kitab ini kepadamu sebagai penjelasan atas segala sesuatu, petunjuk, rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang muslim [TMQ an-Nahl (16):89] Dengan demikian, hanya Islam-lah yang wajib diambil dalam menjalani kehidupan, dalam menyelesaikan persoalan dan dalam menentukan: baik-buruk, benar-salah. Lebih jauh, bagi seorang muslim, iaitu yang telah mengikrarkan syahadat, keterikatan dan ketundukan kepada Islam adalah bukti keimanannya, sebagaimana firman Allah SWT: Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim (pemutus perkara) terhadap apa saja yang mereka perselisihkan. Kemudian tidak terdapat dalam jiwa mereka, keberatan sedikitpun terhadap apapun yang engkau putuskan dan mereka menerima dengan sepenuh kepasrahan [TMQ an-Nisaa (4):65] Sesungguhnya perkataan (jawaban) orang-orang mumin jika mereka diseru kepada Allah dan Rasul -Nya agar (Allah dan Rasul-Nya) menjadi hakim (pemutus perkara) di antara mereka, mereka mengatakan Kami mendengar dan kami taat. [TMQ an-Nuur (24):51] Pandangan Islam Terhadap Perempuan.

Keinginan wanita muslimah untuk meraih prestasi tinggi dalam kehidupan perlukan pengaturan dan pandangan yang benar berdasarkan pemahaman terhadap pandangan dan aturan Islam terhadap perempuan. Dengan pemahaman tersebut, seorang wanita muslimah akan dapat berjalan di dunia ini secara benar dan mencapai kemuliaan dan prestasi yang hakiki. Islam memandang darjat kemuliaan manusia samada lelaki ataupun perempuan adalah ditentukan oleh ketaqwaannya.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal [TMQ al-Hujurat (49):13] Ayat di atas menjelaskan dengan terang lagi bersuluh bahawa kemuliaan seseorang bukanlah ditentukan oleh status sosial dalam masyarakat, jenis pekerjaan ataupun jenis jantinanya. Islam juga memandang perempuan dan lelaki adalah sama-sama manusia, yang memiliki akal, keperluan jasmani dan naluri. Oleh kerana persamaan tersebut, Allah SWT memberikan peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan. Ia ditunjukkan dengan adanya kewajipan solat, zakat, puasa, berdakwah, bermuamalah secara Islam iaitu tanggungjawab ke atas kaum lelaki dan wanita. Namun, meskipun keduanya sama-sama manusia, ada hal yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Hamil, menyusukan anak, melahirkan anak adalah beberapa hal yang hanya boleh terjadi kepada perempuan, tetapi tidak pada lelaki. Oleh kerana perbezaan tersebut, Islam memberikan pengaturan yang berbeza yang bersesuaian dengan tabiat kelelakian dan keperempuanannya. Semua itu sama sekali tidak berkaitan dengan siapa yang lebih mampu, siapa yang lebih pintar dan sebagainya. Maka kerana itulah adanya hukum hakam tentang masalah nafkah, pengasuhan anak, pengaturan rumah tangga, perwalian, kepemimpinan dalam rumah tangga dan pengaturan urusan masyarakat, yang pengaturannya dibezakan antara lelaki dan perempuan. Semua perbezaan tersebut tidak boleh dipandang sebagai diskriminasi atau ketidakadilan Islam. Ketika Islam menetapkan hanya lelaki yang boleh memegang jawatan dalam kepemimpinan pemerintahan dan mengharamkannya untuk perempuan, bukan berarti status perempuan lebih rendah dari lelaki. Ini adalah kerana, sekali lagi, pandangan Islam, pandangan Allah SWT, terhadap manusia yang paling mulia adalah kerana ketaqwaannya. Seorang ketua negara tidak secara automatik menjadi lebih mulia berbanding rakyat. Seorang suami juga tidak menjadi lebih mulia dibandingkan dengan si isteri hanya kerana memimpin rumah tangga. Ketaqwaan, iaitu ketundukannya terhadap aturan Islamlah yang menentukan kemuliaannya. Dengan pandangan Islam yang khas tersebut, perempuan dan lelaki tidak perlu berebut peranan kerana ia sama sekali tidak ada hubungan dengan penilaian Allah SWT terhadap mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah setiap lelaki dan wanita menjalankan peranan masing-masing secara optimum dalam rangka berlumba-lumba meraih pahala dan redha Allah SWT dan bersaing menjadi yang paling mulia di hadapan Allah SWT. Tambahan pula, jika seluruh nas tentang perempuan dikumpulkan dan dikaji, kemudian dibandingkan dengan perlakuan sistem atau aturan lain selain Islam, jelas kelihatan bahawa Islam sangat memuliakan perempuan, memberi kesempatan paling luas terhadap perempuan untuk maju, serta memberikan perlindungan paling besar bagi perempuan. Subhanallah. Muslimah Berprestasi Tinggi

Dengan memandang perempuan sebagaimana yang dijelaskan di atas, maka perempuan yang berprestasi tinggi dalam pandangan Islam adalah perempuan mulia, iaitu perempuan yang bertaqwa. Dia adalah perempuan yang terikat dan tunduk pada aturan Islam dan terus-menerus meningkatkan ketundukannya itu sehingga semakin bertambahlah darjat ketaqwaannya dan dengan itu semakin bertambah pula darjat kemuliaannya. Apabila dilihat dari aspek pelaksanaannya, dia adalah seorang muslimah yang melaksanakan solat, puasa, menunaikan zakat, menunaikan fardu haji bila mampu, berpakaian dan menutup aurat sebagai muslimah, makan dan minum yang halal dan thayyibah, berakhlaq karimah, terus-menerus mengkaji Islam, berdakwah, memperjuangkan tegaknya penerapan aturan Islam kaaffah, serta, ketika telah berumahtangga, menjalankan peranan keibuannya dengan penuh semangat dan tanggungjawab. Dia akan berusaha menjadi teladan dan memberikan pendidikan Islam kepada buah hatinya. Dia akan melindungi buah hatinya iaitu anak-anaknya daripada pelbagai bahaya, samada bahaya fizikal mahupun bahaya racun pemikiran kufur. Adapun terhadap suaminya, dia akan menghormati, taat dan selalu menyenangkan pandangan mata suaminya. Dia amanah terhadap harta suami, menjaga kehormatan diri dan kepercayaan suami, serta mengatur rumah tangga dengan susunan dan pengaturan yang membuatkan rumahnya selalu dirindukan, membawa ketenangan, serta membuatkan diri dan suaminya bersaing mencari pahala dan redha Allah SWT secara optimum. Muslimah berprestasi tinggi tiada kaitan dengan kecantikan fizikal, banyaknya harta-benda yang boleh dikejar, jawatan atau kedudukan yang boleh diraih, status intelektual yang boleh dikejar, atau status sosial yang dapat digenggam.

Muslimah berprestasi tinggi adalah seorang muslimah yang memiliki aqliyah Islam. Dia menilai segala sesuatu dengan ukuran Islam (hukum syarak) serta bercakap dan melontarkan pendapat sesuai dengan Islam. Muslimah berprestasi tinggi juga memiliki nafsiyyah Islam. Dia melakukan apa jua perbuatan sesuai dengan aturan Islam dan menundukkan perasaannya agar sesuai dengan aturan Islam. Bahkan, dia terus-menerus memajukan dirinya agar tsaqafah Islamnya semakin bertambah dan terusmenerus menguatkan perasaannya untuk semakin cinta dengan aturan Islam dan hanya mendambakan syurga dan redha Allah SWT. Fikirannya sangat tajam sehingga pendapatnya mampu menghunjam hingga ke hati, sedangkan jiwanya adalah jiwa yang ikhlas dan hanif. Malamnya dilalui dengan tangisan kerendahan diri pada Allah SWT, sedangkan siangnya dia adalah seorang ibu yang cekal serta tabah dan seorang pengembang dakwah. Berjuang Menjadi Muslimah yang Berprestasi Tinggi

Seorang muslimah yang meyakini kehidupan dunia akan berakhir dengan perhitungan terhadap seluruh aktiviti di dunia hendaklah bertekad dan mengubah diri menjadi perempuan mulia. Jika seorang Muslimah itu inginkan kemenangan, sudah tentu dia akan berjuang bermati-matian agar kualiti yang ideal akan segera tercapai. Persoalannya, dalam kehidupan di mana aturan Islam belum diterapkan secara kaaffah dan pandangan umum yang berkembang di tengah masyarakat bukan berdasarkan kayu ukur atau standard Islam, mengubah diri bukanlah hal yang mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui, di antaranya adalah propaganda yang membiuskan, yang membuat muslimah berpaling dari tujuan asal. Di antara propaganda dan gagasan yang banyak diusung oleh perjuangan feminis adalah : 1. Lelaki dan Perempuan Sama.

Salah satu idea dasar pemikiran feminisme adalah konsep mengenai kesetaraan gender iaitu bahawa dari segi gender, lelaki dan perempuan adalah sama. Menurut mereka, sekalipun secara biologi lelaki dan perempuan berbeza, perbezaan tersebut tidak boleh membawa implikasi pada perbezaan gender, kerana perbezaan gender hanya akan melahirkan ketidakadilan sistemik ke atas kaum perempuan. Oleh kerana perbezaan itu dianggap merugikan, mereka berobsesi untuk mengubah masyarakat yang patriarki ini menjadi masyarakat berkesetaraan, samada melalui perubahan secara kultural (seperti melalui perubahan pola pendidikan dan pengasuhan anak, perubahan persepsi keagamaan yang dianggap berat sebelah terhadap jantina ( gender bias) dan lain-lain) mahupun secara struktural (melalui perubahan dasar/polisi). Mereka berharap, ketika suatu masa masyarakat boleh memandang perempuan sebagai manusia (bukan atas dasar kelamin), maka pembahagian peranan sosial (domestik dan umum) akan cair dengan sendirinya. Ertinya, semua orang akan mampu melakukan aktiviti dalam apa jua bidang yang diinginkannya tanpa perlu khuatir ia dianggap menyalahi kudrat. Jika diperhalusi, secara konseptual mahupun praktis, idea kesetaraan seperti ini sangat tidak masuk akal dan ianya hanyalah khayalan (utopis). Ini kerana mereka seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan mengapa manusia perlu lahir dengan membawa kudrat maskuliniti dan feminitinya, sementara pada masa yang sama, mereka tak mungkin mengabaikan fakta bahawa manusia memang terdiri dari dua jenis yang berbeza. Jadi, apakah logik yang boleh dipakai untuk menjelaskan mengapa di dunia ini perlu ada lelaki dan perempuan dengan bentuk dan jenis yang berbeza, jika bukan kerana keduanya memang memiliki peranan dan fungsi yang berbeza? Bukankah ketika perempuan memiliki rahim dan payudara, sementara lelaki tidak, bererti hanya perempuan yang boleh hamil, melahirkan, dan menyusui? Bukankah fungsi kehamilan, melahirkan, dan menyusui ini merupakan fungsi yang tidak boleh digantikan oleh kaum lelaki? Bukankah aneh jika setelah melahirkan anak, kaum perempuan boleh melepaskan fungsi dan peranan keibuannya dengan alasan perempuan pada dasarnya tidak wajar menjadi ibu sehingga peranan ini boleh ditukarkan kepada lelaki? 2. Ketidaksetaraan Gender Merugikan Perempuan.

Dalam perspektif feminisme, adanya ketidaksetaraan jantina ( gender disparity) dianggap sangat merugikan perempuan, kerana ketidaksetaraan inilah yang menyebabkan munculnya pelbagai ketidakadilan sistemik ke atas perempuan, seperti terjadinya amalan meletakkan wanita dalam kedudukan bawahan ( subordination) dan membatasi (marginalisation) penglibatan mereka dalam pelbagai bidang (politik, ekonomi, sosial, dan budaya), pelabelan negatif, maraknya kes-kes kezaliman dan penindasan, dan lain-lain. Secara faktual, dakwaan ini dibantah oleh kenyataan bahawa apa yang disebut-sebut oleh kalangan feminis sebagai persoalan perempuan ternyata tidak hanya menjadi milik kaum perempuan. Tidak sedikit kaum lelaki yang juga

mengalami apa yang dilalui oleh kaum wanita iaitu diletakkan dalam kedudukan bawahan (subordination), dibatasi penglibatan mereka (marginalisation), dizalimi dan ditindas, dan lain-lain. Bahkan di Dunia Ketiga di mana majoriti penduduknya adalah kaum Muslim, persoalan-persoalan seperti kemiskinan, diskriminasi, kekerasan, kebodohan, paksaan, kesihatan yang buruk, kurang zat pemakanan, dan sebagainya kini menjadi persoalanpersoalan kritikal yang dihadapi masyarakat secara keseluruhan. Islam sendiri memandang bahawa persoalan yang muncul pada sebahagian individu, samada komuniti lelaki mahupun perempuan, samada berkaitan dengan persoalan ekonomi, politik, sosial, dan bahkan persoalan yang memang menyangkut aspek keperempuanan (seperti masalah kehamilan, kelahiran, penyusuan, pengasuhan dan seterusnya), tidak boleh dipandang sebagai persoalan lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Tetapi ia perlu dipandang sebagai persoalan manusia/masyarakat secara keseluruhan dengan pandangan yang holistik dan sistemik. Dengan demikian, jalan penyelesaian yang dihasilkannya akan menyelesaikan persoalan secara tuntas dan menyeluruh. Hal ini sesuai dengan realiti bahawa masyarakat bukan hanya sekadar terbentuk dari individu sahaja, tetapi juga dari kesamaan pemikiran, perasaan, dan aturan yang diterapkan disertai dengan adanya interaksi yang terus-menerus di antara anggota-anggotanya yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Dalam perspektif yang benar inilah syariat Islam datang sebagai jalan penyelesaian ke atas persoalan kehidupan manusia sehingga manusia, yang realitinya terdiri dari jenis lelaki dan perempuan, dapat meraih kebahagiaan hakiki sesuai dengan kemuliaan martabat manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. 3. Liberalisasi Perempuan akan Memajukan Perempuan.

Menurut pengusung idea liberalisasi perempuan, kebebasan merupakan teras untuk mencapai kemajuan. Bagi mereka, tatkala kaum perempuan berjaya meraih kebebasan dan kemerdekaannya, itu bererti mereka telah keluar dari status rendah diri (inferiority) yang mereka miliki selama ini, sekaligus berkesempatan secara ekspresif mengejar apa yang dianggap mereka masih ketinggalan tanpa perlu khuatir dengan pembatasan-pembatasan budaya (cultural) dan struktur (structural) yang dianggap menghambat kehidupan mereka. Hal ini berbeza dengan pandangan Islam iaitu untuk memajukan kaum wanita bahkan umat secara keseluruhan, kuncinya adalah dengan meningkatkan taraf berfikir mereka dengan ideologi Islam. Dengan cara ini, mereka akan memiliki landasan pemikiran (qidah fikriyah) yang menjadi tolok ukur (miqyas) bagi segala bentuk pemikiran dan menjadi dasar terbentuknya pemikiran-pemikiran yang lain. Seterusnya ia dapat menyelesaikan seluruh masalah kehidupan, sekaligus merupakan tuntunan berfikir (qiydah fikriyah) yang menuntun manusia dalam menghadapi segala masalah kehidupan tersebut setiap masa dengan penyelesaian yang benar. Ini kerana ideologi Islam tertegak di atas keyakinan bahawa seluruh alam ini, termasuk manusia di dalamnya, diciptakan oleh Zat Yang Maha Pencipta dan Maha Mengatur iaitu Allah SWT. Oleh kerana itu, aturan-aturan yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya (syariat Islam) dipastikan akan menjadi penyelesaian terhadap seluruh persoalan manusia secara sempurna dan menyeluruh. Dengan begitu, umat akan mampu bangkit menjadi pelopor peradaban sebagaimana yang telah terbukti pada masa lalu tatkala Islam dijadikan sebagai landasan kehidupan umat dan syariatnya diterapkan. 4. Syariat Islam Merendahkan Kaum Perempuan.

Isu ini timbul dari pemahaman bahawa salah satu faktor yang menyebabkan kekalnya ketidakadilan gender adalah budaya patriarki yang di antaranya disahkan oleh adanya pandangan keagamaan yang dianggap berat sebelah terhadap jantina (gender bias atau sexist) danmisoginis (membenci perempuan). Dalam hal ini, Islam menjadi sasaran utama. Namun sebahagian mereka menyatakan pemahaman masyarakat terhadap Islamlah yang salah, yang terlanjur tersosialisasi oleh kitab-kitab tafsir dan fikih yang tidak mustahil dipengaruhi oleh tradisi dan budaya yang berlaku ketika penafsiran tersebut dilakukan. Oleh kerana itu, mereka pun menggagas kepada perlunya penafsiran-penafsiran baru yang senafas dengan tuntutan zaman iaitu dengan melakukan penterjemahan semula (re-interpretation) dan rekonstruksi nas-nas syariat sehingga lebih memihak kepada kaum wanita. Kemudian mereka mendakwa gagasan ini sebagai usaha pembaharuan ( tajdid), sekalipun method (cara) dan pendekatan tajdid yang mereka kembangkan ternyata sangat berbeza dengan tradisi tajdid yang selama ini dikenali dalam Islam. Oleh kerana itu, munculnya isu bahawa syariat Islam merendahkan kaum perempuan hendaklah ditangani dengan benar. Jika dalih yang mereka gunakan adalah fakta bahawa kaum wanita di dunia Islam berada dalam kondisi yang amat buruk, maka harus dilihat bahawa pada kenyataannya saat ini tidak ada satu pun negeri Islam yang menerapkan syariat Islam sebagai aturan kehidupan yang utuh dan menyeluruh ( kffah). Justeru pelbagai kerosakan dan ketidakadilan yang terjadi ketika ini, termasuk di antaranya yang menimpa perempuan, adalah akibat diterapkannya sistem yang salah dan rosak di tengah-tengah kaum Muslimin iaitu sistem

Kapitalisme yang tegak di atas akidah sekularisme, yang telah memberikan bidangkuasa ( authority) secara mutlak kepada manusia dengan akalnya yang lemah dan terbatas untuk menggubal berbagai aturan/sistem kehidupan. Dengan pelbagai cabaran dan propaganda yang ada, adalah diharapkan agar ianya tidak menyurutkan daya juang muslimah, sebaliknya justeru menjadikannya sebagai ladang dakwah yang luas untuk menuai pahala di sisi Allah SWT. Dalam menghadapi ujian dan cabaran tersebut, seorang muslimah hendaklah mengingati bahawa Allah SWT memang sentiasa memberi ujian pada hamba-Nya, yakin bahawa Allah SWT akan semakin dekat kepada hamba yang berusaha untuk dekat kepada-Nya dan akan memberikan jalan keluar bagi hamba yang bertaqwa. Dengan demikian, seorang muslimah menjadi istiqamah dengan perjuangan yang ditempuhnya. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk su rga, padahal belum datang kepadamu (ujian, cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncang (dengan bermacam-macam cobaan) sampai-sampai berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. [TMQ al-Baqarah (2):214] Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. [TMQ ath-Thalaaq (65):2-3]

APA ADA PADA PENDIDIKAN SEKS?


Mukaddimah Isu gejala sosial yang melibatkan seks bebas, kelahiran anak di luar nikah, pembuangan bayi, penularan penyakit kelamin di usia remaja, AIDS dan sebagainya sudah menjadi semakin parah apabila statistik menunjukkan berlakunya peningkatan dari tahun ke tahun. Malah, yang lebih membimbangkan, jumlah yang berada di carta teratas adalah terdiri dalam kalangan remaja Melayu yang beragama Islam! Hampir setiap minggu kita mendengar melalui televisyen, akhbar dan majalah tentang kes-kes sosial yang menyesakkan nafas umat. Kes pembuangan bayi yang kebanyakannya ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan, malah ada yang tidak dapat dikenalpasti jantinanya berikutan keadaan bayi tersebut yang telah reput atau digigit anjing menjadi fenomena yang biasa. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan sebagainya antara lokasi biasa di mana bayi-bayi malang ini ditemui. Namun, bayi yang tidak berdosa ini ada juga yang bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan masih hidup. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang terlibat bagi membendung gejala yang kian meruncing ini. Pihak kerajaan, pembangkang dan NGO (non-governmental organization) serta masyarakat sendiri masing-masing memberi perhatian serius dalam menangani gejala yang jauh menyimpang dari ajaran Islam ini. Tidak kurang juga cadangan dan penyelesaian yang cuba diketengahkan agar kerosakan yang dihadapi golongan remaja ini dapat dibanteras. Salah satu langkah kerajaan yang sedang dilaksanakan kononnya bagi menyelesaikan masalah sosial yang berlaku terutama isu buang bayi dalam kalangan remaja adalah melalui pembelajaran di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), iaitu pengenalan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) di peringkat sekolah-sekolah termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebelum ini pendidikan seksualiti diterapkan secara menumpang mata pelajaran lain, namun bermula tahun ini pendidikan seks telah diajar secara berasingan dengan mengekalkan penggunaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS). Persoalannya, adakah melalui Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) ini berjaya membendung masalah sosial remaja atau sebaliknya lebih menggalakkan lagi remaja melakukan seks secara bebas di usia muda dek kerana pendedahan yang diberikan di sekolah-sekolah mereka? Realiti Kes Buang Bayi Hari Ini Jika dilihat peratusan kes pembuangan bayi bagi tempoh tiga bulan pertama pada tahun 2011 mencecah jumlah sebanyak 29 kes. Suatu peningkatan drastik yang amat memeranjatkan dan semakin membimbangkan kerana ianya berlaku dalam tempoh suku pertama yang masih belum berakhir bagi tahun ini. Kes buang bayi yang terbaru berlaku di Pulau Pinang apabila mayat bayi ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati pada 18 Mac yang lalu. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mumtaz Begum Mohd Sultan telah memaklumkan berkenaan berita ini ketika ditemubual di forum anjuran Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam . Menurutnya, kebimbangan itu berasas jika melihat rekod yang dicatatkan dan dibuat perbandingan dengan tahun lalu. Beliau dipetik sebagai berkata: Sepanjang 2010, jumlah kes buang bayi yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia adalah 43 kes. Bagi tahun ini pula, sepanjang tiga bulan pertama sahaja, sudah 29 kes termasuk kes terbaru di Pulau Pinang semalam di mana mayat bayi ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati, [Utusan 20/3/2011]. Antara kes terbaru juga ialah kes yang melibatkan seorang janda di Ipoh yang melakukan zina bersama kekasih hatinya telah mengandung anak luar nikah. Apa yang amat menyedihkan apabila ibu muda yang telah mempunyai anak hasil perkahwinannya yang sah ini sanggup menggugurkan kandungan haramnya sebanyak tujuh kali sepanjang tempoh empat tahun. Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali cuci. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima. Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim, katanya. [Harian Metro Mac 2011]. Banyak lagi sebenarnya kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita, melalui pelbagai cara dan lokasi pilihan yang dijadikan tempat untuk mereka membuang bayi hasil hubungan haramnya dengan si lelaki durjana yang juga tidak mahu bertanggungjawab. Akibatnya, si ibu yang malu akan cemuhan masyarakat ke atas dirinya bertindak di

luar batasan kemanusiaan dan nyata sekali menyalahi ajaran Islam. Tidakkah mereka yang membuang bayi ini sedar bahawa Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman di dalam al-Quran; Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [TMQ al-Isra (17):32]. Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka telah mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan kepada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mendapat petunjuk [TMQ al-Anam (6): 140]. Dari Hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Salam yang bermaksud; Daripada Ibnu Masud Radhiallahu Anhu,, beliau bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Salam : Apakah dosa yang paling besar? Baginda Sallallahu Alaihi Wa Salam menjawab : Sekiranya kamu menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa lagi? Baginda Sallallahu Alaihi Wa Salam menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi : Kemudian? Baginda Sallallahu Alaihi Wa Salam menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran kamu. [Imam Bukhari, Shahih Bukhari bahagian. 13, ms 394 no. 4117]. Sebagaimana peringatan Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Al-Quran serta Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Salam, bahawa setiap makhluk ciptaanNya di mukabumi ini adalah amat berharga. Tumbuh-tumbuhan dan haiwanhaiwan juga harus dipelihara dengan sebaiknya, inikan pula makhluk Allah Subhanahu Wa Taala yang bergelar manusia. Walau sekecil mana pun anak itu, walau apapun status kelahiran anak malang itu, namun dia tetap berhak untuk merasai kehidupan di dunia ini. Sungguh tiada langsung rasa belas seorang ibu itu yang telah bersusah payah menyembunyikan kandungannya yang berat dari diketahui orang, bertarung nyawa antara hidup dan mati demi untuk melahirkan zuriat yang lahir dari rahimnya sendiri, akhirnya dibuang bagaikan sampah! Inilah yang telah berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini. Maksiat dan aktiviti seksual bebas berlaku di manamana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada di antara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan merupakan mahasiswa di IPT. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan keji inilah lahirnya satu janin yang bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah yang mementingkan diri sendiri. Justeru, tanyakan kepada diri sendiri apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam? Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup semata-mata untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Amat memualkan malah fakta ini yang tidak dapat dinafikan, kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi gejala ini. Dari usaha pencegahan sehinggalah kepada usaha pelaksanaan hukuman. Antaranya termasuklah kempen-kempen kesedaran di kalangan remaja, ceramah-ceramah beserta pameran dari badan kerajaan yang tertentu seperti Polis Diraja Malysia (PDRM) dan seumpamanya sehinggalah kepada pelaksanaan hukuman penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini. Ironinya usaha ini seolah-olah tidak memberi kesan dan tidak menampakkan hasil. Jenayah keji ini malah semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi. Akal yang waras akan bertanya di mana silapnya? Naluri yang penuh keimanan akan bermuhasabah apakah kepincangannya? Hakikatnya ramai yang prihatin malah isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Namun cukupkah hanya sekadar menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa? Cukupkah sekadar manifestasi emosi yang cuak dengan isu pembuangan bayi yang tidak berdosa ini kerana dia adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan? Statistik Dahulu, Kini Dan Selamanya Jika Tiada Penyelesaian Tuntas Jika dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mumtaz Begum Mohd Sultan di atas, jumlah buang bayi sepanjang tiga bulan pertama ini mencecah 29 kes. Sementara statistik kes pembuangan bayi yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan satu trend peningkatan apabila kes yang dilaporkan sentiasa menunjukkan graf menaik dari tahun 2005

2011. Dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini sebanyak 517 kes pembuangan bayi dijumpai. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya. Bagi kes yang tidak dikenalpasti jantinanya adalah disebabkan mayat bayi reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan. Dari jumlah 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup manakala selebihnya telah meninggal dunia. [Bernama 9/2/2011]. Perkara ini dapat disimpulkan sebagai sentiasa meningkat walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) dan menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). [Berita Harian 14/8/2010]. Pada tahun 2010, kes buang bayi menunjukkan penurunan kerana hanya mencecah 43 kes, namun sepanjang tiga bulan pertama di tahun 2011 jumlah kes sudah mencapai 29 kes. Bagaimana pula sehingga penghujung tahun? Nauzubillah. Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April tahun lalu, membabitkan 312 kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM. Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 kes dilakukan oleh individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Sejauh Mana Kejayaan Pendidikan Seks? Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, bahawa hasrat murni kerajaan melaksanakan pendidikan seks ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar dan mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala sosial. Sebaliknya, melalui laporan-laporan dan statistik-statistik yang dikeluarkan, menunjukkan masih ramai dalam kalangan remaja yang terjebak dalam gejala sosial ini. Tidak cukup dengan kes buang bayi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula berhadapan dengan situasi peningkatan pendaftaran kelahiran bayi-bayi yang tidak sah taraf. Dengan kata lain, anak luar nikah. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008, sebanyak 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan, bagi tempoh 1999 hingga 2003 sahaja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. [Berita Harian 14/8/2010]. Namun apa sebenarnya faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama daripada ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Apa pun ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada antara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa dilupakan sedikit demi sedikit. Mungkin juga ianya berpunca daripada kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah di dalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Kegagalan pendidikan seks dalam menyekat masalah zina dan pembuangan bayi telah terbukti. Di negara barat sendiri yang merupakan pencipta idea dan mengamalkan pendidikan seks juga menemui kegagalan apabila melahirkan ramai remaja yang terjebak dengan gejala seks sehingga kadar penyakit kelamin dan kematian meningkat secara mendadak. Khatimah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang diperkenalkan di Malaysia walaupun disokong oleh banyak pihak dan ramai yang memandang dari sudut positif, namun hakikatnya tidak mampu mengatasi secara

keseluruhan, jauh sama sekali secara tuntas sehingga ke akar umbi. Apabila ajaran Islam diketepikan dari kehidupan hatta dalam membuat penyelesaian walau sekecil mana sekalipun, ianya akan menjadi penyelesaian yang bersifat sementara sahaja. Kembalilah kepada Deen yang menyeluruh kerana dengan merujuk kepada penyelesaian yang berasal dari selain Islam hanya akan menimbulkan kerosakan kehidupan manusia. Firman Allah Subhanahu Wa Taala: Tidakkah kamu melihat orang-orang yang mengira beriman kepada apa sahaja yang diturunkan kepadamu serta apa sahaja yang diturunkan sebelummu? Mereka ingin berhukum kepada Taghut, sedangkan mereka diperintahkan agar menolaknya. Dan sesungguhnya syaitan ingin menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauhjauhnya [TMQ An-Nisa (4): 60]. Wallahu alam bisshawab.

WARNA WARNI SEJARAH SILIBUS PENDIDIKAN SEKS DI MALAYSIA.


Dalam kurikulum persekolahan Malaysia, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (seksualiti) diberi penekanan memandangkan gejala sosial yang semakin meningkat dalam kalangan remaja masa kini. Realiti yang dibentangkan dalam artikel sebelumnya setidaknya telah cukup menggambarkan kebenaran fakta tersebut. Peningkatan kadar berlakunya jenayah buang bayi, merebaknya penyakit berjangkit kelamin ( sexual-transmitted disease) dan pelbagai lagi masalah gejala sosial menjadi faktor utama pendidikan seks diperkenalkan di Malaysia seperti juga di negaranegara Barat yang telah melaksanakannya. Ini kerana, para pemerhati remaja berpendapat seks bebas dan gejala sosial yang berleluasa berlaku dalam kalangan remaja disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang seksualiti. Seorang pakar pendidikan, Musgrave (1978) dalam bukunya The Moral Curriculum : A Sociological Analysismenegaskan bahawa agenda penting pendidikan dalam sesebuah negara haruslah merangkumi usaha membangunkan aspek-aspek moral individu dan masyarakat [www.informaworld.com]. Sehubungan itu mereka berpendapat pentingnya pendidikan yang betul mengenai seks diajar di sekolah. Sejarah Pendidikan Seks Di Malaysia Pendidikan seks di sekolah-sekolah di Malaysia bukannya suatu silibus yang baru, malah ia telah melalui peringkat pengenalan, pindaan, pengenalan semula disertai dengan pelbagai respon sokongan dan tidak terkecuali bantahan. Pendidikan seks mula diperkenalkan di sekolah menengah pada tahun 1989. Pembelajaran sosial dan kajian kesihatan reproduktif diajarkan dalam pendidikan kesihatan merangkumi kurikulum pelbagai mata pelajaran seperti biologi, sains, sains tambahan, kajian moral dan pendidikan agama [Malaysia says no to sex education 28 April 2010, News Straits Times] Pada Januari 1991, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyatakan bantahannya dengan cadangan untuk membenarkan filem dan video yang menggambarkan adegan seksual digunakan untuk tujuan pendidikan. Pada September 1992, Jawatankuasa Kabinet tentang AIDS pula mencadangkan pendidikan seks diajar kepada pelajar tingkatan dua dengan penekanan pada pencegahan AIDS. Sebagai langkah penjenamaan semula, pada Oktober tahun yang sama, Kementerian Pelajaran memutuskan untuk tidak menggunakan istilah "pendidikan seks" bagi subjek berkenaan seks kerana ia boleh disalahfahami oleh orang awam. Tetapi ia akan dikenali sebagai "pendidikan kesihatan keluarga" dan hanya diajarkan kepada pelajar sekolah menengah. Dalam merealisasikan hasrat Kementerian itu, pada Disember 1994, pendidikan seks diperkenalkan sebagai subjek yang disebut "pendidikan kehidupan keluarga" untuk pelajar tingkatan dua hingga lima bermula pada penggal persekolahan 1995/1996. Tambahan pula, terdapat cadangan untuk memperkenalkannya di sekolah rendah. [mpbn.kbs.gov.my]. Seterusnya, silibus pendidikan seks ini mula mendapat bantahan secara terang-terangan apabila pada September 1998, Persekutuan Persatuan Perancangan Keluarga melaporkan bahawa kertas kerja untuk memasukkan pendidikan seks di sekolah-sekolah telah dianggap negatif oleh golongan ibu bapa dan kelompok masyarakat. Namun, pada April 2000, pendidikan seks tidak dihentikan dan mula diajarkan di Pulau Pinang di bawah projek perintis yang melibatkan pelajar tingkatan tiga di 15 buah sekolah. Untuk memastikan pengenalan silibus ini berjaya, kerajaan mencadangkan untuk memberikan panduan tentang pendekatan mengajar mata pelajaran seksualiti pada awal tahun 2004 kepada guru-guru. Seterusnya, pada Disember 2006, Menteri Pendidikan melaporkan kabinet telah memberi lampu hijau untuk memperkenalkan pendidikan seks ke dalam sukatan sekolah di semua peringkat. Malah, sejumlah RM20 juta telah diperuntukkan untuk memberikan latihan, kempen dan bahan promosi untuk pendidikan seks.

Justeru, satu persoalan boleh ditimbulkan, setakat tahun 2006, adakah silibus Pendidikan Seks tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah muda mudi sekarang yang semakin sukar dikawal? Muda-mudi yang meletakkan nafsu lebih tinggi dari akal dan akhirnya berlaku kes-kes pembunuhan, pembuangan bayi oleh wanita-wanita muda yang mengandung dek kerana terdorong dengan nafsu? Nampaknya jawapan kepada soalan ini adalah negatif dan buktinya adalah realiti dan fakta-fakta yang telah terpampang di hadapan mata kita saban hari dan saban tahun. Pada Ogos 2010, Kementerian Pelajaran menyatakan kesediaannya untuk mengkaji cadangan memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum sekolah atau sebagai mata pelajaran teras. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebuah jawatankuasa teknikal terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pakar-pakar berkaitan masalah sosial, akan meneliti cadangan itu sebelum keputusan mengenainya dibuat [Cadangan pendidikan reproduktif sebagai mata pelajaran dikaji, Utusan online, 4/8/2010]. Yang terbaru, bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011. [Berita Harian Online, 28/12/2010]. Selain itu, PKRS juga akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula Mei tahun ini [Utusan Online, 2/1/2011]. Kesimpulannya, kerajaan Malaysia masih mengamalkan cara lama iaitu try and error (kaedah cuba jaya) dalam usaha mereka untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dalam masyarakat. Pelik tetapi benar, saban tahun, isu nama yang sesuai untuk dilabelkan pada pendidikan seks ini diperdebatkan. Malah, pihak kementerian masih lagi dalam peringkat berfikir dan meneliti sama ada PKRS ini kekal sebagai kokurikulum atau diserapkan dalam silibus akademik (kurikulum) sedia ada, misalnya dalam mata pelajaran biologi atau sains. Hakikatnya program perintis PKRS telah dilaksanakan di lima sekolah menengah di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan serta Pahang sebagai kokurikulum sekolah. Kementerian pelajaran seperti tidak pernah bersedia dengan rangka kurikulum pendidikan yang terbaik yang mampu menyelesaikan setiap permasalahan rakyatnya apatah lagi mencegahnya. Muhyiddin berkata, dalam membuat keputusan mengenai status PKRS dalam pendidikan sekolah, pelbagai faktor akan diambil kira termasuk latar belakang pelajar yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama serta kandungan buku teks kerana pada masa ini tidak ada bahan mengenai PKRS. Beliau juga berkata guru-guru yang akan mengajar program PKRS juga perlu dilatih supaya mereka dapat menyampaikan pembelajaran berkenaan secara berkesan. Badan-badan kerajaan yang lain pula memainkan peranan yang sangat pasif dalam bekerjasama menyelesaikan masalah berkaitan seks ini padahal punca masalah ini bersumber dari pelbagai cabang kehidupan seperti sosio-budaya, perundangan dan kehakiman, media massa dan elektronik dan lain-lain. Silibus Pendidikan Seks Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada elemen PKRS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Kandungan PKRS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko. PKRS merangkumi enam tunjang iaitu perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku serta masyarakat dan budaya. Kesemua enam aspek ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun satu hingga enam. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, antara skop yang akan dimasukkan bagi murid tahap satu ialah perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata tidak kepada sentuhan yang tidak selamat, kepentingan memelihara keh ormatan diri serta pengurusan perasaan. Bagi tahap dua yang membabitkan murid tahun empat, tahun lima dan tahun enam, skopnya ialah bagaimana mengurus konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran berkata tidak kepada rokok, alkohol dan dadah. [Berita Harian Online, 6/12/2010]. Sukatan baru ini juga merangkumi modul mengenai pentingnya membuat keputusan yang tepat sama ada mahu melakukan seks atau tidak. [Malaysia says no to sex education, News Straits Times, 28/4/2010]. Skop silibus pendidikan seks ini sebenarnya menggambarkan bahawa dasar kerajaan tentang pendidikan seks masih jauh dari jelas. Ini kerana persekitaran kehidupan pelajar tidak membantu mereka untuk mengimplementasikan apa yang mereka belajar di sekolah. Sebagai contoh, bagaimana seorang pelajar lelaki itu akan mampu mengawal gejolak naluri seksualnya padahal perempuan-perempuan di sekelilingnya berpakaian

mendedahkan tubuh badan? Bagaimana seorang pelajar perempuan mampu menjaga kehormatan dirinya padahal wanita itu sering diiklankan sebagai symbol seks? Bagaimana seorang remaja itu mampu membuat keputusan untuk berkahwin padahal ibu bapa menghalang perkahwinan sebelum tamat belajar dan prosedur-prosedur perundangan merumitkan seseorang yang di bawah umur untuk berkahwin? Usaha mengajarkan pendidikan seks ini hanya seperti melepas batuk di tangga kerana cuma sekadar teori yang digembar-gemburkan sebagai cara yang sesuai untuk dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah seperti apa yang telah Barat mulakan. Asal Usul Pendidikan Seks Di negara Barat, memang ada subjek pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah tetapi penekanannya adalah lebih kepada aspek teknikal seperti bagaimana mengelakkan kehamilan di kalangan wanita, contohnya, penggunaan kondom ketika melalukan seks. Di Belanda misalnya, seks adalah topik perbualan harian masyarakatnya, namun negara ini mempunyai tahap kehamilan remaja paling rendah di Barat dan kadar penyakit berjangkit terendah dalam kalangan remaja. Sekarang Britain dengan tahap tertinggi kehamilan remaja di Eropah, iaitu lima kali lebih tinggi dari Belanda, ingin meniru kejayaan Belanda. Kerajaan Britain telah memilih model Belanda kerana Belanda, tidak seperti negara-negara Scandinavia, juga dapat mengawal kadar pengguguran terendah di Eropah. Di Britain, jumlah kes pengguguran anak oleh remaja berumur bawah 16 tahun meningkat sepuluh peratus dari tahun 2007 kepada 4,376 [The Times Online, 24/11/2008]. Negara Barat mula menyedari pentingnya pendidikan seks selepas melalui zaman kegelapan pada abad pertengahan. Selepas tempoh pengenalan pendidikan seks, Barat telah berlebihan dalam pendekatan dan sikapnya terhadap pendidikan seks dan seks itu sendiri. Barat, melalui pandangan bejatnya mengenai seks, memberikan kesan yang sangat mengerikan dengan prinsip seks bebas. Kadar penghidap AIDS dan jangkitan HIV yang terus meningkat dapat dikaitkan secara langsung dengan sikap liberal Barat terhadap budaya seks bebas itu. Masalah ini sebenarnya telah memaksa Barat untuk mengubah pandangan mereka terhadap seks bebas, namun, hakikatnya tidak. Malah Barat tanpa segan silu terus mempromosikan kerosakan nilai-nilai seks mereka dengan mengatasnamakan seks selamat. Barat telah melakukan sedaya upayanya untuk mempromosikan budaya kebebasan ke atas bangsa-bangsa di dunia. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan semua sumber daya yang mereka miliki. Melalui sistem pendidikan sekular, Barat memperkenalkan konsep pendidikan seks sebagai elemen penting dari kurikulum pendidikan. Melalui cara ini juga, mereka berharap untuk melahirkan generasi yang telah rosak sejak dari usia muda lagi. Nilai-nilai seks yang telah rosak akan tumbuh dalam pemikiran mangsa-mangsanya dengan mengatasnamakan pendidikan seks. Kanak-kanak dan remaja akan dipengaruhi secara perlahan-lahan dengan nilai-nilai seks Barat di institusiinstitusi sekular dengan alasan pendidikan. Budaya katakan tidak kepada seks sebelum nikah mewu judkan dorongan terhadap seks secara eksperimentasi dalam bentuk masturbasi, berpasang-pasangan (coupling), melihat bahan-bahan lucah dan amalan-amalan lain yang songsang. Umat Islam juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa sistem pendidikan seks ciptaan Barat ini. Namun banyak pihak tidak sedar akan kesan buruknya melaksanakan sistem pendidikan sekular Barat ini yang jelas jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Usaha Kerajaan Melatih Guru-guru Pendidikan Seks. Dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan bagi Tahun Satu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Semua tugas ini dibebankan kepada guru semasa pengajarannya dalam kelas.Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan juga digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pendekatan menggunakan standard tersebut menuntut guru untuk lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid. Standard yang telah ditetapkan mesti dilaksanakan, dicapai dan ditaksir oleh murid. Inilah tugas guru. Dalam sebuah kajian di Washington, kurikulum pendidikan seks yang paling komprehensif menetapkan guru mendemonstrasikan penggunaan kondom dengan membuka gulungan kondom di jari atau pisang. Teen Outreach Program (TOP) melatih guru untuk membincangkan dengan remaja tentang bentuk ekspresi seksual lain selain dari hubungan intim kerana mereka mengakui bahawa orang-orang muda, seperti orang dewasa juga, dapat mencari cara-cara lain. [Comprehensive Sex Education vs. Authentic Abstinence A Study of Competing Curricula, http://www.heritage.org] Malaysia juga tidak terkecuali dari program latihan ke atas guru-guru tetapi masih tidak sampai kepada tahap seperti yang dirangka dalam kurikulum pendidikan seks komprehensif di atas. Kerajaan Malaysia telah merangka strategistrategi tertentu dalam proses pelaksanaan kurikulum PKRS ini. Antaranya ialah dengan mengurangkan sensitiviti dan salah tanggapan mengenai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial melalui penyediaan program sokongan khusus kepada ibu bapa, ahli keluarga, penjaga, anggota kesihatan, pengasuh, masyarakat dan termasuk juga guru-guru. Terdapat juga strategi yang dirangka untuk membangunkan modal insan yang terlatih dalam bidang pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Satu program telah diaturkan untuk menjalankan strategi tersebut dalam jangka masa pendek (2009-2010) iaitu program mewujudkan kumpulan jurulatih utama ( master trainers) dalam kalangan pemberi khidmat seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anggota kesihatan, pekerja sosial, ibu bapa, dan pembimbing rakan sebaya. Guru juga tidak terkecuali dalam program ini. Untuk jangka masa panjang (2010-2012) pula, program Training of Trainers (TOT) kepada jurulatih kepada pemberi khidmat yang sama. Tidak cukup dengan itu, guru pendidikan seks dibekalkan dengan latihan khas supaya mereka menjadi profesional dalam bidang berkenaan. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah mengatakan bahawa bukan semua orang dapat menjelaskan perkara tersebut kepada para pelajar dan ia memerlukan latihan serta sikap guru sendiri yang dapat menerima pelajar tanpa prasangka. Bagaimanapun, menyampaikan pendidikan seks bukan satu perkara yang senang, maka ia memerlukan para guru khas dan profesional kerana ia menuntut emosi dan perasaan, katanya. [Utusan Online, 6/3/2010] Jadi, memang tidak dapat dinafikan kerajaan berusaha sedaya upaya dalam memastikan guru-guru sekolah yang akan mengajarkan silibus PKRS menjadi guru-guru yang berkualiti dan sentiasa bersedia dalam menjalankan tugasnya. Persoalannya, adakah guru-guru yang sedia ada ini tidak cukup berkualiti untuk mengajarkan pendidikan seks sehingga perlu kepada program-program dan latihan baru? Benarkah Guru Terlibat dengan Jenayah Seks? Kenyataan yang sukar diterima tetapi benar apabila ada sebilangan guru yang terlibat dengan jenayah seks. Dulu, apabila ada sahaja kes-kes disiplin atau jenayah berat yang berlaku melibatkan pelajar sekolah, pihak sekolah akan cuba untuk menutup perkara itu demi menjaga aib mereka dari diketahui umum. Namun, sejak akhir-akhir ini ia bukan lagi menjadi rahsia sekolah apabila pelakunya adalah dari kalangan guru sendiri dan ini melibatkan kredibiliti sekolah dan kerajaan yang sebenarnya bertanggungjawab menyiapkan guru-guru ini menjadi tenaga pengajar yang cemerlang. Guru-guru tersebut terlebih dahulu melakukan latihan amali hasil daripada ilmu yang dilatih ke atas merek a sebelum diajar kepada pelajar-pelajar dan ini terbukti dalam banyak kes yang telah berlaku. Contohnya, tahun lalu di Kuala Lumpur, seorang ustazah ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya padahal ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Selepas ditangkap, duda itu mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi ustazah terbabit tetap menegakkan benang basah dan menyebarkan berita kononnya d ia dianiaya. [Harian Metro, 3/3/2010]

Seorang ustazah juga ditangkap berkhalwat dengan pasangannya dan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim. Kes ini berikutan hasil pemeriksaan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di rumahnya yang membawa kepada penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dan juga kesan merah yang terdapat pada lehernya. [Berita Harian Online, 13/3/2010] Di Alor Setar pula, sepasang kekasih yang kedua-duanya guru di sekolah rendah dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah sewa. Difahamkan pasangan itu sudah menjalin hubungan terlarang sejak tiga tahun lalu dan telah tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu walaupun wanita itu masih bergelar isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun.[Harian Metro, 29/4/2011] Selain kesalahan khalwat yang telah terlalu biasa disiarkan, masyarakat negara ini dikejutkan dengan kes-kes guru lelaki mencabul, merogol malah meliwat pelajar-pelajar mereka sendiri. Contohnya, pada tahun 2009, seorang guru sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu ditahan selepas mengaku bersalah meliwat tujuh pelajarnya. Guru tersebut merupakan penduduk tempatan dan kesemua mangsanya berumur 15 tahun yang merupakan pelajarnya dari kelas yang sama. Polis pula masih menyiasat kemungkinan terdapat mangsa lain yang tidak membuat laporan polis kerana perbuatan itu dikatakan sudah lama berlaku. [ Utusan Online, 31/10/2009] Di Bungan, Dalat pula seorang guru lelaki didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka. Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula selama dua bulan sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya. Mangsa mendakwa dia diajak menonton filem lucah sebelum dirogol dan empat lagi mangsa mendakwa dicabul gurunya itu selepas dipanggil menemuinya di makmal sekolah siap dengan amaran agar tidak memaklumkan kejadian berkenaan kepada guru lain. [Berita Harian Online, 21/5/2010] Seorang guru muzik, Abdul Wahid Mohd Haneepa, 43, pula dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan dua sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan kerana kesalahan melakukan seks luar tabii dan mencabul pelajarnya pada tahun 2007. Guru ini juga didapati bersalah kerana dua kesalahan mencabul mangsa sama. [ Berita Harian Online, 16/9/2010] Manusia yang bergelar guru ini juga bukan setakat merogol, tapi nafsu serakahnya membuatkannya sanggup pula meliwat pelajar sekolah. Satu lagi kes yang berlaku di Kota Kinabalu, Adrian Simon, 31, yang merupakan seorang bekas guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan iaitu merogol dan meliwat seorang pelajar perempuan warga Singapura berusia 11 tahun di sebuah sekolah rendah swasta. Adrian didakwa merogol bekas pelajar itu sebanyak tiga kali dalam makmal sains di sekolah berkenaan antara 10 Februari dan 7 April selain memaksa pelajar perempuan itu melakukan seks oral terhadapnya serta meliwat mangsa. [Berita Harian Online, 22/10/2010] Seterusnya di Kelantan, negeri yang suatu ketika dahulu dikenali dengan jolokan Serambi Mekah, namun ia tidak membawa makna pada salah seorang guru di situ. Mohd Saidi Che Tengah, 45, dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati bersalah atas dua tuduhan merogol muridnya pada 2006. Mangsa yang berusia 12 tahun dua bulan disahkan dirogol di rumah ibu tertuduh dan di sebuah resort di Bachok. [Berita Harian Online, 24/1/2011] Tidak cukup dengan merogol pelajar, seorang guru yoga yang juga bapa kepada enam anak dengan dua bekas isteri telah melarikan dan mengurung dua remaja perempuan bawah umur yang juga saksi kes rogol membabitkannya. Abdul Malik Abdullah, 55, didakwa merogol seorang dari remaja terbabit dan sebelum itu turut dihadapkan ke mahkamah berasingan atas tuduhan memiliki syabu. [ Berita Harian Online, 30/4/2011] Guru mana lagi yang boleh diharapkan untuk membentuk syakhsiyah pelajar kalau guru disiplin sendiri berakhlak buruk? Sungguh menghampakan apabila seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan. Guru lelaki terbabit didakwa memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan kononnya untuk memeriksa tahap kesihatan pelajar berkenaan sebelum dirotan. Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi. [ Mymetro, 31/5/2011] Terbaru, seorang guru agama merupakan suspek dalam satu kes rogol terhadap seorang remaja yang juga merupakan anak saudaranya [Harian Metro, 3/6/2011]. Seorang penganalisis jenayah, Akhbar Satar, pernah dipetik sebagai berkata bahawa penjenayah kes rogol, termasuk yang berselindung disebalik agama, adalah mereka yang

menghadapi masalah jiwa dan mempunyai keinginan seksual melampau. [Berita Harian Online, 25/9/2010] Apakah ertinya semua ini? Guru sanggup melakukan perbuatan terkutuk pada pelajar sendiri! Di mana sifat mulia yang selalu dicanangkan ada pada setiap guru? Memang bilangan kes sebegini tidak banyak berbanding bilangan guru yang ramai. Tetapi dalam kerjaya mulia guru ini, angka kes bukannya ukuran. Tambahan pula, bagaimana seorang guru itu mampu mengajar pelajarnya untuk mengelakkan segala jenis maksiat padahal dia sendiri melakukannya. Firman Allah Subhanahu wa Taala: Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al- Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir? [TMQ alBaqarah (2):44] Apa yang dapat disimpulkan di sini, selain kegagalan dalam proses membentuk keperibadiaan mulia pada pelajarpelajar sebagai seorang manusia, sistem pendidikan negara Malaysia saat ini juga gagal melatih dan menyediakan guru-guru yang berkualiti untuk memenuhi kerjaya pendidikan ini. Tidak hairanlah mengapa kerajaan terlalu bersungguh-sungguh melatih guru-guru pendidikan seks supaya menjadi guru yang mampu menyampaikan pelajaran secara positif kerana guru-guru yang sedia ada sudah tidak mampu menampilkan etika sebagaimana layaknya ada pada seorang guru. Ciri-ciri Guru Berkualiti Sebagai memberi respon terhadap wabak yang sedang merebak dalam kalangan guru ini, ada sesetengah pihak yang memberikan cadangan supaya konsep payung Polis Di -Raja Malaysia (PDRM) yang diguna pakai oleh pihak PDRM wajar diwujudkan di sekitar kawasan sekolah yang mempunyai masalah disiplin pelajar serta kes jenayah dalam kalangan guru. Cadangan sebegini sekali lagi hanya berkonsep menghukum dan bukannya mencegah. Padahal, pencegahan daripada peringkat awal itu lebih baik. Sepatutnya guru-guru itu sendiri dibina menjadi seorang guru yang kuat akidahnya dan mulia akhlaknya. Di sekolah, arahan yang datang dari guru masih dianggap sebagai arahan yang mesti dipatuhi (Psikologi Anak dan Pendidikan, Zainul Muttaqin). Tidak kurang juga pelajar yang menjadikan guru mereka sebagai idola. Lihat sahajalah ketika musim sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun. Kad-kad ucapan penghargaan memenuhi meja setiap guru. Guru, kau idolaku, Guru, kau lilin hidupku, Cikgu, kaulah guru, kaulah ibu dan berbagai ucapan lagi ditulis menggambarkan guru-guru ini masih merupakan seseorang yang dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar. Namun, generasi baru guru hari ini telah gagal memberikan gambaran seperti itu lagi. Buktinya, pelajar sendiri sudah berani memukul, mengugut dan merosakkan harta benda guru. Faktanya terlalu banyak sehingga tidak dapat dibentangkan dalam ruangan yang terhad ini. Persoalannya di sini, apakah sebenarnya model guru yang terbaik dan berkualiti yang akan menjamin mutu pengajaran yang berkesan sekaligus menjadi role model bagi pelajar sendiri? Seorang guru yang cemerlang sepatutnya mempunyai kemampuan atau kebolehan sebagai pendidik, pengarah, pembina dan teladan bagi pelajar. Untuk itu, guru mesti menguasai pendidikan Islam dan seterusnya memotivasi pelajar untuk berlumba-lumba dalam mengerjakan amal soleh. Imam Ghazali telah menyatakan tujuh ciri pendidik yang efektif, merangkumi aspek kualiti dan tugas pendidik yang cemerlang iaitu mengikut tingkahlaku dan sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam, menasihati muridmuridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut atau kasih sayang, bukan memarahi mereka atau mengejek, dan juga menyesuaikan pembelajaran dengan tahap pemahaman murid dan tidak sesekali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan. Guru-guru sebegini hanya boleh dilahirkan dalam sistem yang terbaik iaitu sistem pendidikan Islam kerana Islam meletakkan guru sebagai seorang yang mulia. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan betapa Islam memandang tinggi pada guru-guru. Antaranya, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud, Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. [HR Bukhari dan Muslim]. Islam juga menjanjikan ganjaran yang besar kepada guru sebagai orang yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain. Hadis RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam yang bermaksud, Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. [HR al-Tarmizi]. Ada juga hadis lain yang menjanjikan kebaikan kepada golongan guru iaitu hadis yang bermaksud, Apabila anak Adam (manusia) meninggal

dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.[HR. Muslim] Jadi, seorang guru yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang syakhsiyahnya mestilah mempunyai ilmu yang luas mengenai Islam dan sentiasa mengaitkan setiap ilmu akademik yang diajarkannya dengan Islam. Jika tidak, pelajar itu sendiri yang akan goyah akidahnya jika kurang pendedahan mengenai Islam dalam proses pembelajarannya di sekolah. Guru yang gagal memberikan contoh teladan yang baik apatah lagi berjaya menunjukkan contoh yang buruk bakal berdepan dengan azab atas dosanya itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala maksudnya, Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [TMQ ash-Shaff (61):3] Selain itu hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang memberi maksud yang sama dengan ayat Allah di atas, Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam, maka diamalkan orang, dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya. dan sesiapa yang mengasaskan jalan yang tidak baik dalam Islam lalu diamalkan orang, maka dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukanya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dosanya" [HR Muslim] Hadis ini menjelaskan mengenai tanggungjawab pendidik di hadapan Allah Subhanahu wa Taala terhadap ilmu yang disampaikan dan kesan daripada penyampaian itu terhadap orang lain pada hari kiamat. Jika kesedaran sebegini wujud dalam diri setiap pendidik, maka sudah tentu pendidik itu akan berhati-hati dalam merancang dan melaksanakan kurikulum pengajarannya. Ini kerana usaha mereka bukan berakhir di situ sahaja, tetapi akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Subhanahu wa Taala pada hari dihisab-Nya amalan manusia nanti. Cara untuk membentuk guru yang berkualiti ini ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, Khulafa arRasyidin dan para khalifah selepas itu melalui penerapan sistem Islam secara keseluruhan dalam setiap aspek pemerintahan mereka. Dalam sistem pendidikan yang percuma di bawah pemerintahan Islam, guru-guru dibekalkan dengan latihan yang secukupnya bagi memastikan mereka mampu menjadi contoh teladan yang baik pada pelajarpelajar. Jika kurikulum pembelajaran dalam Islam menjadikan akidah Islam sebagai asas, begitu juga dengan proses latihan pada guru-guru. Mereka juga dibentuk dengan akidah Islam yang sempurna sebelum mereka sendiri akan membentuk pelajar-pelajar mereka dengan akidah yang sama. Khatimah Sistem kehidupan manusia dewasa ini bukan sekadar gagal menyediakan asas yang kukuh dalam proses pembentukan guru yang baik tetapi juga gagal dalam mengawal sumber-sumber negatif dari meracuni pemikiran dan akhlak masyarakat. Hakikatnya, peranan guru dalam menyampaikan PKRS sebenarnya telah diambil alih oleh satu entiti. Alat reproduksi remaja secara fisiologinya sudah berkembang secara optimal yang kemudiannya menyebabkan dorongan dan ghairah seksual semakin kuat bersumber daripada internet, televisyen, industri muzik, majalah, filem, novel dan bentuk-bentuk media lain. Perkara-perkara inilah yang dimaksudkan dengan entiti itu yang menjadi `guru seks bagi remaja terlebih dahulu daripada guru -guru di sekolah. Jadi, tidak hairanlah guruguru juga menjadi mangsa rakusan entiti tersebut kerana guru juga merupakan sebahagian daripada masyarakat yang tetap terdedah kepada kesan negatifnya. Ia ditambah lagi dengan goyahnya sistem yang melatih dan membentuk guru untuk memenuhi keperluan pasaran pendidikan seperti yang ada pada hari ini. Itulah akibatnya apabila sistem dari Pencipta Alam ini tidak diamalkan dalam sistem pendidikan dan sistem-sistem lain. Firman Allah Subhanahu wa Taala, Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka... [TMQ al-Maaidah(5): 49]. Wallahualam.

ARTIKEL PILIHAN: PENDIDIKAN SEKS DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN MALAYSIA: APA YANG TIDAK KENA?
Pendidikan adalah unsur penting dalam pembentukan jati diri dan keperibadian seseorang. Sukatan pelajaran perlu dirancang dengan sebaiknya agar tidak perlu dipinda dengan kerap. Pendidikan bersepadu pula akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah juga dalam seluruh aspek kehidupan. Kejayaan mereka akan menjadi bukti ketrampilan pihak berkenaan dalam penyediaan silibus pembelajaran.

Perbincangan tentang pendidikan seks dalam kurikulum sekolah telah diterbitkan melalui artikel-artikel Fikratul Ummah (FU) sebelum ini, antaranya artikel FU April bertajuk Warna-warni Sejarah Silibus Pendidikan Seks di Malaysia dan artikel FU Jun bertajuk Senario Pendidikan Seks di Negeri Umat Islam. Artikel-artikel ini telah memaparkan penelitian dan pengkajian yang mendedahkan pelbagai kedangkalan pada asas pengenalan pendidikan ini dan kepincangan yang bakal berlaku sekiranya pendidikan ini terus dilaksanakan dibuktikan oleh kegagalan usaha-usaha sebelum ini. Manakala artikel FU Jun bertajuk Menyoroti Falsafah Pendidikan Negara memberi pendedahan eksklusif tentang mengapa falsafah pendidikan yang nampaknya seperti bagus itu telah gagal mencapai hasratnya. Kesinambungan daripada kajian-kajian lepas, artikel kali ini akan mengulas matlamat, objektif dan kandungan beberapa mata pelajaran yang mempunyai topik-topik pendidikan seks, termasuk mata pelajaran yang baru diperkenalkan pada tahun 2011. Kajian ini akan mencari jawapan kepada persoalan, apakah sebenarnya yang menjadi masalah pada matapelajaranmatapelajaran ini dan sejauh mana kemampuannya untuk menyelesaikan masalah negara ini iaitu masalah seksual di kalangan anak-anak muda. Pendidikan Seks Sebagai Matapelajaran Bermandiri Pendidikan seks telah diajar di sekolah semenjak 1989 sebagai tajuk-tajuk tertentu di dalam beberapa mata pelajaran. Transformasi kurikulum memperkenalkan pendidikan seks sebagai mata pelajaran yang berasingan iaitu dalam Pendidikan Kesihatan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah). KSSR adalah transformasi terhadap KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan dilaksanakan secara berperingkat, iaitu bermula pada tahun 2011 kepada pelajar Tahun Satu sekolah rendah ( Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia: Pendidikan Seks di sekolah. http://web6.bernama.com/bpa/[] ). Pendidikan seks, atau nama rasminya pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, dikenali juga dengan nama singkatan PKRS atau PEERS, membentuk 75% dari mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, selain pemakanan dan pertolongan cemas. Dari segi perlaksanaan, komponen ini sebenarnya masih dalam peringkat cadangan dan akan diajarkan kepada pelajar tahun satu sekolah rendah bermula November 2011, iaitu selepas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). (Utusan 17/06/2011: Pendidikan seks mula diajar di sekolah November ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.a[]) Kandungan Pendidikan Seks dalam Kurikulum Sekolah Malaysia Jadual di bawah memaparkan komponen pendidikan seks dalam beberapa mata pelajaran teras asas iaitu Pendidikan Kesihatan, Sains dan Pendidikan Islam. Juga turut dipaparkan secara ringkas matlamat kepada setiap mata pelajaran.

Melihat kepada sukatan pelajaran semua mata pelajaran di atas, dapat dikatakan bahawa ilmu pendidikan seks sudahpun wujud dalam kurikulum yang dirangka. Oleh itu, amat tidak wajar jika dikatakan kejahilan tentang seksualiti adalah disebabakan ia tidak diajar di sekolah. Justru hal ini bukanlah menjadi isu yang sebenar. Yang menjadi isu ialah kesemua kurikulum yang dirangka ini ternyata tidak menjadikan akidah sebagai dasar! Meskipun penerapan nilai-nilai murni ditekankan dalam pendidikan, namun ia hanya menjadi perkara sampingan dan bukannya tunggak dalam pembelajaran. Masalah yang lebih utama di sini ialah kesemua mata pelajaran kurikulum kebangsaan ini berdiri di atas dasar pemisahan akidah dari kehidupan. Contohnya, pembelajaran tentang seksualiti ini tidakpun menyentuh hakikat bahawa seksualiti adalah anugerah Allah yang bertujuan untuk memperbanyakkan jumlah individu sesuatu spesies kehidupan, akan tetapi ia hanya boleh

dipergunakan atas prinsip taqwa, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam ayat pertama Surah An-Nisa. Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai... [TMQ An-Nisa(4):1] Pendidikan Seks dalam Sistem Pendidikan Islam Pendidikan seks adalah pelajaran yang perlu diajar atas landasan Islam. Mengajarkan pendidikan seks dalam rangka Islam akan memberi pandangan yang luas dan murni tentang kemuliaan seks dalam pernikahan dan kehinaan seks sebelum pernikahan. Selain itu, ilmu Islam yang berkaitan termasuklah kewajipan menjauhi dan mencegah zina, liwat dan rogol, undang-undang Islam (uqubat) yang menanganinya, tangg ungjawab individu, masyarakat dan negara dalam menangani isu ini, selain ilmu munakahat dan kekeluargaan. Meneliti kepada mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kurikulum yang sedang dilaksanakan, sebenarnya didapati bahawa sebahagian dari topik pendidikan seks juga turut diajar dalam sebahagian dari tajuk kepada mata pelajaran Pendidikan Islam. Namun mata pelajaran ini dilaksanakan seolah-olah ia satu mata pelajaran yang tidak penting dan tidak berguna dalam bidang profesional. Secara relatif, jam waktu mengajarnya sedikit, dan liputan pelajarannya pula tidak mendasar. Sepatutnya dalam era serba mencabar ini, pelajar perlu diberi pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang hakikat sebenar akidah sebagai jawapan kepada persoalan paling utama iaitu dari mana ia datang, ke mana ia akan pergi, dan untuk apa ia hidup. Pemahaman ini, jika menjadi pegangan pelajar, akan menjadi bekalan hidupnya di samping memeliharanya dari tersasar daripada tujuan, sekaligus menyelamatkannya daripada terlibat dengan kesalahan berkaitan seks. Memandangkan pentingnya pendidikan seks itu diajar dalam kerangka pemikiran Islam, maka sewajarnya ia diajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Maka, kandungan dan metodologi pendidikan Islam harus ditransformasi supaya pendidikan seks diajar oleh guru agama secara bersepadu dengan pengajaran agama. Manakala mata pelajaran lain pula diajar dengan bertunjangkan akidah Islam yang menekankan tanggungjawab manusia kepada Pencipta, diri sendiri dan manusia lain. Pengajaran pendidikan seks, baik dengan cara mengadakan satu mata pelajaran tunggal, ataupun dengan memasukkan beberapa tajuk berkenaan ke dalam mata pelajaran lain tapi masih lagi memisahkannya dari agama, memberi isyarat kepada pelajar bahawa seks bebas (baca: zina) adalah norma yang mesti diterima oleh masyarakat demi kemodenan.

You might also like