Pengaliran Ilmu Islam Ke Eropah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pengaliran ilmu Islam ke Eropah

Pengaliran ilmu Islam ke Eropah telah melalui beberapa cara, dan antaranya termasuklah melalui: Peranan Andalusia Islam telah menguasai Andalusia selama hampir 800 tahun (711M-1492M). Budaya dan tamadun Islam mendominasi sebahagian besar masyarakat Eropah. Keagungan tamadun Islam menjadi ikutan negara-negara jiran yang beragama Kristian. Ramai pelajar datang ke Andalusia mempelajari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tiada di Negara mereka. Penganut Kristian Andalusia yang menguasai bahasa Arab dan ilmu Islam dan sedang berhijrah ke negara Kristian Eropah berperanan menterjemah dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam tersebut kepada masyarakat Eropah. Hubungan dagang dan diplomatik Perdagangan membantu memperkenalkan produk-produk dan ilmu yang berasal daripada tamadun Islam kepada masyarakat Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam di Andalusia dan Baghdad. Mereka saling bertukar duta dan hadiah. Raja Jerman pernah menghantar satu delegasi khas peringkat menteri diketuai William the True ke istana Cordova untuk meninjau peluang pembelajaran di Andalusia. Peranan gerakan terjemahan Merupakan medium terpenting dalam pengaliran dan penyebaran tamadun Islam ke Eropah. Dilakukan sarjana Eropah, khususnya kaum Yahudi. Antara sarjana-sarjana Barat yang berperanan besar menterjemah karya-karya Islam ialah: 1) Gerard (meninggal 1178M) dari Cremona. Beliau telah menterjemah 90 karya Islam ke bahasa Latin. Antara karya yang diterjemah ialah kitab al-qanun fi al-Tibb karya Ibn Sina, kitab al-Tasrif karya AlZahrawidan kitab al-Mansuri karya Al-Razi. Semua berkaitan perubatan. 2) Michael Scotus (meninggal 1253M) dari Scotland. Beliau telah banyak menterjemah ilmu Islam berkaitan bidang falsafah. 3) Alfonso X (meninggal 1284M) dari Castile. Beliau banyak menterjemah karya Islam berkaitan bidang astronomi ke bahasa Castilan. Antaranya karya Al-Zarqali dalam bidang astronomi. 4) Pope Sylvester II. Menghabiskan masa selama tiga tahun di Toledo mempelajari astronomi, matematik, kimia dan ilmu-ilmu lain di bawah seliaan ahli-ahli sains Islam.

Sarjana-sarjana Barat lain yang terlibat dalam kegiatan penterjemahan karya-karya Islam termasuklah Adelard dari Bath, Robert dari Chester, Stephen dari Sarragossa, William dari Lunis, Philip dari Tripoli, dan Constantin dari Afrika.

Impak gerakan terjemahan Gerakan terjemahan karya-karya Islam telah banyak memberi impak kepada masyarakat Eropah. Antara impak gerakan terjemahan adalah: Limpahan karya Islam telah menjadi pencetus kepada kelahiran universiti-universiti di Eropah seperti Universiti Cologne di Jerman, Universiti Bologna dan Universiti Naples di Itali, Universiti Paris di Perancis dan Universiti Oxford serta Universiti Cambrigde di England. Hampir keseluruhan ilmu yang berkembang di Barat pada masa itu mempunyai pengaruh sarjana Islam. Contohnya, istilah saintifik yang digunakan di Eropah dipinjam dari bahasa Arab seperti alkali (al-Qali) dan magazine (makhazin). Karya-karya yang banyak mempengaruhi Eropah sehingga abad ke-16 dan ke-17 Masihi ialah kitab al-Qanun fi al-Tibb (Ibn Sina), kitab al-Mawazin (Jabir Ibn Aflah), kitab al-Manazir (Ibn Haitham). Banyak lagi karya Islam yang digunakan secara meluas oleh universiti dan sarjana Barat. Banyak teori sarjana-sarjana Muslim kekal digunakan hingga ke hari ini.

Hasil penemuan saintifik sarjana Islam 1) Abu Musa Jabir Ibn Hayyan al-Tusi: Beliau telah mengemukakan kaedah percubaan sains seperti sejatan, penyulingan dan pemejalwapan. Beliau juga merupakan orang pertama mencipta asid galian seperti HNO2 dan H2SO4. Sebelum penemuan ini, manusia hanya tahu tentang asid tumbuhan. 2) Ibrahim al-Fazari: Beliau merupakan orang pertama mencipta astrolab. Al-Zarqali menambah baik astrolab ciptaannya. 3) Al-Khawarizmi: Beliau pula merupakan orang pertama yang membuat jadual astronomi yang mempunyai tangen.

4) Al-Biruni: Beliau telah menunjukkan cara-cara untuk mengetahui latitud dan longitud. Selain itu , beliau merupakan orang pertama menunjukkan kedudukan benua Amerika. 5) Al-Farghani: Beliau merupakan ahli astronomi ulung pada zaman al-Mamun. Beliau telah dapat mengukur ukuran lilit bumi iaitu 24,843 batu. Kiraan ini hanya berbeza 15 batu dari kiraan moden. 6) Umar Khayyam: Beliau telah mengira panjang tahun matahari dan kiraan beliau menyatakan bahawa panjang tahun matahari ialah 365 hari, lima jam dan 48.7 saat. 7) Abd Rahman al-Sufi: Beliau telah mengemukakan teori bintang-bintang bergerak perlahan-lahan. Teori ini bercanggah dengan teori sains Yunani yang menganggap bintang-bintang tidak bergerak.

Pembinaan balai cerap Balai cerap telah dibina di merata-rata tempat di wilayah kekuasaan Islam seperti di Jundishapur, Fustat, Baghdad, Tadammur, Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria dan Samarkand. Balai-balai cerap ini dilengkapi peralatan astronomi yang banyak, termasuklah astrolab. Peralatan-peralatan ini membolehkan jarak sesuatu bintang, paksi dan luas bumi serta latitud matahari dan bintang diukur.

Pakar-pakar ulung ilmu perubatan Tamadun Islam telh melahirkan ramai sarjana-sarjana Islam yang terbilang. Sarjanasarjana ini telah menguasai dunia keilmuan dengan penemuan-penemuan ilmu baharu yang merangkumi pelbagai aspek. Antara pakar ulung dalam ilmu perubatan pada zaman kegemilangan tamadun Islam ialah Zakaria al-Razi yang telah menghasilkan kitab al-Hawi, Ammar bin Ali yang telah menulis kitab al-Muntakhab, Ibn Sina dengan kitabnya al-Qanun fi al-Tibb, Abu Qasim Al-Zahrawi yang telah menghasilkan kitab al-Tasrif, dan Ibn Baitar yang merupakan pakar terulung dalam bidang ilmu surgery. Sinar ilmu Islam telah menjadi penyuluh Eropah keluar daripada Zaman Gelapnya.

You might also like