Minit UPSR 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SIDAM KIRI

09400 PADANG SERAI KEDAH DARUL AMAN

________________________________________________________________________ KEDAH SEJAHTERA SKSK/02/001/(19) Bertarikh : 20 Jun 2012 Kepada : .. Tuan,


MINIT MESYUARAT PENINGKATAN PRESTASI UPSR KALI KE 4/2012 TARIKH : 8 Ogos 2012 MASA : 1.20 2.20 PTG TEMPAT : PUSAT SUMBER SKSK KEHADIRAN : 1. HJH HASNAH BT OMAR (PENGERUSI) 2. SYED ANUAR BIN SYED MOHAMAD (PKK) 3. ZAKARIAH BIN MOHAMED ZIN (PK HEM) 4. AZHAR BIN YAHAYA ( PK KOKO) 5. HARUN BIN AWALUDIN 6. NORDIYANA BT HJ AHMAD 7. UMAI KHALSUM BT OTHMAN 8. AMERAH BT MD SALLEH BIL I II III IV V VI VII VIII IX AGENDA PERUTUSAN PENGERUSI MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT YANG LALU PERKARA BERBANGKIT ANALISA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PECUTAN AKHIR HAL -HAL LAIN PASCA UPSR UCAPAN PENANGGUHAN

9. ARBAINAH BT OTHMAN 10. CHE LIAH BT AHMAD 11. FADZILAH BT CHE DIN 12. HABSAH BT MAT AMIN 13. SALINA BT MAT JAYA 14. SITI ROHANI BT SHAMSUDIN 15. NOR RIHAN BT MOKHTAR

BIL I

AGENDA PERUTUSAN PENGERUSI 1. Mesyuarat di pengerusikan oleh Pn Hjh Hasnah bt Omar ( Guru Besar SK Sidam Kiri) 2. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AL- Fatihah 3. Pengerusi melahirkan rasa terima kasih di ats sokongan dan kerjasama semua guru dalam menjayakn semua tugas dan aktiviti yang telah dirancang. Pengerusi mengingatkan agar subjek-subjek elektif turut diberi perhatian . 4. Semua guru haruslah berusaha untuk menjadikan sasaran UPSR 2012 iaitu seramai 35 orang pelajar mendapat 5A sebagai satu kenyataan. Makluman: semua guru MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT YANG LALU 4. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu 5. Pn Amerah bt Md Salleh mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En Mazlan b. Jamal. Tindakan : setiausaha

II

III

IV

PERKARA BERBANGKIT 6. En Harun b. Awaludin mencadangkan agar hadiah bukan sahaja diberikan kepada pelajar yang mendapat 5A tetapi turut diberikan kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan 7. Pn. Nordiana menyatakan bahawa hadiah akan diberikan pada hari Ahad waktu perhimpuan rasmi. Hadiah-hadiah adalah sumbangan daripada PIBG dengan pembahagian hadiah adalah sebanyak RM6, RM5, RM4 dan RM1. Tindakan : semua guru ANALISA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012 8. En. Harun menyatakan bahawa ada peningkatan dalam peperiksaan percubaan UPSR iaitu sebanyak 8.97% menjadikan peratus keseluruhan 77% bebanding peperiksaan pertengahan tahun 68.03%. Bahasa melayu 9. Ada peningkatan murid lulus untuk matapelajaran Bahasa Melayu pemahaman iaitu sebanyak 2% dan peningkatan sebanyak 5% untuk penulisan. 10. Secara keseluruhannya soalan - soalan yang terdapat didalam setiap kertas adalah mencakupi setiap aras. Soalan tidak terlalu susah dan tidak terlalu senang. Bahasa Inggeris 11. Peratusan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris turut meningkat sebanyak 3% secara keseluruhan.Ada peningkatan pelajar lulus bagi kelas Cerdik dan Bijak. 12. Soalan aras tinggi lebih banyak bagi soalan kertas satu dan bagi kertas dua masih terdapat murid yang kurang menguasai kaedah untuk menjawab soalan dibahagian B. 13. Murid-murid di kelas 6 Cerdik sudah mampu untuk menulis ayat-ayat mudah.

VI

VII

VIII

IX

Matematik 14. Subjek Matematik menunjukkan peningkatan 7% dan masih banyak yang perlu di perbaiki terutamanya bagi murid yang berada dalam kategori D dan E. 15. Kelas tambahan matematik tahun 6 Cerdik kekal mengikut set (A, B dan C) pada setiap hari Rabu. Sains 16. Peratusan subjek sain tidak berubah dan kekal seperti peperiksaan pertengahan tahun 2012. Masih terdapat beberapa pelajar yang cuba menjawab dalam Bahasa Inggeris. Makluman : Semua guru POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012 17. Bagi mencapai sasaran minima, sekolah perlu mendapat 108 orang murid lulus keseluruhan atau sebanyak 11%. 18. Hanya matapelajaran BM pemahaman yang mencapai target manakala subjek-subjek lain masih jauh dan perlu menggiatkan lagi usaha. 19. Masalah utama terletak di kelas 6 Cerdik kerana sekolah memerlukan sekurangkurangnya 14 orang murid lulus kesemua subjek bagi membantu melonjakkan peratus sekolah. 20. Pn Umai Khalsum memaklumkan bahawa kehadiran murid 6 Cerdik semakin merosot dan ia merupakan faktor utama yang akan menggagalkan usaha untuk mencapai target sekolah. 21. Pn Guru Besar menegaskan bahawa semua guru bertanggungjawab untuk memantau kehadiran dan sikap murid terutamanya tahun 6. Beliau menyarankan agar kes-kes kehadiran diserahkan kepada En zakariah b. Mohamed Zin. Makluman : Semua guru AKTIVITI PECUTAN AKHIR 22.Teknik menjawab matematik yang terakhir masih tertangguh kerana masih belum mendapat pengesahan kehadiran daripada penceramah. 23.Guru Besar menegaskan supaya ianya dilaksanakan dengan segera. 24. Setiap panitia sedang giat menjawab soalan percubaan negeri -negeri lain. Soalan-soalan akan di agihkan kepada guru-guru subjek bagi setiap kelas. Makluman : Semua guru HAL -HAL LAIN 25. En Syed Anuar memohon agar murid-murid yang dihantar ke kelas matematik supaya dapat masuk semula ke kelas masing-masing mengikut jadual biasa. Makluman : Semua guru PASCA UPSR 26. Puan Guru Besar mencadangkan agar aktiviti - aktiviti pasca UPSR dibincangkan mengikut panitia masing-masing dan diserahkan kepada pihak pentadbir untuk dibukukan. Makluman : Semua guru UCAPAN PENANGGUHAN 27. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif di dalam setiap aktiviti yang dirancangkan. 28. Beliau berharap agar guru-guru dapat meneruskan usaha bagi menjayakan UPSR 2012 supaya mendapat keputusan yang lebih cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________ (UMAI KHALSUM BT OTHMAN) Pen. Setiausaha JK Peningkatan UPSR 2012 SK Sidam Kiri

_______________ (PN HJH HASNAH BT OMAR) Pengerusi JK Peningkatan UPSR 2012 SK Sidam Kiri

You might also like