Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK DATO' ABDUL RAHMAN YAAKUB 32600 BOTA KANAN, PERAK KERTAS KERJA PROJEK KOMUNITI TAJUK PROJEK

: CELIK ICT BERSAMA OKU Pengenalan


Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seorang individu dan/ atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

Objektif
>Mengeratkan silaturrahim antara pelajar SMK DARY dengan pelajar Pusat Pemulihan Komuniti dan masyarakat setempat >Menggunakan ICT untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat setempat >Meningkatkan dan mengukuhkan tahap pengetahuan masyarakat setempat >Memperkenalkan ICT kepada masyarakat setempat khususnya kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Jawatankuasa Perlaksana
Penaung : Pn. Hajjah Azizah Bt Musa Pengerusi : Pn. Mashitah Bt Ismail Penyelaras Projek : Pn.Rohaiza Bt Zainal Abidin Pen. Peny. Projek : Pn. Norzidah Bt Bakri Pengerusi : Ayesha Nabiha bt Norhasandi Setiausaha : Athirah bt Zainal Abidin Bendahari : Nur Amalina bt Omar Pengasas Web : Intan Nor Atikah Zanuddin

Sasaran Komuniti
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang terletak berhadapan SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Kedai.Com En. Abdul Latif (Kg. Kubang Chandong, Bota), PIBG dan masyarakat setempat.

Anggaran Pendapatan & Perbelanjaan


Pendapatan : RM 200 Sumber : Sumbangan kedai komputer dari kawasan berdekatan

Perbelanjaan

TUJUAN Keceriaan Makan/minum Peralatan/gambar Jumlah Huraian Ringkas Mengenai Projek Celik ICT

KOS RM100 RM70 RM30 RM200

Projek Komuniti yang bertajuk Celik ICT bersama OKU merupakan pengenalan mengenai perkakasan komputer dan aktiviti gotong-royong bersama Pusat Pemulihan Komuniti serta masyarakat setempat. Ketika perlaksaaan projek, pihak jawatankuasa akan memberi penerangan ringkas mengenai ICT dan memberi peluang kepada pelajar di Pusat Pemulihan Komuniti ini menggunakan komputer. Kami akan membina sebuah sudut ICT di Pusat Pemulihan Komuniti tersebut sebagai sumber rujukan di samping menceriakan lagi tempat tersebut. Ahli jawatankuasa dan pihak yang terlibat akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugas yang telah ditetapkan iaitu menyediakan sudut ICT, mural dan kebersihan. Ahli jawatankan kuasa yang terlibat dengan sudut ICT akan bersama pelajar di Pusat tersebut membina sudut ICT dengan mempamerkan perkakasan komputer yang telah rosak (dilabelkan) dan membina beberapa barangan seperti kotak tisu dengan menggunakan disket atau CD yang telah rosak untuk diletakkan disudut berkenaan. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat para pelajar. Buku-buku komputer dan majalah seperti majalah PC sumbangan dari kedai komputer juga akan diletakkan di sudut berkenaan.

Projek mural akan dilaksanakan pada masa yang sama dengan memberi peluang kepada pelajar di Pusat Pemulihan Komuniti untuk menunjukkan bakat melukis. Projek komuniti yang dirancang ini dijangka akan dilaksanakan pada penghujung Januari 2007 setelah guru penasihat bermesyuarat dengan pihak pentadbir. Setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada Puan Pengetua pihak jawatankuasa akan menghubungi Pusat Pemulihan Komuniti untuk mendapat maklum balas dan seterusnya melaksanakan projek tersebut dengan jayanya.

You might also like