Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Modul Ulangkaji 4 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 2; SISTEM GEOMORFOLOGI


1 a) Huraikan kepelbagaian jenis lipatan dan gelinciran [12 markah]
b) Nyatakan bentuk muka bumi igneus rejahan dan bentuk bumi igneus [13 markah]
terobosan
2 a) Jelaskan perbezaan ciri-ciri lava asid dengan lava bes [6 markah]
b) Terangkan faktor-faktor yang menghasilkan gunung berapi yang beraneka [12 markah]
bentuk dan saiz
c) Jelaskan pengaruh bentuk-bentuk muka bumi akibat gunung berapi [7 markah]
terhadap aktiviti manusia

3 a) Berikan definisi luluhawa kimia [5 markah]


b) Jelaskan Peranan air dalam proses-proses luluhawa kimia dan fizikal [10 markah]
c) Huraikan faktor yang mempengaruhi luluhawa kimia di kawasan tropika [10 markah]
lembap

4 a) Nyatakan jenis dan proses gerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika [5 markah]
lembap
b) Nyatakan faktor-faktor yang yang menjana kejadian gerakan jisim di [10 markah]
kawasan tropika lembap serta jelaskan kaedah-kaedah yang biasa
digunakan untuk mengelakkan berlakunya fenomena tersebut.

5 a) Bezakan proses hakisan galir dan hakisan galur [4 markah]


b) Huraikan jenis-jenis dan cara hakisan di dalam alur sungai [12 markah]
c) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan sungai [13 markah]

6 a) Tunjukkan bagaimana sungai mengangkut muatannya [8 markah]


b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan dalam [10 markah]
alur sungai
c) Huraikan proses pembentukan bentuk bumi pemendapan di dataran banjir [7 markah]

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan zon litoral? [5 markah]


b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap [10 markah]
profil pantai

8 a) Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal [6 markah]
b) Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap [7 markah]
c) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan tanah runtuh sering berlaku di [12 markah]
kawasan tropika lembap dan huraikan tiga langkah mengatasinya

21
SKEMA JAWAPAN:MODUL 4: SISTEM GEOMORFOLOGI

1 a) Terdapat pelbagai jenis lipatan dan gelinciran iaitu:


a) Jenis-jenis lipatan
• Lipatan simetri: bentuk lipatan yang kedua-dua cerunnya sama atau hampir
sama
• Lipatan tak simetri: Satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam berbanding
cerun satu lagi
• Lipatan lampau: Apabila keadaan lipatan tertetan atau herot ke depan
• Lipatan antiklin rebah: Apabila keadaan lipatan tertekan dgn kuat dan jatuh
ke depan
• Nappe: Apabila antiklin yang rebah tadi terus mengalami tekanan sehingga
wujudkan rekahan seterusnya pematahan lintap mungkum

b) Jenis-jenis gelinciran
• Gelinciran biasa:
• Gelinciran songsang
• Gelinciran rabak
b) Bentuk muka bumi igneus rejahan dan bentuk bumi igneus terobosan
a. Bentuk muka bumi igneus rejahan ialah
• Daik
• Sil
• Lopolit
• Pakolit
• Lakolit
• Batolit
b) Bentuk muka bumi igneus terobosan
• Kon lava asid
• Kon lava bes
• Kon abu
• Kon komposit
• Penara basalt
• Krater
• Kaldera

2 a) Jelaskan perbezaan ciri-ciri lava asid dengan lava bes


Ciri lava Lava asid Lava bes
Tahap kecairan Sangat likat/pekat/melekit Cair dan mengalir dengan laju
dan mengalir dengan
perlahan
Tahap pembekuan Cepat membeku di Lambat membeku dan dapat
permukaan bumi. Jarak mengalir lebih jauh di
alirannya adalah dekat permukaan bumi
Kandungan mineral Kaya dengan silika Kaya dengan besi dan
magnesium
Takat peleburan Mempunyai takat lebur yang Mempunyai takat lenur yang
tinggi rendah dan sangat panas
Suhu 800-1000 C 1100- 1200 C

Kadar letupan Letupannya kuat kerana Letupannya kecil kerana gas


banyak mengandungi gas – gas yang berada di bawah
yang berada di bawah tekanan tinggi dalam lava ini
pengaruh tekanan tinggi adalah sedikit
b) Faktor-faktor yang menghasilkan gunung berapi yang beraneka bentuk dan saiz

22
i.Jenis bahan yang diletuskan: Pelbagai jenis bahan yang diletuskanj akan
mempengaruhi rupa gunung berapi. Lava bes akan membentuk gunung berapi perisai
yang bercerun landai dengan ukurlilitnya sangat besar. Ini kerana lava bes adalah cair
dan mengalir jauh sebelum membeku. Contohnya gunung berapi Mauna Loa dan mauna
kea di Hawaii. Sebaliknya lava asid akan menghasilkan gunung berapi berkubah dengan
cerun curam. Ini kerana lavanya tidak mampu mengalit jauh dan cepat membeku
ii. Sifat Lohong gunung berapi: Sifat lohong akan menentukan cara dan arah aliran
lava. Lohong yang mendatar akan menghasilkan dataran lava apabila lava
membeku.Bagi lohong tengah/tunggal akan menghasilkan kon. Jika lohong yang banyak
dan berdekatan antara satu sama lain maka kon gunung berapi yang terbentuk akan
bercantum menghasilkan kon komposit/serbaragam spt Gunung Etna di kepulauan Sicily.
iii. Sifat dan jenis letusan: Letupan yang senyap san berterusan akan wujudkan kon
gunung berapi yang sekata. Bagi letusan kuat, lohong akan musnah dan mewujudkan
kawah yang besar atau kaldera di puncak gunung berkenaan. Jika membeku dalam
lohong utama dan menyumbatkannya, maka terpaksa mencari jalan keluar yang lain.
Tekanan dari dalam gunung akan mewujudkan lohong-lohong cawangan yang baru
membolehkan lava keluar melaluinya lalu membentuk kon baru. Kon ini dipanggil kon
parasit di sekeliling gunung berkenaan.
iv. Kuantiti lava dan bahan piroklas yang keluar: Saiz gunung berapi beragntung
kepada kuantiti lava yang dikeluarkan. Lebih banyak bahan dikeluarkan bererti lebih
besar gunung berapi akan terbentuk. Namun begitu kekuatan letusan juga boleh
mempengaruhi saiz gunung berapi. Apabila letusan kuat berlaku mungkin akan
mengecilkan atau memusnahkan sunung berapi yang sedia ada.
v. Proses gondolan yang dialami: Sifat dan saiz gunun berapi yang terbentuk adalah
tidak kekal, ia akan diubah oleh proses-proses geomorfologi di permukaan bumi.
Misalnya hakisan yang berterusan di cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-
cerun berkenaan dan mendedahkan magma yang telah membeku di dalam lohongnya.
Magma yang keras ini muncul di puncak gunung berapi sebagai palam gunung berapi

3 a) Berikan definisi luluhawa kimia/dalaman


Luluhawa dalaman bermaksud proses pereputan dan penguraian batuan yang melibatkan
perubahan sifat asalnya akibat tindakbalas antara mineral dengan agen-agen
persekitaran/atmosfera seperti air,asid, suhu dan unsur-unsur biotik.

b) Jelaskan Peranan air dalam luluhawa kimia dan luluhawa fizikal


Proses-proses luluhawa kimia
1. Hidrolisis- tindakbalas antara ion mineral dalam batuan dengan ion Hˉ atau OHˉ dalam air:
Contohnya batuan granit yang mengandungi felsfar diurai dan menghasilkan tanah liat
(Kaolinit)Proses yang berterusan terhadap batuan granit ini menyebabkan bertambah
tebal longgokan kaolin di kawasan tanah pamah atau kaki cerun pergunungan di
Malaysia.
2. Penghidratan- tindakbalas di antara air dengan mineral batuan yang sangat cita air. Air
yang diserap akan menjadi sebahagian kimia baru, ini menyebabkan batuan
mengembang dan seterusnya melemahkan struktur batuan tersebut. Kalsium sulfat
bertukar menjadi gipsum
3. Pengkarbonan- tindakbalas antara asid karbonat lemah(air hujan) dengan batu kapur
(kalsium karbonat) menhasilkan kalsium bikarbonat yang mudah larut dalam air dan
mudah tersejat. Tindakan pengkarbonan dan larutan telah membentuk pandang darat di
kawasan batu kapur/karst seperti gua batu kapur, stalagmit, stalagtit, uvala, dolin, klint,
graik dan lain-lain
4. Larutan- mineral yang ada dalam batuan akan larut dalam air dan meninggalkan lubang-
lubang yang dipanggil honey comb
Peranan air dalam luluhawa fizikal
1. tindakan fros melalui proses beku cair. Kuantiti air yang diperlukan sedikit sahaja tetapi ini
mencukupi memasuki celah-celah rekahan batu pada siang hari. pada waktu malam,
pembekuan menghasilkan ais yang mewujudkan tekanan terhadap rekahan
2. Luluhawa garam/ Penghabluran garam – larutan garam bergerak melalui tindakan rerambut

23
masuk ke celah-celah rekahan. sejatan akan meninggalkan hablur-hablur garam yang
bertindak seperti ais. Air yang diperlukan tidak banyak tetapi mencukupi.
3. Pembasahan dan pengeringan. Pada musim hujan batuan akan menyerap air dan
mengembang dan pada musim panas air akan tersejat menyebabkan batuan mengecut.
Proses pembasahan dan pengeringan yang berulang-ulang akan menyebabkan proses
luluhawa batuan

c) Faktor yang mempengaruhi luluhawa kimia di kawasan tropika lembap

1. Faktor iklim
a. Luluhawa dalaman amat bergantung kepada wujudnya air sebagai agen pereput
batuan.Hampir seluruh proses luluhawa dalaman seperti proses larutan, pengkarbonan
dan hidrolisis bergantung kepada air samada dalam bentuk larutan, asid lemah atau ionik
untuk mengurai ikatan mineral batuan. Kawasan tropika lembab mendapat air banyak
khususnya drp hujan, air sungai, air tanah dan wap air untuk pembasahan batuan secara
berterusan dan membolehkan luluhawa dalaman berlaku dengan aktif
b. Faktor suhu memainkan peranan penting dalam proses luluhawa dalaman .Kawasan
Tropika lembab mempunyai purata suhu tahunan yang tinggi sepanjang tahun(27-32 C)
dan bezantara suhu harian yang kecil.Ini membolehkan operasi kimia berlaku dengan
berkesan. Ini kerana syarat untuk tindakbalas kimia ialah suhu 10 C. Setiap peningkatan
suhu 10 C maka kadar tindakbalas kimia batuan akan berganda 2 atau 3 kali.

2. Faktor Biotik
a. Tumbuhan tropika seperti Hutan Hujan Khatulistiwa dan Hutan Monsun Tropika
mempunyai silara yang berlapis-lapis dan kanopi yang tebal. Sifat ini mempengaruhi
keaktifan luluhawa dalaman kerana bekalan organik yang banyak apabila tumbuhan mati
dan mereput, ia membekalkan asid humik dan asid fulvik apabila humus bercampur
dengan air hujan dan air tanah.Asid ini merupakan agen pereput dan peluluh mineral yang
berkesan apabila terkena batuan.
b. Bekalan organik yang banyak menyediakan larutan tanah, koloid dan mineral spt silika
dan ferum apabila ia mereput dan terlarut. Ini mempercepatkan tindakbalas kimia apabila
larutan tanah,koloid dan mineral tadi bertemu dengan mineral batuan. Contohnya
kawasan tropika mengalami proses penglateritan dan penyingkiran silika yang paling
hebat berbanding zon iklim lain. Oleh itu penghasilan tanah laterit di kawasan tropika
adalah tebal sehingga 90 meter
c. Sifat tumbuhan yang berlapis dan tebal juga menghalang hakisan larian air permukaan,
sebaliknya menggalakkan infiltrasi(penyusupan). Oleh sebab itu larutan-larutan tanah,
asid-asid dan koloid dapat meresap jauh ke dalam tanah.Semakin jauh larutan ini
meresap masuk, semakin dalam zon batuan yang terluluhawa.
d. Komponen organisma seni seperti bakteria, serangga dan cacing menggalakkan proses
luluhawa dalaman dengan mempercepatkan pembentukan humus dengan cara
mencampurkan sarap organik untuk menghasilkan asid humik dan asid fulvik. Manakala
cacing dan serangga spt semut bertindak menggali lubang , liang dan rongga dalam
tanah. kesannya mempercapatkan penyusupan air, larutan asid dan menggalakkan
operasi luluhawa dalaman.

3. Faktor Geologi batuan


a. Jenis batuan lembut seperti batu kapur,dolomit dan gypsum merupakan batuan cepat
mengalami luluhawa kerana mineral batuan tersebut tidak stabil dan paling tinggi darjah
mobilitinya apabila bertindakbalas dengan air, asid, oksigen dan ion.
b. rekahan yang dimiliki oleh batuan juga menjadi faktor kepada keaktifan luluhawa dalaman.
Rekahan dianggap sebagai garis kelemahan yang membenarkan air, asid dan larutan
tanah menembusinya dan bertindakbalas mereput dan mengurai mineral dalam batuan
tersebut. Contohnya batuan kapur banyak menghasilkan bentuk seperti gua, grike, klint,
stalagmit dan stalagtit apabila berlaku penguraian ke atasnya.

4. Faktor relief. aspek dan masa


a. relief merujuk kepada keadaan cerun di sesuatu kawasan. Luluhawa kimia cenderung
bertindakbalas di kawasan cerun landai dan bertanah pamah kerana kawasan ini
menggalakkan penyusupan air berbanding cerun curam
b. Faktor aspek iaitu cerun yang menghadap matahari lebih mengalami luluhawa dalaman

24
berbanding cerun membelakangi matahari kerana matahari membekalkan tenaga untuk
proses kimia berlangsung.
c. pengaruh masa juga menentukan keberkesanan luluhawa. Biasanya luluhawa dalaman
mengambil masa yang lama untuk keberkesanannya.

4 a) Nyatakan jenis dan proses gerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap
Jenis-jenis pergerakan jisim termasuklah:
a. Aliran lambat yang meliputi kesotan tanih, kesotan talus , kesotan batuan dan gelangsaran
tanah. Aliran lambat melibatkan pergerakan regolit dan tanah-tanih secara perlahan-lahan
menuruni cerun. Lazimnya proses pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi
kejadiannya dapat dikenalpasti dengan melihat kesan-kesan yang wujud di atas permukaan
cerun seperti tiang elektrik, tiang telefon, tiang pagar dan pokok condong daripada kedudukan
asalnya yang tegak.
b. Aliran cepat yang meliputi aliran tanih dan aliran lumpur/banjir lumpur. Proses aliran cepat
melibatkan pergerakan regolit, tanih dan lumpur pada kadar yang lebih cepat dan berarus
deras pada cerun yang lebih curam. Biasanya 60% daripada bahan yang dibawa terdiri
daripada air.
c. Gelonsoran /geluncuran tanah melibatkan pergerakan tanah-tanih, regolit dan bongkah batuan
secara besar-besaran di cerun-cerun yang curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih
cepat dan tiba-tiba kerana lapisan batuan yang berat terletak di atas lapisan batuan lembut
seperti syal dan tanah liat. Bebanan batuan berat diatasnya menyebabkan lapisan lembut
dibawahnya runtuh dan batuan keras turut sama bergerak menuruni cerun tersebut
d. Runtuhan ialah pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam dan ada
kalanya tegak (90 darjah) seperti di tebing-tebing tinggi, bahu-bahu bukit yang ditarah dabn
dipotong untuk dibina jalan raya atau di lereng bukit yang diteres untuk didirikan kondominium
dan sebagainya.Fenomena runtuhan yang paling popular ialah tanah runtuh, runtuhan batu
dan runtuhan tebing yang berlaku akibat perubahan gradien/kecerunan sesebuah cerun bukit.

b) Faktor-faktor mempengaruhi proses pergerakan jisim


1. Kecerunan cerun/kawasan – sama ada curam atau landai akan menentukan jenis pergerakan
dan kekuatan daya graviti
2. Hujan – akan menentukan kelicinan permukaan cerun serta penambahan berat beban atau
ketepuan beban
3. Bekalan regolit yang ada di atas cerun- disediakan oleh luluhawa akan menentukan
penambahan berat beban
4. Litupan tumbuhan – tebal/nipis litupan tumbuhan akan menentukan kestabilan cerun
5. Tindakan manusia – memotong, meneres , menggondolkan permukaan cerun serta
pembinaan-pembinaan yang meningkatkan beban ke atas cerun akan menentukan kadar
pergerakan cerun.

Cara mengelak
1. menanam tumbuhan
2. Teres
3. Tembok halangan
4. penyimenan
5. perparitan di cerun-cerun

5 a) Bezakan proses hakisan galir dan hakisan galur


1. Hakisan galir :Hakisan yang berlaku dalam alur-alur sungai kekal
2. Hakisan galur: Hakisan yang berlaku dalam alur-alur kecil yang bersifat
sementara di permukaan cerun. Alur-alur kecil itu dikenali sebagai gegalur
b) Huraikan Jenis-jenis dan cara hakisan di dalam alur sungai
Jenis-jenis hakisan di alur sungai
1. Hakisan mendalamkan alur (Hakisan menegak)– melibatkan kerja-kerja mengorek dasar
alur sungai oleh air sungai yang bergerak secara pusaran. Biasanya berlaku di kawasan hulu
sungai yang mempunyai air yang laju
2. Hakisan melebarkan alur(Hakisan mendatar) –melibatkan kerja penghakisan yang berlaku
pada kedua-dua tebing alur sungai. Hakisan ini amat berkesan semasa banjir kerana air

25
sungai mempunyai isipadu yang banyak dan kelajuan yang tinggi untuk meruntuhkan tebing.
Biasanya berlaku di kawasan likuan sungai iaitu di bahagian cerun cekung sungai.
3. Hakisan mengundur – Melibatkan kerja-kerja hakisan sungai secara ke belakang . Biasanya
terjadi jika terdapat takat terjun. Aliran air terjun yang deras akan menghakis di pangkal terjun
menyebabkan daya tampungan di pangkal cerun menjadi rendah dan hakisan mengundur ke
belakang
Cara-cara hakisan di alur sungai
1. cara-cara hakisan alur sungai merujuk kepada makenisma berlakunya hakisan itu seperti
tindakan hidraul, lelasan, lagaan dan larutan
2. Tindakan hidraul – tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai itu
sendiri tanpa melibatkan bahan-bahan yang dibawanya. Tindakan hidraul wujud akibat
hempasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur batuan yang lemah atau struktur
rekahan yang menyebabkan dinding rekahan menjadi tegang akibat mampatan udara. Apabila
air keluar dari rekahan , dinding rekahan akan menjadi kendur. Proses yang berulang
menyebabkan rekahan menjadi besar dan dalam. Kekuatan tindakan hidraul juga bergantung
kepada isipadu air dan kelajuan air.
3. Geselan/lelasan- proses pergeselan yang berlaku ke atas tebing atau dasar alur sungai oleh
bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai seperti pasir,kerikil dan batu tongkol. Daya geseran
yang wujud akibat aliran air sungai menyebabkan pengkahisan tebing atau dasar alur.
Keadaan ini bergantung kepada kekerasan bahan yang dibawa dan kekerasan batuan dasar.
4. Lagaan- merupakan perlanggaran antara bahan-bahan yang dibawa oleh sir sungai dengan
tebing dan dasar alur atau perlanggaran sesama bahan itu sendiri. perlanggaran ini
menyebabkan bahan yang dibawa semakin kecil dan dasar alur mengalami retakan. Proses ini
bergantung kepada kekerasan bahan yang dibawa dan kekuatan arus aliran sungai yang
mampu menyeret dan melantunkan bahan yang dibawa.
5. Larutan- merujuk kepada tindakbalas secara kimia antara air sungai dengan mineral di tebing
dan dasar alur. Jika mineral di dasar dan tebing alur terdiri daripada bataun lembut spt dolomit
dan batu kapur maka ia mudah mengalami larutan menyebabkan struktur batuan di tebing dan
dasar alur menjadi longgar dan tidak stabil seterusnya mudah runtuh. Keberkesanan proses ini
bergantung kepada keasidan air sungai.

c) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan di alur sungai


1. Faktor kecerunan dasar alur sungai- cerun yang curam mempengaruhi halaju arus.
kecuraman cerun membolehkan air sungai mengalir deras dan sudah tentu menyebabkan
kadar hakisan tinggi. Hakisan lelasan dan lagaan terutamanya akan giat berlaku. Oleh itu
kadar hakisannya lebih tinggi di bahagian hulu sungai berbanding di bahagian tengah dan
hilirnya kerana kecuraman dasar alur sungai di kawasan berkenaan.
2. Isipadu air sungai atau kuantiti air sungai banyak mempengaruhi keberkesanan proses
larutan dan hidraulik kerana semakin banyak air sungai semakin tinggi tenaga potensinya.
Tenaga air yang banyak semasa bergerak mampu berpusar,menghempas, mengorek dan
memperdalamkan rekahan di dasar dan tebing alur sungai
3. Kuantiti bahan yang dibawa oleh air sungai juga mempengaruhi kadar hakisan di alur kerana
semakin banyak bahan yang dibawa,kebarangkalian untuk pelanggaran berlaku lebih tinggi.
Bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai samada diseret, melantun, terampai dan
sebagainya akan berlanggar sesama sendiri dan bergesel dengan dasar alur atau tebing yang
akan menghakis dasar alur sungai. Sekiranya bahan yang dibawa keras kadar hakisan alur
lebih tinggi berbanding bahan yang bersifat lembut.
4. Geologi batuan dasar juga mempengaruhi kadar hakisan. Sekiranya tebing dan dasar sungai
dibentuk oleh batuan lembut spt dolomit, batu kapur dan gypsum sudah tentu hakisan lebih
hebat berbanding geologi batuan yang keras seperti granit dan gabro yang lebih tahan untuk
dihakis dan diuraikan oleh air sungai
5. Sifat tumbuhan yang berada ditebing sesuatu alur sungai mempengaruhi kadar hakisan
kerana akar tumbuhan akan menstabilkan dan mengikat batuan dan tanih di tebing sungai drp
diruntuhkan oleh hakisan sungai. Oleh itu tebing sungai di kawasan hutan tebal/hutan primer
lebih kukuh dan stabil daripada tebing sungai di kawasan hutan yang sudah diterokai seperti di
hutan sekunder dan kawasan lapang.

6 a) Tunjukkan bagaimana sungai mengangkut muatannya


Pengangkutan ialah proses pemindahan bahan atau muatan sungai dari hulu ke hilirnya.

26
a. Ampaian- pengangkutan bahan-bahan halus seperti lumpur, kelodak dan bahan organik
akan dibawa di atas permukaan air kerana ia ringan. Bahan-bahan ini akan bergerak
dengan cara terampai-ampai di bawah aras permukaan air sungai.Bahan ini akan
amengeruhkan air sungai.
b. Apungan- pengangkutan bahan seperti batang kayu, sampah sarap, kotak-kotak
minuman yang tidak tenggelam dan sebaliknya terapung di permukaan sungai. Bahan-
bahan ini boleh diperhatikan dengan jelas dari tebing sungai. Bahan ini boleh terangkut
jika terdapat halangan-halangan di permukaan atau tebing sungai
c. Seretan- Bahan berat seperti batu tongkol akan diseret di sepanjang dasar sungai
d. Golekan- pengangkutan beban yang berat seperti tunggul kayu, bongkah kayu yang
memerlukan kelajuan air yang tinggi
e. Lompatan/loncatan - Bahan sederhana berat akan ditolak berperingkat-peringkat
mengikut daya /kekuatan sungai. Musim kemarau dan banjir akan mempengaruhi cara
pengangkutan ini.
f. Larutan- bahan-bahan mudah larut seperti garam galian dan mineral serta tanih halus
akan mengeruhkan air sungai dan dibawa aliran air.

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan dalam alur sungai


1. Bentuk,saiz dan jenis bahan yang dibawa adalah berbeza. Perbezaan ini akan
mempengaruhi perbezaan cara pengangkutan beban sungai tersebut sama ada
secara golekan, lompatan, ampaian dan larutan
2. Kuantiti bahan atau muatan yang dibawa akan menentukan kadar
pengangkutan dan juga pemendapan sungai. Semakin banyak bahan yang
dibawa maka semakin tinggi kadar pengangkutan dan pemendapannya
3. Halaju arus sungai dan isipadu air sungai juga mempengaruhi kadar
pengangkutan. Pengangkutan banyak berlaku pada musim banjir kerana isipadu
air sungai adalah banyak dan halaju arusnya tinggi
4. Geometri alur sungai iaitu alur sungai yang lebar banyak melakukan
pengangkutan manakala alur sungai yang berliku banyak menjalankan
pemendapan
c) Huraikan proses pembentukan bentuk bumi pemendapan di dataran banjir
Proses pemendapan berlaku di hilir sungai apabila sungai kehilangan tenaganya akibat
pertambahan luas permukaan alur di bahagian muara dan pertembungan arus sungai
dengan arus lautan. Bentuk-bentuk muka bumi yang terhasil daripada pemendapan ialah
1. Dataran banjir dan tetambak: Air banjir yang melimpahi tebing sungai akan
memendapkan lumpur, kelodak, pasir, kelikir dan lempung apabila banjir surut.
Kejadian banjir yang berulang-ulang menyebabkan bahan yang dimendapkan
bertambah dan membentuk satu dataran yang luas dan lebar. Bahan-bahan yang
dimendapkan di belakang tebing sungai akan membentuk timbunan yang
dipanggil tetambak
2. Likuan sungan, liku terpenggal danTasik ladam; Hakisan yang giat di tebing
luar liku sungai manakala pemendapan pula berlaku di tebing dalam liku sungai.
Hakisan yang giat di bahagian luar liku sungai menyebabkan lengkok tebing
menjadi semakin rapat dan akhirnya bertemu dan air terus mengalir.
Pemendapan yang berterusan membentuk liku sungai terpisah daripada alur
baru sungai. Liku sungai asal yang terpisah drp sungai baru akan membentuk
liku terpenggal. Akhirnya liku terpenggal menjadi sebuah tasik ladam
3. Delta: Delta akan terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara
meluas di muara sungai apabila halaju arus amat perlahan kerana pertembungan
arus sungai dengan arus laut. Keadaan ini menyebabkan sungai kehilangan
tenaga untuk mengangkut lalu memendapkan bahan dengan giatnya. Bahan-
bahan seperti kelodak, lumpur, lempung, bahan ampaian akan dimendapkan
sehingga memenuhi sungai utama dan cawangan-cawangannya membentuk
sebuah delta
7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan zon litoral?
Zon litoral merangkumi kawasan pantai daratan yang paling tinggi dapat dipengaruhi oleh

27
air laut dan ke lautan dimana sedimen dasar laut tidak dapat digerakkan lagi oleh ombak.
Atau
Merangkumi kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak
b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap profil pantai
1. Peranan ombak: Ombak pemusnah mengangkut pasir, kelikir ke luar pantai dan
ombak pembina menimbunkan pasir dan kelikir di pantai
2. Bekalan bahan sedimen: Sedimen berlebihan menyebabkan pemendapan pantai
akan menjadi landai sementara sedimen kurang menyebabkan hakisan . Oleh itu
profil pantai akan menjadi curam
3. Saiz bahan sedimen: Saiz bahan kecil atau halus menghasilkan profil landai
sementara saiz bahan kasar akan menghasilkan profil pantai curam
4. kewujudan arus seret menyebabkan pantai curam
5. Perubahan aras laut dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan profil pantai
curam jika aras meningkat. Jika aras laut turun profil pantai menjadi landai
6. Bezantara pasang surut: Perbezaan yang besar semasa pasang dan aras surut
akan menyebabkan pantai lebih landai dan sebaliknya
7. Tebusguna dan penambakan dipantai
8. Pengorekan/perlombongan pasir menyebabkan pantai terhakis dan profil akan
menjadi curam
9. Penebangan pokok bakau menyebabkan pantai terhakis dan menjadi lebih
curam
10. Pembinaan pemecah ombak/benteng pemecah ombak di luar pantai akan
menjadikan pantai lebih landai apabila ombak diperlahankan

8 a) Perbezaan Luluhawa kimia Luluhawa fizikal


Agen Luluhawa kimia berlaku kerana Luluhawa fizikal berlaku
tindakbalas kimia, udara, air dan kerana tindakan suhu dan
mineral dalam batuan biotik
Proses Luluhawa kimia melibatkan proses Luluhawa fizikal melibatkan
pengoksidaan, hidrolisis, larutan, proses insolasi (kembang-
pengkarbonan dan penghidratan kecut), tindakan fros,
penghabluran, dan
tindakan biotik
Kandungan Luluhawa kimia boleh mengubah Luluhawa fizikal tidak
kandungan mineral batuan/ kimia mengubah kandungan
batuan mineral batuan
Kawasan Luluhawa kimia berlaku dengan Luluhawa fizikal aktif di
aktif di kawasan beriklim panas kawasan iklim panas/gurun
dan lembap seperti iklim tropika dan kurang di kawasan
dan kurang di kawasan iklim gurun iklim lembap
b)  Proses hidrolisis
 Pengkarbonan
 Pengoksidaan
 Larutan
 Penghidratan
c) Faktor-faktor tanah runtuh Langkah-langkah mengatasi
Regolit yang tebal Penyimenan/tembok
Iklim- hujan lebat Menanam tumbuhan, penyimenan
perparitan, sungkupan plastik
Aktiviti manusia- pembinaan petempatan, Teres, tembok, kejuruteraan (cerucuk)
pembalakan, jalan raya, lebuhraya
Gangguan tektonik-gempa bumi Kejuruteraan(cerucuk)
Litupan bumi kekurangan tumbuhan Menanam tumbuhan, sungkupan plastik,
kejuruteraan
Bentuk muka bumi - kecerunan Menanam tumbuhan, teres, tembok

28
29

You might also like