Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1

1.1 PENGENALAN

Pelancongan merupakan salah satu sektor yang ketiga terpenting di Malaysia selepas sektor perkilangan dan petroleum. Pelancongan mempunyai banyak maksud dan perspektif yang berbeza mengikut pendapat para sarjana. Menurut Jafari (1977) mendefinisikan pelancongan sebagai suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran. Menurut Leiper (1980) pula, pelancongan ditakrifkan sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.

WTO atau World Tourism Organization memberikan kenyataan bahawa pelancongan merujuk kepada aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya. Selain itu, Mc Intosh dan rakan-rakan (1995) mengatakan bahawa pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing. Pandangan dan perspektif ini secara tidak langsung menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu tempat lain dalam tempoh semalaman, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya.

Pelancongan ini boleh dibahagikan kepada empat bentuk pelancongan iaitu pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan pelancongan kebangsaan. Pelancongan antarabangsa terbahagi kepada dua aspek iaitu melancong dalam negara dan melancong luar negara. Melancong dalam negara adalah merujuk kepada lawatan atau pengembaraan ke destinasi tuan rumah yang dibuat oleh individu yang berasal dari destinasi lain. Sebagai contoh, Malaysia sebagai tuan rumah menerima kunjungan daripada pelancong Eropah. Melancong luar negara pula merujuk kepada lawatan dan pengembaraan seseorang individu ke destinasi lain selain dari tempat asal mereka. Sebagai contoh, pelancong Malaysia yang melancong ke Australia atau New Zealand adalah pelancong luar negara.

Pelancongan dalaman merujuk kepada lawatan dan pengembaraan seseorang individu melancong ke destinasi yang sama dalam kawasan asal mereka. Sebagai contoh, penduduk Kedah yang berasal dari Alor Setar membuat lawatan ke Pulau Langkawi, juga terletak dalam negeri Kedah. Pelancongan domestik adalah merujuk kepada pelancongan dalaman dan dalam negara. Sebagi contoh, sebagai rakyat negeri Perak pergi melancong ke negeri Melaka. Pelancong Melaka itu merupakan pelancong domestik. Pelancongan kebangsaan pula merujuk kepada pelancongan dalaman dan luar negara. Sebagai contoh, sebagai rakyat Perak berkunjung ke negeri Melaka.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat perkaitan erat antara pelancongan dengan budaya. Selain daripada alam semula jadi, produk budaya juga menjadi objek tarikan kehadiran seseorang pelancong ke sesuatu destinasi. Pelancong adalah seseorang pelawat yang datang dari luar tempat yang dilawatinya, manakala produk budaya pula adalah objek tarikan yang terdapat di tempat yang dilawatinya itu. Produk budaya tersebut adalah bentuk-bentuk budaya tempatan. Bentukbentuk budaya tempatan merujuk kepada budaya benda dan budaya bukan benda. Budaya benda merujuk kepada budaya hasil ciptaaan manusia yang mempunyai nilai dan kegunaan dalam komuniti itu. Budaya bukan benda merujuk kepada amalan, sistem kepercayaan, pemikiran, nilai-nilai yang tidak bersifat benda, malah lebih bersifat akal-budi dan rohani. Kebelakangan ini penelitian perkaitan antara pelancongan dengan budaya tempatan lebih memberi tumpuan terhadap impak pelancongan kepada pembangunan budaya tempatan. Secara tidak langsung, industri pelancongan ini sedikit sebanyak membantu pembangunan ekonomi negara.

Faktor-faktor pendorong yang menggalakkan perkembangan pelancongan adalah keinginan untuk mengetahui dan mencari asal-usul keturunan sejak zaman-berzaman selain daripada memahami, mendalami dan mendapatkan pengalaman baru mengenai cara hidup dan adat resam sesuatu masyarakat yang asing kepada mereka. Pelancong amat berkehendakkan pengalaman yang asli (authentic) yang dilakukan oleh sesuatu kumpulan etnik. Kini, pasaran industri pelancongan semakin berkembang di mana pelancong semakin berminat untuk mengetahui secara mendalam cara hidup masyarakat lain. Kesannnya, wujudlah konsep pelancongan yang dibangunkan secara besar-besaran di Malaysia di mana

pelancong berpeluang menikmati keindahan dan keharmonian pelancongan di tempat-tempat yang terdapat di sekitar malaysia. Antara permasalahan yang timbul dalam memajukan sektor pelancongan ialah sejauh manakah perkembangan industri pelancongan membantu negara? Apakah peranan yang telah dimainkan oleh pihak-pihak ini sesuai dengan matlamat untuk menjayakan industri ini? Apakah kesan daripada pelaksanaan peranan tersebut? Agensiagensi apakah yang terlibat dan adakah terdapatnya halangan dan rintangan yang dihadapi oleh agensi-agensi ini? Bagaimankah kepekaan masyarakat terhadap kemajuan industri pelancongan di Malaysia?

1.3 TUJUAN KAJIAN

Terdapat beberapa tujuan kajian ini dijalankan. Pertama, kajian ini dijalankan untuk meneliti sejauhmanakah kemajuan industri pelancongan di Malaysia. Sektor pelancongan merupakan sektor yang ketiga terpenting dalam kemajuan ekonomi negara. Perkembangan yang ditunjukkan dalam sektor pelancongan ini sedikit sebanyak membantu negara untuk terus membangun dan terkenal di mata dunia. Selari dengan kemajuan pelancongan di Malaysia, secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berkemajuan tinggi. Sektor pelancongan juga banyak membuka ruang kepada pelancong dalam dan luar negara untuk terus mengenali budaya dan masyarakat di negara.

Selain itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sumbangan-sumbangan sektor pelancongan terhadap pembangunan negara. Negara Malaysia antara negara yang mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi dan dilawati. Setiap negeri di dalam Malaysia dikatakan mempunyai destinasi pelancongan yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Kehadiran pelancong asing yang semakin meningkat naik ke Malaysia merupakan salah satu perkembangan yang positif, memandangkan kebanyakan pelancong asing gemar untuk datang melancong dengan jangka masa yang panjang. Mata wang di Malaysia yang rendah berbanding negara mereka membuatkan Malaysia menjadi sasaran utama untuk mereka lawati.

Tujuan kajian ini juga adalah untuk mengkaji peranan pelbagai pihak yang terlibat dalam usaha mengembangkan lagi industri pelancongan ke peringkat global. Banyak pihak yang terlibat dalam memajukan sektor pelancongan di Malaysia ini. Pihak yang terlibat boleh

dibahagikan kepada dua iaitu pihak kerajaan dan juga pihak swasta. Kedua-dua pihak ini merupakan antara pihak yang penting untuk membangunkan sektor pelancongan sebagai tarikan seluruh dunia. Oleh hal demikian, bagi mengekalkan industri pelancongan sebagai salah satu sektor yang terpenting kepada negara, banyak pihak perlu mengambil langkah yang drastik untuk membangunkannya.

1.4 SKOP KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada industri pelancongan yang terdapat di Malaysia. Skop kajian ini memperlihatkan sejauhmana perkembangan industri pelancongan membantu negara. Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Di samping turut melihat faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan yang mendatangkan keuntungan kepada negara. Penelitian ini turut menumpukan usahausaha yang membawa kepada perkembangan industri budaya di Malaysia.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kehadiran pelancong dari dalam dan luar negra membuka pintu rezeki penduduk desa yang menjalankan industri kecil-kecilan seperti industri kraf tangan.pelancong yang datang berkunjung menjadikan kraf tangan sebagai cenderamata sebelum pulang dan hal ini memajukan industri kecilan ini.kehadiran pelancong secara berterusan memberi jaminan kepada keutuhan perniagaan ini.

Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh bak cendawan selepas hujan mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah

tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandimanda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai syurga dunia dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.

Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah

negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

Sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapatdirealisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah

pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita pengalaman-pengalaman para pelancong yang sudah melawat Malaysia.

Para pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik. Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

1.6 HASIL KAJIAN

Sektor pelancongan di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sesuai dengan perkembangan masa dan zaman. Pelancongan di Malaysia mula berkembang pada tahun 1970-an. Pelancongan merupakan salah satu aspek terpenting terhadap ekonomi Negara dan secara tidak langsung adalah sektor ketiga terpenting yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara. Ekonomi Malaysia mengalami peningkatan semenjak kerajaan telah memperkenalkan Kementrian pelancongan, kesenian dan kebudayaan yang diwujudkan secara terus bagi memantau industri pelancongan di Malaysia.

Setelah menjalankan beberapa pemerhatian dan penelitian terhadap sektor pelancongan ini, didapati telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan terhadap masyarakat dalam Malaysia ini. Peluang pekerjaan ini wujud akibat dari sektor pelancongan yang menyumbang kepada ekonomi negara hasil dari pertumbuhan pesat sektor perkhidmatan iaitu hotel. Pembinaan hotel yang banyak dapat memberikan perkhidmatan kepada para pelancong. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, pelancong dapat menikmati dan melihat secara jauh mengenai tempat yang hendak pergi. Sebagai contoh, kecanggihan teknologi ini digunakan sebagai panduan awal kepada pelancong yang akan

melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan Tahun Melawat Malaysia yang diperkenalkan bagi memberikan salah satu promosi di peringkat antarabangsa.

Pada peringkat awal, pembangunan industri pelancongan adalah tertumpu di Eropah dan Amerika Utara. Dengan sejarah keterlibatan yang lama dalam sektor ini, menyebabkan kawasan ini menjadi pasaran pelancongan yang kukuh dan terkenal di peringkat global pada hari ini. Sumbangan sektor pelancongan kepada negara ini telah merangsang negara baru khususnya negara membangun untuk turut memajukan industri pelancongan. Ini menjadikan industri pelancongan semakin berkembang dalam tempoh dua dekad yang lalu dan muncul sebagai antara industri yang penting dan penyumbang utama kepada ekonomi negara membangun, terutama dari segi pendapatan eksport. Kajian ini cuba mengenalpasti faktor penentu kepada perkembangan industri pelancongan dan pertumbuhan ekonomi. Kajian ini juga cuba menentukan kewujudan dan arah hubungan jangka panjang antara industri pelancongan dengan pertumbuhan ekonomi.

Hasil kajian ini juga menunjukkan perkembangan industri pelancongan sangat membantu ekonomi negara melalui pelbagai cara. Kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelancong amat memuaskan hati pelancong yang datang ke negara ini. Timbalan Perdana Menteri, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa industri pelancongan akan mendapat peningkatan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion tahun lalu dalam menjana ekonomi Malaysia. Negara Malaysia kan mendapat 76 bilion melalui industri pelancongan ini.

1.7 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi penyelidikan adalah satu aspek yang penting kepada penulis. Melalui metodologi penyelidikan pengkaji dapat mengenal pasti bagaimana cara untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Kajian ini dilakukan dengan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat secara langsung atau tidak langsung. Kaedah-kaedah yang digunakan ini akan memudahkan lagi pengumpulan data, maklumat serta bukti-bukti yang diperlukan dalam kajian ini didapati dengan tepat. Oleh hal demikian, terdapat beberapa kaedah yang dilakukan bagi mendapatkan informasi secukupnya mengenai industri budaya di Malaysia khususnya pelancongan Malaysia.

i) Kajian Kepustakaan

Kaedah ini amat penting bagi membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat serta datadata yang diperlukan dalam kajian yang dijalankan. Kaedah ini membantu pengkaji untuk menambahkan maklumat serta mendapatkan keterangan berkaitan kajian. Selain itu, kaedah ini juga memberikan maklumat-maklumat daripada kajian lepas yang telah dilakukan oleh para pengkajian yang lalu.Pengkaji telah mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Pusat Sumber Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian kepustakaan dilakukan sebanyak mungkin bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian.

ii) Kaedah Temubual

Kaedah temubual turut digunakan oleh pengkaji secara formal dan juga tidak formal. Beberapa pihak yang terlibat dalam usaha membangunkan kajian ini telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat. Antara pihak yang ditemubual ialah orang ramai. Temubual yang dijalankan merangkumi aspek peranan kerajaan, swasta, agensi-agensi yang terlibat, kesan, faktor halangan dan sebagainya.

Temubual secara formal telah dijalankan antara pengkaji dengan responden untuk mendapatkan data yang diperlukan. Soalan-soalan yang ditanya adalah berdasarkan soalan yang telah dirangka terlebih dahulu sebelum temubual dijalankan. Temubual secara tidak rasmi atau tidak berstruktur pula melibatkan keadaan pengkaji dan responden orang ramai. Pengkaji menggunakan kaedah ini dengan bertanyakan soalan yang sama dengan soalan berstruktur bagi menambahkan lagi maklumat yang tidak diperolehi melalui temubual terdahulu.

1.8 KAJIAN LEPAS

Pembangunan industri pelancongan di Malaysia kini mencapai tahap yang dapat dibanggakan.Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan

10

prestasi industri pelancongan. Terdapat lima faedah utama yang diperolehi daripada pembangunan industri pelancongan, iaitu sumbangan kepada imbangan pembayaran negara, pembangunan kawasan bukan perindustrian, mewujudkan peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan kepada keseluruhan ekonomi menerusi impak pengganda, dan pembangunan sosial (Nor, 1989).

Dalam konteks Malaysia, aktiviti pelancongan merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting dan menjadi penyumbang pendapatan utama dalam sektor perkhidmatan. Pelbagai kaedah pemasaran dan promosi yang dijalankan bagi menggiatkan kedatangan pelancong ke negara ini, antaranya melalui tarikan tempat lawatan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong (Jabil Mapjabil, 2011).

Pelancongan mempunyai pelbagai definisi yang membawa maksud namun mempunyai tujuan dan objektif yang sama iaitu berada di sesuatu tempat yang melibatkan pergerakan atau perjalanan ke sesuatu tempat tersebut dengan tujuan melihat alam semula jadi, berekreasi, berehat, bercuti, urusan pekerjaan atau motif yang lain. Pelancong yang melawat terdiri daripada pelancong tempatan atau domestik dan pelancong asing. Bagaimanapun, pelancong tempatan atau domestik boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengunjung harian atau pelancong domestik yang menetap di sesuatu kawasan pelancongan melebihi 24 jam (Jabil Mapjabil,2011).

Ibrahim (2004) yang membincangkan hal industri pelancongan, bahawa penglibatan usahawan kecil amat penting dalam usaha membentuk kerjasama dan kesepaduan ke arah memajukan lagi industri ini. Di samping itu, pelaburan dalam sektor pelancongan ini sememangnya terbuka luas kepada sesiapa sahaja, terutamanya kepada mereka yang berkemampuan dari sumber kewangan dan berpengalaman dalam bidang berkenaan, dan juga para usahawan tempatan tidak terkecuali dipelawa dalam bidang berkenaan

1.9 KESIMPULAN

Pelancongan dapat didefinisikan sebagai program suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen

11

ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari. Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya.

Selain itu, industri pelancongan juga dapat dibicarakan bahawa ianya banyak membantu industri pembangunan negara dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Kerana melalui industri pelancongan kesemua sektor ini akan lebih dikenali lebih dekat oleh orang ramai. Dapat dijelaskan lagi bahawa sektor pelancongan adalah industri yang terdiri daripada pelancong itu sendiri yang mewujudkan suasana pelancongan dikawasan dalam Negara ataupun luar Negara, serta sektor-sektor dan aktiviti-aktiviti yang terlibat secara lansung dalam membentuk sebuah industri. Pelancongan tidak wujud tanpa adanya pelancong dan kompenen-kompenen asas yang di perlukan oleh pelancong itu, malah pelancong adalah ejen penting yang menentukan sama ada industri pelancongan terus berkembang ataupun sebaliknya. Sektor-sektor yang terlibat dalam menawarkan produk ataupun perkhidmatan juga perlu dititik beratkan kerana merekalah yang berperanan dalam mewujudkan suatu persekitaran pemasaran pelancongan yang global.

12

RUJUKAN Abdul, R. E. 2000. Negara Pasaran dan Pemodenan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jabil Mapjabil, S. A. 2011. Pembangunan program homestay di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia: Profil, produk dan prospek. Malaysia Journal of Society and Space.Jil.7:45-54. Mohamed Anwar Omar Din & Zulayti Zakaria. 2011. Pelancongan Budaya di Malaysia: Membina Konsepnya. Jurnal Melayu (6) 2011: 1-11. Nor, A. S. (1989). Analisis Permintaan Pelancongan di Malaysia. Pertanika 12 (3) , 425-432. Norzalita A. Aziz, Ahmad Azmi M. Ariffin & Tan Wie Vien. 2009. Kajian Awalan ke atas Potensi Pelancongan Kembaraan dalam Pasaran Remaja di Malaysia. Jurnal Pengurusan 29 (2009) 57-74.

You might also like