Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

MENINGKATKAN KELANCARAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN DUA SUKU BAGI MURID TAHUN 2 Oleh NUR NADIYAH BT INDRA GUNAWAN

Abstract This study was undertaken to improve the reading proficiency of words containing two syllables among students years two. This study was conducted on seven pupils Year Two Pintar, Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong, Kelantan. The objectives of this study is to improve students' mastery of reading the words of two syllables, to measure the effect of the method used to improve proficiency of studentsin reading and detect variances the students after impliment the method. The results showed that differences in test results from pre and post test. Comparison of pre and post test showed the improved performance of students in the mastery of reading skills. The method used the technique Singing Quarter , Merge me and syllable pronunciation training was found can help to improve student mastery of reading the words of two syllables. The study found that student proficiency in reading increased. 1.0 Refleksi pengajaran Setelah beberapa kali sesi pengajaran, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila pengkaji menyuruh murid membaca petikan secara individu yang terdapat di dalam buku ketika sesi pengajaran. Namun demikian, pengkaji melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk belajar dan kemampuan mereka ini dapat digilap jika pengkaji menggunakan cara yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, pengkaji merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. 2.0 Fokus kajian Pengkaji mendapati murid telah dapat membaca suku kata mudah seperti perkataan satu suku kata dan perkataan dua suku kata yang bermula dari huruf vokal. Namun mereka menghadapi masalah apabila membaca perkataan yang lebih sukar terutamanya bagi suku kata tertutup. Contohnya perkataan sambung, mereka akan membunyikan dengan sebutan lombong. Murid gemar mebunyikan perkataan sesuka hati mereka berdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang difokuskan dalam kajian ialah pola suku kata terbuka dan tertutup iaitu pola KV+KV, KV+KVK, KVK+KVK, KVK+KV. Objektif kajian Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut : 3.0 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata dalam kalangan murid Tahun Dua 3.1 Mengukur kesan kaedah Nyanyian Suku Kata, Cantumkan Saya dan Latih Tubi Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca Murid Tahun Dua. 3.2 Mengesan perbezaan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

4.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas tujuh orang murid tahun 2 Pintar Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Murid-murid ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata.melalui ujian diagnostik yang diberikan. 5.0 Pelaksanaan tindakan 5.1 Tinjauan masalah Dalam tinjauan masalah, pengkaji ingin mengenal pasti masalah yang timbul dalam P&P apabila ramai murid menyebut perkataan secara sesuka hati mereka berdasarkan bunyi yang terhampir. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui pemerhatian sewaktu PNP, perbincangan bersama guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid. 5.2 Pelaksanaan tindakan 5.2.1 Latihan Nyanyian Suku Kata Latihan nyanyian suku kata ini dijalankan pada 4.04.10 sehingga 22.04.10 . Teknik ini dilaksanakan selama 10 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata pertama menggunakan versi lagu tertenttu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata kedua. Contoh perkataan pantas Pan pan, pan pan, pan pan, pan pan tas..............!!!! Refleksi : Setelah 3 minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu muridd mengingat konsep mencantum perkataan. 5.2.2 Aktiviti 2 : Cantumkan Saya Aktiviti Cantumkan Saya ini dijalankan pada 25.04.10 hingga 13.05.10. Teknik ini dilaksanakan selama 9 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada pasangan.Setiap pesangan diberikan Kad suku kata yang membentuk perkataan. Murid pertama diminta membunyikan suku kata pertama dan disambung terus oleh murid kedua. Sambungan ini akan membentuk bunyi perkataan.

Rajah 3 : Susun atur kaedah cantumkan saya 5.2.3 Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata dan membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada 16.05.10 hingga 03.06.10. Teknik ini dilaksanakan selama 9 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak

10 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh murid membaca dan menyebut perkataan dalam kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan membetulkan penyebutan murid jika berlaku kesalahan.

a ba ca da fa ga

ha ja ka la ma na

ra sa ta wa ya

i bin cin din fin gin

hin jin kin lin min nin

rin sin tin win yin

u bung cung dung fung gung

hung jung kung lung mung nung

rung sung tung wung yung

Rajah 4 : Carta penyebutan suku kata

6.0 Dapatan Kajian Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut Jadual 6.1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos Bil Nama murid Ujian pra Markah (140) 1 2 3 4 5 6. 7. Aidil Azihan Wajdi Afiq Syawal Mifzal Shuhadha Munirah 50 6 46 26 31 44 36 Peratus (%) 35.71 4.28 32.85 18.57 22.14 31.42 25.71 Ujian pos Markah (140) 115 82 120 104 115 123 124 Peratus (%) 82.14 58.57 85.71 74.28 82.14 87.85 88.57 Peningkatan pencapaian Markah (140) 65 76 74 78 84 79 88 Peratus (%) +46.43 +54.29 +52.86 +55.71 +60.00 +56.43 +62.86

Jadual 6.1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Didapati murid mendapat pencapaian antara 6 hingga 50 perkataan pada ujian pra. Peningkatan dapat

dilihat sewaktu ujian pos apabila murid dapat membaca 65 hingga 88 perkataan pada ujian pos. Min purata bagi ujian pra dahulu sebanyak 24.38% telah meningkat kepada min purata 79.89% pada ujian pos ini. Peningkatan min purata ini sebanyak 55.51%. Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap murid dalam penguasaan kemahiran membaca.

Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.

Kesimpulan Pengkaji dapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca, kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini telah berjaya dilaksanakan. Cadangan kajian seterusnya Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan dua suku kata, pengkaji bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Pengkaji turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu tidak memahami konsep mencantum perkataan. 10.0 SENARAI RUJUKAN Abdillah Bin Nurdin Asis.2009. Meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan tiga suku kata terbuka KV + KV + KV . Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009 . Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Dr. Shukri Abdullah. (2007). Anak Berilmu Keluarga Beruntung. Diperoleh pada 31 Januari 2010 daripada http://www.cepatbaca.com.my/site/ Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian Ujian Diagnostik Untuk Mengesan Kelemahan Bacaan Bahasa. Diperolehi pada 3 Febuari 2010 daripada http://www.docstoc.com/.../Kajian-Unian-DiagnostikUntuk-Mengesan-Kelemahan-BacaanBahasa Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Peningkatan Kemahiran Membaca. Diperolehi pada 3 Febuari 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/2083874/KAJIAN-TINDAKAN-PENINGKATAN KEMAHIRAN-MEMBACA Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia Puan Aspalaila Ramli. Puan Maslinda Mahmud (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006.Sekolah Rendah Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah. Zainora binti Mohd @ Man (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Dicatat oleh azaha83 di 12:06 PTG Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Reaksi:
Rabu, 18 Ogos 2010

Format Laporan Kajian Tindakan Terkini


KANDUNGAN Muka Surat ABSTRAK BM ABSTRACT-BI PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu 1.3 Refleksi nilai pendidikan 1.4 Kesimpulan 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1Pengenalan 2.2 Isu kajian 2.3 Tinjauan literatur berkaitan isu kajian 2.4 Kesimpulan -tinjauan literatur sekurang-kurangnya 5 kajian yang berkaitan dengan tajuk anda 3.0 Objektif Kajian 3.1 Pengenalan 3.2 -fokus tajuk umum dalam meningkatkan murid -kaedah/ teknik/teknik/strategi- kesan tindakan anda -pencapaian- lebih lihat kepada min keseluruhan ujian pos dan ujian pra 3. Kesimpulan 4.0 Kumpulan sasaran 4.1 Pengenalan 4.2 -fokus kepada sek. mana-DAERAH- BANDAR KAMPUNG-PULAU -tahun berapa 6- 14KELAS -kelas mana 14HUJUNG 4.3 Kesimpulan 5.0 Tindakan yang dijalankan 5.1 Pengenalan-Huraikan dalam bahagian ini dipaparkan.....cth teori laidlaw 5.2 Reka bentuk kajian kajian tindakan -papar teori kajian tindakan 5.2.1 Tinjauan masalah ceritakan bagaimana anda dapat masalah tersebut -semasa mengajar -semak buku latihan -pemerhatian dalam kelas -tanya guru lama murid 5.2.2 Perancangan Jadual dan nyatakan tarikhnya5.2.3 Perlaksaan Tindakan 1(Lingkaran 1) 5.2.3.1 kaedah baca-teknik -pandang sebut5.2.3.2 kaedah baca-teknik nyanyian5.2.3.3 kaedah baca-teknik cantum5.3 Kesimpulan 6.0 Cara pengumpulan data 6.1 Pengenalan 6.2 Ujian diagnostik- 40 lampiran soalan ujian 6.3 Ujian pra 7 orang- lampiran soalan 6.4 Ujian Pos 7 orang lampiran soalan 6.5 Kesimpulan 7.0 Keputusan kajian

7.1 Pengenalan 7.2 Dapatan Kajian 7.3 Kesimpulan 8.0 Rumusan 9.0 Cadangan kajian seterusnya Senarai rujukan Lampiran-lampiran KANDUNGAN Muka Surat ABSTRAK BM ABSTRACT-BI PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu 1.3 Refleksi nilai pendidikan 1.4 Kesimpulan 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1Pengenalan 2.2 Isu kajian 2.3 Tinjauan literatur berkaitan isu kajian 2.4 Kesimpulan -tinjauan literatur sekurang-kurangnya 5 kajian yang berkaitan dengan tajuk anda 3.0 Objektif Kajian 3.1 Pengenalan 3.2 -fokus tajuk umum dalam meningkatkan murid -kaedah/ teknik/teknik/strategi- kesan tindakan anda -pencapaian- lebih lihat kepada min keseluruhan ujian pos dan ujian pra 3. Kesimpulan 4.0 Kumpulan sasaran 4.1 Pengenalan 4.2 -fokus kepada sek. mana-DAERAH- BANDAR KAMPUNG-PULAU -tahun berapa 6- 14KELAS -kelas mana 14HUJUNG 4.3 Kesimpulan

5.0 Tindakan yang dijalankan 5.1 Pengenalan-Huraikan dalam bahagian ini dipaparkan.....cth teori laidlaw 5.2 Reka bentuk kajian kajian tindakan -papar teori kajian tindakan 5.2.1 Tinjauan masalah ceritakan bagaimana anda dapat masalah tersebut -semasa mengajar -semak buku latihan -pemerhatian dalam kelas -tanya guru lama murid 5.2.2 Perancangan Jadual dan nyatakan tarikhnya5.2.3 Perlaksaan Tindakan 1(Lingkaran 1) 5.2.3.1 kaedah baca-teknik -pandang sebut5.2.3.2 kaedah baca-teknik nyanyian5.2.3.3 kaedah baca-teknik cantum5.3 Kesimpulan 6.0 Cara pengumpulan data 6.1 Pengenalan 6.2 Ujian diagnostik- 40 lampiran soalan ujian 6.3 Ujian pra 7 orang- lampiran soalan 6.4 Ujian Pos 7 orang lampiran soalan 6.5 Kesimpulan 7.0 Keputusan kajian 7.1 Pengenalan 7.2 Dapatan Kajian 7.3 Kesimpulan 8.0 Rumusan 9.0 Cadangan kajian seterusnya Senarai rujukan Lampiran-lampiran

CONTOH CARA MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Kandungan Penghargaan .. Abstrak ....... 1.0 Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu ......... 2.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan . 3.0 Objektif Kajian . 4.0 Kumpulan Sasaran ... 5.0 Tindakan Yang Dijalankan/Methodologi.. 6.0 Cara Pengumpulan Data /Pelaksanaan Kajian . 7.0 Keputusan/Analisis/Dapatan Kajian 8.0 Rumusan/Refleksi Kajian

9.0 Cadangan Kajian Seterusnya ... 10. Rujukan/Bibliografi 15. Lampiran .

You might also like