Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pembubaran perkahwinan

Pembubaran perkahwinan (perceraian) blh berlaku sama ada dgn pilihan


suami atau kehendak kadi.

Perceraian dari segi bahasa bermakna berpisah

Manakala dari segi istilah pula ia bermakna keruntuhan hubungan


perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dgn bersebab.

Talak dari segi bahasa bermaksud penghuraian atau memutuskan ikatan.

Dari segi syarak ia bermaksud menghuraikan akad atau simpulan atau


ikatan perkahwinan.

Talak blh dilafazkan dgn dua cara iaitu lafaz sarih (yg jelas maksudnya) dan
lafaz kinayah(sindiran)

Contoh lafaz sarih ialah

Saya talak kamu atau saya ceraikan kamu

Lafaz sarih dikira sah apabila diucapakan meskipun tidak disertakan dgn niat
atau dgn niat utk bergurau

Manakala lafaz kinayah seperti

Kembalilah kamu kepada keluarga kamu atau hubungan kita hanya setakat
ni sahaja

Lafaz kinayah perlu disertakan dgn niat dimana talak tersebut tidak sah
sekiranya si suami tidak berniat utk menceraikan isterinya.

Jenis2 talak

Talak sunnah ialah talak yg diizinkan oleh syarak

1
Ia diizinkan kerana samasa menceraikan isteri dgn talak satu pada waktu si
isteri suci drpd haid atau nifas , yg mana dlm masa susi tersebut isteri tidak
disetubuhi

Talak bidaah ialah talak yg ditegah oleh syarak.

Talak bidaah ditegah kerana semasa menceraikan isteri pd waktu haid atau
nifas, atau pd waktu suci drpd haid atau nifas tetapi telah disetubuhi dlm
tempoh suci tersebut .

Talak blh dibahagikan kepada dua

Yg pertama ialah talak raj`i iaitu mentalak isteri dgn talak satu atau dua yg
mana suami blh merujuk kembali tanpa memerlukan akad perkahwinan yg
baru selagi masih berada dlm idah

Yg kedua ialah talak ba`in iaitu talak talak yg menghilangkan hak suami ke
atas isteri utk merujuk kembali melainkan dgn akad perkahwinan yg baru
berserta syarat2 yg tertentu dan dgn persetujuan bekas isterinya.

Talak ba`in terbahagi kepada dua bahagian iaitu ba`in sughra(ringan) dan
ba`in kubra (berat)

Ba`in sughra ialah talak yg mana suami hilang hak utk merujuk semula
isterinya melainkan dgn jln akad perkahwinan dan mas kahwin yg baru dgn
persetujuan bekas isteri.

Ia berlaku dlm beberapa situasi seperti ;

1. Suami mentalak isteri selepas akad nikad sebelum melakukan


persetubuhan yg hakiki.

Talak seperti ini tidak memberikan kesan idah kepada isteri dan tidak blh
merujuknya kembali.

2. Apabila isteri yg diceraikan dgn talak raj`I tetapi telah habis tempoh
idah tanpa dirujuk semula oleh suami maka talak raj`I tersebut
menjadi ba`in
3. Talak yg dijatuhkan oleh kadi hasil pengaduan drpd pihak isteri kerana
wujudnya keaiban pd suami, atau kerana pergaduhan yg
memudaratkan isteri atau kerana suami dipenjarakan atau dlnm
tahanan yg panjang.

Implikasi yg timbul akibat talak ba`in ialah ;

2
a) Hilang hak milik dan hak merujuk semula isteri yg diceraikan itu, halal
utk berkahwin sama ada dlm masa idah ataupun selepas idah
b) Kurang bilangan talak yg dimiliki oleh suami, sebagaiamana talak raj`i
c) Wajib menjelaskan mahar yg tertangguh jika ada
d) Terhalang drpd mewarisi harta pusaka diantara kedua-dua suami isteri
tersebut

Ba`in Kubra iaitu talak tiga sama ada dilakukan secara berasingan (talak
satu sebyk tiga) atau dgn lafaz tiga atau isyarat

Seperti kamu tertalak tiga atau kamu tertalak sambil mengisyaratkan dgn
tiga jari

Kesan talak ba`in kubra ialah ;

i. Tidak ada ruang lg utk dijatuhkan talak yg lain


ii. Hilang hak utk merujuk atau berkahwin semula dgn isteri tersebut
kecuali setelah si isteri berkahwin secara sah dgn suami yg lain dan
ditakdiakan bercerai (serta habis idah) sama ada cerai hidup atau cerai
mati

Fasakh

Fasakh (pemisahan) ialah memutuskan perkahwinan bukan dgn pilihan


suami sendiri tetapi berdasarkan keputusan hakim (qadi)

Tujuannya supaya pihak perempuan dpt menamatkan ikatan perkahwinan


dgn suaminya setelah semua cara lain seperti talak dan khulu` tidak Berjaya
didapati drpd suami

Sebab-sebab yg membolehkan fasakh ialah;

A. Kegagalan suami memberikan nafkah baik mahupun batin kepada


isteri.
B. Dgn sebab kecacatan yg berlaku baik kpd suami ataupun isteri seperti
kecacatan alat kelamin pd pasangannya, ataupun apabila terdapat
penyakit yg menjauhkan orang drpd nya seperti gila kusta dan aids.

Perbezaan fasakh dan talak

3
Fasakh Talak

Pembatalan perkahwinan drpd asas Menamatkan akad pernikahan,


dan menghilangkn sifat halal yg sedang sifat halal masih kekal kecuali
menjadi kesan keatasnya secara talak ba`in(talak tiga)
serta merta

Tidak mengurangi bil talak yg Mengurangi bil (jumlah tiga kali


menjadi hak lelaki talak)

Tidak terbahagi kpd sunni dan bid`i Terbahagi kpd sunni dan bid`i

Kedua-dua suami atau isteri berhak Hak khusus bagi suami


membuat tuntutan di hadapan kadi
apabila mereka merasa tertipu dgn
perkahwinan mereka

Rujuk

Rujuk dari segi bahasa bererti kembali.

Dr segi istilah syarak rujuk blh didefinisi sebagai mengembalikan isteri yg


telah ditalak dgn talak raj`I (talak satu atau dua) ke dlm ikatan perkahwinan
sebelum berakhir tempoh idah dan dgn syarat2 tertentu

Syarat-syarat rujuk

1. Perujuk (suami) hendaklah baligh, berakal, tidak murtad dan bukan dipaksa
2. Perempuan yg dirujuk adalah isteri yg telah disetubuhi melalui perkahwinan yg sah.
Tidak sah merujuk isteri yg diceraikan sebelum disetubuhi, atau isteri yg murtad
3. Talak tersebut adalah talak raj`i. tidak sah rujuk ke atas isteri yg ditalak dgn talak ba`in,
khulu` (tebus talak) atau yg difasakhkn perkahwinannya
4. Rujuk berlaku dlm tempoh
5. Sighah atau lafaz rujuk. Lafaz rujuk mestilah member makna segera. Ini bermakna lafaz
rujuk tidak sah rujuk dgn ta`liq atau terlakluk dgn syarat tertentu seperti aku rujuk kamu

4
utk tempoh tiga bulan sahaja, aku rujuk kamu dgn syarat bla bla blab la aku rujuk kamu
pada hujung bulan ni

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berpendapat sah rujuk dgn perbuatan seperti mencium,
bercumbuan, atau menjimakkan isteri tanpa memerlukan lafaz rujuk drpd si suami.

Bukan syarat sah rujuk

1. Keredaan atau persetujuan isteri. Para fuqaha` sepakat mengatakan sah rujuk tanpa
memerlukan kpd keredaan isteri.
2. Memberi tahu isteri tentang rujuk. Sah rujuk walaupun suami tidak memberitahu isteri
tentang rujuk tersebut kerana isteri selama dlm idah raj`I adalah sepenuhnya bg suami
3. Persaksian di atas rujuk. Golongan ulama berpendapat tidak disyaratkan utk mengadakan
saksi bg merujuk isteri. Namun bg tujuan berhati-hati dan mengelakkan keraguan serta
tormah masyarakat, mengadakan saksi adalah sunat

Khulu` (tebus talak)

Khulu` pada segi bahasa bermaksud cabut atau buang. Dari segi istilah ialah perceraian antara
suami isteri dgn bayaran atau tebusan dgn menggunakan lafaz talak atau lafaz khulu`. Contoh
aku ceraikan kamu dgn syarat sekian atau aku khulu` kamu dgn blab la

Rukun khulu`

Rukun khulu` dikira sah apabila memenuhi lima rukun iaitu ;

a) Ijab mesti keluar drpd suami atau wakilnya jika suami masih kanak-kanak atau suami
seorang yg bodoh atau tidak matang
b) Kedua-dua suami isteri masih ada hubungan perkahwinan yg sah dari segi hukumnya
pada waktu berlaku khulu`
c) Tukaran atau gantian itu mestilah sesuatu yg berharga dan sesuai utk dijadikan mahar
sama ada dlm bntk harta atau manfaat yg blh dinilai dgn harta
d) Sighah, atau lafaz khulu` yg tertentu yg dtg drpd suami sama ada sarih (jelas) atau
kinayah (kiasan). Tidak sah hulu` dgn semata-mata member tukaran harta
e) Penerimaan di pihak isteri, kerana khulu` drpd pihaknya adalah pertukaran (gantian atau
tebusan ). Oleh sebab itu jikasekiranya isteri bangun drpd majlis setelah ia mendengar
kalimah khulu` oleh suaminya, atau sesudah ia tahu hal tersebut melalui tulisan, maka
tidak sah pernerimaannya selepas itu.

5
Bahagian idah

Idah seorang wanita terbahagi kpd beberapa bahagian:

1. Idah wanita yg kematian suami. Ianya terbahagi kpd dua iaitu:

A. sedangkan dia pada waktu itu sedang hamil, maka idahnya ialah sehingga
melahirkan anak, sama ada tempoh melahirkan itu lama ataupun singkat.
B. Bagi wanita yg tidak hamil, tempoh idahnya ialah empat bulan sepuluh hari.
1. Idah kerana penceraian kerana talak atau fasakh selepas dijimak, ialah:
i. Jika ia sedang hamil, maka idahnya ialah sehingga ia melahirkan ana, sama ada
tempoh melahirkan itu lama ataupun singkat.
ii. Jika ia tidak hamil dan berhaid, maka idahnya adalah tiga kalisuci haid
iii. Jika ia tidak hamil dan tidak berhaid (sama ada kerana terlalu muda atau terlalu
tuadan putus haid), maka idahnya ialah tiga bulan bermula dari tarikh
perceraiannya.

Tidak ada idah bg wanita yg diceraikan suami sama ada melalui talaq atau fasakh tetapi belum
pernah jimakkan

You might also like