Kesihatan KNK-KNK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

1.0 Pengenalan

2014

Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan. Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa maksud bahawa jika seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh.

Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool & Duke Barnes (1998).Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan diantara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik. Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan.

Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telah dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan menyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan.

Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada meningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada . Walaupun setiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukan setiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk meningkatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, anda mungkin merupakan antara mereka yang cuba untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat. Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkahlaku gaya hidup yang lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan kesejahteraan hidup kita.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak


2.0 Penjagaan kesihatan kanak-kanak

2014

2.1 Konsep Kesihatan dan kebersihan Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan (WHO). Hoyman (1962) menakrifkan 'kesihatan' sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang keletihan. Sekiranya individu tersebut mudah merasa letih dan ketegangan bermaksud individu tersebut tidak memiliki kesihatan diri yang positif. Bagi kanak-kanak yang banyak bergerak memerlukan kesihatan diri yang positif secara menyeluruh. Kesihatan diri secara menyeluruh merupakan kesempurnaan kanak-kanak dalam mencapai 5 dimensi kesihatan iaitu kesihatan fizikal, sosial, mental, emosi dan rohani.

Rohani

Fizikal

Emosi

Sosial

Mental

Rajah 1: Dimensi kesihatan Kesihatan fizikal menyumbang ke arah ciri-ciri fizikal seperti saiz dan bentuk badan, penyakit yang mudah dijangkiti dan sebagainya. Kesihatan sosial pula dilihat dari segi keupayaan mendapat kepuasaan perhubungan interpersonal, berinteraksi dengan orang, keupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan sosial dan perlakuan setiap hari. iaitu hubungan baik dengan ahli keluarga, rakan dan masyarakat. Kesihatan mental dapat dilihat daripada keupayaan untuk belajar, keupayaan untuk manyesuaikan diri dengan keadaan dan kebolehan intelek diri. Cara membuat keputusan juga merupakan suatu komponen yang penting untuk menentukan kesihatan mental. Kesihatan emosi kepada komponen perasaan, untuk melahirkan emosi mengikut keadaan yang sesuai, dan mengawal emosi dengan perlakuan yang sesuai. Apabila seseorang menghadapi situasi

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

bosan dan risau yang melanda diri. Sekiranya mengalami tekanan, kelesuan dan keletihan, individu yang mempunyai kesihatan mental emosi yang sihat akan

menghadapinya. Manakala kesihatan rohani pula melibatkan kepercayaan pada tuhan, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Ia juga termasuk perasaan kesepaduan dengan persekitaran, perasaan diri sendiri dengan orang lain dan dengan kehidupan, dan suatu arah terhadap makna atau nilai hidup. Sekiranya individu itu mempunyai kepercayaan agama dan mengamalkannya dalam kehidupan dengan penuh tanggungjawab, maka individu itu sihat dari segi rohaninya.

2.2 Kepentingan kesihatan dan Kebersihan kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan kanak-kanak. Sekiranya kita mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, kita boleh dapat mengamalakan gaya hidup yang sihat.

Penjagaan kesihatan diri yang berkesan dengan mengelakkan diri dari kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman, virus dan sebagainya. Tambahan pula penjagaan kulit hendaklah diberikan keutamaan supaya mengelakkan penyakit kulit seperti panau, kudis, kurap dan kayap. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka untuk mengelakkan menggosokan mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor.

Seterusnya, pakaian yang bersih adalah penting untuk menjaga kesihatan kulit dan mental kanak-kanak. Pakaian yang tidak dibasuh boleh menyebabkan pembiakan kulat dan ini boleh merebak ke kulit. Pakaian yang kotor dan tidak terurus juga boleh dipandang serong oleh masyarakat dan secara tidak langsung akan memberi kesan ke atas emosi kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diajar cara pengurusan pakaian dari awal seperti tempat perletakkan baju kotor, baju bersih, tuala lembab dan sebagainya. Tambahan pula, kanakkanak perlu mengelakkan daripada berkongsi tuala di kalangan ahli keluarga dan rakanrakan. Tabiat berkongsi yang tidak sihat ini boleh menyebabkan merebaknya penyakit kulit yang berjangkit. Pakaian yang dipakai oleh mereka sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran seperti hingus, darah atau nanah.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

Selain itu, Peralatan perapian seperti sikat dan berus gigi boleh menjejaskan kesihatan seorang kanak-kanak jika tidak diawasi dengan sewajarnya. Sikat yang dikongsi sesama kanak-kanak boleh menyebabkan jangkitan kutu dan penyakit kulit dari seorang kanak-kanak ke kanak-kanak yang lain. Berus gigi yang dikongsi pula boleh menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit yang lain seperti demam campak, penyakit mulut dan lainlain. Selain daripada itu, alat permainan juga merupakan peralatan yang sering kali

digunakan oleh kanak-kanak. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan jangkitan kuman kepada kanak-kanak. Ini seringkali terjadi di pusat penjagaan kanak-kanak dan taska. Didikan awal akan cara penggunaan peralatan ini kepada kanak-kanak boleh meningkatkan kesedaran kesihatan kendiri yang lebih efektif.

Tambahan pula, kepentingan kesihatan diri juga melibatkan beberapa komponen penting iaitu pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi daripada pelbagai jenis makanan. Bagi menjaga kesihatan diri adalah mengambil makanan seimbang seperti

makanan berkarbohdrat, protein, vitamin dan sebagainya. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Pemakanan yang seimbang boleh dikecapi dengan didikan ibu bapa dan guru. Pengambilan kalori makanan perlu ditambah mengikut peringkat umur kanak-kanak. Semasa bayi dilahirkan, keperluannya adalah 1000 kalori dan kalorinya meningkat 100 kalori bagi setiap tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 7 tahun jumlah keperluan kalorinya adalah sebanyak 1700 kalori. Pengambilan makanan kalori yang secukupnya memberi tenaga kepada kanak-kanak.

Dengan penjagaan kebersihan diri kanak-kanak akan melatih mereka kelihatan kemas dan menarik. Kekemasan diri dapat membentuk imej dan perwatakan yang menarik dan tidak suka kepada kekotoran. Selalunya mereka yang tidak bersih dan pengotor, memberikan gambaran sebenar personaliti individu tersebut. Penjagaan kebersihan diri dibahagi kepada tiga komponen iaitu anggota, pakaian dan peralatann. Bagi kanak-kanak kebersihan diri boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan muka dan mencuci dan menyikat rambut dengan kemas secukupnya. Rambut yang panjang da tak terurus boleh meningkatkan risiko mendapat kuti rambut. Penjagaan bagi bata, hidung dan telinga perlu sentiasa diwarisi oleh ibu bapa dengan memberikan pembersihan berjadual kepada anak. Contohnya pembersihan telinga hanya dilalukan seminggu sekali oleh ibu bapa dengan menggunakan putik kapas. Kanak-kanak perlu dibiasakan mencuci badan mereka apabila kotor bagi membentuk kelaziman. Penjagaan kuku juga perlu diberi perhatian. Pemotongan

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

berjadual perlu dilakukan dengan pengawasan ibu bapa. Kuku yang panjang boleh mencederakan orang lain dan juga meningkatkan penyebaran kuman yang terselit di bawah kuku. 2.3 Cara-cara menjaga kesihatan dan kebersihan 2.3.1 Mencuci tangan kanak-kanak perlu diajar cara mencuci tangan dengan bersih selepas main pasir. Mereka perlu dipraktikkan mencuci tangan sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain yang terlibat dengan kekotoran.

2.3.2 Penjagaan gigi Kanak-kanak perlu disediakan kemudahan perubatan dan pergigian. Peringkat umur 6- 12 merupakan fasa umur emas bagi kanak-kanak kerana pada masa ini kesakitan seperti demam dan selsema kurang barlaku disebabkan sebarang peningkatan sistem imun dan kematangan fizikal. Namun begitu, jika ada sebarang jangkitan segera bawa berjumpa doktor. kanak-kanak perlu menggalakkan menggosok gigi selepas makan, sebelum dan selepas tidur supaya dapat mengelakkan kesakitan gigi, berdarah gigi rosak dan lain lagi.

2.3.3 Amalan makanan 2.3.4 Imunisasi kanak-kanak

Imunisasi kanak-kanak sangant penting kepada kesihatan kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengikut jadual imunisasi anak mereka seperti yang dinyatakan dalam jadual 1. Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan. Vaksin membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Meskipun begitu, kedengaran kini spekulasi yang membimbangkan kita berhubung

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

imunisasi boleh membawa kepada penyakit autisme dan masalah-masalah lain. kepentingan vaksin mengatasi kesan sampingannya.

Imunisasi 0 BCG Hep B DTaP* IPV* Hib* Measles MMR 1 1 2 1* 1* 1* 1 2

Umur (bulan) 3 5 6 12 18

Umur (Tahun) 6 if no scar 12 15

3 2* 2* 2* 3* 3* 3* Sabah 1 2 4* 4* 4* DTaP** IPV DTaP**

Jadual 1. Jadual Rutin Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Antara adalah Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli

keluarga.Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. Tambahan pula, Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.

Gambar 5 Bayi diberi imunisas secara suntikan

gambar 6 Bayi diberi imunisasi secara oral

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak


2.4 Faktor-faktor mempengaruhi kesihatan kanak-kanak

2014

Baka

Persekitaran

Rajah 2: Faktor yang mempengaruhi kesihatan

Kesihatan merupakan perkara yang kompleks dan sebagai suatu yang berterusan di antara faktor biologial semula jadi dengan persekitaran. Faktor yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak adalah baka dan persekitaran..

2.4.1 Baka Baka merupakan ciri-ciri ibu bapa yang diturunkan kepada anak pada permulaannya akan menentukan pertumbuhan kanak-kanak, perkembangannya, serta kemungkinan tentang kesihatan kanak-kanak. Baka secara tidak langsung mempengaruhi masalah kesihatan seperti penyakit jantung, masalah pendengaran, barah, kencing manis mahupun masalah kesihatan mental.

2.4.2 Persekitaran Selain baka, keadaan persekitaran memainkan peranan yang sama penting untuk menentukkan tahap kesihatan seseorang. Persekitaran sebenarnya merangkumi faktor fizikal, sosial, kedudukan ekonomi dan juga budaya sesebuah keluarga. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan sederhana akan hidup sihat sejahtera jika kanak-kanak tadi dibelai dengan kasih sayang oleh ibu bapanya,

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

mendapat tempat tinggal yang sedarhana selesa, sera bergaul dengan jiran dan rakan sebaya yang baik. 2.5 Peranan penjagaan kesihatan kanak-kanak Pelbagai pihak berperanan untuk menjaga kesihatan kanak-kanak iaitu ibu bapa, guru, kanak-kanak dan pusat kesihatan 2.5.1 Peranan Ibu bapa kanak-kanak merupakan aset negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, kesihatan mental kanak-kanak juga perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Ia mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan-keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.

Dengan ini, Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kanakkanak. Kanak-kanak adalah anugerah tuhan yang istimewa dan paling mencabar untuk semua ibu bapa. Kanak-kanak seharusnya dijaga dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa bertangungjawab menjaga kesihatan dan kebersihan kanak-kanak. Ibu bapa patut menyediakan satu tempat tinggal dan persekitaran yang bersih bagi anak-anak mereka. Selain daripada itu, ibu bapa harus mengajar mereka supaya mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dan kesihatan diri sejak kanak-kanak kecil lagi. Nilai-nilai murni yang dipelajari oleh anak-anak daripada ibu bapa mereka akan membantu dalam kehidupan mereka dan satu hari nanti mereka akan menoleh kepada cara mereka dibesarkan dan menghargai apa yang telah kita lakukan.

Ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak tidak beli dan makan makanan ringan yang dijual di pasaran. Hal ini kerana makanan ringan mengandungi MSG dan bahan-bahan kimia yang boleh mempengaruhi dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Makanan ringan boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih dan menyebabkan mereka tidak

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

ada selera makan. Makanan segera juga tidak digalakkan mengambil seperti Mee segera, ayam goreng, sosej, burger dan sebagainya. Oleh kerana, makanan segera mengandungi MSG dan kolestrol yang tinggi. Kanak-kanak selalu mengambil makanan segera akan mempengaruhi kesihatan kanak-kanak dan membantut tumbesaran kanak-kanak. Di samping itu, kanak-kanak selalu makan makanan segera juga senang menghidap penyakit buah pinggang ,obesiti, diabetis, darah tinggi dan penyakit kronik yang lain.

Ibu bapa perlu memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik. Selia atau bantu anak memberus gigi sehigga mereka berumur 6 hingga 7 tahun. Bagi penjagaan gigi yang rapi, bawa kanak-kanak untuk berjumpa doktor gigi dua kali setahun. Guru perlu mengajar cara- cara menggosok gigi, cara mencuci tangan, cara memotong kuku mengikut langkah- langkah .

Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Kanak-kanak memerlukan perhatian yang tinggi daripada ibu bapa. Kehormatan diri sendiri yang positif adalah kunci utama bagi kesihatan mental yang sihat. Kehormatan diri yang positif boleh diperolehi dari pertalian keluarga yang erat dan sihat. Tambahan pula, persekitaran fizikal seperti rumah adalah penting untuk menjamin pembentukan mental kanak-kanak. Rumah yang kotor dan sempit boleh menghalang perkembangan positif personaliti atau perwatakan kanak-kanak.

2.5.2 Peranan Guru

Dengan ini, Guru memainkan peranan yang paling penting bagi menjaga kesihatan kanak-kanak .Selain itu, pendidikan juga menyalurkan pengetahuan bagi menjaga kesihatan kanak-kanak dan menyedarkan mereka.

Guru perlu mengajar klasifikasi makanan seimbang dalam pengajaran mereka supaya kanak-kanak dapat gambaran pemakanan yang sihat. Contohnya klasifikasi Protein seperti susu, ikan, soya da sebagainya. Guru juga perlu menerangkan kepada murid-murid kepentingan pengambilan makanan berkhasiat.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

Gambar 3 mengajar klasifikasi makanan Guru juga perlu menerangkan kepentingannya kepada kesihatan diri supaya dapat mengelakkan diri daripada penyakit-penyakit. Bagaimana cara untuk menjaga kesihatan diri.

Gambar 2 guru mengajar cara gosok gigi, memotong kuku, mancuci tangan.

Komponen seterusnya, berinteraksi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti fizikal. Selain daripada peningkatan kecergasan fizikal, penyertaan kanak-kanak dalam rekreasi dan sukan juga boleh meningkatkan skil motor kanak-kanak dan mencegah risiko obesity ( He & Beynon, 2006). Galakan yang berterusan dari ibu bapa da guru dapat meningkatkan keyakinan kendiri kanak-kanak dan secara tidak langsung meningkatkan memainkan peranan yang

kecerdasan minda dan emosi (Pica, 2006). Guru Prasekolah

penting untuk meningkatkan kecerdasan kank-kanak . Kerajaan telah menetapkan satu Tunjang iaitu Tunjang perkembangan fizikal dan estetika yang diajar pada peringkat Prasekolah. Tunjang merangkumi pembelajaran teori, mengetahui tentang jenis-jenis penyakit, amalan pemakanan yang baik dan cara-cara mengatasi tekanan. Selain itu,

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

melalui Permainan luar kanak-kanak boleh menguatkan otot-otot, membuat otak cerdas dan badan yang cergas. Oleh sebab, melalui aktiviti ini mereka dapat membuat senaman setiap minggu. Kanak-kanak hendaklah digalakkan bersukan atau bersenam mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, mendapatkan udara bersih misalnya dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah membantu kanak-kanak sentiasa dalam keadaan cerdas.

Gambar 4 aktiviti fizikal Kanak-kanak

2.5.3 Peranan kanak-kanak 2.5.4 Peranan pusat kesihatan

3.0 Implikasi penjagaan kesihatan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

4.0 Rumusan Kesimpulanya, kepentingan penjagaan kesihatan diri ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan kanak-kanak. Sekiranya kita mengamalkan penjagaan kesihatan diri, kita boleh dapat mengamalakan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

2014

You might also like