Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

Sekilas Bicara Tuan Haji Bahrom Bin Ali Pegawai PPD Johor Bahru

Bismillahhirramanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya titipkan kata alu-aluan dalam Buku Program ini sempena majlis persaraan Guru Besar SK Taman Cempaka, Johor Bahru. Setinggi tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran majlis ini. Tn. Haji Shafiee Bin Omar telah berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah ini selama hampir enam tahun. Saya yakin dan percaya beliau telah memberikan sumbangan yang besar kepada sekolah ini. Pelbagai usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh beliau bagi melonjakkan nama sekolah agar dikenali dalam daerah Johor Bahru. Malah, beliau merupakan seorang Pengurus yang baik dalam memastikan segala urusan perjalanan pembelajaran dan pengajaran guru dan murid terlaksana dengan teratur dan lancar. Beliau juga berjaya menyediakan suasana yang kondusif serta menitik beratkan pembangunan fizikal sekolah. Persaraan beliau daripada arena pendidikan pasti dirasai oleh warga pendidik terutamanya warga SKTC. Beliau meletakkan keikhlasan dalam bekerja sebagai batu asas untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan bangsa, agama dan negara. Pastinya keikhlasan dan kesungguhan itu akan terbalas jua dengan kebaikan dan kebajikan oleh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, InsyaAllah. Akhir kata saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau kerana sangat cemerlang dalam mentadbir. Terima kasih atas sumbangan bakti, jasa dan keringat yang diberikan kepada SK Taman Cempaka. Semoga beliau sentiasa sihat dan terus memberi sumbangan dalam bidang pendidikan. Sekian, terima kasih.

Nukilan En. Abd Rahman Bin Zakaria Tuan Yang Dipertua PIBG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, sebagai YDP PIBG dapat saya menulis sepatah dua kata khas untuk Tn. Haji Shafiee Bin Omar, Guru Besar SK Taman Cempaka Johor Bahru. Kini telah tiba tarikh yang menjadi penghitungan Tuan Guru Besar yang dikasihi saban waktu untuk menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang pemimpin yang disegani. Alhamdulillah, beliau banyak membantu saya serta pihak PIBG dalam menjayakan program-program yang dirancang demi kecemerlangan SKTC. Saya amat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan seorang pemimpin yang mengutamakan pendidikan anak-anak tanpa mengenal erti jemu. Saya juga amat tertarik dengan corak pentadbiran beliau di sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Saya bagi pihak jawatankuasa PIBG akui Tuan Guru Besar mentadbir sekolah ini dengan mesra, mudah dibawa berbincang, membimbing dengan penuh kasih sayang serta penuh rasa empati. Walaupun begitu dalam berlembut tetap ada tegasnya. Sehubungan dengan itu teguran dan nasihat yang Tuan Guru Besar lontarkan akan kami ingati. Mudah-mudahan, segala pengalaman yang diperolehi daripada Tuan Guru Besar menjadi panduan kepada kita untuk menjadi insan yang berjaya dan berkarisma seperti beliau. Bunga Cempaka putih berseri, Indah disunting disanggul rakan. Segala kerjasama dan bantuan yang diberi, Syukur dan terima kasih PIBG ucapkan. Terima kasih Tn Haji Shafiee Bin Omar, semoga sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah SWT dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih.

Setitis Tinta Selebar Bicara Pn. Roshita Binti Jaffar Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Salam bahagia bertaut mesra memulakan seuntai bicara dalam ruangan yang amat bermakna ini. Saya mewakili guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka dengan ini mengucapkan Selamat bersara kepada Yang Dihormati Tuan Haji Shafiee bin Omar.Semoga persaraan ini dapat diisi dengan penuh beerti kepada beliau sekeluarga. Sesungguhnya segala tunjuk ajar dalam rentetan perkhidmatan beliau akan kami jadikan landasan untuk membina platform yang lebih berjaya dan cemerlang pada masa mendatang.Segala pengalaman beliau yang dititipkan buat kami akan kami manfaati sebaik mungkin dalam menjana kegemilangan sekolah ini. Segala nasihat dan bimbingan yang diterima sama ada secara langsung mahupun tidak, secara sedar atau sebaliknya adalah didikan yang tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.Keikhlasan menabur budi menyemai bakti akan kami jadikan dorongan untuk lebih berjaya dalam kehidupan. Dalam meraih pengalaman , bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Maka dengan penuh rasa rendah diri kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai selama ini, ada kata yang tak berkenan di hati, ada rasa yang terkilan di jiwa ,malah ada tingkah yang tak kena di mata.Halalkan segala limpah budi dan segala yang telah kami terima selama tuan menaungi kami. Dalam tindakan berbudi bicara, Bersilih pangkal melilit perdu. Sampailah masa tuan bersara, Hilanglah akal tempat mengadu.

Salam kasih buat Guru Besar, Tuan Haji Shafiee bin Omar.

Sekian, terima kasih.

Coretan Memori Tuan Haji Shafiee Bin Omar Guru Besar SK Taman Cempaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya diberi peluang untuk berada bersama-sama dalam majlis Bakti Disanjung, Budi Dijunjung ini. Dengan izinNya juga, perkhidmatan saya dalam bidang pendidikan khususnya sebagai warga pendidik sampai juga ke nokhtahnya. Dalam meniti liku-liku kehidupan menabur bakti, menyemai budi serta memateri ilmu di beberapa buah sekolah, banyak cebisan kenangan yang tidak dapat saya lupakan hingga ke akhir hayat saya. Jutaan terima kasih serta penghargaan saya hulurkan buat warga SKTC yang sentiasa menghulur sokongan dan dorongan yang tidak terhingga kepada saya sehinggalah dalam meniti hari-hari terakhir saya bergelar pendidik. Kejayaan, kecemerlangan dan keterbilangan sekolah ini adalah hasil usaha dan inspirasi bersama dalam memartabatkan bidang pendidikan ke arah mencapai aspirasi negara. Umpama belayar sampai ke pelabuhan, visi dan misi digarap menjadi pasti. Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan saya sebagai sebahagian dari warga pendidik. Akhirkata, semoga perpisahan ini bukanlah akhir dari segalanya. Mungkin cukup sekian yang dapat saya nukilkan. Kurang lebihnya saya mohon maaf kerana kesalahan adalah milik saya dan kelebihan datangnya dari Allah SWT. Sekian, wassalam.

Shafiee Omar
Tuan Haji Shafiee Bin Omar Guru Besar SKTC 4

Tentatif Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung


10:00 pagi 10:15 pagi : : Ketibaan Tetamu Jemputan Ketibaan Tn. Haji Bahrom Bin Ali Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru

10:20 pagi

Ketibaan Yang Diraikan Tn. Haji Shafiee Bin Omar


Persembahan Selamat Datang Bacaan Doa Ucapan Pn. Roshita Bt Jaffar Guru Penolong Kanan Kurikulum Ucapan En.Abdul Rahman Bin Zakaria Yang Dipertua PIBG Ucapan Tn. Haji Bahrom Bin Ali Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru Ucapan Yang Diraikan Tn. Haji Shafiee Bin Omar Guru Besar SK Taman Cempaka Persembahan Murid Persembahan Multimedia Penyampaian Watikah Persaraan Penyampaian Cenderamata Persembahan Koir

12:00 tengahari: 1:00 petang :

Jamuan Salam Perpisahan Majlis Bersurai

Jawatankuasa Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung


Pengerusi Pn. Roshita Binti Jaffar (PK Kurikulum) Naib Pengerusi Pn. Siti Salwa Binti Zailani (PK Kokurikulum) Pn. Maslia Binti Mohd Yasin (PK HEM) Setiausaha Pn. Azilah Binti Abdul Hamid Naib Setiausaha Pn. Saedah Binti Yasinan Bendahari Pn. Hasemah Binti Shahidan Naib Bendahari Pn. Nor Suraini Binti Mat Isa AJK PELAKSANA Sambutan Dan Protokol Pn. Roshita Binti Jaffar (K) Pn. Siti Salwa Binti Zailani Pn. Maslia Binti Mohd Yasin Pn. Saedah Binti Yasinan Encik Abdul Rahman Bin Zakaria (PIBG) Encik Raman a/l Batumalai (PIBG) Tn. Haji Ayub Bin Abd Hamid (PIBG) En. Hazail Mor Bin Mohamad (PIBG) En. Khairul Nizam Bin Ishak (PIBG) Pendaftaran Pn. Anita Binti Rahmat (K) Pn. Rani a/p Sinnappan Pn. Salamatul Salwa Binti Abdul Wahab Pn. Noor Hidayah Binti Ismail Pengacara Majlis Pn. Farah Rafeiza Binti Siam En. Mohammad Afiq Bin Ibrahim Bacaan Doa En. Khairul Nizam Bin Ishak P.A Sistem dan LCD En. Fredolin Noor (K) En. Khairul Nizam Bin Ishak En. Manimaran a/l Subban Buku Program Persaraan Pn. Salamatul Salwa Binti Abdul Wahab (K) Pn. Noor Hidayah Binti Ismail Kad Jemputan Pn. Norliza Binti Othman (K) Pn. Rohani Binti Salleh En. Hirjohari Bin Ismail

Hadiah, Roset VIP & Cenderamata (Door Gift) Pn. Nor Azliza Binti Ismail (K) Pn. Azilah Binti Abdul Hamid Cik Mastijah Binti Mhd Zainal Nor Pn. Nor Suraini Binti Mat Isa Pn. Zairinisa Binti Miran Pn. Nurul Aishah Binti Rahim
Cenderamata (Daripada Tetamu) Pn. Hasemah Binti Shahidan (K) Pn. Anita Binti Rahmat Pn. Rani a/p Sinnappan Kain Rentang / Gimik Persaraan En. Mohd Faizal Bin Isa (K) En. Sharul Nizam Bin Othman Fotografi En. Sharul Nizam Bin Othman (K) En. Md Yunus Bin Kabil Persembahan Multimedia En. Wan Mohd Shukri Bin W. A. Lah (K) En. Syed Fahmy Effendy Bin Syed Musa Hiasan Sanggar Persaraan /Back Drop/Pentas En. Mohammad Afiq Bin Ibrahim (K) Pn. Rosnani Binti Jono Pn. Rahmah Binti Basiron (PIBG) Pn. Noor Azah Binti Wan (PIBG)

Jawatankuasa Majlis Bakti Disanjung Budi Dijunjung


Persiapan Tempat En.. Manimaran a/l Subban (K) En. Ismail Bin Othman En. Abdullah Bin Kalam Tn. Haji Jalani Bin Ahmad En. Hirjohari Bin Ismail En. Md Yunus Bin Kabil En. Frankie Anak Mac Anyan (PIBG) En. Norhasli Yazid Bin Abdul Kadir (PIBG) Persembahan En. Mohd Awang Bin Mohd Yatim (K) En. Md Som Bin Harus En. Ezihan Bin Zainal Pn. Faridatulakmar Binti Ramli Pn. Shaniati Binti Md. Nor Pn. Linda Binti Ibrahem Pn. Rohani Binti Mohd Salleh Kawalan & Keselamatan / Parkir VIP En. Wan Mohd Sany Bin Wan Ahmad (K) En. Mohamed Khairul Bin Md Nasir En. Ismail Bin Othman Pengawal Keselamatan Kawalan Murid / Perarakan En. Mohamed Khairul Bin Md Nasir (K) En. Wan Mohd Sany Bin Wan Ahmad Pn. Er Geok Poh Pn. Linda Binti Ibrahem Cik Siti Fatimah Binti Ahmad Pn. Nurul Aishah Binti Rahim Pn. Saedah Binti Yasinan Pn. Salamatul Salwa Binti Abdul Wahab
En. Md Som Bin Harus En. Sharul Nizam Bin Othman En. Ismail Bin Othman

Jamuan VIP /Penyediaan Tempat Jamuan Pn. Rohana Binti Udin (K) Cik Mastijah Binti Mhd Zainal Nor Pn. Sabtuyah Binti Endeng Pn. Roslida Binti Awang Pn. Rosnani Binti Jono Pn. Noraini Binti Mohamad Jamuan Guru / Murid Persembahan Pn. Norhaniza Binti Hamdan (K) Pn. Yusliza Binti Mohd Nin Cik Siti Fatimah Binti Ahmad Keceriaan & Kebersihan En. Mohd Hafiz Bin Abd Razak (K) En. Mohd Faizal Bin Isa Pn. Er Geok Poh En. Mahdar Bin Idris Pn. Che Dah Binti Mat Pn. Nurul Ain Binti Mohamad Pn. Habibah Binti Abas Pn. Rohani Binti Abdul Samad Bunga Telur/Bunga Rampai/ Bunga Manggar Pn. Nor Azizah Binti Md Ilias (K) Cik Siti Fatimah Binti Ahmad Pn. Yusliza Binti Mohd Nin Pn. Rohaya Binti Long Pn. Maharani Binti Abdul Wahab (PIBG) Pn. Ainon Binti Abdul Rashid (PIBG)

Biodata Ayahanda Tercinta


Nama Tarikh lahir Nama bapa Nama ibu Tempat lahir Biladik beradik Nama isteri Tarikh Perkahwinan Bil. Cahayamata Hobi Makanan Kegemaran Warna Kegemaran : Tn. Haji Shafiee Bin Omar : 11 Februari 1954 : Tn. Haji Omar Bin Long : Pn. Hajjah Jamilah Binti Hj. Arshad : Batu Pahat, Johor : 9 orang (anak ke-2) : Pn. Hajjah Jamaliah Binti Mohamad : 20 Oktober 1979 : 4 orang ( 3 lelaki, 1 perempuan) : Berkebun : Kari, Asam Pedas : Ungu

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 1961 - 1966 1967 - 1969 1970 - 1971 1974 - 1975 - SK Parit Kemang Senggarang Batu Pahat - SM Senggarang Batu Pahat - SM Dato Bentara Luar, Batu Pahat - Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor

SEJARAH PERKHIDMATAN

1976 -1980 1980 1994 Jan 95 Jun 95 Jun 95 1999 2000 -2002 2002 2008 2009 2014

- SMK Bukit Jawa, Pasir Putih Kelantan - SMK Sri Gading Batu Pahat Johor - SK (LKTP) Lok Heng, Kota Tinggi Johor (GPK1) - SK Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor (Guru Besar) - JPN (Unit Kurikulum) Johor - SK Taman Cendana, Pasir Gudang (Guru Besar) - SK Taman Cempaka, Johor Bahru (Guru Besar)

ANUGERAH YANG PERNAH DITERIMA 1992 Sijil Perkhidmatan Cemerlang 1995 Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2004 Anugerah Kepimpinan Aktif (PPD Johor Bahru) Sempena Perayaan Hari Guru 2005 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 Anugerah Kepimpinan Aktif (PPD Pasir Gudang) 2008 Guru Besar Cemerlang 8

10

11

12

13

14

15

16

Bakti Disanjung, Budi Dijunjung


Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu. Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di dalam taman. Junjungan budi kenangan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Mengait rambutan menggunakan galah, Disimpan bersama buah berangan. Walau sezarah silap dan salah, Harap dimaafkan disimpan jangan. Subuh hari memetik kangkung, Kangkung dipetik bersama serai. Setelah semusim kita berkampung, Tiba masanya kita bersurai. Pohon mempelam lebat berbuah, Gugur sebiji di tepi tangga. Kita bertemu akhirnya berpisah, Diizin Allah berjumpa juga.

Ikhlas, Warga SKTC 2014

You might also like