Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta memberhentikan kenderaan.

Selinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek. Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan ketika meletakkan kenderaan ( parking ) atau membrek dalam kecemasan. Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder induk untuk menambah kuasa ketika membrek.

KEGUNAAN Untuk membolehkan kenderaan berhenti dengan segera dan selamat Untuk mengawal kenderan semasa dalam perjalanan Untuk meletak kenderaan ditempat yang curam SISTEM BREK YANG BAIK MESTILAH:Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki. Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa. Tidak boleh kehilangan kuasa brek. Tidak berkehendakkan larasan yang kerap. Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu. JENIS-JENIS SISTEM BREKE Mekanikal Gabungan mekanikal dan hidraulik Hidraulik Angin (pneumatik) Sisten Brek Jenis Hidraulik menggunakan Prinsip Paskal yang mana didalam prinsip ini menyatakan 'cecair yang tertutup dapat memindahkan tekanan yang sama pada semua

arah tanpa menghilangkan kuasa yang dihasilkan.Cecair tidak boleh dimampatkan dan tekanan pada keseluruhan sistem adalah sama'.

KOMPONEN BREK JENIS HIDRAULIK Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut Pedal brek Silinder induk (master cylinder) Saluran paip brek (brake pipe line) Silinder roda (wheel cylinder) Angkup brek (brake caliper)

Master Cylinder@Silinder Induk Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan dan satu badan silinder induk. Takungan disediakan bagi membekalkan bendalir brek untuk mengendalikan sistem brek. Pada bahagian silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama (primary rubber cup) dan penyendal pendua (secondary rubber cup). Spring dipasang di hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal selepas membrek. Injap pampasan(check valve) pula dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan didalam paip brek. Dua liang keluaran disambungkan keroda menggunakan saluran paip brek.Satu gelang snap dipasang supaya dapat menahan komponen dalam silinder dari keluar Dibahagian luarnya pula terdapat pengadang habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran daripada masuk ke dalam silinder. Rod tunjal digunakan untuk menyambungkan tekanan dari pedal ke silinder induk.

SALURAN PAIP BREK(BRAKE PIPE LINE) DAN HOS BOLEH LENTUR(FLEXIBLE HOSE) Paip brek dan hos boleh lentur dipasangkan pada sistem brek adalah untuk menghantar cecair yang bertekanan tinggi ke angkup brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder). Umumnya hos boleh lentur dipasang pada roda hadapan.Ini disebabkan roda hadapan bergerak turun dan naik. Oleh kerana bendalir brek beroperasi dalam tekanan yang tinggi,paip dan hos brek mestilah diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi bagi mengelakkan kebocoran. Paip brek diperbuat daripada steel tube yang dapat menahan karat dan tekanan tinggi. Manakala hos boleh lentur diperbuat daripada getah campuran yang bermutu tinggi.

ANGKUP BREK(BRAKE CALIPER) Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu :1. Angkup tetap (fix caliper )

Jenis angkup tetap biasanya mempunyai 2 atau 4 piston yang dipasang secara bertentangan antara satu sama lain. Tiap-tiap silinder terdapat satu sesendal (seal). Sesendal ini berfungsi untuk menghalang minyak brek keluar dari silinder dan bersifat menarik balik piston ke tempat asal bagi menyediakan satu kelegaan larian antara pad dengan permukaan disk.

2. Angkup apungan (floating caliper)

Angkup jenis apungan (floating) mempunyai satu piston sahaja,tetapi saiznya agak besar dari saiz piston yang digunakan pada angkup tetap. Angkup brek biasanya digunakan bagi brek jenis disk (piring)

CECAIR BREK Sistem brek merupakan satu sistem keselamatan yang penting bagi sesebuah kenderaan. Pemeriksaan level atau kuantiti kandungan cecair brek merupakan satu perkara penting dan ianya mudah dilakukan. Cecair brek disimpan dalam reservoir/takungan yang mana dipasang diatas selinder induk ( master cylinder ). Setiap kali kita buka hood (bonet depan) kita akan nampak reservoir cecair brek ini.

Semejak tahun 1980, telah terdapat banyak reservoir cecair brek dibuat daripada plastik lut cahaya (translucent plastic). Oleh itu untuk pemeriksaan level/paras cecair boleh dilakukan melalui badan reservoir tanpa membuka penutupnya. Biasanya pada badan reservoir telah ditandakan dengan perkataan FULL and ADD or MAX and MIN.

Semua cecair brek diklaskan oleh Department of Transportation (DOT) dan ditanda dengan nombor DOT 3, 4 dan 5. Dalam pemilihan cecair yang betul kepada sesebuah kenderaan tidak berpandu kepada DOT 3 adalah bagus, DOT 4 adalah lebih bagus dan DOT 5 yang paling bagus. Dalam pasaran domestic lebih ditentukan DOT 3 dan DOT 4 lebih sesuai untuk kenderaan tetapi syariakt FORD menamakan DOT 3 sebagai heavy-duty variation kerana pembuatannya lebih bermutu tinggi. Dari segi Proses pembuatan, DOT 3 dan DOT 4 dipangil cecair polyglycol. DOT 5 lebih kepada silikon. Dalam sektor pembuatan kereta sekarang tidak terdapat sistem brek yang sesuai dan menepati ciri-ciri untuk DOT 5 . Walaubagaimanapun,ketiga jenis cecair brek ini adalah sesuai untuk sistem brek tetapi tidak boleh dicampurkan di dalam satu-satu sistem brek. Cecair brek ini perlu ditukar setiap 18-24 bulan atau diantara 30000 km ke 40000 km.

You might also like