Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Kimpalan mig

MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun dikenali sebagai Kimpalan logam Gas Lengai, dalam proses ini elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk kopak kimpal. Oleh yang demikian, eletrod mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod diperbuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melaui muncung kimpal seperti yang dilakukan dalam kimpalan TIG, proses ini boleh dilakukan secara automatik atau separauh automatik. walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran slektrod yang berterusan dan seragam. MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan.

KOMPONEN MIG

Bekalan kuasa Pada kebiasaannya, mesin untuk kimpalan MIG ialah penjana motor atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 25 ampere. Secara automatiknya voltan akan berubah-ubah mengikut jarak celahan diantara hujung dawai elektrod dengan kerja, manakala arus pula berubah secara songsang ketika kerja dilakukan.

Penembak kimpalan Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Kaedah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah secara tarik atau tolak.

Gas pelindung Untuk MIG, gas karbon dioksida digunakan. Gas karbon digunakan untuk mengimpal MIG keluli karbon.

Dawai elektrod Sangat penting dan mestilah dari logam yang mempunyai kerencaman yang sama dengan bahan kerja yang dikimpal.

Kelebihan kimpalan MIG :


Proses boleh di automasikan (digabungkan dengan robot) Proses lebih cepat Hasil kimpalan bermutu tinggi Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa melakukan pengimpalan Kimpalan bolah dibuat pada semua kedudukan Boleh mengimpal semua jenis logam utama

Merupakan proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan logam melalui pemanasan arka antara elektrod guna habis dengan benda kerja. Proses ini menggunakan gas sebagai perisai. Elektrod guna habis diulurkan dengan berterusan secara automatik melalui muncung pemegang. Arka dilindungi dengan gas Ar, He, campuran Ar + He dan CO2.

Sistem kimpalan MIG Mesin Kimpalan (Sumber kuasa) Bekalan gas perisai. Unit uluran dawai. Kepala kimpalan (pemegang) Benda kerja

Penggunaan Diguna dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi. Diguna dalam kilang pembuatan.

Kelebihan Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot). Proses lebih cepat. Hasil kimpalan bermutu tinggi. Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal. Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal. Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan. Boleh mengimpal kesemua logam utama.

Kekurangan Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat). Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal. Sistem tidak mudah alih. Pemegang elektrod perlu dekat dengan benda kerja untuk memastikan perisaian arka cukup.

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG)

PENGENALAN Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan MIG banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif termasuk industri aeronautik. selain keluli karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan untuk mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel). Elektrod kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk gelungan dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang lain yang dibekalkan secara batang atau rod.

Gambar foto: Mesin Kimpalan MIG

PRINSIP ASAS KIMPALAN MIG Dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasikan haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod. Leburan elektrod san logam asas bercampur membentk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai kimpalan. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk gelungan) melalui unit suapan dawai. Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam leburan daripada udara atmosfera.

MESIN KIMPALAN DAN AKSESORI Antara bahagian dan fungsi bahagian mesin kimpalan:-

PANEL KAWALAN Panel kawalan menempatkan tombol pelaras untuk melaras keluaran dawai elektrod dan gas pelindung. Pelaras arus dan voltan juga terdapat pada panel kawalan.

Gambar foto: Panel kawalan mesin kimpalan MIG

PEMEGANG SUMPITAN (GUN) Pemegang sumpitan atau "gun" berfungsi menghantar dawai elektrod, gas pelindung dan arus ke kawasan kimpalan. Terdapat suis untuk memula dan memutuskan arka, memutuskan bekalan gas pelindung dan elektrod kimpalan

Gambar foto : Pemegang sumpitan Kimpalan MIG (gun)

MUNCUNG KIMPALAN Muncung sumpitan menetapkan dawai elektrod dan gas lengai ke kawasan kimpalan. Ia diperbuat dari keluli kalis karat dan boleh ditanggalkan dari sumpitan.

Gambar foto : Muncung kimpalan MIG Terdapat dua jenis muncung sumpitan iaitu muncung sumpitan penyejukkan udara dan muncung sumpitan penyejukkan air.Muncung sumpitan penyejukkan udara digunakan untuk melakukan kerja ringan dengan arus kurang daripada 200 ampere, manakala muncung sumpitan penyejukkan air digunakan untuk kerja-kerja berat dengan arus yang digunakan melebihi 300 ampere. Terdapat dua jenis mekanisma suapan dawai digunakan dalam muncung sumpitan iaitu jenis tolak dan jenis tarik. Semasa mengimpal, penelitian hendaklah dibuat pada bahagian muncung sumpitan terutama bahagian orifis, nozel dan cip yang mungkin terdapat percikan yang melekat sehingga memenuhi nozel yang akan menganggu kelancaran proses mengimpal.

Gambar foto: Spray dan gel anti lekatan percikan lampau Semburan gel anti lekatan kepada bahagian muncung sumpitan akan menyebabkan lekatan percikan mudah ditanggalkan.

UNIT SUAPAN DAWAI ELEKTROD Motor dalam unit suapan dawai secara automatik menghulur dawai elektrod dari gulungan dawai kepada muncung sumpitan arka. Pelbagai kelajuan keluaran dawai boleh dibuat dengan melaras suis pada panel kawalan.Terdapat dua suapan dawai yang dibina dalam punca kuasa atau sebagai satu unit yang berasingan dari mesin kimpalan. Unit berasingan sesuai digunakan untuk mengimpal di kawasan yang luas.

SILINDER DAN GAS LENGAI Gas lengai yang digunakan dalam kimpalan MIG ialah gas argon, gas helium, gas campuran argon dan helium serta gas karbon dioksida.

Gambar foto : Unit suapan dawai berasingan

PELARASAN PANEL KAWALAN, PENGATUR dan METER ALIR SERTA KENDALIANYA Pengaliran gas lengai dari silinder ke kawasan kimpalan dilaras oleh panel kawalan, pengatur dan meter alir.Gas lengai terus mengalir keluar untuk Melindungi kawasan kawah leburan Kimpalan walaupun suis pemetik pada muncung sumpitan telah di "OFF" apabila proses kimpalan berhenti. Jangka masa keluaran gas ini dilaras pada panel kawalan mesin kimpalan MIG. Pengatur silinder gas lengai mengandungi tolok tekanan yang menunjukkan tekanan gas.

Gambar foto: Pengatur dan meter alir Pelarasan tombol pada pengatur ini akan menentukan tekanan gas yang keluar dari silinder. Kadar pengaliran gas ke kawasan kimpalan diukur dalam unit liter per minit. Kadar keluaran ini dilaras dengan memutarkan tombol pelaras pada meter alir. Bebola akan terapung dalam tiub kaca bermeter untuk menunjukkan kadar aliran gas yang keluar.

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG)

MIG (Metal Innert Gas Welding) atau Kimpalan Gas Lengai. Dalam proses tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal seperi yang dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara automatik atau seperuh automatik. Walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran elektrod yang berterusan yang seragam. PERALATAN MIG 1.Bekalan Kuasa Dalam kebiasaannya, mesin untuk kegunaan kimpala MIG ialah penjana motor atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 250 Ampere. Secara automatiknya, voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan di antara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala arus pula berubah secara songsang apabila kerja dijalankan. 2.Penembak Kimpalan Penembak bekalan biasanya untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Keadah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak secara tarik atau tolak. 3.Gas Pelindung Ia digunakan bagi MIG ialah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida digunakan untuk mengimpal MIG keluli karbon. 4.Dawai Elektrod Ia digunakan dalam sebarang kimpalan MIG mestilah dari logam yang mempunyai kerencaman yang sama dengan bahan kerja yang dikimpal.

LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER MIG >Silinder dibersihkan dahulu dan diletakan di atas meja. >Buka bekalan kuasa dan laraskan arus elektrik kimpalan kepada 120 A >laraskan gas pelindung, pastikan dawai elektrod penembak ada. >Silinder 1 diletakkn dgn silinder 2, dan kimpal paku dibuat pd sambungan tersebut. >Mulakan kimpal sambungan silinder sehingga tegak sehingga siap. >Kemudian lihat hasil kerja kimpal tersebut. >Sejukkan benda kerja dan bersihkan. Kelebihan Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot). Proses lebih cepat. Hasil kimpalan bermutu tinggi. Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal. Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal. Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan. Boleh mengimpal kesemua logam utama. Kekurangan Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat). Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal. Sistem tidak mudah alih. Pemegang elektrod prlu dekat dgn benda kerja utk memastikn perisaian arka cukup.

MIG Kimpalan arka logam berperisai gas ialah proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan logam melalui pemanasan arka antara elktrod guna habis dengan benda kerja. Tidak seperti proses kimpalan arka logam manual yang menggunakan salutan elektrod sebagai perisai arka, proses ini menggunakan gas sebagai perisai. Proses ini juga dikenali sebagai kimpalan gas lengai logam, kimpalan gas aktif logam,arka litar pintas,pemindahan celup atau pemindahan dawai. Arka dilindungi dengan mengginakan beberapa jenis gas seperti argon, helium, campuran argon helium.

Gambarajah Skema Bagi Proses Kimpalan MIG

You might also like