Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Biomimetik: Inspirasi Lukisan daripada

Rekabentuk Benda-benda Hidup


Harun Yahya
  
Terdapat arahan untuk kamu dalam lembu. Daripada kandungan-kandungan perut
mereka , dari pundi buangan dan darah, Kami berikan kamu susu asli untuk minuman,
mudah bagi peminum-peminum untuk menelan. (Qur’an, 16:66)

Dan sesungguhnya ada pengajaran untukmu dalam binatang ternakan kamu. Kami beri
kamu minum daripada apa yang ada dalam perut-perut mereka dan terdapat pelbagai
kaedah yang kamu menafaat dari mereka, dan kamu makan sejumlah daripadanya, dan
kamu mengenderai mereka dan atas kapal-kapal juga. (Qur’an, 23:21-22)

Sebelum saintis dan pakar-pakar penyelidik dan pembangun meneroka sesuatu projek
baru, mereka terlebih dahulu memperhatikan model-model dalam benda-benda hidup dan
meniru sistem-sistem dan rekabentuk-rekabentuk tersebut. Dengan lain perkataan,
mereka meneliti dan mengkaji rekabentuk-rekabentuk ciptaan semulajadi Allah dan
berinspirasikan ini,  membangunkan teknologi-teknologi baru mereka sendiri.

Pendekatan ini telah melahirkan biometrik, suatu cabang baru sains yang memerlukan
plagiat terhadap benda-benda hidup. Pada waktu-waktu terkini, aspek sains ini telah
digunakan secara meluas dalam dunia teknologi. Penggunaan perkataan “ibratan,”
(belajar daripada, nasihat, kepentingan, benda yang mustahak, atau model) dalam ayat di
atas adalah sangat bijaksana bagi maksud ini.

Biomimetik merujuk kepada semua bahan, peralatan,


mekanisme, dan sistem yang dihasilkan oleh manusia
dalam memplagiat sistem-sistem yang wujud di alam
semulajadi. Komuniti saintifik sekarang merasakan
suatu keperluan yang hebat untuk menggunakan
peralatan tersebut, terutamanya dalam bidang-bidang
teknologi nano, teknologi robot, kecerdikan buatan,
perubatan, dan pertahanan.

Biomimikri telah diutarakan pada mulanya oleh Janine


M. Benyus, seorang penulis dari Montana. Konsep ini
kemudian dianalisa oleh ramai orang dan telah mula
mecari aplikasinya. Sejumlah komen yang telah dibuat
mengenai biomimikri adalah seperti berikut:

Tema "biomimikri" adalah kita hendaklah banyak


belajar daripada dunia semulajadi, sebagai model,
mengukur, dan mentor. Apa yang pengkajiselidik-pengkajiselidik memiliki dalam
persamaan adalah menghormati rekabentuk-rekabentuk semulajadi alam dan ilham untuk
menggunakan mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah manusia. 1

David Oakey, pakar buatan untuk Interface Inc., sebuah syarikat yang bersumberkan
alam semulajadi bagi meningkatkan mutu produk dan produktiviti, berkata:

Alam semulajadi merupakan mentor saya bagi perniagaan dan rekabentuk, suatu model
cara hidup. Sistem semulajadi yang telah bekerja selama jutaan-jutaan tahun …
Biomimikri adalah satu kaedah pembelajaran berpandukan alam semulajadi. 2

Saintis yang telah mula mempersetujui ini dengan pantas meluaskan ide mempercepatkan
kajian mereka menggunakan rekabentuk-rekabentuk alam yang tiada setara dan amat
sempurna sebagai model. Rekabentuk-rekabentuk ini mewakili model-model untuk
penyelidikan teknologi kerana mereka menyediakan produktiviti maksimum bagi jumlah
bahan dan tenaga yang paling kurang, dan berupaya mengekalkan pemuliharaan sendiri,
mesra alam, senyap, indah menawan, berdayasaing, dan tahan lama.Akhbar “The High
Country News” telah menyatakan biomimetik sebagai “sebuah pergerakan saintifik” dan
membuat ulasan berikut:

Dengan menggunakan sistem-sistem alam


semulajadi sebagai model-model, kita boleh
mencipta teknologi-teknologi yang lebih tahan
lasak daripada yang ada hari ini. 3

Janine M. Benyus, yang meyakini bahawa


model-model alam semulajadi harus ditiru,
telah memberi contoh-contoh berikut dalam
bukunya, Biomimicry: Innovation Inspired by
Nature (Perennial: 2002):

• Burung kelicap menyeberangi Teluk Mexico menggunakan kurang daripada  3 gram


(satu per sepuluh daripada satu aun) bahanapi,
• Pepatung mengendalikan pesawat helikopter paling terbaik,
• Sistem pemanasan dan pendingin hawa dalam busut anai-anai paling terhebat dalam
istilah penggunaan alat dan tenaga berbanding sistem yang dibuat oleh manusia,
• Penghantar frekuensi tinggi kelawar lebih cekap dan lebih peka daripada sistem radar
buatan kita,
• Alga sinar-cahaya menyatukan pelbagai bahan kimia untuk menyinari badan-badan
mereka,
• Ikan dan katak artik menyejukbeku dan kemudian menganjal untuk hidup, telah
melindungi organ-organ mereka daripada dimusnahkan oleh ais,
• Sesumpah dan sotong merubah corak  kulit mereka menyerupai persekitaran dengan
sekelip mata,
• Lebah,penyu dan burung belayar tanpa peta, dan
• Ikan paus dan burung penguin menyelam tanpa sebarang peralatan skuba.

Mekanisme-mekanisme dan rekabentuk-rekabentuk alam semulajadi yang


mengkagumkan ini, hanya sebahagian kecil diungkapkan, mempunyai keupayaan
mempermewahkan teknologi bagi jurusan-jurusan yang luas. Keupayaan ini menjadi
lebih nyata sejajar dengan peningkatan longgokan ilmu kita dan pertambahan kaedah-
kaedah teknologi.

Semua haiwan memiliki banyak sifat-sifat yang


mengkagumkan manusia. Ada yang mempunyai bentuk
hidrodinamik yang sempurna membolehkan mereka
berenang, dan terdapat lain-lain berbantukan pancaindera-
pancaindera yang nyata asing kepada kita. Kebanyakan ciri-
ciri yang hanya ditemui oleh pengkajiselidik untuk pertama
kalinya, atau, mungkin baru kini tersingkap. Sehubungan itu,
perlu untuk saintis-saintis pakar dalam bidang-bidang seperti
teknologi komputer, kejuruteraan mekanikal, elektronik,
matematik, fizik, kimia, dan biologi bekerjasama untuk
memplagiat hanya satu ciri atau sifat benda hidup.

Saintis-saintis terpukau dengan pertembungan keunggulan


struktur dan sistem yang mereka temui setiap hari berlalu, dan menggunakan kekaguman
itu untuk mengilhamkan mereka menghasilkan teknologi terkini bagi faedah manusia.
Menyedari hakikat kesempurnaan sistem yang wujud dan teknik-teknik luarbiasa alam
semulajadi ternyata lebih canggih daripada ilmu dan kebijaksanaan mereka, membuatkan
mereka peka terhadap penyelesaian-penyelesaian tanpa tara ini kepada masalah-masalah
semasa dan kini berpandukan rekabentuk alam semulajadi untuk meleraikan masalah
tersebut yang tidak terurai selama bertahun-tahun. Oleh yang demikian, mereka mungkin
mencapai kejayaan dalam jangka waktu yang singkat. Tambahan lagi dengan meniru
alam semulajadi, saintis-saintis membuat keuntungan terpenting daripada segi masa dan
tenaga kerja juga penumpuan kepada penggunaan sumber bahan.

Hari ini kita lihat teknologi yang membangun beransur-ansur menyingkap keajaiban-
keajaiban ciptaan dan menggunakan rekabentuk-rekabentuk luarbiasa dalam benda-benda
hidup, seumpama kes biomimetik bagi perkhidmatan kemanusiaan. Benyus telah
menyatakan “‘Bertindak mengikut alam semulajadi’ mempunyai keupayaan untuk
mengubah cara membesarkan tanaman, membuat bahan-bahan, menjana tenaga,
menyembuhkan diri kita, menyimpan maklumat, dan mengendalikan perniagaan.” 4
Berikut adalah sebahagian daripada kertaskerja-kertaskerja saintifik yang telah
mengambilkira subjek-subjek tersebut:

“Science is Imitating Nature,” 5


“Life's Lessons in Design,” 6
“Biomimicry: Secrets Hiding in Plain Sight,” 7
“Biomimicry: Innovation Inspired by Nature,” 8
“Biomimicry: Genius That Surrounds Us,” 9
“Biomimetics: Creating Materials from Nature's Blueprints,” 10 and
“Engineers Ask Nature for Design Advice.” 11

Dalam kurun kesembilan belas, alam semulajadi diplagiat hanya pada istilah astetik.
Seniman dan senibina ketika itu telah terpengaruh dengan alam semulajadi dan
menggunakan contoh-contoh sifat-sifat luaran struktur dalam kerja-kerja mereka. Namun
kesedaran rekabentuk-rekabentuk luarbiasa alam semulajadi dan lain-lain hanya boleh
digunakan bagi faedah manusia bermula dalam abad kedua puluh dengan kajian
mekanisme semulajadi di tahap molekul. Saintis hari ini sedang belajar daripada benda-
benda hidup sebagaimana telah diungkapkan dalam Al-Quran 1,400 tahun lalu.

You might also like