Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tarikh : 3 April 2014

Masa : 11.45 -12.45 (60 minit)


Kelas : 5 Bakawali
Bilangan pelajar : 16 orang
Subjek : Sains
Tema : Menyiasat Alam Fizikal
Tajuk : Perubahan Tenaga
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran, murid dapat :
1.3 Memahami tenaga yang boleh diperbaharui dan
yang tidak boleh diperbaharui.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran :
1. 80% murid boleh menyatakan definisi tenaga
yang boleh diperbaharui.
2. 80% murid boleh menyatakan definisi tenaga
yang tidak boleh diperbaharui.
3. Murid dapat menyenaraikan 3 daripada 5
sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
4. Murid dapat menyenaraikan 3 daripada 5
sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Koperatif, konstruktivis
Strategi : Aktiviti perbincangan secara berkumpulan.
Pengetahuan terdahulu : Murid dapat menamakan pelbagai sumber tenaga
daripada pengajaran sebelum ini. Mereka juga telah
biasa dengan alatan harian dan situasi yang melibatkan
penggunaan tenaga.
Kemahiran Proses Sains : Memerhati, berkomunikasi, membuat kesimpulan,
berkomunikasi dan menjana idea
Nilai murni : Berani mencuba, kerjasama, mensyukuri ciptaan tuhan.
Sumber Pengajaran : telefon, kipas kad gambar, kad manila, kertas mahjong,
pen, lembaran kerja, lampu dan kipas

FASA
PENGAJARAN
ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI CATATAN

Set Induksi
(5 Minit)
Aktiviti :
Demonstrasi

S.G :
Apa yang anda
rasa, lihat dan
dengar

J.M :
Rasa berangin,
nampak terang,
dan dengar lagu

S.G :
Apakah yang
dibekalkan oleh
bateri dan
elektrik?

J.M :
Tenaga
- Guru menyuruh seorang
murid memasang lampu dan
kipas serta memasang
sebuah lagu di telefon
bimbit.

- Guru membuang bateri
telefon bimbit, menutup
lampu dan kipas.

- Guru bersoal jawab dengan
murid daripada mana
sumber tenaga yang datang.

- Guru kemudiannya
mengaitkan situasi dengan
tajuk yang akan dipelajari
pada hari ini iaitu tenaga
terbahagi kepada dua jenis.
Pertama, tenaga yang boleh
diperbaharu dan kedua
tenaga yang tidak boleh
diperbaharu.
KPS :
Membuat
pemerhatian,
Inferens

KB :
Menghubungkait
Menganalisa

Nilai murni :
Berani mencuba,

BBM :
Telefon bimbit,
lampu, kipas
Pencetusan
Idea
(10 Minit)
Jenis-jenis
tenaga
berdasarkan
gambar
- Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil.

- Guru menampal gambar-
gambar sumber tenaga di
papan putih secara rawak.

- Guru memberikan kepada
setiap kumpulan nama
beberapa jenis tenaga
kepada setiap kumpulan
(tenaga suria, angin, air,
ombak, biojisim, gas asli,
bahan nuklear, petroleum,
arang kayu dan arang batu)

- Murid melakukan
perbincangan dalam
kumpulan.

- Wakil setiap kumpulan
memadan dan melekatkan
nama-nama tenaga
berdasarkan gambar di
KPS :
Memerhati,
membuat
inferens,
berkomunikasi,
menggunakan
perhubungan
ruang dan masa

KB :
Menghubungkait,
menganalisa

Nilai :
Kerjasama,
Hormat-
menghormati

BBM :
Gambar tenaga,
nama tenaga

papan putih.

- Murid memerhati dan
menganalisis padanan nama
sumber tenaga dengan
gambar. Murid dan guru
melakukan perbincangan
untuk membetulkan
kesalahan padanan jika ada.


Penstrukturan
Idea
(20 Minit)
- Tenaga boleh
diperbaharui
ialah tenaga
yang boleh
digantikan
apabila telah
habis digunakan

Contoh :
suria
biojisim
angin
air

- Tenaga tidak
boleh
diperbaharui
ialah tenaga
yang tidak dapat
digantikan
apabila habis
digunakan.

Contoh :
Arang batu
Petroleum
- Murid mendengar
penerangan yang diberikan
guru berkenaan maksud
tenaga boleh diperbaharu
dan tidak boleh.

- Murid membuka buku teks
sains muka surat 40 dan
menyalin definisi tenaga
boleh diperbaharu dan
tenaga tidak boleh
diperbaharu dalam buku
tulis.

- Murid mendengar dan
memahami penerangan guru
berkenaan setiap tenaga
yang terdapat di papan putih.

- Guru membuat jadual di
papan putih :

Tenaga
boleh
diperbaharu
Tenaga
tidak boleh
diperbaharu






- Wakil setiap kumpulan
diminta mengisi jadual
dipapan putih mengikut jenis
tenaga yang mereka dapat
sebelum ini.

- Perbincangan dua hala
dilakukan untuk
membetulkan jawapan.
Nilai :
Kerjasama

BBM :
Buku teks




- Murid menyalin jadual
dalam buku tulis.

Aplikasi Idea
(15 Minit)
Mari menjawab
soalan.
- Guru memberikan
lembaran kerja kepada
murid-murid.

- Murid-murid diminta untuk
menjawab soalan pada
lembaran kerja yang telah
diberikan.

- Perbincangan dua hala
dilakukan guru dan murid
untuk mencari jawapan yang
betul.
KPS :
Memerhati
Berkomunikasi

KB :
Menjana idea,
membuat
hubungkait,
berfikir secara
kreatif

BBM :
Lembaran kerja

Penutup
(5 Minit)
Mengingat
kembali definisi
tenaga yang
boleh
diperbaharui dan
tenaga yang
tidak boleh
diperbaharui.

Mengelaskan
tenaga mengikut
jenis (boleh dan
tak boleh
diperbaharui)

Langkah-
langkah
penjimatan
tenaga
- Guru menyoal murid
definisi tenaga dan jenis-
jenis tenaga.

- Guru menyoal murid
bagaimana langkah-langkah
menjimatkan tenaga.

- Murid menjawab soalan
dengan mengangkat tangan
mewakili kumpulan.

- Murid membuat rumusan
tentang topik pada hari ini
sambil dibimbing oleh guru.

- Murid dikehendaki
menyalin langkah-langkah
menjimatkan tenaga dalam
buku teks muka surat 41
sebagai kerja rumah

Nilai murni :
Mensyukuri
ciptaan tuhan.
berjimat cermat

KPS :
Memerhati
Berkomunikasi

KB :
Menjana idea,
membuat
hubungkait,
berfikir secara
kreatif

BBM :
Buku teks
SOALAN PEMAHAMAN (sumber boleh diperbaharu dan tidak boleh
diperbaharu)
1) Tuliskan 4 contoh tenaga yang boleh diperbaharu.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2) Tuliskan 4 contoh tenaga yang tidak boleh diperbaharu.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3) Apakah kebaikan sumber tenaga yang boleh diperbaharu?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
4) Apakah keburukan penggunaan sumber yang tak boleh diperbaharu secara
berlebihan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

You might also like